Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Teknik berunding yang betul

Imej
Apa itu rundingan? 

Rundingan merupakan satu proses di mana dua pihak mencapai kata sepakat yang mampu memberikan kepuasan kepada semua pihak dengan mengekalkan elemen kerjasama. Kebiasaannya terdapat beberapa tujuan untuk mengadakan rundingan iaitu:

1. Mencapai hasil yang diingini melalui perbincangan dalam proses mengembangkan sayap perhubungan dalam perniagaan.
2. Merupakan cara yang paling efektif untuk mengatasi & penyelesaian konflik atau perbezaan pendapat atau kepentingan.
3. Mencari penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak terhadap sesuatu permasalahan tanpa ada unsur kekerasan.
4. Meningkatkan hubungan professional dengan rakan niaga dan rakan sekerja.
5. Perlaksanaan dengan penuh kenyakinan demi mencapai kesepakatan.
6. Membangunkan sikap kepimpinan dan keahlian dalam membentuk sebuah pasukan yang kuat.

Dalam sesuatu rundingan, persetujuan dan percanggahan adalah fenomena biasa dalam mencari kesepakatan. Oleh itu, penting bagi kita untuk mengetahui cara atau teknik yang …

Cili Gedong

Imej
Gedong bukanlah satu nama yang begitu dikenali di negara ini, malah menyebutnya berkali-kali dan menyatakannya sebagai sebuah daerah di Sarawak, masih ramai yang tertanya-tanya apakah yang istimewa mengenainya.

Gedong terletak agak jauh dari pusat Bandar Kuching dengan perjalanan melalui jalan darat mengambil masa kira-kira satu jam setengah atau kira-kira 90 kilometer (km) jarak perjalanan.

Mudahnya, Gedong berada dalam daerah Simunjan dan bahagian Samarahan.

Menyedari Gedong belum begitu dikenali, sekumpulan anak muda bertekad menjadikannya popular menerusi aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dengan menanam cili menggunakan teknologi fertigasi.

Ramai daripada kita agak popular dengan teknologi fertigasi iaitu sistem penanaman tanpa tanah menggunakan baja yang telah dilarutkan dan ditempatkan dalam tangki khas sebelum disalurkan kepada tanaman dalam polibeg menggunakan tiub getah.

Kumpulan anak muda terbabit percaya mereka mampu merealisasikan hasrat untuk mengeluarkan cili yang akan me…

Kursus tanam cendawan di Puchong 2014

Imej
Assalam.

Tahun baru 2014 akan bermula dengan kursus asas tanaman cendawan yang akan dianjurkan oleh rakan bisnes Cendawan Global iaitu Cendawan Puchong. 

Kursus yang masuk tahun ke-7 anjuran En. Zul dari Puchong ini merupakan peluang terbaik buat anda mendapatkan maklumat dan tips berguna dalam memulakan bisnes cendawan. Tiada apa lagi yang lebih berguna selain mendapatkan tunjuk ajar daripada usahawan cendawan sendiri.

Cadangan saya ialah tetapkan satu masa berdasarkan tarikh-tarikh yang disenaraikan dan hubungi pihak urusetia untuk pertanyaan lanjut dan juga pendaftaran.

Selamat maju jaya diucapkan!

Potensi bisnes hasil laut

Imej
Oleh ADLAN JAAFAR
PUTEH menunjukkan pilihan ikan kering yang dijual di premisnya.
JIKA anda telah melewati simpang masuk ke Pekan Pasir Penambang, Kuala Selangor, perhatikan betul-betul papan tanda di sebelah kanan yang memaparkan lokasi Kompleks Pusat Gerai Pasir Penambang. Biarpun lokasinya terpisah daripada kawasan pekan Pasir Penambang, kompleks tersebut juga menawarkan aneka produk hasil laut setanding dengan lot-lot kedai menjual hasil laut di pekan itu. Sudah menjadi kebiasaan, kalau bertandang ke Kuala Selangor pada hari bekerja pasti keadaannya kelihatan lengang berbanding hujung minggu. Rata-rata yang datang pada waktu tersebut ialah pelanggan tetap yang mahu membeli-belah dengan tenang. Antara barisan lot kedai, paling menarik perhatian di kompleks tersebut ialah sebuah kedai di bahagian tepi yang menggabungkan tiga buah premis menjadi sebuah lot yang besar. Melihat saiznya sebegitu sudah pasti pilihan barangan jualan bukan setakat banyak tetapi pelbagai termasuk yang bergantun…

Bubu baharu tingkat tangkapan udang kara

Imej
Seorang nelayan menunjukan udang kara yang berjaya ditangkap olehnya.
DAHULU nelayan di sekitar Kampung Sungai Musoh, Pengerang, Johor menangkap udang kara hanya menggunakan peralatan yang dikenali sebagai bintoh yang merupakan kaedah tradisional diamalkan oleh nelayan setempat.

Bagaimanapun, kaedah tradisional itu didapati kurang berkesan untuk menangkap udang kara.

Justeru, usaha membina serta menghasilkan sejenis bubu baharu yang lebih berkesan dan mesra sumber telah dihasilkan oleh Jabatan Perikanan.

Bubu baharu yang dibina dengan kos RM80 hingga RM90 seunit dan berupaya memberikan pulangan yang tinggi di samping faedah-faedah lain seperti menjimatkan masa operasi, kawasan operasi yang lebih luas.

Pada masa yang sama nelayan boleh mengusahakan perkakas perikanan yang lain.

Projek membina bubu tersebut telah dimulakan pada tahun 2003 yang merupakan peralatan bubu yang diperbaharui.

Menerusi percubaan yang dijalankan di sekitar Kampung Sungai Musoh mendapati bubu tersebut berupaya menangka…

Usahawan keropok lekor

Imej
Proses pembungkusan dilakukan berhati-hati bagi menjamin kualiti keropok lekor berada dalam keadaan yang baik.
Biarpun kedengaran agak janggal bagi sesetengah daripada kita kerana kontraktor dan perusahaan makanan merupakan dua perkara yang berbeza. Namun, tidak bagi Zainal Abidin kerana bagi beliau, kedua-duanya membabitkan perniagaan.

Segalanya bermula apabila isterinya menyertai kursus membuat keropok lekor yang akhirnya menimbulkan minat mereka berdua untuk mengusahakan produk makanan tersebut.

Menurut Zainal Abidin yang juga merupakan pengarah, Keropok House dan Industry Sdn. Bhd., berbekalkan modal pendahuluan RM50,000 dia dan isteri membuka sebuah kilang kecil di kawasan perindustrian Glenmarie di Shah Alam, Selangor.

"Pada ketika itu (peringkat awal) saya masih meneruskan perniagaan sebagai seorang kontraktor sehinggalah perniagaan berkembang maju akhirnya saya mengambil keputusan untuk fokus dalam perusahaan keropok lekor sejuk beku ini.

"Semasa di peringkat awal perusah…