Selasa, Mac 29, 2011

Penjagaan lembu pedaging


TERNAKAN lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Lembu boleh di klasifikasi dalam famili Bovidae manakala spesies Bos taurus untuk lembu dari iklim hawa sederhana manakala Bos indicus untuk lembu dari iklim tropika.

Ciri-ciri fizikal lembu pedaging yang ideal berbentuk bongkah atau segi empat serta mempunyai badan tegap dan berotot.

Antara lembu yang banyak dipelihara adalah lembu baka tempatan iaitu Kedah Kelantan (KK) dan Brahman baka lembu tropika yang mempunyai ketahanan terhadap parasit luar, tekanan haba serta cuaca panas selain tahan terhadap penyakit.

Baka Hereford adalah baka lembu pedaging iklim sederhana mampu memiliki berat matang 830 kg bagi lembu jantan dan 540 kg bagi lembu betina.

Baka lembu pedaging yang lain seperti Droughmaster, Simmental, Angus Charlois Shorthorndan banyak lagi.

sumber: Utusan Malaysia Online

Jumaat, Mac 25, 2011

Tauke udang bangkit semula


AHAMAD Sabki Mahmood (dua dari kanan) bersama Syed Omar Syed Jaafar menimbang udang putih yang baru dituai di Sungai Nipah, Selangor.


BERKAT usaha yang tidak jemu-jemu itu, kini mereka berjaya mengutip hasil yang lumayan sepanjang tahun.

Projek perintis Program Projek Berimpak Tinggi Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA) yang dibangunkan oleh Jabatan Perikanan tersebut pada asalnya diusahakan oleh tujuh pengusaha udang putih.

Namun, akibat beberapa masalah yang dihadapi, kini hanya tinggal tiga sahaja pengusaha yang bertahan.

Biarpun segala infrastruktur dan perkhidmatan nasihat diberikan oleh Jabatan Perikanan, namun bukan mudah sebenarnya untuk mengusahakan ternakan udang putih tersebut.

Ia diakui oleh Pengerusi Persatuan Industri Udang Malaysia, Syed Omar Syed Jaafar ketika di temui pada majlis penuaian Hasil Projek Ternakan Udang Laut ZIA, di Sungai Nipah, Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.

Turut meraikan kejayaan tersebut adalah Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood.

''Untuk berjaya dalam usaha menternak udang putih ini memerlukan usaha gigih yang konsisten serta komitmen yang tinggi.

''Malah beberapa faktor turut perlu diambil berat seperti Sistem Biosekuriti dan pelbagai lagi,'' ujarnya.

Menurut Syed Omar yang juga Pengarah Urusan, Venture Aquaculture (M) Sdn. Bhd., untuk berjaya dalam penternakan udang putih, banyak perkara yang perlu di fikirkan malah pengusaha perlu banyak belajar daripada pengalaman.

Justeru, khidmat nasihat serta pandangan daripada semua pihak perlu diambil perhatian bagi menjayakan projek ternakan udang.

Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang penternakan haiwan laut itu juga turut menimba ilmu sehingga keluar negara selama beberapa tahun sebelum berjaya.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak perlu di jadikan sebagai penghalang bagi mereka yang tidak berpeluang mendalami ilmu penternakan seperti beliau.

Jelasnya, apa yang penting adalah kemahuan yang jitu serta sikap tidak mudah putus asa pasti menawarkan kejayaan dalam penternakan tersebut.

Projek 'HIP-ZIA' Sungai Nipah mula beroperasi pada tahun 2008 namun projek tersebut telah mengalami beberapa masalah terhadap pengurusan peserta.

Pada asalnya projek tersebut ditubuhkan bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk berkecimpung dalam projek penternakan udang laut.

Ia berasaskan kepada program model perniagaan yang berasaskan dorongan pasaran.

Beberapa peserta pada peringkat awalnya telah menunjukkan minat untuk mengusahakannya, namun setelah beberapa masalah timbul, seorang demi seorang peserta telah menarik diri.

Justeru pada tahun 2010, konsep projek yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan tersebut diubah kepada konsep syarikat peneraju secara inkubator.

Pelepasan benih pertama oleh syarikat peneraju ke dalam tujuh unit kolam pada bulan Oktober tahun lepas kini telah melihatkan hasil yang baik pada hari pertama penuaian dilakukan.

Projek tersebut melibatkan kawasan seluas 28 hektar dengan 23 unit kolam ternakan udang laut bersaiz 0.5 hektar setiap satu.

Berdasarkan tuaian pertama yang mampu menghasilkan sebanyak lima tan udang bagi setiap kolam, dijangka projek tersebut mempunyai kapasiti pengeluaran hasil sebanyak 230 tan metrik.

Jumlah tersebut juga membawa pulangan bernilai RM2.3 juta setahun.

Bagi pembangunan projek tersebut, kerajaan melalui Jabatan Perikanan telah membelanjakan sebanyak RM 2.4 juta bagi membaik pulih infrastruktur, kolam serta menyediakan program latihan peserta.

Menurut Syed Omar, kehadiran syarikat beliau sebenarnya adalah sebagai dorongan serta bantuan kepada para peserta.

Ia juga lebih kepada seperti program usaha sama antara peserta dan syarikat beliau.

Ujarnya lagi, apabila projek tersebut telah benar-benar berjaya dan mampu diuruskan oleh peserta sepenuhnya ia akan diserahkan semula kepada mereka.

Jelas beliau, syarikatnya telah membelanjakan hampir RM1.5 juta untuk kos operasi serta baik pulih.

"Di sini saya mengambil pendekatan pengurusan Sistem Biosekuriti seperti penggunaan plastik sebagai penampan tebing bagi mengelakkan gangguan ketam.

''Malah, penggunaan jaring penghalang haiwan pemangsa juga dipertingkatkan di samping penggunaan air yang betul," katanya.

Malah beliau turut memperkenalkan teknologi auto feeders kepada para peserta bagi menjimatkan penggunaan tenaga pekerja dalam proses pemberian makanan kepada udang ternakan.

Penggunaan auto feeders juga dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mendapatkan masa pemberian makan yang sekata setiap kolam.

Hasilnya, udang tersebut dapat membesar dengan sekata dan dapat dipasarkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Bagi udang putih, tempoh matang adalah selama 75 hingga 80 hari atau bersamaan 64 hingga 65 ekor udang sekilogram (kg).

Tambah Syed Omar, bagi kolam berkeluasan 0.5 hektar itu, sebanyak 340 ribu benih udang putih telah dilepaskan dan melalui amalan konsep Sistem Biosekuriti, kadar hidup bagi udang tersebut adalah sebanyak 90 peratus.

Melalui sistem tersebut, ternakan dapat dilindungi daripada gangguan haiwan pemangsa serta serangan penyakit yang lain.

Manakala bagi penggunaan aliran air, bagi projek ini, hanya kemasukan air yang pertama sahaja digunakan sehingga ternakan dituai.

Ia bertujuan bagi mengelakkan penyakit bawaan air merebak sekiranya air sentiasa mengalir masuk ke dalam kolam ternakan.

Bagi harga pasaran bagi udang ini adalah RM14 000 bagi satu tan metrik dan harga akan dipantau setiap tiga hari.

Bagi udang yang dituai, ia akan dihantar terus ke kilang untuk dieksport.

Ia bagi menjamin keluaran udang putih tidak menjadi lambakan dipasaran malah pengusaha juga tidak perlu bersusah payah mencari peraih untuk memasarkan udang yang dituai.

sumber: Utusan Malaysia Online

Khamis, Mac 24, 2011

Lakukan apa yang orang lain tak lakukan

Oleh Irfan Khairi


Ramai yang berjaya kini sering berfikir melawan arus. Maksudnya, melakukan perkara di mana ramai orang lain tidak lakukan.


Teringat satu kisah dalam sejarah sukan olimpik, sebelum tahun 1968, dalam acara lompat tinggi, atlit lompat tinggi akan berlari menghampiri galah dan lompat dengan badan ke depan.


Ianya sehingga Dick Fosbury tergerak untuk mencuba lompat tinggi dengan cara membelakangkan badan pada galah tersebut, dan berjaya melompat lebih daripada 1 kaki dengan cara konvensional pada ketika itu (badan berhadapan dengan galah)!


Sehingga kini, gaya lompatan Dick Fosbury adalah cara konvensional.


Apa yang terjadi?

Atlit Dick Fosbury mengenakan pemikiran bukan konvensional - fakir melawan arus. Bahasa kini, kita sering kaitkan dengan istilah "fikir di luar kotak".


Juga kisah seorang pemuda bernama George Eastman berhenti dari kerja makan gaji di sebuah bank, dan memulakan perniagaan foto. Beliau menamakan perniagaannya KODAK. Pada zaman itu, ianya adalah amat pelik untuk menamakan perniagaan dengan nama yang tidak mempunyai maksud. Idea Eastmen ditertawakan oleh ramai orang "Apa itu KODAK?" kata mereka.


Kini, lebih 200 tahun kemudian, "KODAK" adalah nama yang diketahui ramai!


Sebagai manusia, kita takut melawan arus. Kita akan sering fikir, apakah orang akan kata kepada kita? Adakah kita akan ditertawakan orang lain? Sekiranya orang lain tak buat, aku pun tak buat! Dan seribu satu lagi fikiran bermain di minda.


Sebab utama seseorang tidak berjaya adalah "Takut kepada kegagalan". Kegagalan yang dimaksudkan juga adalah "kegagalan" dari segi gagal menangani fikiran-fikiran negatif "Apa orang kata" sekiranya kita melakukan sesuatu yang kreatif dan inovatif, di mana orang lain tidak pernah lakukan.


Pernahkah anda mempunyai satu idea perniagaan atau ciptaan yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah? Tetapi, anda tidak melakukan apa-apa oleh kerana idea tersebut belum ada orang lakukan. Anda akan rasa takut untuk berkongsi idea tersebut, apatah lagi memulakan idea tersebut.


Apa yang terjadi? Beberapa bulan kemudian, anda terlihat idea perniagaan atau penciptaan yang anda fikirkan tersebut menjadi kenyataan- tetapi dilakukan oleh orang lain! Bukan anda!


Oleh kerana, orang lain tersebut, tidak takut melawan arus! Mereka tidak takut melakukan apa yang orang lain tidak lakukan.


Berfikir sebaliknya terjadi apabila kita ingin melakukan kesemuanya dengan betul. Disitulah masalahnya. Sekiranya kita berfikir dengan cara yang betul dan "straight forward", begitu juga dengan orang-orang lain. Satu nasihat adalah, jangan takut sekiranya kita salah dan idea tidak menjadi. Ianya lebih baik menyesal kerana idea yang kita lakukan tidak menjadi, berbanding dengan menyesal kerana kita tidak lakukan apa apa.


Sebagai seorang motivator perniagaan, saya sering didatangani peserta yang mempunyai pelbagai idea perniagaan. Kebanyakan yang tidak memulakan idea perniagaan mereka dengan alasan, ianya belum lagi sempurna (not perfect). Nasihat saya dari dulu hingga kini adalah untuk mulakan juga, tidak semestinya sempurna.


Sekiranya anda ingin melakukan sesuatu dan takut ianya tidak sempurna, ianya tidak akan jadi sempurna. Langkah baik adalah untuk mulakan sahaja, dan perbaiki keadaan dalam perjalanan anda. Jangan tunggu kesempurnaan oleh kerana, sempurna pada diri anda, tidak semestinya sempurna pada mata orang lain. Fikir sebaliknya, tiada maksudnya "sempurna"!


Sekiranya anda hanya mengambil satu sahaja iktibar melalui artikel ini, ianya adalah: hidup anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikir sebaliknya, dan anda akan mendapat perspektif yang baru!

Jumaat, Mac 18, 2011

Adrian sukses bisnes Avon


ADRIAN (tengah) bergambar dengan beberapa wakil Avon yang menjadi sumber inspirasi untuk berjaya.


BEBERAPA tahun dahulu, penglibatan jejaka bernama Adrian Ong, 25, dalam Avon menjadi bahan ketawa rakan-rakannya dek kerana jenama itu sendiri sinonim dengan wanita.

Ada rakan yang mengejeknya dengan panggilan lelaki lembut gara-gara tindakan Adrian yang berjinak-jinak mengedarkan katalog Avon kepada rakan sekerjanya.

"Segalanya bermula apabila saya membeli deodoran bebola di sebuah cawangan Avon di Lahad Datu, Sabah. Wakil Avon di situ mengajak saya untuk menjadi ahli.

"Bagi mendapatkan diskaun pada masa akan datang, jadi saya pun bersetuju untuk menjadi ahli," katanya yang sebelum ini menjadi penyelia di salah sebuah pasar raya di Lahad Datu.

Tambahnya, setiap bulan dia akan ke butik Avon untuk mendapatkan produk-produk yang ditempah oleh rakan sekerjanya.

"Apabila Avon melancarkan kempen Sales Leadership, pemilik butik menyuruh saya mencari lima orang untuk didaftarkan di bawah nama saya dan kemudian dia memberikan saya cek bernilai RM5.75.

"Ketawa besar apabila menerima cek tersebut kerana ia jauh lebih rendah daripada pendapatan yang saya peroleh sebagai penyelia di pasar raya iaitu RM1,500 sebulan," katanya.

Katanya lagi, pemilik tersebut memberitahu bahawa jumlah tersebut akan berganda dan sejak itu Adrian mula menjalankan aktiviti menambahkan ahli.

"Saya pernah mengambil cuti semata-mata untuk merekrut ahli baru. Satu hari saya pernah dapat 16 orang dan ia melayakkan saya memperoleh RM175 hanya dengan mencari ahli baru sahaja.

"Bayangkan, hanya beberapa minit kita boleh buat wang dan tambah pendapatan. Sejak itu, saya berhenti kerja dan mula serius dengan Avon tanpa mempedulikan ejekan hatta, pandangan sinis orang terhadap saya," ujarnya yang turut menggunakan produk Avon.

Walaupun kini, pergaulannya lebih bertumpu kepada golongan wanita, Adrian banyak mempelajari hal-hal berkaitan dengan kecantikan supaya dia tidak kekok berinteraksi dengan pelanggan yang kebanyakannya wanita.

Pada usia 25 tahun, Adrian yang baru setahun lima bulan menceburi Multi-Level Marketing Avon mampu meraih pendapatan RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.

"Ia jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan gaji saya sebagai penyelia sebelum ini. Kerjanya pula lebih senang dan tidak stres.

"Jika dulu susah mendapatkan cuti rehat untuk melancong, kini dengan Avon, saya berpeluang melancong ke Surabaya, Bali, Langkawi dan Los Angeles bersama wakil Avon yang lain," kata anak kedua daripada enam beradik itu.

Hadiah bercuti daripada Avon tersebut bagai suntikan motivasi untuk Adrian memantapkan lagi kariernya bersama Avon walaupun dikelilingi dengan ramai wanita.

Menurut Adrian, kejayaannya hari ini adalah inspirasi daripada kejayaan wanita-wanita Avon di sekelilingnya.

"Kini saya mahu berkongsi kisah kejayaan saya dengan generasi muda yang lain dan mahu mereka menyertai saya.

"Daripada mereka terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang melanda remaja sekarang ini, lebih baik ajar mereka cara berniaga dengan Avon. Sedikit sebanyak ia boleh membantu mereka menjana pendapatan," katanya yang memasang impian memiliki rumah sendiri dalam masa terdekat ini.

Bagi tahun 2011, Adrian berazam untuk mendapatkan pendapatan lebih RM10,000 sebulan selain membantu ahli di bawahnya berjaya.

"Bagi remaja lelaki yang berminat menyertai Avon tetapi malu kerana menganggap Avon adalah untuk wanita anda silap kerana sebagai lelaki kita punya kelebihan sendiri.

"Jika ramai wanita di Avon boleh berjaya, kenapa kita tidak?" katanya penuh semangat.

sumber: Kosmo Online

Selasa, Mac 15, 2011

Rahsia kejayaan usahawan tempe


Seorang petugas tekun menyusun tempe yang telah siap diproses.


Perniagaan kecil-kecilan berasaskan makanan yang diwarisi daripada ibunya nyata tidak sia-sia, sebaliknya menjadi perintis jalan kepada usahawan ini mengenali dunia perniagaan lebih luas.

Syaratnya dia menerima perniagaan tersebut dengan hati terbuka selain diusahakan bersungguh-sungguh.

Begitu jalan cerita mudah bagaimana Nordin Arshad, 50, ‘bertemu jodoh’ dengan perniagaan yang diceburinya ketika ini.

Segalanya bermula ketika dia menghadiri taklimat Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) yang disertai semasa masih berkhidmat dalam tentera.

Ketika itulah dia mendapat tahu mengenai Agro Bank yang ketika itu dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia (BPM).

Sementelah bersara daripada perkhidmatan tentera pada tahun 2000, Nordin mengambil alih perniagaan ibunya mengusahakan tempe.

Dia berbuat demikian kerana ketika itu ibunya menghidap strok.

Sepuluh tahun lalu, Nordin dan isterinya Normah Mohamad, 48, hanya mengusahakan tempe di dapur rumah emaknya di Kampung Sri Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor.

“Segalanya hanya bermula dengan modal RM400 untuk membeli kacang soya, ragi dan kertas pembungkus,” katanya.

Pada mulanya bapa kepada empat orang anak ini, hanya mempelajari cara membuat tempe daripada ibunya.

Tetapi selepas itu beliau mendapatkan khidmat nasihat daripada cawangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berhampiran.

Pada masa sama, beliau juga menghadiri kursus keusahawanan anjuran Jabatan Pertanian untuk mendalami kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pemprosesan makanan.

Apabila permintaan pelanggan daripada kalangan keluarga, rakan dan jiran semakin bertambah, pada tahun 2007, Nordin memohon pinjaman daripada Agro Bank bagi membesarkan lagi usahanya.

Pinjaman sebanyak RM8,000 dimohon menerusi MUST Normal ,salah satu skim yang ditawarkan bank terbabit.

Selepas menyelesaikan pinjaman pertama dua tahun kemudian, pada tahun 2009, Nordin sekali lagi memperoleh pinjaman kedua.

Pinjaman berjumlah RM18,000 melalui Micro ESP-i digunakan untuk membina bengkel memproses tempe di tanah kosong berhampiran rumah ibunya.

Kini Nordin yang dibantu oleh dua orang anak lelakinya, berjaya mengeluarkan sehingga 2,200 keping tempe sehari dengan berat sekeping lebih kurang 200 gram (g).

Sehingga kini tempe keluaran Nordin berjaya mendapat tempat di kedai runcit, pasar, sekolah, pasar mini serta jiran-jiran.

Sentiasa memilih yang terbaik untuk produk keluarannya, Nordin membeli kacang soya dan ragi dari pembekal dan memilih untuk membuang segala bahan-bahan sisa daripadanya.

Menyentuh mengenai keistimewaan produk tempe yang dihasilkannya beliau berkongsi sedikit ‘rahsia’ kenapa ia mendapat sambutan:

“Pelanggan sukakan tempe saya yang dikatakan lebih sedap, lembut, putih serta pembungkusan dengan kertas minyak dan daun pisang yang lebih bersih.’’

Bagaimanapun di sebalik ‘rahsia’ kejayaan itu, sebagai usahawan beliau tidak terlepas daripada menghadapi cabaran.

Adakalanya tempe yang dibuat tidak menjadi kerana cuaca terlalu sejuk atau panas.

“Tempe akan terhasil dengan baik dalam suhu bilik,” katanya.

Namun Nordin dan isterinya tidak hanya bergantung kepada satu jenis produk saja tetapi mengeluarkan produk lain seperti nuget tempe dan makanan sejuk beku seperti karipap dan samosa.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perusahaan tempe Nordin boleh menghubunginya di 014-3817754 atau 07-4245287.

sumber: Utusan Malaysia Online

Ahad, Mac 13, 2011

Asas nak jadi kaya

Semua nak jadi kaya, nak hidup senang, nak duit banyak. Saya juga macam tu, nak hidup tenang, sihat, tak ada masalah kewangan. Tapi bolehkah? Jawapannya BOLEH!! Tapi tak senang..

Kita perlu ada asas yang betul, gerak langkah yang jelas baru nampak destinasi hadapan. Saya kongsikan perkongsian mengenai Asas Nak Jadi kaya oleh saudara Mohd Suhaimi @ Shuth melalui webnya di http://www.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=YQi4&mc=BS&s=hgu5u&y=Y&

2 Asas Utama yang perlu ada dan yang pertama ialah..

Sikap.. adalah komponen yang paling asas untuk kita mencapai kejayaan di dalam apa-apa bidang sekalipun. Tanpa memiliki sikap yang baik seperti, usaha gigih, tidak mudah berputus asa, berfikiran positif, optimis dan sebagainya, agak sukar untuk anda mencapai kejayaan.

Adakah anda fikir.. dengan memilki pemikiran yang negatif, suka bertelagah, hasad dengki, tamak, tidak jujur dapat membantu anda mencapai kejayaan di dalam hidup anda?

Usah terkejut.. jawapannya “BOLEH”… tapi malangnya..
kejayaan tersebut biasanya tidak akan kekal lama. Cepat anda naik dengan membodek, merasuah, menabur fitnah,menikam orang dari belakang dan sebagainya…
maka.. akan cepat jugalah anda tersungkur dan tergolek ke bawah.

Jadi.. perkara pertama yang perlu di perbaiki di dalam diri jika ingin berjaya adalah “SIKAP!”…

Sikap yang baik adalah penting, bukan sahaja sebagai asas per”MULA“an kejayaan anda, tetapi ia juga penting untuk meng”KEKAL“kan kejayaan anda.

Sebab itulah anda boleh lihat drama-drama di TV, ramai orang yang bersikap buruk, tidak akan berjaya, jika berjaya pun… tidak lama… sekejap je, lepas tu sama ada akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap ataupun mati ditembak rakan sepenjenayah. Memang tak lama.. 2-3 episod je dia berjaya, episod seterusnya dia akan mengalami tekanan dan akhirnya ditangkap/dibunuh/menjadi gila.

Perkara asas kedua yang paling penting pula ialah “kepercayaan”. Kepercayaan anda terhadap diri anda sendiri dan juga terhadap dunia kebebasan kewangan.

Orang-orang yang tidak mempunyai kepercayan terhadap diri sendiri dan dunia kebebasan kewangan seperti..

“Ala.. aku nie kerja kilang je.. macam mana lah nak jadi kaya!”

“Tak payahlah susah-susah nak jadi kaya.. semua tu perangkap dunia je tu..”

“Buat apa jadi orang kaya.. nanti kena rompak!”

Sememangnya tidak akan menjadi kaya. Mereka langsung tidak mempunyai kepercayaan bahawa diri mereka boleh menjadi kaya dan seringkali memandang kekayaan itu sebagai sesuatu yang penuh dengan kejahatan dan tipu daya.

Hakikatnya, manusia hanya akan bertindak apabila mereka mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu perkara…

Bagi muslim, Pernahkah anda bertanya… mengapa anda mengerjakan solat? Sebab anda percaya Allah itu wujud dan anda percaya anda akan mendapat ganjaran pahala melakukannya..

Begitu juga dengan agama-agama yang lain, bagi agama kristian, mereka percaya dosa mereka akan terhapus apabila mereka meluahkan kesilapan mereka kepada paderi-paderi di gereja.. jadi mereka akan melakukannya..

Dan di dalam konteks menuju “kebebasan kewangan”, satu kepercayaan yang perlu ada dalam diri anda ialah..kepercayaan bahawa.. “Anda Boleh Menjadi Kaya!”..

Jika kepercayaan seperti ini tidak ada di dalam diri anda.. maka usah bermimpilah untuk anda menjadi kaya. Kerana, kepercayaan.. akan menghasilkan tindakan.

Jom JADI KAYA!!

Harap perkongsian ini sedikit bermanfaat untuk anda =)

Rabu, Mac 09, 2011

Life is great


Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad telah bertapak lebih dari 100 tahun di Malaysia. Mempunyai pengalaman dan asas kewangan yang teguh, infrastruktur yang inovatif. Great Eastern merupakan syarikat insuran hayat yang tertua dan terbesar di Malaysia.

Great Eastern mula beroperasi pada tahun 1908 sebagai pejabat cawangan dari The Great Eastern Life Assurance Company Limited. Kemudian operasi di Malaysia telah diambil alih oleh badan korporat syarikat tempatan, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad di bawah Skim Transfer of Business. Syarikat telah disahkan oleh Malaysia Book of Records pada tahun 1998 sebagai sebuah syarikat insuran tertua dan terbesar di Malaysia dan terus memegang rekod sehingga hari ini.

Dengan lebih dari satu abad pengalaman dan asas kewangan yang kukuh, pada 31 Disember 2009 Great Eastern telah mencatatkan jumlah keseluruhan aset adalah bernilai lebih dari RM44 bilion. Memiliki ibu pejabat sendiri, 21 pejabat cawangan operasi di seluruh negara dan rangkaian seramai 17,000 ejen bagi memberi perkhidmatan lebih dari 2.8 juta pemegang polisi di seluruh negara.

Great Eastern adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Great Eastern Holdings Limited (GEH) dan syarikat induknya adalah Oversea-Chinese Banking Corporation Limited (OCBC).Great Eastern diberi lesen berdasarkan Undang-Undang Insuran dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
.
Sebagai sebuah syarikat yang komited dalam perniagaan melibatkan masyarakat orang perseorangan, Great Eastern terus memenuhi keperluan pelanggan syarikat yang berkaitan dengan perancangan kewangan, perlindungan dan juga simpanan. Generasi individu, keluarga dan perniagaan telah dan akan terus diyakinkan dengan keselamatan kewangan mereka dengan produk-produk syarikat seperti pelan insuran hayat, pelan berkait pelaburan, perlindungan harta gadaian, perlindungan perniagaan, faedah perlindungan pekerjaan, perlindungan perubatan dan skim perlindungan kesihatan berkelompok.
.
Hari ini, Great Eastern adalah sebuah organisasi yang dinamik dan sentiasa bergerak kehadapan, dikenali dengan kekuatan, keteguhan dan juga kepimpinan cemerlang. Great Eastern berada di landasan yang betul untuk menjadi pembekal perkhidmatan kewangan terkemuka di Asia. Sebagai Syarikat yang merayakan ulang tahun ke-100 pada tahun 2008, kami hebat dalam pertumbuhan berterusan dengan tagline keramat, ‘Life Is Great’. :)
.
>>> Ahmad Hanizam bin Abdullah ialah Insurance Planner daripada Great Eastern Life Assurance (M) Bhd.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perancangan insurans, sila hubungi di 019-758 9774 (Nizam) atau emailkan nizamsky@gmail.com terutamanya buat anda yang berada di sekitar Johor Bahru.

Selasa, Mac 08, 2011

FMBIOSIS lahir usahawan

Salah satu program yang wajar dicontohi yang dicetuskan oleh Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutunan Malaysia (FRIM) Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod ialah FMBIOSIS atau Program Pembangunan BioUsahawan Siswazah FRIM- MTDC.

Program tersebut bertujuan melahirkan usahawan dalam bidang biologi hutan yang mana FRIM akan berfungsi sebagai penyedia teknologi .

Sebanyak 10 buah syarikat ditubuhkan bersama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bagi mengkomersialkan hasilan penyelidikan dan pembangunan (R&D) FRIM.

FRIM merupakan perintis dalam mewujudkan kerjasama pintar dengan MTDC untuk menubuhkan syarikat yang dianggotai oleh siswazah. Program tersebut telah menjadi contoh kepada beberapa universiti di negara ini dalam menubuhkan program yang sama.

Salah satu produk yang berjaya dibangunkan ialah biskut mesra untuk pesakit diabetes yang dihasilkan oleh Diabetic Cure Sdn. Bhd.

Menurut pengurus syarikat berkenaan, Jacklin Likan ak Bernabes Baie, biskut tersebut memanfaatkan sejenis ekstrak herba yang beliau enggan dedahkan nama dan rumusannya yang tidak menggunakan gula sebaliknya menggunakan stevia.

"Kami memulakan usaha pada 2009 dan saya anggap kejayaan kami menghasilkan produk ini adalah modul yang permata seumpamanya di dunia,'' ujarnya.

Dengan geran RM1.48 juta dibiayai oleh MTDC, pihaknya setakat ini memfokuskan pengeluaran kepada satu produk sebelum beralih kepada produk minuman.

sumber: Utusan Malaysia Online

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...