Rabu, Mei 28, 2008

Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Jutawan

Salam sejahtera.
Topik hari ini ialah "Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang jutawan" dengan menyenaraikan tujuh peraturan yang diikuti dan diamalkan oleh seseorang yang telah menjadi jutawan.
..
1 Menjadikan wang yang diperolehi sebagai sesuatu yang perlu disimpan dan dilaburkan. Sebaik sahaja anda menerima gaji ataupun 'durian runtuh' (misalnya harta peninggalan atau bonus), fikirkan berapa banyak yang boleh anda kesampingkan sebagai simpanan.
..
2 Pertimbang sesetengah risko apabila melabur. Apabila anda bermain selamat dalam pelaburan, anda akan selamat (tetapi rendah) juga pulangannya. Para jutawan telah keluar dari zon selesa dengan memulakan perniagaan yang mana mereka harap boleh memberikan hasil - dengan tiada jaminan. Tetapi hanya dengan mengambil risiko yang terkiralah telah memberikan pulangan yang lumayan kemudiannya.
..
3 Gaya hidup ringkas. Sesetengah para jutawan menetap di dalam rumah yang sama yang mereka miliki bagi tempoh 30-40 tahun yang lalu. Atau tinggal di dalam rumah yang diwarisi. Anda juga boleh mengambil iktibar daripada cara para jutawan menjalani kehidupan: bukannya berpesta setiap malam, tidak juga mereka membeli setiap model baru kereta yang dikeluarkan. Sebaliknya, anda akan dapati para jutawan ini bekerja di meja mereka dari 8.00 pagi dan mempunyai hanya dua buah kereta di dalam garaj.
..
4 Mempunyai matlamat yang jelas. Dengan menjadi seorang yang spesifik, anda akan lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat anda. Misalnya, katalah matlamat anda adalah untuk mempunyai rumah sendiri apabila berusia 35 atau 40 tahun. Ia mungkin sebuah unit kondominium atau rumah banglo tiga bilik- ia akan bergantung kepada pendapatan anda dan bagaimana anda menyimpan selama bertahun-tahun. Mempunyai satu matlamat akan membantu anda memberi fokus terhadap usaha anda sebaiknya.
..
5 Memilih hutang baik berbanding hutang tidak baik. Ambil pinjaman hanya apabila lebihan pinjaman tersebut boleh digunakan untuk membolehkan anda mendapat lebih banyak wang. Contohnya, peermohonan pinjaman dengan bank untuk mengembangkan bisnes yang berpotensi.
..
6 Kongsi kebajikan anda. Nampaknya satu formula matematik berkesan di sini : Lebih banyak yang anda beri, lebih banyak kebaikan kembali kepada anda.
..
7 Ajar anak kecil untuk mengendalikan wang sebaiknya. Nampaknya kata pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" memang ada kebenarannya.

Selasa, Mei 27, 2008

Kisah Jutawan Muda Irfan Khairi

Dengan bermodalkan wang sebanyak RM500, Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun, sudah pun bergelar jutawan.
..
MELIHAT dari segi luarannya, penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan kemeja T lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan.
..
Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda bernama Irfan Khairi ini. Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Staffordshire, Britain yang pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham iaitu Netmedia [UK] Ltd.
..
Selaku seorang pereka system multimedia dan perunding internet, Irfan bertanggung jawab mencipta satu system pembelajaran internet, dipanggil Learning Grid yang digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain.
....
Namun , Irfan nyata tidak puas dengan pencapaian tersebut. Berasaskan minatnya yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, dia memulakan ‘perusahannya’ sendiri pada tahun 1999. Perniagaan itulah yang membawanya menjadi seorang jutawan pada usia yang begitu muda.
..


‘Perjalanan untuk mencari satu juta ringgit bermula ketika saya belajar di Universiti Teknologi Mara [UiTM] dalam bidang yang saya kurang minat iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya lebih kepada designing [seni rekaan]. Lepas habis belajar di UiTM, saya melanjutkan pelajaran ke Britain dalam bidang multimedia," katanya.
..
Sejak itu, Irfan cuba mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan wang daripada kemahiran rekaannya. Irfan sedar jika dia bekerja dengan orang, dia tidak akan dapat menghasilkan banyak wang. Justeru, Irfan mengambil keputusan untuk bekerja sendiri sebagai pereka .
..
Perniagaan internetnya yang melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku eletronik [e-book] laman web, grafik, SEO [Search Engine Optimization], menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran, nyata berkembang dengan pesat.
..
‘Internet adalah cara saya mendapatkan pasaran yang lebih luas. Bermula dari situ [Kira-kira enam tahun lalu] ,tiga tahun kemudian saya berjaya memperoleh RM1 juta yang pertama,’ jelas Irfan secara jujur.
..
Perkhidmatannya digunakan oleh lebih 3,000 pelanggan dari serata dunia,kebanyakannya dari Amerika Syarikat, Britain, Negara Eropah,Timur Tengah, Jepun dan Australia.
..
Menurut Irfan, dia memang seorang yang bermotivasi dan telah menetapkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum umur 30 tahun. Usahanya bermula sejak berusia 18 tahun lagi.
..
‘Saya membaca kisah-kisah kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya dan belajar tentang perniagaan. Akhirnya saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh tahun jugalah. Walaupun saya berjaya memperolehinya pada usia itu, jangan fakir ia sesuatu yang cepat." katanya yang hanya memandu sebuah kereta nasional keluaran Perodua.
..
Namun, Irfan melihat kejayaannya itu bukan sekadar mengumpul kekayaan. Sebaliknya, dia menilai dari aspek etika kerja, kualiti dan usaha gigih kerana mahu melihat sejauh mana potensi dirinya.
..
Menurut Irfan lagi, seseorang boleh menjadi jutawan dalam apa jua industri, sama ada hartanah, perniagaan ataupun saham. Cuma kita perlu mendapatkan ilmu yang berkaitan dengan sesuatu bidang itu.
..
‘Pendidikan atau pengetahuan ini penting dari segi pengkhususan dalam industri yang ingin kita ceburi. Kita sering melihat industri orang lain lebih berjaya dan berpendapatan tinggi. Apabila telah masuk industri itu, kita lihat industri lain pula yang lebih baik Kalau macam itu, tiada kesudahannya,’ ujar Irfan yang gemar menonton TV .
..
Dia juga menyatakan bahawa masih banyak jurang [peluang] yang perlu diisi di Malaysia.
..
‘Misalnya, sebelum ini di Amerika, banyak program TV seperti Home Improvement, kita tidak ada program seperti itu. Tetapi bila tersiarnya rancangan seperti Casa Impian, maka ia jadi suatu perkara yang unik.
..
Di Malaysia banyak lagi jurang. Seorang harus mengisinya dan mereka pasti akan berjaya,’ katanya.

Petikan : Kosmo!
....

Nota Nizamsurf: Irfan Khairi adalah slaah seorang mentor dan idola saya dalam menjalankan bisnes internet dari dulu sehingga sekarang. Walaupun belum berkesempatan bertemu secara bersemuka tetapi jalinan persahabatan banyak melalui blog beliau, artikel dan juda newsletter yang diterima. Anda boleh layari website beliau di www.irfankhairi.com/blog.

Jumaat, Mei 23, 2008

Robert Kuok Kekal Terkaya

AHLI perniagaan Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, mengekalkan kedudukannya mendahului individu terkaya Malaysia dalam senarai orang terkaya terbaru Forbes Asia.
..
Menurut Forbes Asia, Kuok, 84, yang memiliki banyak perniagaan, termasuk hartanah di Hong Kong dan kepentingan media dan paling ketara gergasi minyak sawit Wilmar, meningkatkan nilai bersihnya daripada RM7.7 bilion tahun lalu untuk mencecah RM32 bilion.
..
Senarai terbaru itu turut menyaksikan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp menyertai kelab bilionair Malaysia yang mempunyai 10 bilionair tahun ini, kata Forbes Asia dalam satu kenyataan hari ini.
..
Tan yang naik dari tangga ke-14 ke tempat kesembilan, mempunyai nilai bersih RM4.2 bilion, menambah hampir RM3.2 bilion berbanding tahun lalu. Forbes Asia berkata, syarikat Tan, Berjaya Corporation, menongkah arus dengan harga sahamnya mengembang hampir tiga kali ganda sejak 12 bulan lalu.
..
Tan menguasai lebih RM12.8 bilion - dengan jualan yang digabungkan - rangkaian perusahaan membabitkan industri seperti pertaruhan/perjudian, media, telekom, produk pengguna dan runcit serta hartanah.
..
Masih kekal di tempat kedua Ananda Krishnan yang menerajui syarikat telekomunikasi, Maxis. Bagaimanapun, kekayaannya menurun kepada RM23 bilion, kurang RM640 juta berbanding tahun lalu.
..
Individu ketiga terkaya Malaysia dalam senarai ialah pengerusi eksekutif kumpulan IOI Corporation, Tan Sri Lee Shin Cheng, yang menduduki tangga keempat tahun lalu, tetapi dengan melonjaknya gergasi perladangan kelapa sawit dari segi nilai, kekayaannya meningkat daripada RM5.1 bilion kepada RM17.6 bilion, kata Forbes Asia.
..
Kemasukan baru paling tinggi ialah Puan Sri Lee Kim Hua, balu taikun perjudian terkenal Tan Sri Lim Goh Tong yang berada di tempat ketiga tahun lalu, tetapi meninggal dunia pada Oktober.
..
Beliau dan keluarganya bernilai RM10.9 bilion, menduduki tempat kelima.
..
Lee antara tiga wanita di dalam senarai bersama pengerusi Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew, di tempat ke-24 (RM784 juta), dan anakanda perempuan Sultan Perak, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, di tempat ke-35 (RM480 juta).
..
Antara pendatang baru Datuk Nazir Razak, ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB dan anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Nazir berjaya mendapatkan tempat ke-40 sebagai individu terakhir terkaya Malaysia dengan nilai bersih RM320 juta.
..
Kekayaan secara kolektif semua 40 individu RM147.2 bilion, meningkat RM9.6 bilion daripada tahun lalu.
..
Sementara 16 individu berjaya menambah kekayaan mereka, 18 yang lain menyaksikan penurunan dengan tujuh daripada mereka kehilangan sekurang-kurangan satu perempat daripada kekakyaan mereka.
..
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, taikun Melayu paling kaya dan bilionair, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersihnya berkurangan RM640 juta kepada RM5.8 bilion.

..

Senarai Orang Terkaya Malaysia
..
..

Nota Nizamsurf : Satu laporan yang boleh memotivasikan kita untuk berusaha lebih gigih lagi setidak-tidaknya tersenarai dalam antara jutawan di Malaysia pada masa hadapan berdasarkan bidang yang diceburi. Tidak mustahil, kan?
..
Apa yang perlu ialah matlamat, kerja keras dan juga pelaksanaan rancangan dilakukan dengan bijaksana. Harapnya matlamat saya termasuk dalam senarai jutawan pada tahun 2012 akan tercapai. Insyaallah

Khamis, Mei 22, 2008

Ebook Percuma 6 Modul Adsense

ebook adsense percumaAdakah anda telah berjaya mendapat bayaran pertama dari Google Adsense? Adakah anda berpuashati dengan pendapatan adsense anda sekarang?. Jika tidak, janganlah anda kecewa, sebagai seorang usahawan internet anda tidak sepatutnya mudah berputus asa.

Mungkin cara yang anda lakukan selama ini kurang tepat & berkesan maka hasilnya pun kuranglah. Mahukah anda belajar dari seseorang yang bergiat sepenuh masa dengan program google adsense. Beliau telah menulis sebuah ebook adsense percuma bertajuk "6 Modul Adsense Terbaik - Rahsia Memulakan Google Adsense Anda Dengan Betul" .

Ebook 6 Modul AdSense Percuma ini mengajar anda strategi dan teknik bagaimana memulakan google adsense dengan betul. Anda juga akan mempelajari bagaimana mendapatkan Niche Market yang anda dan pesaing anda sendiri tidak terfikirkannya. Dengan ebook ini anda akan dapat belajar :

  1. Apa itu Program Google Adsense

  2. Keyword Research

  3. Keyword Brainstorming

  4. Memohon Akaun Google Adsense

  5. Membina Blog Adsense

  6. Meletakkan kod Adsense di blog adsense anda

Selasa, Mei 20, 2008

Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan

Rumah yang selesa, tabung pendidikan anak atau apa saja yang anda ingini. Jalan paling baik untuk mencapai keinginan anda ialah dengan menetapkan satu matlamat kewangan.
Tidak ada syarat tertentu untuk membuat matlamat tersebut tetapi diberikan di sini panduan mudah untuk membantu anda menentukan matlamat sendiri.
..
Langkah 1
Libatkan seluruh ahli keluarga. Ketika menentukan matlamat kewangan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.
..
Langkah 2 Buat matlamat yang S.M.A.R.T. Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, relevant, time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah “Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2005 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150”.
..
Langkah 3 Senaraikan keutamaan matlamat anda. Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan terhadap mencapai matlamat tersebut.
..
Langkah 4 Perancangan dan tindakan. Tentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Misalannya, jika anda merancang untuk meningkatkan tabungan bulanan anda sebanyak RM100 atau hendak membawa bekal ke tempat kerja, pastikan anda melakukannya.

Langkah 5 Pantau perkembangan anda. Pantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Berikan ruang untuk pengubahsuaian atau perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda.
..
Langkah 6 Tabah. Buat takrif semula matlamat kewangan atau perancangan anda sekiranya perancangan asal tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jangan sekali-kali berputus asa.

..
Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan
Ingatlah, seperti kata bijak pandai "Kebanyakan orang tidak merancang untuk gagal; tetapi mereka gagal untuk merancang." Gunakan “Lembaran penentu matlamat kewangan” ini sebagai langkah awal. Selamat berjaya.

Isnin, Mei 19, 2008

Kisah Anak Unta dan Ibunya

Pada suatu hari yang redup, seekor anak unta yang tidak tidak boleh lagi menahan diri daripada memikirkan kemusykilan, akhirnya bertanya kepada ibunya.
..
Anak unta: Mak, kenapa kita ada bonggol di belakang?
..
Ibu unta: (Dengan penuh bangga) Oh...itulah keistimewaaan unta berbanding binatang lain. Bonggol ni gunanya untuk menyimpan makanan dan minuman dalam badan kita. Walaupun berhari-hari dan berminggu kita tak makan serta minum pun masih boleh hidup.
..
Anak unta: Wah..hebanya. Mak, kenapa bulu mata kita tebal dan lebat?
..
Ibu unta: Bulu mata kita tebal dan lebat gunanya untuk melindungi mata kita semasa ribut pasir. Jadi, terlindunglah kita dan mudah untuk kita berjalan dan cari tempat berteduh nanti.
....

..
Anak: Lagi mak, kenapa tapak kaki kita besar dan lebar?
..
Ibu unta: Itulah kelebihan unta sebab tapak kaki yang lebar dan besar ni memudahkan kita berjalan di atas padang pasir.
..
Anak unta: Banyak betul keistimewaan dan kelebihan unta, ye mak? Adik sendiri pun tak perasan. Tapi mak...kenapa kita duduk dalam zoo?
...
Ibu unta: ?????
...
Nota Nizamsurf: Gunalah kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki untuk memajukan diri dan mencapai kejayaan dalam bisnes dan hidup. Jangan sekali-kali mempersiakan peluang yang ada.

Mengira Nilai Bersih Aset Anda

Hari ini saya akan terangkan cara-cara mengenal pasti nilai bersih aset anda. Untuk mengiranya, anda perlu memahami dua komponen penting dalam pengiraan nilai bersih iaitu aset dan liabiliti:
..
Apakah itu aset dan liabiliti?
..
Secara ringkasnya, aset ialah sesuatu yang anda miliki, sementara liabiliti pula ialah sesuatu yang anda tanggung.
..
Memahami Aset
Aset boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu aset pelaburan dan aset bukan pelaburan. Aset pelaburan ialah aset-aset yang menjana aliran tunai seperti dividen, keuntungan modal, sewaan dan pendapatan. Contoh-contoh aset pelaburan termasuklah akaun simpanan, simpanan tetap, saham, unit amanah, KWSP, pelaburan hartanah dan juga perniagaan anda.
..
Aset bukan pelaburan pula ialah aset yang tidak menjana aliran tunai. Contoh-contoh aset dalam kategori ini termasuklah rumah yang yang anda duduki, rumah percutian dan juga kereta anda. Walaupun aset-aset ini ‘perlu-dimiliki’ oleh setiap keluarga, malangnya ia tidak membantu menjana wang atau aliran tunai untuk anda.
..
Memahami Liabiliti
Seperti yang telah dinyatakan, liabiliti merupakan sesuatu yang anda tanggung. Ini merangkumi bil-bil yang belum dilangsaikan seperti kad kredit, pinjaman kereta dan pinjaman perumahan. Liabiliti boleh mengurangkan pendapatan anda dengan banyaknya. Untuk mencapai kebebasan kewangan, anda perlulah melangsaikan segala hutang anda secepat mungkin.
..
Sekiranya anda masih berhutang, anda terpaksa membayar faedah hutang tersebut. Lebih lama anda mengekalkan liabiliti anda, semakin berkuranganlah simpanan anda. Ini terjadi apabila anda gagal untuk menjana pulangan yang lebih tinggi berbanding caj faedah yang perlu dibayar.
..
Memahami Nilai Bersih (Net Worth)
Nilai bersih ialah baki aset yang anda ada setelah melangsaikan kesemua liabiliti anda. Bagi pihak bank, nilai bersih anda ialah perbezaan diantara jumlah aset dan jumlah liabiliti. Walau bagaimanapun, untuk mencapai kebebasan kewangan, anda perlu memilik aset pelaburan yang mencukupi untuk menjana aliran tunai yang diperlukan bagi menyara keperluan harian dan gaya hidup anda.
..
Maka, nilai bersih anda dalam konteks kebebasan kewangan ialah perbezaan di antara aset pelaburan dan jumlah liabiliti anda.

Ahad, Mei 18, 2008

Menetapkan Matlamat Kewangan Yang S.M.A.R.T

Dalam merancang kewangan, perkara paling penting yang perlu dibuat ialah menetapkan matlamat kewangan.
..
Contoh matlamat kewangan ialah mengawal perbelanjaan supaya dapat melangsaikan pinjaman pelajaran atau membeli rumah dan kereta.
..
Tidak kira apa matlamat kewangan anda, pastikan ianya khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh masa tertentu. Anda perlu mengenalpasti dan menentukan matlamat dengan jelas untuk merealisasikan matlamat kewangan yang ingin dicapai.
......
Matlamat kewangan yang hendak dibuat bergantung kepada pelbagai faktor seperti keinginan, umur, kedudukan kewangan dan minat anda.
Contoh matlamat kewangan:.
..
  • Mengawal wang anda supaya mempunyai lebihan setiap bulan.
  • Membayar hutang.
  • Mempunyai simpanan untuk digunakan sewaktu kecemasan.
  • Membeli rumah.
  • Membeli kereta.
  • Simpanan untuk persaraan.
  • Membeli barang-barang berharga seperti peralatan elektrik yang mahal.
  • Pergi bercuti; dan sebagainya.
....
Apa itu matlamat yang S.M.A.R.T?
..
Contoh:

Matlamat kewangan Johan
Menyimpan duit dalam masa 4 bulan untuk pergi bercuti di Pulau Redang yang menelan belanja sebanyak RM1,000. Oleh itu, Johan perlu menyimpan RM250 sebulan.
..

Adakah matlamat kewangan Johan S.M.A.R.T?
..

Specific (Khusus)..
Matlamat perlu khusus iaitu “untuk bercuti di Pulau Redang” – BUKAN sekadar ingin pergi bercuti, tetapi tidak khusus dimana tempatnya.
..
Measurable (Boleh diukur) ..
Matlamat perlulah boleh diukur iaitu dia memerlukan RM1,000 – BUKAN sekadar “perlukan duit”, tetapi tidak tahu jumlahnya.
..
Attainable (Boleh dicapai)
Matlamat mestilah boleh dicapai iaitu “mesti menyimpan RM250 sebulan” – BUKAN pula menunggu seseorang menghadiahkan anda hadiah percutian secara percuma.
.. ..

Realistic (Realistik & relevan)
Matlamat hendaklah realistik iaitu “hendak pergi ke Pulau redang dalam masa 4 bulan” – BUKAN hendak pergi ke London dalam masa sebulan tetapi cuma ada simpanan RM250 sebulan.
..
Time-bound (Mempunyai tempoh masa tertentu)
Matlamat perlulah mempunyai tempoh masa, contohnya “hendak pergi bercuti dalam masa 4 bulan” – BUKAN ketika anda ada duit tetapi tidak meletakkan sasaran masa yang jelas.
..
Matlamat kewangan boleh juga dikelaskan berdasarkan tempoh masa:
  • .. Matlamat Jangkamasa Pendek
Boleh dicapai dalam masa seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak lebih daripada setahun. Contohnya adalah membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk pergi bercuti.
  • ....Matlamat Jangkamasa Sederhana
Adalah matlamat yang boleh dicapai dalam masa setahun sehingga 5 tahun, seperti membeli kereta ataupun membayar hutang.
  • .... Matlamat Jangkamasa Panjang
Boleh dicapai dalam masa 5 tahun atau lebih, seperti membeli rumah dan mempunyai simpanan wang yang mencukupi untuk menghantar anak anda ke kolej atau universiti.
....
Anda mungkin mempunyai ketiga-tiga matlamat di atas, tetapi pastikan ianya realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan anda mengabaikan terus matlamat itu. Manakala itu, matlamat yang kabur pula tidak akan memotivasikan anda.
..
Matlamat yang tidak fleksibel pula sukar untuk dicapai terutamanya dalam keadaan terdesak. Biar apapun matlamat kewangan yang dibuat, pastikan anda mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu.
..
Berikut ialah matlamat hidup saya:
..
"Aku berjaya menjadi jutawan dengan nilai aset bersih sebanyak RM1,000,000 pada tahun 2012. Seterusnya mencapai kebebasan kewangan lima tahun kemudian dan aktif menyumbang kepada kerja amal dan kebajikan untuk semua."
..
Ahmad Hanizam Abdullah
12 Mei 2007
..
Matlamat ini saya tuliskan dan ditampal di bilik tidur. Setiap hari saya bacanya sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
..
Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan untuk diri sendiri dan keluarga. Bagi merealisasikan impian anda, pastikan matlamat kewangan mengikut kaedah S.M.A.R.T. Selamat berjaya!

Lima Mitos Pasaran Saham

Andaian salah paling umum mengenai pasaran saham yang tidak usah anda hiraukan.
..
Pasaran saham ialah kasino!
Tidak, pasaran saham BUKAN kasino. Melabur dalam saham pada dasarnya berbeza daripada berjudi. Membeli saham atau stok mewakili pemilikan dalam sesuatu syarikat dan memberikan hak kepada pembeli menuntut hak terhadap aset syarikat dan berkongsi keuntungan syarikat. Selalunya, pelabur berfikir bahawa membeli saham merupakan cara untuk mencuba nasib dan mendapat keuntungan dengan cepat. Tanggapan ini salah.
..
Hanya untuk orang kaya
Tanggapan ini tidak tepat kerana sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan sedikit wang simpanan boleh melabur dalam pasaran saham. Pelabur berjaya bukan mereka yang kaya tetapi mereka yang menggunakan maklumat dengan berkesan dan mendapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat.
..
Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pasaran “bul”
Ketika pasaran bul atau ketika pasaran sedang naik dan aktif, bukanlah satu-satunya masa paling baik untuk melabur. Berbekalkan maklumat yang baik dan pemilihan saham yang teliti, pelabur boleh membuat keputusan pelaburan yang baik pada bila-bila masa sahaja, sama ada ketika pasaran bul atau bear (apabila pasaran jatuh dan tidak aktif).
.
Mustahil melabur tanpa “maklumat panas”
Walaupun tanpa “maklumat panas” pelabur masih boleh membuat keputusan pelaburan yang baik jika mereka melakukan penyelidikan sendiri. Pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai pelaburan mereka dan tidak bergantung hanya kepada maklumat panas. Sekiranya pelabur tidak mempunyai pengetahuan atau mempunyai hanya sedikit pengetahuan mengenai pelaburan, lebih baik jika mendapatkan khidmat nasihat penasihat pelabur. Pastikan dia mempunyai lesen yang sempurna.
..


Beli saham harga murah ketika pasaran bulis
Membeli saham harga murah ketika pasaran bulis dengan harapan harganya akan naik ketika pasaran sedang bulis bukan merupakan strategi pelaburan yang berkesan. Strategi lebih baik ialah membeli saham syarikat yang mempunyai asas yang baik pada harga berpatutan. Ini kerana harga merupakan hanya satu bahagian daripada pelaburan saham. Jangan keliru dengan konsep pelaburan nilai.

Ini bukan bermakna membeli saham apa sahaja syarikat yang harga pasarannya sedang menjunam, seperti kata pepatah lama Wall Street,“Siapa yang cuba menangkap pisau yang jatuh, pasti luka”. Pelaburan nilai ialah membeli saham syarikat berkualiti tinggi yang dinilai rendah oleh pasaran.

Jumaat, Mei 16, 2008

Tugas Seorang Usahawan

Semakin ramai yang merancang dan bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya namun tahukah anda apakah tugas utama seorang usahawan?
..
Pada pendapat saya sendiri dan dari pengalaman yang dilalui setakat ini, tugas paling utama seorang usahawan ialah untuk meningkatkan modal syarikat yang baru ditubuhkan. Banyak cara sebenarnya yang boleh digunakan dan ia bergantung kepada kaedah mana yang difikirkan paling sesuai kepada seseorang usahawan tersebut.
..
Sebab itu, bolehlah saya katakan antara tugas yang paling penting seorang usahawan bermula sebelum adanya sesuatu perniagaan atau para pekerja lagi.
..
Ok, berikut adalah senarai penting tugas seorang usahawan sebagai panduan untuk anda yang baru menceburi bidang ini:
..
1 Membina satu bisnes yang boleh berkembang maju.
2 Mengambil ramai pekerja.
3 Menambah nilai ke atas pelanggannya.
4 Menjadi seorang warga korporat yang bertanggung jawab..
5 Membawa kemakmuran kepada orang yang bekerja dengan bisnes berkenaan dan pada masa yang sama menjadi seorang yang dermawan.
..
Sebelum adanya sesuatu bisnes lagi, usahawan yang berjaya telah mereka cipta bisnes yang sebegini di dalam fikiran mereka. Inilah tugas sebenar seorang usahawan. Tidak sukar tapi agak mencabar,kan?

100 Ribu Poko Strawberi Dengan Keluasan 1 Hektar

Melayu Pegang Rekod Dunia
..
Kawasan beriklim sejuk di Cameron Highlads menjadi lubuk rezeki kalangan usahawan tani tempatan. Tumbuhan yang hidup subur di negara empat musim berpeluang ditanam di Tanah Rata, sekali gus menyenaraikan Malaysia menghasilkan tanaman strawberinya sendiri.
..
KHM Straberries & Jam antara senarai lokasi pengusaha ladang strawberi tumpuan pelancong dan peminat strawberi. Kemampuan syarikat ini bukan sahaja untuk menghasilkan tanaman, tetapi juga membekalkan strawberi berkualiti tinggi dan memiliki kilang memproses jus serta jemnya sendiri.
..
Haji Khairani Mohamad, satu-satunya Bumiputera yang berani mengusahakan tanaman strawberi yang sebelum ini banyak dimonopoli oleh bangsa asing di kawasan Tanah Rata.
..
Kegigihan anak kelahiran Pahang ini, berjaya menghasilkan tujuh jenis produk hasil daripada buah starwberi yang diusahakannya dan mengurangkan pergantungan produk strawberi import. Antara produk berasaskan Khairani ialah Strawberry Kordial, Strawberry Topping, Strawberry Jem serta Dried Strawberry.
..

Lebih membanggakan produk miliknya diterima Giant, 30,000 botol jus dan jem strawberi memasuki Giant setiap bulan.
..
Strawberi segarnya juga memenuhi rak-rak buah Giant. Dalam sebulan sebanyak 6,000 bungkus (punnet) atau dianggarkan jualan sebulan buah straweri segar bernilai RM41,000.
..
Ini bermakna dalam setahun syarikatnya memperolehi hasil jualan buah strawberi segar sebanyak RM500 ribu. Untuk tahun ini, syarikatnya mensasarkan jualan sebanyak RM2 juta, jumlah ini termasuk produk jus dan jem.
..
Keupayaan dan kesungguhan Khairani, KHM Strawberries & Jam telah mendapat kepercayaan MARDI untuk mengusahakan ladang strawberi di Cameron Highlands. Hasrat untuk melihat orang Melayu berjaya dan bersaing dengan bangsa asing dalam industri strawberi, membuatkan usahawan ini sentiasa bekerja keras.
..
Berkat kesungguhannya itu dalam masa yang singkat, syarikatnya telah berjaya mengeluarkan produk-produk hiliran berasaskan buah strawberi untuk tarikan pelancong ke Cameron Highlands, serta jualan runcit di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang.
..
KHM Strawberries & Jam juga mendapat sokongan dan bimbingan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Tani. MARDI telah memilih syarikatnya sebagai peserta dalam projek pembangunan tanaman strawberi. MARDI juga telah memperuntukkan tanah seluas 1 hektar dan dia merupakan peserta pertama "Test Bed" iaitu kilang pemprosesan produk hiliran strawberi.
..
Bagi Khairani, usahanya memilih strawberi sebagai mata pencarian barunya selepas melepaskan pegangan sahamnya dalam sebuah hotel bertaraf lima bintang di pusat peranginan itu, tidak sia-sia.
..

Khairani amat berbangga hasil penat lelahnya mengusahakan ladang strawberi ini, membawa hasil membanggakan banyak pihak.
.
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) serta beberapa hotel bertaraf lima bintang di seluruh negara mendapatkan jem keluarannya untuk disajikan kepada pelanggan di awan biru dan di kafe-kafe hotel. Melihat cuaca panas di luar siapa sangka, manisnya strawberi tanah Malaysia!

Nota Nizamsurf: Satu lagi contoh bagaimana seorang usahawan melihat peluang, kumpulkan pasukan dan mendapat keuntungan daripada usaha tersebut. Menjadi jutawan dengan hanya menukarkan perkara yang biasa menjadi luar biasa.

Khamis, Mei 15, 2008

Mengatur Strategi Pemasaran Berkesan

Apakah itu pemasaran ?
..
Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
..
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:
....
1 Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
..
2 Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
..
3 Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
..
4 Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
..
5 Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa" pelanggan.
..
6 Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
..
7 Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.

..
Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi,demografi dan komunikasi.

Wanita Paling Kaya Di Dunia Dengan Kekayaan RM72.5 billion

Kalau ditanyakan kepada ramai wanita tentang produk kecantikan jenama L’Oreal pasti ramai yang mengetahuinya dengan penampilan produk baru yang ditampilkan bersama model atau selebriti tersohor dunia seperti Gong Li dan Datuk Michelle Yeoh.

Siapa pemiliknya?
..
Dialah wanita terkaya dunia, Liliane Bettencourt dengan kekayaan RM72.5 billion. Pemilik syarikat kosmetik L’Oreal dari Perancis, Liliane turut disenaraikan sebagai wanita terkaya Perancis dan kedua di belakang billionaire, Bernad Arnault.
..
Dilahirkan sebagai satu-satunya anak kepada pengasas L’Oreal, Liliane Bettencort, menjadi calon paling layak bagi menerajui empayar perniagaan kecantikan bapanya bernilai puluhan billion.
..
Liliane pernah mengalami detik hitam dalam hidup apabila ibu kesayangannya meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun. Sejak tu, bapanya , Eugene Schueller, menjaga Liliane dan menatangnya bagai minyak yang penuh.
..
Liline mengahwini ahli politik terkenal Perancis, Andre Bettencourt dan dikurniakan seorang anak perempuan, Francoise. Dia gembira kerana Francoise kini dewasa serta menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah L’Oreal selain menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya, cucu pemain ragbi terkenal dunia.
..
Liliane mewarisi empayar perniagaan jenama kecantikan L’Oreal daripada bapanya hampir 5o tahun lalu. Di bawah terajunya, L’Orreal semakin berkembang dan memasuki pasaran seluruh dunia. Dia menguasai 27.5 peratus saham yang menjadikannya pemilik utama jenama berkenaan. Menurut majalah Forbes, aset terkumpul Liliane sehingga kini melebihi RM74.5 billion dan melayakkannya di kedudukan ke -12 senarai manusia terkaya dunia.
..

..
L’Oreal merupakan peneraju dalam pengeluaan kosmetik dunia. Sentiasa mementingkan gaya hidup moden dan merancang masa depan mereka dengan strategikv dan peka akan kehendak pengguna mereka. Untuk rekod, pada tahun 2006 empayar L’Oreal berjaya mendapatkan jualan tahunannya sebanyak 15.8 billion euro dengan 19 jenama dunia untuk pasaran seluruh Asia, Eropah dan Amerika.
..
Kejayaan dan aspirasi L’Oreal adalah mengisi keperluan penggunanya, mempromosikan produk mereka dengan lebih berpengaruh dengan menggunakan model dan selebriti ternama. Namun mereka tetap mebawa mesej tepat bahawa produk mereka dan kecantikan adalah sesuatu yang menyeronokkan, menepati cita rasa, genuine dan genrerous.
..
Nota nizamsurf: Tidak dapat dinafikan lagi kejayaan bisnes adalah bergantung kepada asas iaitu strategi dan pengurusan yang bijak, kerjasama yang erat antara pemilik, pihak pengurusan dan juga para pekerja di samping menumpukan sebaik mungkin kepada keperluan penggunanya.

Rabu, Mei 14, 2008

Bagaimana Usahawan Menukarkan Nasib Malang Kepada Nasib Yang Baik

Memandangkan seorang usahawan yang baru selalunya mencipta sesuatu daripada tidak ada apa-apa, adalah jelas di sini banyak kesilapan akan dibuat.
..
Dengan itu, untuk berjaya, seorang usahawan yang baru perlu komited untuk melalui langkah-langkah berikut secepat mungkin.

.. ..
1 Mulakan bisnes.
2 Gagal dan belajar daripadanya.
3 Dapatkan seorang mentor.
4 Gagal dan belajar darinya.
5 Hadiri banyak kursus berkaitan.
6 Teruskan gagal dan belajar.
7 Berhenti apabila berjaya.
8 Raikan.
9 Kira wang dan pendapatan anda, untung atau rugi.
10 Ulangi proses.

Isnin, Mei 12, 2008

8 Tabiat Jutawan Terhadap Wang

Dalam usaha untuk membina satu minda jutawan, adalah penting untuk memahami tabiat para jutawan dan anda cuma perlu tiru sahaja tabiat-tabiat tersebut.
..
Jadi, cuba kita lihat kepada sifat dan tabiat yang sepunya di kalangan para jutawan ini. Apakah peraturan penting yang menjadikan sebahagian besar para jutawan ini memperolehi pendapatannya?
...
Dan bagaimana anda membina tabiat jutawan bagi menjadi salah seorang daripadanya:

..
..
1 Pendapatan Untuk Dilaburkan, Bukan Untuk Dibelanja
Sedihnya adalah sebahagian besar orang bekerja kuat untuk membayar hutang kad kredit dan menampung gaya hidup mereka. Golongan yang kaya memahami bahawa wang mereka lebih baik diberi peranan bekerja untuk menghasilakan lebih banyak wang dan meningkatkan nilai bersih mereka.
..
2 Mempunyai Rancangan dan Melaksanakan Rancangan
Jutawan biasanya tidak menjadi kaya secara tidak sengaja. Mereka didorong untuk menjadi kaya dan merumuskan satu rancangan untuk membawa mereka ke sana melalui keseluruhan hidup dengan melabur dan mengumpulkan kekayaan.
..
3 Hasilkan Lebih Banyak Wang
Bunyinya agak keterlaluan, tetapi orang-orang kaya adalah sentiasa berterusan mencari jalan untuk menghasilkan punca pendapatan tambahan bagi membolehkan lebih banyak wang bekerja untuk mereka.
..

4 Memahami Kewangan Mereka
Golongan kaya mengambil berat mengenai penyata kewangan mereka dan mengetahui berapa banyak aliran tunai yang mengalir masuk dan berapa banyak jumlah yang mengalir keluar.
..
5 Pengambil Risiko
Risiko yang dikira adalah satu kemestian demi meningkatkan nilai aset bersih anda. Tanpa mengambil sesetengah peluang yang ada, wang anda tidak akan memperolehi peluang untuk berkembang. Jangan sekali-kali mengambil risiko tanpa adanya strategi keluar dan insuran untuk melindungi sebarang kejatuhan harga.
..
6 Bersabar
Menjadi seorang jutawan bukan dalam sekelip mata. Mereka memahami kuasa kesan kompaun dan usaha pelaburan berkenaan akhirnya memberi pulangan lumayan.
..
7 Pasukan Yang Hebat
Orang kaya yang kekal sedemikian mempastikan diri mereka dikelilingi dengan para penasihat kewangan dan perundangan yang terdiri daripada yang terbaik dalam bidangnya. Mereka tidak menjalankan usahanya bersendirian.
..
8 Terlibat Sama
Sementara jutawan mencari nasihat daripada penasihat yang dipercayainya, mereka mendengar dengan teliti, melakukan kerja rumah dan akhirnya membuat keputusan mereka. Mereka secara aktif terlibat dalam mencipta kekayaaan mereka.
..
Kesimpulan daripada 8 Tabiat Jutawan Terhadap Wang
Menjadi seorang jutawan selalunya bukan berlaku secara tidak sengaja. Ikuti peraturan asas, teruskan untuk meningkatkan kebolehan anda memahami bagaimana kekayaan dicipta, dan ia akan menjadi tidak mustahil untuk menjadi seorang jutawan.

Ahad, Mei 11, 2008

Kisah Hidup Bill Gates

William (Bill) H. Gates is chairman of Microsoft Corporation, the worldwide leader in software, services and solutions that help people and businesses realize their full potential. Microsoft had revenues of US$51.12 billion for the fiscal year ending June 2007, and employs more than 78,000 people in 105 countries and regions.
....
On June 15, 2006, Microsoft announced that effective July 2008 Gates will transition out of a day-to-day role in the company to spend more time on his global health and education work at the Bill & Melinda Gates Foundation.

After July 2008 Gates will continue to serve as Microsoft’s chairman and an advisor on key development projects. The two-year transition process is to ensure that there is a smooth and orderly transfer of Gates’ daily responsibilities. Effective June 2006, Ray Ozzie has assumed Gates’ previous title as chief software architect and is working side by side with Gates on all technical architecture and product oversight responsibilities at Microsoft.

Craig Mundie has assumed the new title of chief research and strategy officer at Microsoft and is working closely with Gates to assume his responsibility for the company’s research and incubation efforts.
......
Born on Oct. 28, 1955, Gates grew up in Seattle with his two sisters. Their father, William H. Gates II, is a Seattle attorney. Their late mother, Mary Gates, was a schoolteacher, University of Washington regent, and chairwoman of United Way International.
....
Gates attended public elementary school and the private Lakeside School. There, he discovered his interest in software and began programming computers at age 13. In 1973, Gates entered Harvard University as a freshman, where he lived down the hall from Steve Ballmer, now Microsoft's chief executive officer. While at Harvard, Gates developed a version of the programming language BASIC for the first microcomputer - the MITS Altair.
......
In his junior year, Gates left Harvard to devote his energies to Microsoft, a company he had begun in 1975 with his childhood friend Paul Allen. Guided by a belief that the computer would be a valuable tool on every office desktop and in every home, they began developing software for personal computers. Gates' foresight and his vision for personal computing have been central to the success of Microsoft and the software industry.
......
Under Gates' leadership, Microsoft's mission has been to continually advance and improve software technology, and to make it easier, more cost-effective and more enjoyable for people to use computers. The company is committed to a long-term view, reflected in its investment of approximately $7.1 billion on research and development in the 2007 fiscal year.
......
In 1999, Gates wrote Business @ the Speed of Thought, a book that shows how computer technology can solve business problems in fundamentally new ways. The book was published in 25 languages and is available in more than 60 countries. Business @ the Speed of Thought has received wide critical acclaim, and was listed on the best-seller lists of the New York Times, USA Today, the Wall Street Journal and Amazon.com. Gates' previous book, The Road Ahead, published in 1995, held the No. 1 spot on the New York Times' bestseller list for seven weeks.
....
Top row: Steve Wood (left), Bob Wallace, Jim Lane. Middle row: Bob O'Rear, Bob Greenberg, Marc McDonald, Gordon Letwin. Bottom row: Bill Gates, Andrea Lewis, Marla Wood, Paul Allen. December 7, 1978.
Gates has donated the proceeds of both books to non-profit organizations that support the use of technology in education and skills development.
..
In addition to his love of computers and software, Gates founded Corbis, which is developing one of the world's largest resources of visual information - a comprehensive digital archive of art and photography from public and private collections around the globe. He is also a member of the board of directors of Berkshire Hathaway Inc., which invests in companies engaged in diverse business activities.
......
Philanthropy is also important to Gates. He and his wife, Melinda, have endowed a foundation with more than $28.8 billion (as of January 2005) to support philanthropic initiatives in the areas of global health and learning, with the hope that in the 21st century, advances in these critical areas will be available for all people.
..
The Bill and Melinda Gates Foundation has committed more than $3.6 billion to organizations working in global health; more than $2 billion to improve learning opportunities, including the Gates Library Initiative to bring computers, Internet Access and training to public libraries in low-income communities in the United States and Canada; more than $477 million to community projects in the Pacific Northwest; and more than $488 million to special projects and annual giving campaigns.
.....
Gates was married on Jan. 1, 1994, to Melinda French Gates. They have three children. Gates is an avid reader, and enjoys playing golf and bridge.
..
Nota Nizamsurf: Satu lagi contoh jutawan yang bertaraf billionaire yang menggunakan kekayaannya untuk kerja-kerja kebajikan. Inilah salah satu pelan jangka panjang yang perlu ada sebagai seorang jutawan iaitu bagaimana untuk memulangkan kembali kekayaan yang ada untuk kegunaan orang lain setelah mencapai kejayaan.

Konsep Penting Kejayaan Dalam Bisnes

Jika ditanya kepada para usahawan ke manakah mereka mahu menjualkan produk dan hasil pengeluaran mereka, mereka akan katakan bahawa mereka akan menjualnya sama ada di pasar, di pekan, di kawasan perumahan, di pasar malam, di tepi jalan, di rumah sendiri, atau menjaja dari rumah ke rumah dengan van atau motosikal.
..
Ada juga yang mengatakan mereka akan menjual melalui agen, pemborong, pembekal atau penjual lain atau menjual sendiri. Jawapan-jawapan di atas merangkumi kepada tiga aspek penting : pasar, pasaran dan pengedaran.
..
Sebagai usahawan, mereka perlu memahami perbezaan di antara pasar (pembeli), pasaran (permintaan, pembelian) dan pengedaran (bagaimana produk itu sampai ke tempat pembeli untuk memudahkan urusan perdagangan). Dalam pendekatan pemasaran, konsep pasar dimaksudkan dengan adanya golongan pembeli atau potensi pembeli yang ingin dan sanggup membeli (berbelanja) sesuatu produk yang ingin mereka guna atau pakai.
..
Maksud “pasar” ini ada kaitan dengan aspek permintaan, iaitu pengguna atau pembeli “minta” membeli sesuatu produk (yang ada nilai) daripada usahawan yang sanggup menjualnya pada yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak : si usahawan dan si pembeli.
Oleh yang sebab demikian, konsep “pasar” yang hanya dikaitkan dengan tempat menjual di satu-satu kawasan dianggap tidak lagi begitu tepat. Konsep “pasar” dalam pendekatan pemasaran dimaksudkan dengan adanya pembeli atau potensi pembeli (permintaan).
..
Dalam bisnes, apa yang paling merunsingkan usahawan ialah bagaimana mereka hendak menghabiskan jualan produk mereka dalam jagka masa yang tertentu? Apabila ada permintaan produk atau perkhidmatan daripada pihak pembeli atau pengguna, produk itu dikatakan ada “pasaran”, ada “permintaan” ataupun ada “permintaan pasaran”. Tahap permintaan ini boleh diukur dari jumlah kuantiti jualan dan permintaan produk itu. Permintaan itu boleh bertahan dengan selama mungkin atau berterusan.
....
Dalam perniagaan kecil, sama ada permintaan produk atau perkhidmatan boleh meningkat, bertahan dan berterusan atau sebaliknya, ia kebiasaannya bergantung kepada beberapa sebab atau faktor:


  1. Kegunaan produk (boleh menghilangkan penyakit misalnya)
  2. Kualiti produk (bungkusan, warna, material, perkhidmatan)
  3. Harga yang “adil” di sisi pembeli
  4. Sistem pengedaran (cepat dan boleh didapati di mana-mana)
  5. Promosi dan pengiklanan (maklumat yang jelas dan tepat)
  6. Penawaran produk (mencukupi)
  7. Sifat usahawan (jujur, hubungan pelanggan, proaktif)
..
Setelah seorang usahawan telah mengetahui dan benar-benar memahami konsep pasar dan pemasaran dalam bisnes, kini masanya untuk memilih kaedah pemasaran yang paling sesuai dan berpotensi untuk mempastikan kejayaan usaha niaga yang dimulakannya. Kaedah yang terbaik akan dibincangkan dalan pos saya yang akan datang.

Sabtu, Mei 10, 2008

Sebab Peribadi Anda Memulakan Bisnes

Adalah penting untuk memahami faktor yang memotivasikan anda berkehendakkan kepada membina bisnes sendiri. Memanglah senang untuk menyatakannya kepada sesiapa sahaja termasuk keluarga dan rakan-rakan, tujuan murni anda itu tetapi sebagai panduan dan untuk lebih jelas lagi, tanya diri anda sendiri soalan-soalan berikut :
..
  1. Kenapa aku ingin memiliki satu bisnes sendiri?
  2. Seteruk manakah aku ingin memiliki satu perniagaan sendiri?
  3. Pada tahap manakah aku ingin mainkan peranan?
  4. Pada tahap manakah aku sanggup mengembangkan diri untuk bermain dengannya?
  5. Adakah aku sanggup meluangkan masa mempelajari tentang kejayaan usahawan lain dan bisnes mereka?
  6. Adakah aku takut gagal?
  7. Bolehkah aku tukarkan perasaan takutkan kegagalan kepada satu kekuatan yang membantu dan mendorong kejayaan bisnes ini nanti?
  8. Bolehkah aku belajar daripada kesilapan?
  9. Bolehkah aku membina satu pasukan atau adakah aku suka bekerja sendirian?
  10. Sanggupkah aku membayar harganya?
  11. Sanggupkah aku menunggu untuk mendapat ganjaran kemudian?
  12. Sanggupkah aku melengahkan ganjaran kewangan sehinggalah bisnes berjaya atau adakah aku perlukan gaji?
Setelah menjawab soalan-soalan ini, jika anda masih tetap dengan azam untuk memulakan bisnes, ambil satu langkah lagi dan tanya diri sendiri solalan-soalan berikut pula:
..
  • Apakah dia kejayaan terbesar dalam hidup anda setakat ini?
  • Apakah kegagalan terbesar anda?
  • Berapa kalikah anda bekerja tanpa sebarang upah?
  • Sanggupkah anda bekerja untuk syarikat ini walaupun tidak dibayar?
  • Adakah keluaga dan rakan anda memberi sokongan moral kepada usaha anda di dalam bidang ini?
  • Adakah anda sanggup mempelajari segala selok belok bidang keusahawanan?
..
Jika selepas menjawab kesemua soalan-soalan ini dan anda masih bersemangat berkobar-kobar untuk menjadi seorang usahawan, anda mungkin telah memiliki ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang beraya. Tahniah atas pencarian kebebasan kewangan!

    Khamis, Mei 08, 2008

    Potensi Minda Separa Sedar

    Ini ialah rupa neuron iaitu unit sel-sel otak dianggarkan terdapat sebanyak 100 billion neuron yang membentuk otak!
    ..
    Bayangkan jika kita fully optimize neuron sebanyak itu. Pakar-pakar pengkaji otak menyatakan manusia hanya menggunakan tidak lebih dari 2% daripada keupayaan otak yang dimiliki. Mana hilangnya lagi 98%?? ..
    Ya! kita mensia-siakan anugerah yang Tuhan berikan.


    ..
    Akal adalah anugerah Tuhan kepada manusia. Sebahagian daripada akal dipanggil MINDA. Apa itu minda?
    ..
    Minda ialah tenaga yang terbentuk daripada fikiran, perasaan, mimpi dan lain-lain. Minda terbahagi kepada 3 iaitu minda sedar (concious mind), minda separa sedar (subconcious mind) dan minda super (superconcious mind). Kita akan tumpukan pada minda sedar dan minda separa sedar dahulu.
    ..
    ..
    Minda sedar - berfungsi dalam alam fizikal (nyata) dimana pancaindera memainkan peranan. Minda kita dibatasi ruang dan masa. Minda sedar juga dapat berfikir dan mengeluarkan pendapat. Pemikiran ini menghasilkan buah fikiran (thought) yang memberikan arahan kepada minda separa sedar.
    ..
    Minda separa sedar (mss)-bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semulajadi tanpa kita sedari- cth: aktiviti denyutan jantung, pernafasan, penghadaman dsb. Juga aktiviti2 terlatih seperti memandu kereta, memakai pakaian dsb.
    ..
    Jadi kita tak perlu fikir untuk buat ini semua. Kehebatan minda separa sedar mss sentiasa patuh kepada setiap arahan minda sedar. Jika arahan yang diterima positif, tugas yg dilaksanakan juga positif dan begitulah sebaliknya.
    ..
    Analoginya adalah seperti robot yang sentiasa menurut arahan tuannya! Kita perlu sedar 90% aktiviti mental dan kehidupan manusia dikawal oleh mss. Ia membentuk badan manusia dan memelihara seluruh tenaga vital. mss sentiasa bekerja 24 jam, 7 hari seminggu.
    ..
    ..
    Anda tentu pernah menyaksikan David Blaine yang mempunyai kuasa membengkokkan sudu / garfu, duduk dalam ketulan ais, mengunyah kaca dsb. Sebenarnya kita boleh membuat aksi seperti beliau, jika kita mahu!
    ..
    Yupp, jika kita menggunakan minda separa sedar kita dengan optimum kuasa minda separa sedar juga boleh mengubah diri kita menjadi lebih berani dan hebat, lebih konfiden, merawat diri sendiri atau orang lain, meningkatkan gerak hati (sixth sense), meningkatkan aura, mengembara ke merata tempat (tanpa jasad), telepati dsb. Semuanya saya akan huraikan satu persatu di dalam blog ini...so stay tuned dan tunggu posting berikutnya!
    ..
    Dipetik daripada blog abang saya, Dr. Ahmad Hapizi di http://www.rawatan-holistik.blogspot.com/. Terima kasih bro!

    Kisah Si Helang dan Si Tiram

    Pada zaman dahulu, ada dua biji telur berbincang sesama sendiri mengenai masa depan iaitu apa yang mereka ingin jadi apabila menetas nanti. Telur pertama berkata, "Aku mahu menjadi seekor tiram apabila menetas nanti. Seekor tiram cuma perlu baring sahaja di dalam air dan tidak perlu sama sekali bertanggung jawab membuat sebarang keputusan.
    ..
    Arus daripada laut yang menggerakkannya, jadi dia tidak perlu merancang. Air laut yang lalu akan membawa makanan kepadanya. Apa sahaja yang laut sediakan adalah apa yang Si Tiram terima, tidak lebih, tidak kurang."
    ..
    Telur pertama menyambung, "Itulah kehidupan bagiku. Ia mungkin terhad tetapi tiada keutusan yang perlu dibuat dan tiada tangggung jawab yang banyak. Jaminan kehidupan wujud dan dikawal oleh laut sahaja.
    ..
    Telur kedua berkata, "Itu bukan kehidupan bagiku. Aku meminta agar menjadi seekor Helang. Si Helang bebas pergi ke mana sahaja ia mahu dan melakukan apa yang diingini. Sudah tentu ia bertanggung jawab untuk memburu makanannya sendiri membuat keputusan penting untuk terus hidup tetapi ia juga bebas untuk terbang setinggi puncak gunung."
    ..
    "Si Helang, tambah telur kedua, "adalah dalam kawalan, berbanding dikawal oleh orang lain. Aku mahu tiada had ditetapkan ke atas aku, juga aku tidak mahu menjadi hamba kepada laut. Pada akibatnya, aku sanggup menggandakan usaha yang diperlukan untuk hidup sebagai Si Helang."
    ..
    Ini adalah perumpamaan yang mempunyai pengajarannya yang tersendiri. Selalunya, amat sukar untuk membuat keputusan, tetapi kehidupan yang bagaimanakah yang anda ingin pilih? Si Helang atau Si Tiram? Adakah anda hanya ingin mengikut sahaja segala apa yang telah ditentukan oleh orang lain atau anda ingin mencipta jalan kehidupan anda sendiri?
    ..
    Selalunya usahawan sering dikaitkan dengan sikap Si Helang manakala orang yang bekerja dan makan gaji semata-mata bolehlah dianggap mewakili Si Tiram. Salah satu tarikan utama kepada bidang keusahawanan ialah anda mempunyai peluang untuk "terbang dengan Sang Helang" tetapi anda tidak perlu "membakar jambatan di belakang anda" untuk mulakan. Kejayaan di bidang ini terbuka luas dan apa yang diperlukan ialah persediaan yang secukupnya dari segi pengetahuan dan latihan secara formal dan tidak formal.
    ..
    Kejayaan memberi makna yang berbeza bagi setiap orang yang mencari ertinya yang sebenar. Bagi sesetengah orang, kejayaan adalah kuasa. Bagi yang lain, ia adalah jumlah wang di dalam bank, simbol status, rmah besar, gaya hidup mewah ataupun pengaruh. Dalam sesetengah keadaan, kejayaan adalah ketengangan fikiran, hidup dengan selesa, terjamin atau sebarang kombinasi daripada keingininan manusia.
    ..
    Bidang keusahawanan boleh memberikan kebebasan untuk dinikmati melalui kejayaan kewangan anda. Mulakan hari ini! Hari ini anda boleh pisahkan diri anda daripada masa lampau atau hanya membina sesuatu untuk masa lampau. Mana satu pun, pandanglah ke hadapan kerana di sanalah anda akan meneruskan kehidupan dan anda patut berkeinginkan kehidupan yang bahagia.

    Tuan boleh cadangkan medical card untuk anak perempuan saya?

    Kita ada dua jenis plan, plan yang terbaik adalah MENGIKUT BUDJET tuan, Jika budjet tuan rendah saya cadangkan ambil plan medical card s...