Thursday, November 27, 2008

Pendapatan Aktif Atau Pasif: Yang Mana Pilihan Anda

Kebanyakan daripada kita hanya mendengar tentang istilah ini tetapi mungkin kurang mengetahui maksudnya yang sebenar. Para jutawan yang berjaya selalu menekankan serta begitu berminat bercakap tentang jenis pendapatan ini.
..
Berikut adalah penerangan ringkas mengenainya.
..
Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja. (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)
..
Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)
..
Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.
..
Mereka bebas untuk:

- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!
..
Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif, mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.
..
Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka!
..
Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya dikategorikan sebagai aktif.
..
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakan daripada kita.
..
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif?
..
Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.
..
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!
..
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda pertimbangkan :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
..

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:
..
Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?
..
Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.
..
Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada saya nanti.

Tuesday, November 25, 2008

16 Sebab Kegagalan Perniagaan

Oleh: Irfan Khairi
....
Sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalam perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi.
..
Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan.
....
Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!
..
1 Tiada matlamat..
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun dari sekarang?
Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun dari sekarang?
Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun dari sekarang?
Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari sekarang?
Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan. Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.
..
2 Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!
..
3 Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada keuntungan!
..
4 Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera. Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu singkat.
..
5 Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan prioriti adalah memberi fokus kepada 80% usaha perniagaan yang hanya memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang memberi keuntungan 80%.
..
6 Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan mengurangkan motivasi anda.
..
7 Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.
..
8 Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi. Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan. Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit, tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.
..
9 Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.
..
10 Gagal mengenal pasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market). Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah mengenal pasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.
..
11 Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima. Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.
..
12 Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.
..
13 Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan. Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan. Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka, keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat keuntungan.
..
14 Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda. Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai. Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana perancangan perniagaan yang lengkap.
..
15 Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang, diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda mempelajari dari kesilapan.
..
16 Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan perniagaan anda.
..
Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan, ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan. Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan, gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya.
..
Teruskan usaha oleh kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

Sunday, November 23, 2008

Talking About Business and Investments

Here's another most common words used in business and investments. In order to be rich, you must know the vocabulary of the rich people, right?

..
Investment banks have a role in the provision of finance for businesses and advice on takeovers. Retail banks provide overdraft facilities for individuals.
...
The underlying cash for a large spot transaction is usually not available until two business days have elapsed.
..
Share ownership brings certain benefits including voting rights, dividends and capital growth. Ordinary shareholders do not have priority in the assets of the company if it is wound up.
...
The primary market is where companies raise money by issuing shares or bonds to investors for the first time. The secondary market provides the trading environment for shares, bonds and gilts.
..
The main advantages of listing are generally seen as:
..
capital - the IPO provides the possibility of raising capital, and once listed further offers of shares are much easier to make;
..
takeovers - a listed company could use its shares as payment to acquire the shares of other companies. For example, J. Smith plc (a listed company) could issue new shares in itself to provide payment in a takeover of R. Brown plc. Shareholders in R. Brown could either keep the new J. Smith shares or sell them in the market;
..
status - being a listed company should help the business in marketing themselves, to customers, suppliers and potential employees;
....
employees - stock options to key staff are a way of providing incentives and retaining employees, and when they are options to buy listed company shares that are easily sold in the market they are even more attractive.
..
Liquidity risk
is the risk that shares may be difficult to trade at a reasonable price. Price risk is the risk that share prices in general may fall and issuer risk is the risk that the issuing company collapses and the shares become worthless.
..
A put option
is where the buyer or holder has the right to sell the underlying asset at the exercise price. Upon exercise by the buyer, the seller or writer is obliged to take delivery and pay the exercise price.
..
Traditional hedge funds seek to eliminate or reduce market risk and attempt to profit regardless of the general movements of the market by carefully selecting a combination of asset classes.


Wednesday, November 19, 2008

Formula Menjadi Kaya Yang Terhebat Di Dunia

Anda patut syak dan berwaspada terhadap sebarang tawaran atau apa sahaja skim untuk menjadi kaya...kecuali formula yang akan saya ceritakan yang amat ringkas dan mudah serta boleh dipraktikkan oleh semua orang. Percayalah formula ini benar-benar berkesan.
.....
Ia berkesan dengan amat baik sekali seihnggakan ia telah digunakan oleh billionaire termasyhur dunia daripada tokoh hebat zaman terdahulu seperti Rockefeller dan Ford hinggaalh taikon hari ini seperti Carlos Slim dan Warren Buffett. Cukuplah setakat ini pembukaan. Jom kita tengok formulanya.

Formula
..
Ia ringkasnya : FV = PV * (1+r)^n

Di mana
..
FV = Future Value (nilai masa hadapan)
..
PV = Present Value (nilai masa sekarang)
..
r = rate of return (kadar pulangan)
..
n= time (number of years) - tempoh masa


Keajaiban Kompaun
Sekarang, mereka yang pakar dan biasa tentang kewangan akan tahu persamaan ini 'bukan' satu misteri tetapi sering dipaparkan sebagaimana "future value of money" (FVM) diajarkan di universiti.
..
Formula FVM secara ringkas menyatakan bahawa kekayaan masa hadapan (FV) adalah fungsi dengan adanya tiga angkubah: jumlah wang yang dilaburkan hari ini (PV), kadar pulangan yang dijanakan (r) dan tempoh masa di mana wang itu diletakkan untuk bekerja (n).
..
Jadi, memaksimumkan kekayaan masa hadapan memerlukan tiga langkah.

Langkah 1: Tingkatkan PV
..
Ia memerlukan wang untuk mendaoatkan wang. Tetapi dengan secara aktif dan berterusan memperuntukkan sebagahagian pendapatan anda setiap bulan untuk pelaburan, anda akan mempunyai lebih banyak lagi dan lagi wang yang boleh bekerja untuk anda.
..
Jika semua faktor adalajh sama, lebih besar jumlah yang anda laburkan hari ini (PV), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan (FV).

Langkah 2: Tingkatkan r
..
Seterusnya anda perlukan satu jalan untuk mengembangkan modal tersebut. Sejarahnya, pasaran saham menjadi alat membina kekayaan yang paling efektif sepanjang zaman. Meletakkan wang anda ke dalam dana indeks kos rendah mungkin satu idea yang bijak.
..
Semua perkara dianggap sama, lebih besar kadar pulangan anda (r), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan.
...
Langkah 3: Tingkatkan n
..
Ramuan terakhir di dalam resipi membina kekayaan kita yang paling mudah ialah: maksimumkan time(masa) di dalam pasaran.
..
Lihat balik kepada persamaan tersebut. Anda akan lihat bahawa n merupakan fungsi penggandaan. Bermaksud bagi setiap tahun yang anda tidak laburkan, anda melepaskan satu jumlah yang besar (hampir satu magik) kepada faedah kompaun.
..
Semua perkara dianggap sama, lebih awal anda laburkan (n), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan. Angkubah terakhir
..
Jadi jangan bazirkan lebih banyak "n" lagi. Mula masukkan pulangan dan lebihan pendapatan ke dalam persamaan kekayaan kehidupan sebenar anda hari ini.






Tuesday, November 18, 2008

Berubah Daripada Miskin Kepada Kaya

Sepanjang pemerhatian dan pergaulan saya terhadap orang yang kaya dan berjaya, jumlah mereka yang keluar daripada kemiskinan dan mencapai kekayaan amatlah ramai. Apa yang lebih menakjubkan ialah kisah peribadi mereka, apa yang telah mereka lalui dan bagaimana mereka boleh menjadi seperti hari ini.
..
Ada sesetengah mereka masih mengekalkan keadaan yang sangat sederhana dan dengan hanya melihat kepada mereka, anda tidak akan percaya dan bayangkan betapa kaya mereka sebenarnya. Mereka hanya memakai pakaian lama mereka, kasut yang biasa, seluar jeans yang lusuh dan memandu kereta yang sedia ada.
..
Yang lain, sebaliknya, menzahirkan kekayaan mereka dan anda jangan terkejut apabila mendengar hanya beberapa tahun sebelum ini, kehidupan mereka hanyalah amat sederhana sekali malahan tiada apa pun tetapi sekarang penuh dengan kemewahan dan kebebasan kewangan.
..
Apa yang lebih menakjubkan ialah nampaknya mereka yang berhijrah daripada miskin kepada kaya berkongsi beberapa kualiti yang hampir sama iaitu:
..
  1. Mereka mempunyai keinginan yang amat kuat untuk berjaya
  2. Mereka tidak menganggap kegagalan itu sebagai kegagalan dan mencuba lagi.
  3. Mereka tidak boleh menerima hakikat “Ia tidak boleh dilakukan”
  4. Mereka mengambil risiko terancang.

...
Bunyinya pelik tetapi mereka yang mempunyai anggapan mereka tidak akan rugi apa-apa mempunyai kelebihannya. Golongan kelas pertengahan dengan pendapatan yang menampung kehidupan mereka tidak sanggup mengambil risiko besar di dalam hidupnya seperti berhenti kerja dan memulakan perniagaan mereka sendiri. Manakala mereka yang tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan berjaya, bagaimanapun mempunyai satu tahap keazaman yang tidak dapat diukur.

....
Bukan secara kebetulan juga, saya pernah berjumpa mereka yang mengambil langkah besar, berhenti kerja dan meletakkan sepenuh hati mereka dalam bisnes membina kekayaan akhirnya mencapai kejayaan gemilang. Ia mencipta satu keadaan mentliti “buat atau mati” yang memerlukan untuk seseorang itu belajar dengan cepat dan memperolehi pendapatan dengan lebih cepat.

.. .
Ini menjadikan satu dilema yang menarik. Mana-mana guru bisnes kecil dan keusahawanan selalunya amat menyarankan agar anda tidak berhenti kerja terlebih dahulu dah fokuskan kepada membina perniagaan anda perlahan-lahan. Apabila bisnes anda berupaya menghasilkan pendapatan yang mencukupi dan stabil yang mana ia boleh menampung gaya hidup dan barulah, hanya barulah anda patut pertimbangkan untuk menjalankannya secara “sepenuh masa.” ..

..
Namun, jelas di sini, nampaknya kepada mereka yang mempunyai keyakinan yang teguh yang mereka akan berjaya, mempunyai peluang untuk mencapai kejayaan. Mereka tidak dapat melihat hasil yang lain dan mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk berjaya.




Sunday, November 16, 2008

Kenapa Tidak Anda Mulakan Syarikat Sendiri Hari Ini?

Pernahkah anda terfikir tentang cara bagaimana majikan anda menjalankan bisnes dan terfikir anda juga patut memulakan syarikat sendiri?
..
Sesetengah orang bekerja niatnya untuk membangunkan kemahiran dan membina rangkaian mereka sendiri, malahan lebih ramai yang telah meninggalkan pekerjaan mereka kerana mereka telah temui cara yang lebih baik.
..
Sudah tentu, hampir setiap orang yang kaya dan para jutawan memiliki syarikat mereka sendiri atau membina kekayaan mereka melalui satu bisnes kecil pada awalnya, jadi sememangnya ada banyak kelebihan daripada usaha tersebut. Tetapi jika anda ingin mencuba, jangan lakukannya hanya semata-mata untuk wang.
..
Ia boleh mengambil bertahun-tahun pengorbanan yang bukan sedikit bersama keringat dan air mata sebelum keuntungan daripada bisnes diperolehi. Juga terdapat banyak jatuh dan bangun sepanjang tempoh tersebut yang perlu dilalui. Hanya dorongan dan keinginan anda sahaja yang membuatkan anda teruskan dan maju ke hadapan apabila banyak perkara yang tidak menjadi seperti yang diharapkan.
..
Namun, bak kata pepatah "Tiada masa yang lebih baik daripada hari ini.”
...
Jika anda mempunyai idea untuk memulakan syarikat anda sendiri yang mana ia diterima oleh pasaran maka lakukan sahaja. Yang lebih ideal dan situasi yang terbaik ialah dengan membina bisnes anda secara perlahan-lahan semasa waktu malam atau hujung minggu sementara anda kekalkan dahulu kerja yang sedia ada untuk membantu menampung kos sara hidup keluarga anda.
..
Jika bisnes anda hanya memerlukan sedikit atau langsung tiada kos overhead seperti khidmat nasihat, freelance atau syarikat pemasaran, anda mempunyai peluang yang bukan sahaja membina satu bisnes untuk masa hadapan tetapi juga anda mungkin berupaya menampung pendapatan yang diperolehi sekarang.
..
Anda mungkin memilih untulk melaburkan semula sebarang keuntungan kembali ke dalam bisnes anda, tetapi jika tidak pun, fikirkan tentang apa yang beberapa ratus ringgit sebulan boleh buat untuk simpanan dana persaraan anda.
....
Apabila anda mulakan syarikat sendiri, berhati-hati dengan apa yang anda libatkan diri dengan sesuatu yang masih baru dan kabur bagi sesetengah orang. Sebelum anda mulakan langkah, berjumpalah dengan seseorang yang pernah libatkan diri dengannya. Tanyakan mereka bagaimana situasi sebenarnya nanti, apa yang mereka gemari, apa yang tidak disukai, dan sebagainya. Cuba sebaiknya membayangkan adakah ia merupakan sesuatu yang anda ingin lakukan dan nikmatinya.
....
Sebenarnya banyak lagi yang perlu dibuat untuk menjalankan bisnes anda, yang mana anda akan sedari sehinggalah anda benar-nbenar terlibat secara langsung tetapi lakukan sedikit sebanyak kajian dan penyelidikan akan lebih membantu di kemudian hari.
....
Memandangkan kita dah bincangkan kenapa anda perlu pertimbangkan untuk memilki syarikat dan memulakan bisnes sendiri, mari kita lihat beberapa faedahnya:
  • Satu alat bagi meringankan cukai individu
  • Potensi pendapatan yang tiada had
  • Kebebasan untuk menjalankan bisnes dengan cara sendiri
  • Kepuasan untuk melihat bisnes anda berkembang dan rasa dihargai
  • Lebih banyak peluang terbuka untuk diri anda
  • Mencipta peluang kerja dan membantu pekembangan ekonomi
..
Senarainya boleh berterusan lagi dan lagi tetapi mesejnya di sini ialah terdapat banyak sebab untuk membina bisnes anda sendiri yang sebenarnya anda sendiri yang tahu. Memang ia bukan untuk semua orang (sama juga bekerja untuk orang lain bukan sesuai untuk semua orang, kan?). Terdapat banyak faedah untuk anda menjalankan pertunjukan anda sendiri dan mulalah berfikir lebih kepada seorang usahawan.
...
Atas sebab itulah saya sendiri baru sahaja mendaftarkan satu syarikat yang dinamakan BIGFISH ENTERPRISE yang bisnes utamanya ialah menjalankan e-dagang dalam internet serta pembekal produk berasaskan pertanian terutama sekali cendawan. Buat masa ini produk yang ditawarkan ialah ebook, VCD, kursus cendawan serta perfumes.
...
Potensi yang ada untuk berkembang pada masa hadapan amat baik dan terdapat banyaknya peluang di luar sana menanti. Selaraskan kemahiran anda, minat dan keadaan diri sekarang dengan model bisnes yang betul dan anda mungkin terlibat di dalam satu usaha dan peluang yang mungkin datang sekali seumur hidup.
..
Mulakan syarikat anda sendiri hari ini!


Daripada Kerja RM500 Kepada Pendapatan RM200 Juta

Cerita tentang Lalitha Kaleedhass, pengasas bersama Multimedia Glory Sdn Bhd (MMG) boleh diibaratkan sebagai anda cuma hanya mendengar tetapi jarang untuk melihatnya sendiri.
..
Seorang bekas suri rumah dari Coimbatore, Tamil Nadu, India, beliau tiba di Malaysia pada tahun 1997 dengan hanya sehelai sepinggang. Bersama-sama dengan anaknya dan sepupunya yang telah menetap di Malaysia semenjak 1987, beliau memulakan sebuah syarikat perisian kecil pada tahun 1999 dari sebuah apartmen di Brickfields, Kuala Lumpur.
...
Kerja pertama syarikatnya ialah menjana laporan untuk Affin Bank, menyalin dan menguruskan data daripada system lama yang ingin digantikan. Beliau perlu bekerja pada hujung minggu apabila bank tutup dan untuk setiap laporan, beliau dibayar RM500. Berpuas hati dengan kualiti kerja, bank berkenaan memberi lebih banyak projek kepada MMG.
..
Syarikat berkenaan kemudiannya berjaya masuk ke sektor kejaraaan, melaksanakan system untuk Jabatan Perdana Menteri dan beberapa agensi yang lain. Hari ini, MMG menikmati pendapatan berjumlah RM200 juta dan keuntungan di antara RM10 juta ke RM20 juta.

..
“Kami tidak mempunyai sebarang modal permulaan”, kata Lalitha.
..
“Syarikat ini dimulakan oleh saya, anak saya dan juga sepupu saya - ia di asaskan untuk anak saya kerana beliau enggan menyambung pelajarannya. Anak saya memainkan peranan sebagai pencipta dalam syarikat dan sepupu saya sekarang adalah Pengarah Eksekutif."
....
Beliau mengimbas kembali pada peringkat awal apabila pelanggan pernah bertanya, “Jika kamu lari, apa akan jadi?”
..
Memandangkan MMG tidak mempunyai rekod latar berlakang sebelum ini, para pelanggan mengambil mereka dengan syarat mereka hanya akan membuat bayaran selepas kerja siap sepenuhnya dan berpuas hati.
..
“Kami mengambil syarat ini sebagai cabaran untuk melakukan kerja sesempurna mungkin,” kata Lalitha.
..


“Motto kami ialah "Ya, kami boleh.” Dan kami selalu mencuba untuk melakukan pelbagai perkara dengan cara berbeza daripada orang lain. Selain daripada wang, kami mahukan cabaran. Sebab itu kami melibatkan diri dalam pengeluaran kad polikarbonat.”
..
Kad polikarbonat merupakan salah satu ciptaan Lalitha, yang mana beliau telah diberikan kewarganegaraan Malaysia yang paling beliau banggakan. Kad tersebut mempunyai cip pintar yang mengandungi cap jari dan gambar berwarna dan digunakan untuk pekerja asing.
..
Satu kelebihan berbanding Mykad ialah ia mengandungi tujuh lapisan dan maklumat yang dicetak terletak di lapisan keempat. Jadi ia tidak boleh tercalar mahupun tertanggal. Banyak produk MMG, katanya adalah yang pertama di dunia.
..

“Inovasi amat penting. Jika anda tidak inovatif, anda akan ketinggalan. Kita perlu selalu mencuba menjadi lain daripada yang lain.”

..
Nasihat beliau kepada usahawan ialah: “Anda boleh memulakan bisnes tanpa sebarang wang - ia bukan mustahil. Hanya mohon kemudahan bank jika anda telah mengesahkan pesanan daripada pelanggan. Jangan pohon pinjaman jika anda memulakan satu bisnes dan berharap untuk mendapatkan sesuatu.”

Saturday, November 15, 2008

Menjadi Jutawan Melalui Penuasan Kewangan

Kunci kepada mencipta kekayaan yang besar dan menjadi jutawan ialah dengan menggunakan penuasan kewangan, kan?..

Anda mungkin telah mendengarnya beratus kali sebelum ini. Untuk mendapatkan sejumlah wang yang lebih besar pada kadar yang lebih cepat, anda perlu menggunakan “wang orang lain.”..

Dengan menggunakan penuasan kewangan, anda mencipta keupayaan untuk mempunyai lebih banyak kuasa membeli dan mendapatkan semula wang daripada pelaburan anda dengan lebih cepat dan dengan itu anda boleh mengambil kesempatan terhadap peluang lain yang mendatang...

Definasi Penuasan Kewangan paling ringkasnya ialah menggunakan wang yang dipinjamkan untuk membeli aset. Kepada orang yang telah berada dalam ‘laluan pantas’ dalam membina kekayaan memahami sebaiknya bahawa dengan menggunakan produk dan alat pinjaman yang diperolehi oleh mereka, mereka boleh gunakan hutang berkenaan dengan cara yang boleh memberikan mereka banyak kelebihan berbanding orang biasa...

Ia mungkin dalam bentuk sama ada meminjam wang daripada bank atau daripada peminjam individu bagi memperolehi situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak.

...

..

Begini caranya:

  • Anda temui satu hartanah komersil bernilai RM1,000,000 yang diuruskan dengan baik, dalam keadaan yang amat hebat dan dipenuhi dengan penyewa yang mempunyai 5-10 tahun lagi tempoh baki pajakan mereka.
  • Anda boleh membeli hartanah tersebut dengan tunai tetapi semua wang anda akan terikat dengan pelaburan ini sahaja.
  • Sebaliknya, anda boleh mendapatkan pinjaman hartanah tersebut yang hanya menghendaki RM200,000 sebagai bayaran pendahuluan.
  • Hasilnya, bank akan dapat 6% faedah daripada pinjaman, anda perolehi RM2,0000 aliran tunai daripada pendapatan sewa.
  • Anda sekarang mempunyai RM80,000 tunai untuk digunakan bagi peluang pelaburan lain.
  • Dalam masa dua tahun, anda mampu membuat pembiayaan semula ke atas hartanah yang anda beli ini, di mana membenarkan anda keluarkan RM20,000 yang asal keluar daripada pelaburan dan masih memperolehi RM2,000 aliran tunai bulanan. Sekarang anda memiliki keseluruhan hartanah dengan Wang Orang Lain / Other People’s Money (OPM) dan boleh pula mengulangi proses untuk membeli lebih banyak pelaburan yang berpotensi memberi pulangan.

..

Ambil senario yang sama dengan seseorang yang tidak mempunyai wang di tangan tetapi telah menemui peluang pelaburan yang hebat ini. Anda, sebagai pelabur boleh mendekati peminjam individu dan membuat satu perjanjian untuk berkongsi pelaburan tersebut. Mereka menjadi ‘orang ringgit’ untuk membantu urusniaga hartanah berjaya dan berjalan lancar manakala anda uruskan hal-hal yang lebih terperinci...

Memandangkan anda mengendalikan semua kerja dan mereka hanya sediakan wang, anda bahagikan pendapatan sebanyak 50/50. Sebagai hasilnya, anda menjadi sebahagian pemilik ke atas hartanah hebat yang menghasilkan pulangan yang tinggi dengan langsung tidak perlu mengeluarkan wang daripada poket sendiri, dan peminjam individu memperolehi pulangan yang hebat daripada pelaburan tanpa perlu menguruskan secara aktif urusniaga dan pelaburan tersebut...

Menggunakan penuasan kewangan merupakan bahagian penting untuk mempercepatkan jumlah kekayaan yang anda boleh hasilkan. Ia memberi anda kemampuan untuk membeli lebih dengan kurang dan gunakan wang anda dengan lebih banyak cara dan bukan hanya satu sahaja. Apabila anda temui satu potensi menang-menang yang membenarkan anda mengambil kesempatan daripada OPM, anda sebenarnya terlibat di dalam salah satu alat pengeluaran kekayaan terbesar yang pernah wujud.





Thursday, November 13, 2008

Formula Menjadi Jutawan Melalui Proses Kreatif

Untuk membina sesuatu daripada tiada apa-apa memerlukan satu proses yang spesifik. Berita baik untuk anda semua yang bercita-cita dan berkongsi impian serta matlamat seperti saya untuk menjadi jutawan ialah ia tidak memerlukan wang untuk mendapatkan wang.
..
Apa yang diperlukan ialah dengan mengikuti satu formula yang saya namakan Proses Kreatif. Ia terdiri daripada empat fasa.
..
Fasa Pertama
Fasa yang pertama ialah mengetahui, percaya dan berangan-angan. Ini merupakan bentuk pemikiran dan mentaliti yang paling tinggi dan patut dimiliki oleh setiap orang. Apabila anda tahu anda akan mencapai taraf jutawan, memiliki kekayaan dan mencapai kebebasan kewangan dalam hidup, satu dorongan dan motivasi secara semula jadi akan wujud dalam diri. Ada sesetngah pihak memanggil ia 'Positive Knowing'.
.
Pastikan anda ada kepercayaan ini. Ini membawa kepada ciri yang kedua iaitu mempercayai. Anda perlu yakinkan diri dan beritahu minda separa sedar yang anda percaya yang anda akan mencapai matlamat untuk menjadi seorang jutawan. Kadang-kadang jika ada orang yang bertanya tentang matlamat saya untuk menjadi jutawan empat tahun dari sekarang saya katakan, "Saya kurang pasti bila dan bagaimana secara spesifiknya tetapi saya PERCAYA saya akan mencapainya."
.
Ia lebih kepada visi yang sukar dilihat dan dirasai oleh sesiapa pun, hanya diri sendiri yang lebih tahu. Jadi letakkan kepercayaan bahawa anda akan menjadi jutawan satu hari nanti.
.
Ciri yang ketiga ialah berangan-angan. Anda harus mempunyai impian dan berangan-angan walau apapun keadaan pada masa kini dan akan datang. Jika anda telah berjaya memperolehi RM1 juta dalam hidup kelak, impikan untuk mendapat dua juta ringgit selepas itu. Jika anda telah mempunyai rumah, impikan untuk mempunyai sebuah rumah yang lebih besar dan cantik. Bukan sebab kita tamak tetapi impian harus ada dalam diri untuk mendorong seseorang itu menjadi lebih baik. Teruskan berangan-angan dan usaha ke arah mencapainya!
.
Fasa Kedua
Fasa ini dipanggil fasa berfikir. Pemikiran anda adalah diibaratkan sebagai satu tenaga. Berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan kerana kajian yang dibuat menunjukkan apa yang terjadi dalam hidup kita adalah hasil daripada apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan dunia ini banyak wang maka dunia ini sememangnya banyak wang untuk diperolehi. Jika kita fikir hidup ini indah dan orang ramai sangat baik dan membantu, itulah yang akan anda rasai dan fikirkan.
..
Gunakan pemikiran anda ke arah yang positif dan ia bukan sahaja akan membantu anda dalam usaha menjadi jutawan malahan ia akan menarik perkara yang positif dalam hidup.
.
Fasa Ketiga
Ia dipanggil percakapan anda. Selalunya percakapan yang anda tuturkan lahir daripada apa yang anda fikirkan. Jika anda katakan dan beritahu semua orang yang anda akan mencapai kedukan kewangan yang lebih baik maka perkara itu tidak mustahil akan berlaku.
.
Ada satu keadaan saya sendiri alami apabila berkunjung ke rumah kawan. Dia kata, "Alamak..susah sungguh nak jaga budak-budak sekarang ni, nakal sungguh, tak dengar kata". Tak lama lepas tu, cuba teka apa yang saya lihat?

Memang anak dia nakal dan agak lasak. Jagi berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan kerana ia selalu bertukar menjadi kenyataan kelak. Begitu juga matlamat anda, ia harus diulang setiap hari sekurang-kurangnya lima kali.
.
Fasa Keempat
Yang terakhir ialah melakukan. Anda perlu laksanakan apa yang anda ingin buat setelah segala perancangan telah siap. Jangan tunggu sehingga semua perkara okay baru untuk mulakan. Anda perlu lakukan sahaja dengan apa sahaja sumber yang ada, yakin dan belajar daripada kesilapan dan tingkatkan diri anda selangkah demi selangkah. Bak kata iklan komersil NIKE, Just do it!
.
Proses kreatif ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan sebagai tambahan untuk mejadikannya lebih berjaya,ini tip berguna. Untuk mempastikan proses kreatif berjaya apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengundurkan proses kereatif iaitu anda perlu lakukan apa yang ingin anda lakukan, bercakap dan beritahu semua orang, berfikir dan kemudian berimpian dan kemudian mempercayai dan kemudian mengetahui. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!




Wednesday, November 12, 2008

Affluents, Millionaires Lose Short Term Investing Confidence

The current economic situation appears to have created a short-term crisis of confidence among some affluent and millionaire investors, but nearly two-thirds say they have done nothing to change their long-term investment strategy, according to research from Phoenix Marketing International, MarketingCharts reports.
..


The report, "Affluent & Millionaire Sentiment: A Crisis of Confidence," states that more than three-quarters of America’s Mass Affluent (those with $250K to $999K investable assets) say they have less confidence in investing in the stock market as a result of recent economic events.


..




The financial crisis, however, has not yet caused large shifts in investment behavior among the wealthy. Overall, 65% of Mass Affluent investors say they have not changed their long-term investment strategy. Of those who have changed it, the vast majority have become more conservative.

..
On the other hand, Millionnaire investors ($1M+ investable assets) - though similarly shaken by the financial crisis - appear to be viewing the economic crisis as a buying opportunity. Some 20% of millionaires bought stocks or other investments during the last three months, compared to 11% of Mass Affluent investors.
..
Though 62% of Millionaire investors say they have not changed their long-term investment approach, the proportion of them who plan to increase their overall investments has increased for the first time in a year, from 28% to 37%.

..

Additional findings:
  • More than half of the Mass Affluent and Millionaire segments have done nothing differently in the short or long term as a result of the financial and economic situation.
  • About 20% of both groups have contacted their investment advisor for advice.
  • About 10% have shifted assets or pulled assets from the stock market.
  • The largest investment reductions were in stocks and mutual fund investments, though this may be because of a reduction in the value of these investments, rather than a change in investment behavior.
  • Only 3% or less have changed their investment provider or advisor.
..
Opinion of Government Rescue Plan

Three-quarters of Mass Affluent investors disagree with the US government’s $700 billion economic bailout plan, but half still think it is necessary prevent a more serious economic crisis.

..

Millionaire investors have a more favorable perception of the government’s plan than the Mass Affluent, though the majority still do not agree with it. About 25% view it favorably, compared with only 10% of Mass Affluent investors.

..

About the research: The research was conducted from October 10 through October 20, 2008. Every other month, the Phoenix Marketing International Affluent Marketing Service (AMS) tracks changes that Mass Affluent and Millionaire households anticipate making to their investment portfolios in the coming three months.




Tuesday, November 11, 2008

Vocabulary of Rich

Jika anda ingin menjadi kaya dan memiliki pemikiran dan tabiat seorang jutawan, anda perlu menguasai perbendaharaan kata golongan orang kaya. Bukan setakat ingin memiliki apa yang golongan ini miliki sahaja seperti rumah, wang yang banyak, pelaburan dan sebagainya tetapi sebenarnya mengetahui apa yang mereka fikirkan dan pelajari sesuatu daripadanya.
...
Berikut saya paparkan petikan beberapa maklumat yang berguna untuk diketahui dan sebahagian lagi akan di kemaskini dari semasa ke semasa di usahawan bistari ini.
.
The two main factors underlying the value of a currency and foreign exchange rates are the underlying economic performance of the country and comperative interest rates.
..
Borrowers will generally gain during a period of inflation as in real terms the debt will have been reduced but higher rates of inflation tend to cause increased interest rates. Conversely lenders ill suffer from a reduction in real terms unless the debt in index-linked. People, such as pensioners, receiving fixed income returns may find it harder to raise their income to keep pace with inflation.
..
The balance of payments is a summary of all the transactions between a country and the rest of the world and will measure the difference as a deficit or surplus. Gross National Product is the measure of a country’s output (Gross Domestic Product) plus Net Property Income from abroad. Public Sector Net Cash Requirement is the difference between Government expenditure and Government income.
..
A company is required to hold an AGM. Both ordinary and special resolutions can be considered and voted on at an AGM. Shareholders can either vote in person or have someone else register their vote by completing a proxy voting form.
..
Zero coupon bonds carry no coupon and therefore pay no income. They are issued at a significant discount to par vale and the entire return for an investor is received when the bon is redeemed.
..
The buyer of a call option has the right to buy a share at a predetermined price by a given date. The buyer of a put option has the right to sell a share at a predetermined price by a given date.
..
Term assurance policies are for a set period of time. If the policyholder dies during the term the policy pays out the insured sum either as a lump sum or regular monthly amount,. Endowment, Unit-Linked and With-Profits are types of whole-of-life policies that are linked to investment and pay out any profits made by the underlying investments in addition to the insured sum when the policyholder dies.
..
Capital and status are seen as advantages for a company getting its shares traded on the stock market, however the prime motivation is the raising of capital from the public issue of shares.




Monday, November 10, 2008

Millionaires Are Not As Rich As They Used To Be

ALTHOUGH most of us still dream of being millionaires, new research suggests that the exalted financial status isn't matched by actual spending power.
..
Statistically speaking, you would need £17.5m today to enjoy the equivalent lifestyle of someone with £1m 50 years ago.
..
Or looked at the other way round, in 1958 just £57,143 would have been worth £1m in today's money.
.
And the effects of inflation over the years mean that, although not exactly "ten a penny", many people are now millionaires with a recent estimated total of around 376,000 in the UK.
..
The research – carried out by Halifax Financial Services and sourced from the Office of National Statistics – also shows that the value of £1m today will be cut by two-thirds over the next 50 years if retail prices rise in line with the Government's inflation target of two per cent a year.
..
Alternatively, someone would need £2.7m in 2058 to fund the same lifestyle as an individual with £1m today.
..
Put in the context of age, the impact of inflation on spending power means that a lump sum of £1m is worth more to a 50-year-old than a 20-year-old.
..
Assuming an inflation rate of two per cent, when today's 50- year-old reaches the age of 60 in 2018, £1m will be worth £820,348 in today's terms.
..
In contrast, today's 20-year-old would find their £1m worth £452,890 when they are 60 years old in 2048.
..
Halifax Financial Services chief economist Martin Ellis said: "£1m is still a lot of money even though inflation has substantially eroded its purchasing power over the past half a century.
..
"Although £1m cannot fund the lavish lifestyle it once could, it can still go a long way with careful financial planning."
..
If you were fortunate enough to have £1m lying around, it would earn £50,000 a year gross interest in a five per cent interest account.
.
By Rob Waugh




Sunday, November 09, 2008

Tabiat Jutawan : Cintai Apa Yang Anda Lakukan

Soalan yang sering kali orang tanyakan tentang menjadi kaya ialah “Apakah kerjaya atau bisnes terbaik yang akan memberikan saya banyak wang?”
.
Patutkah saya terlibat dalam pendidikan? Makanan? Insuran? MLM? Penjagaan Kesihatan? Perdagangan Options? Hartanah? Apakah industri terbaik untuk saya sertai sekarang?
.
Sebenarnya, anda akan dapati bahawa di dalam APA SAHAJA INDUSRI, terdapatnya kumpulan minoriti yang akan membuat wang yang banyak manakala majoriti akan bersusaha untuk meneruskan hidup.
.
Jadi, jawapan kepada soalan tersebut ialah anda boeh menjadi seorang jutawan di dalam APA SAHAJA INDUSTRI, hanya jika anda adalah salah seorang yang terbaik!
..
Jika anda tidak tergolong dalam salah seorang yang terbaik, anda tidak akan berpeluang menjadi kaya di dalam APA SAHAJA industri. Anda BOLEH menjadi seorang jutawan dalam insurans, hartanah, perdagangan options, pendidikan kanak-kanak, kawalan serangga, peruncitan, makanan atau pemasaran internet HANYA jika anda adalah salah seorang yang terbaik.
.
Jadi, bagaimana anda boleh menjadi yang terbaik di dalam pasaran?
Jawapannya ialah dengan menjadi sesungguh dan sepenuhnya seratus peratus komited terhadap kerjaya atau bisnes yang terlibat.
..
Semua individu yang berjaya mempunyai satu persamaan. Mereka menyintai apa yang mereka lakukan. Dan kerana mereka mempuyai sebegitu ghairah terhadap kerjaya atau bisnes yang tertentu, mereka tidak membezakan antara kerja dengan bermain.
..
Kerja mereka merupakan satu permainan dan begitu juga sebaliknya. Hasilnya, mereka menghabiskan setiap hari dan setiap waktu kerja (pada mereka itu bukannya kerja) dan sebab itu mereka menjadi begitu bagus dengannya yang mana mereka menajdi peneraju pasaran dan juga pakar.
..
Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa Bill Gates, antara manuasia terkaya di muka bumi kini bernilai US$46billion masih lagi bekerja 18 jam sehari, setiap hari?
..
Kenapa tidak sahaja beliau cuma lepak dan berehat di tepi pantai?
Sebabnya ialah seperti kesemua jutawan yang lain, apa yang mendorong beliau ialah bukan semata-mata kerana wang; ia mengenai keasyikan untuk "Meletakkan sebuah komputer di setiap rumah menggunakan perisian Microsoft” yang menjadikan Bill Gates terbaik di dalam bidang tersebut.
..
Ramai orang yang mempunyai tanggapan bahawa jutawan merupakan orang yang secara semula jadinya lebih bermotivasi, berdisiplin dan fokus. Sebenarnya, apabila seseorang melakukan sesuatu yang dicintai, motivasi, focus dan disiplin selalunya datang secara sendiri.
..
Jika anda dapati anda kekurangan motivasi dan disiplin untuk berjaya dalam apa yang diusahakan, sebabnya adalah sangat jelas. Ia bukannya minat anda.
.
Fikirkan sejenak.
.
Adakah anda mempunyai minat semula jadi kepada sesuatu? Adakah anda mempunyai hobi? Suka bermain golf? Permainan komputer? Bolasepak? Bermain dengan kanak-kanak? Tidakkah anda perasan yang bila mana anda lakukan apa yang anda sukai, satu tenaga mengalir tanpa henti?
..
Ia seumpama, walau sepenat mana sekalipun, anda akan selalu mempunyai tenaga untk melakukan apa yang anda cintai dan gemari. Jadi, inilah rahsia yang akan membawa kepada kejayaan dan kekayaan anda.
..
Anda perlu mencari sesuatu yang anda sangat minati dan bina kerjaya dan bisnes di sekelilingnya.
..
Lakukannya, anda akan dapati yang anda akan semula jadinya fokus, komited dan bertenaga untuk menjalankannya. Apabila anda berikan yang terbaik terhadap apa sahaja yang anda gilai ,anda akan menjadi yang terbaik!




Saturday, November 08, 2008

10 Tabiat Jutawan

Apa yang diperlukan untuk menjadi jutawan?
..
Tolak ke tepi pemenang loteri, menjadi kaya tiada kaitan dengan hanya bernasib baik. Cuba kita ikuti 10 tabiat seorang jutawan ciptaan sendiri ini.
..
1 Jutawan Adalah Seorang Yang Belanja Berhemat
Orang yang paling kaya yang saya kenali juga merupakan seorang yang suka berbelanja untuk barangan paling murah. Mereka membeli kereta terpakai. Mereka membawa bekal ke pejabat. Ia memerlukan wang untuk mendapatkan wang dan anda tidak akan mendapat wang yang diperlukan untuk melabur jika anda membelanjakannya.
..
2 Jutawan Berfikiran Besar
Sesetengah orang terkejut apabila mereka memperolehi sejuta pertama mereka. Lagipun, ia tidak datang dengan mudah. Tapi lama sebelum mencapai matlamat mereka, jutawan ini tahu mereka ingin mendapatkannya. Berbanding mensasarkan kenaikan tahunan 3% setahun, jutawan mengimpikan untuk bekerja sendiri. Berbanding berkhidmat untuk 100 pelanggan, jutawan mengawal 10,000 akaun.
.
3 Jutawan Mengambil Risiko Terkira
Sama ada ia melabur di dalam saham atau menyimpan di dalam saham amanah untuk memulakan bisnes, jutawan mengambil risiko terkira. Di dalam risiko ini, ganjarannya adalah jauh lebih besar berbanding kos kegagalan dan peluang untuk berjaya adalah cerah.
.
4 Jutawan Mencipta Jaringan
Tidak ramai orang yang mencapai potensi mereka berseorangan. Jutawan membina jaringan yang berkuasa yang mempunyai hubungan dengan semua lapisan masyarakat dalam kehidupan mereka. Para jutawan ini tahu bahawa majikan seterusnya, pelanggan atau rakan kongsi boleh datang dari mana-mana sahaja.
.
5 Jutawan Tidak Membayar Faedah, Mereka Memperolehinya
Para jutawan tahu kerosakan daripada hutang dan cuba mengelakkannya sama sekali. Sebaliknya, jutawan menyimpan, melabur dan malahan meminjam wang kepada orang lain untuk mendapatkan pendapatan daripada faedah.
.
6 Jutawan Fokus
Jutawan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencaai matlamat pada sebarang kos. Perbezaan di antara seorang yang berimpian dengan seorang pelaksana ialah bukannya jumlah idea yang mereka miliki, tetapi bagaimana seseorang itu memfokuskan usaha melaksanakan idea yang terbaik.
.
7 Jutawa Lakukan Apa Yang Diperlukan
Kisah kejayaan paling memberi isnspirasi di kalangan semua orang yang berjaya melibatkan pengorbanan yang bukan sedikit. Daripada tidur di dalam kereta menjalankan dua kerja kepada mengabaikan hubungan peribadi untuk mendapatkan pendidikan atau membina suatu bisnes, jutawan bukan sesuka hati dan sengaja menangguhkan kepuasan peribadi, para jutawan menanggung kesakitan pada awalnya.
.
8 Jutawan Mendidk Diri Sendiri
Tidak perlu sebarang institusi gah untuk menjadi seorang jutawan, tetapi ia perlukan keinginan untuk belajar. Tidak kisahlah bagaimana anda belajar- daripada seorang mentor, kelas malam, buku dan juga laman web –tetapi pembelajaran berterusan amat musthak untuk kejayaan jangka panjang.
.
9 Jutawan Memimpin
Tidak terperanjat pun., kualiti yang sama membolehkan orang biasa memperolehi berjuta menjadikan mereka pemimpin semula jadi. Ia kembali kepada keputusan untuk menjadi seorang jutawan pada asalnya. Suatu resolusi untuk mengorak langkah, membuka jalan berbanding mengikut jalan sedia ada.
.
10 Jutawan Seorang Pemurah
Jangan pula harapkan jiran anda yang kaya mencurah hadiah kepada anda. Biasanya mereka menderma untuk sebab yang lebih besar dan berfaedah. Ia bukan sahaja usaha giat untuk menambah sejuta lagi di dalam akaun organisasi tertentu: anda perlu membuat pilihan yang tepat badan kebajikan mana yang ingin disumbangkan.





Thursday, November 06, 2008

Tip Dan Strategi Langsaikan Hutang

Hari ini saya akan berkongsi beberapa tips dan strategi yang anda boleh gunakan untuk langsaikan hutang.

..
Tips-tips ini saya dapati ketika menyemak kembali inbox emel saya.
.
Maklumlah, ketika Malaysia sedang diasak kegawatan ekonomi ini, timbul khabar khabar yang mengatakan bahawa bank akan meningkatkan kadar faedah (BLR)!
.
Jika sebelum ini anda membayar pinjaman RM 500 sebulan, bersedialah untuk bayar RM 700 ketika kegawatan kelak. Jika sedang bayar RM 1000, bersedialah dengan RM 1300.
.
Oleh itu jika anda ada mempunyai duit lebih sekarang, bayarlah hutang anda secepat mungkin. Ini termasuklah hutang bank, kad kredit dan juga perabot untuk menjamin hidup yang lebih baik dan tidak stress.
.
Untuk membayar hutang ini, ada 2 cara. Cara pasif dan cara aktif.

.

.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
STRATEGI BEBAS HUTANG PASIF
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
.
Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah pasif berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.
.
1 PERIKSA rekod perbelanjaan anda sepanjang 6 bulan lepas. Lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.
.
Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat strok! :)
.
2 KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.
.
3 TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)
.
4 BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.
.
5 TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
.
6 SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda.

Contohnya:
.
1) Hutang perabot RM2000
2) Hutang kad kredit RM5,000
3) Hutang kereta RM50,000
4) Hutang rumah RM100,000
.
7 Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak
besar, contohnya kereta atau rumah.
.
8 Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!
.
9 Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.
.
Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.
.
10 Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua.

Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.
.
Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.
.
Gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.
.





~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
STRATEGI BEBAS HUTANG AKTIF
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
.
Berbeza dengan cara pasif, strategi aktif lebih ringkas dan mudah.
.
Anda perlu melipatgandakan pendapatan anda sekurang-kurangnya 10% dan gunakan kesemua wang lebihan ini untuk membayar hutang anda mengikut turutan.
.
Antara sumber pendapatan tambahan ini adalah, royalti dari penulisan atau lagu yang digubah, buat kerja freelance ataupun pendapatan dari perniagaan internet anda sendiri.
.
Yup! Perniagaan internet tidak semestinya dilakukan full-time. Saya telah beberapa tahun melakukannya secara part time di samping tugasan seharian sebagai mahasiswa. Jika saya boleh, anda pasti lagi boleh! :)
.
Selamat Membasmi Hutang!
.

Sabri SaifulSham,
SaifulSham Consultants,
www.SaifulSham.com
.
p/s: Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham berkemungkinan besar yang terakhir tahun ini, akan diadakan pada Sabtu ini 8 Nov. Masih ada 8 tempat kosong lagi. Jika anda ingin memulakan perniagaan internet, ini seminar yang mempunyai "track record" sebagai mempunyai peratusan peserta berjaya tertinggi!