Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Menanam jagung manis

Imej
Tanah untuk penanaman jagung mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok. . Membajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam di antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.
Membajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil.
Mengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dan disyorkan GML (ground magnesium limestone) dengan kadar dua tan/ha untuk tanah biasa dan empat tan/ha untuk tanah gambut.
Bahan tanaman adalah biji benih dengan kadar lapan hingga 10 kg/ha. Jarak tanaman bergantung pada jenis tanah dan jenis jagung, biasanya 75sm x 50sm atau 75sm x 30sm dengan kepadatan sebanyak lebih kurang 53,333 pokok/ha.
Menanam boleh mengunakan jentera atau tugal bagi kawasan yang kecil sama ada dalam alur (furrow), atas batas atau di atas tanah yang rata
Biji benih dirawat dengan racun kulat dan…

Asparagus tanaman bernilai tinggi

Imej
Sulur muda asparagus dikutip sebagai sayuran yang berkhasiat dan bernilai tinggi.
ASPARAGUS merupakan antara sayur yang menjadi kegemaran rakyat negara ini. Biasanya ia ditanam secara komersial oleh para pengusaha dan jarang di tanam secara kecil-kecilan. Namun, bagi yang gemar berkebun boleh mencuba untuk menanam asparagus di kawasan rumah mereka.
Penyediaan kawasan
Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sentimeter (sm) untuk memudahkan pertumbuhan akar. Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan. Lebar batas satu meter, tinggi antara 20 dan 30 sm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialan 0.6- 1.0 meter. Nilai pH yang sesuai ialah antara 5.5 dan 6.5, jika pH tanah kurang dari yang disyorkan pengapuran perlu dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum penanaman dilakukan. Kadar pengapuran antara tiga dan lima tan/hektar bagi tanah.
Batas di tambak dengan bahan organik tahi ayam atau kompos antara satu hingga…