Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Produk hiliran tambah pendapatan

Imej
SELAIN inisiatif pembangunan aktiviti nelayan dan menambah baik industri perikanan negara, tumpuan turut diberi terhadap program penghasilan produk hiliran.
Justeru Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melaksanakan program Pembangunan Usahawan dan Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP).
PPHP menyasarkan matlamat meningkatkan ekonomi dan pendapatan Persatuan Nelayan melalui penghasilan produk nilai tambah.
Menerusinya, LKIM akan memberi sokongan dan galakan kepada persatuan yang ingin menyertai bidang berkenaan dengan penyediaan bantuan mesin, peralatan dan menaiktaraf premis.
Ia selaras dengan fungsi PHPP sebagai pusat pengeluaran produk hiliran komersial yang berdaya saing bagi menembusi pasaran antarabangsa.
Bermula 2007 hingga 2010, seramai 277 usahawan baru berjaya dibangunkan menerusi PHPP selain lapan usahawan naik taraf melalui Projek Berimpak Besar.
Pada 2010 pula, beberapa produk hiliran daripada sektor perikanan menerima pensijilan halal dan dikomersialkan menerusi inisia…

Usahawan muda ternak ikan keli

Imej
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar SAFIYANA SALIM (Pelatih Unisel) PROSES suntikan penggalak akan memudahkan ikan keli betina menjalani proses bertelur.
KETIKA mula-mula bapanya menyerahkan urusan penternakan kolam ikan keli kepada Mohd. Aminudin Mohd. Zaibani, dia baru berusia 19 tahun.
Kepercayaan itu diberikan selepas dia selesai menamatkan pengajian di Institut Skill Tech Mara, Melaka dalam kursus Sijil Kemahiran Perikanan.
Bermula waktu itu, kolam yang telah diusahakan sejak tahun 1991 perlu dikendalikannya secara bersendirian.
''Cabarannya cukup besar kerana bukan mudah untuk menguruskan operasi kolam ternakan di kawasan yang besar ini.
''Tambahan pula, saya langsung tidak mempunyai pengalaman selain hanya ada sedikit ilmu yang diperolehi ketika belajar dahulu,'' katanya ketika ditemui di kolam ternakannya di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.
Bercerita mengenai tempoh masa lima bulan pertama selepas mengambil alih kolam berkenaa…

Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari

Imej
BIJI kopi yang dikeluarkan musang menerusi najis di pergunungan Malarayat di Lipa, Filipina. LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi. Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu. Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman. Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila. Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16). Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram. Musang yang tinggal di atas…