Rabu, April 28, 2010

Makna Cinta dan Perkahwinan

Suatu ketika Plato terlibat perbincangan dengan dengan gurunya.... Plato menanyakan makna Cinta dan gurunya pun menjawab :
.
"Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.
.
Pada saat kau memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".
.
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato :
.
"Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berpikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa".
.
Guru itupun berkata; "Itulah cinta". Kita selalu ingin mencari yang terbaik, terindah dan sesuai dengan yang kita harapkan….namun tanpa sedar justru kita tidak mendapatkan apa2, sementara sang waktu akan terus berjalan.
.
Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan?
Gurupun menjawab; " Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau pikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.
.
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato :
.
"Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya.... tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan....akhirnya saya tinggalkan.
,
Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya karena mungkin saya tidak mungkin menemui pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini karena saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.Lalu sang guru berkata :
"Itulah makna perkahwinan". Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon dan ranting-rantingnya di dalam hutan. Tapi kita mesti menentukan satu pilihan karena kesempatan itu hanya satu kali. Kita harus terus maju seperti waktu yang beredar ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam, kemarin atau bersemayam pada masa lalu kita.
.
Terkadang sulit bagi kita untuk menentukan, tapi pilihan harus tetap kita buat. Dan jangan pernah menyesal karena itu, meskipun hasilnya tidak sesuai yang kita harapkan semula.

Selasa, April 27, 2010

Kaya kerana buku, filem Harry Potter

Novelis, JK Rowling dilaporkan meraih kekayaan peribadi mencecah 519 juta paun (RM2.5 bilion) menerusi siri buku itu, menjadikannya pengarang paling kaya di dunia ketika ini, menurut Senarai Orang Paling Kaya Britain yang dikeluarkan akhbar Sunday Times.
.
Daniel Radcliffe, 20, yang membintangi filem adaptasi daripada buku JK, disenaraikan sebagai warga muda Britain kelima paling kaya dengan jumlah harta sebanyak 42 juta paun (RM207 juta).
.
Ia meletakkan dirinya di tangga lebih atas berbanding Putera William dan Harry yang menduduki tempat ke tujuh dengan harta peribadi masing-masing berjumlah 28 juta paun (RM137 juta) dalam kategori 30 tahun dan ke bawah senarai itu. Emma Watson, 20, yang memegang watak Hermione Granger dalam filem Harry Potter, disenaraikan ditangga ke sepuluh dengan harta berjumlah 22 juta paun (RM108 juta).
.
Rakannya dalam filem berkenaan, Rupert Grint, 21, yang memegang watak Ronald Weasley pula menduduki tangga ke-12 dengan jumlah harta sebanyak 20 juta paun (RM98 juta). Sementara itu, Robert Pattinson, 23, yang memainkan peranan sebagai Cedric Dighisgory dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire yang diterbitkan pada 2005, berada di tangga ke-14 dengan harta berjumlah 13 juta paun (RM64 juta).
.
Semua bintang Harry Potter itu mengalahkan penyanyi, Leona Lewis, Charlotte Church dan Cheryl Cole yang masing-masing berkongsi tangga ke-16 dan 20 dalam senarai Warga Muda Britain Paling Kaya. Senarai utama yang dikeluarkan akhbar itu juga menunjukkan pencapaian golongan kaya United Kingdom sepanjang 12 bulan lalu walaupun Britain bergelut menghadapi pemulihan ekonomi yang rapuh.
.
Dalam tempoh setahun sahaja, kekayaan keseluruhan 1,000 orang paling kaya negara itu meningkat sebanyak 30 peratus dan kekayaan mereka meningkat lebih 77 bilion paun (RM379 bilion) kepada 333.5 bilion paun (RM1.64 trilion), peningkatan tahunan terbesar dalam sejarah 22 tahun senarai itu.
.
Jumlah bilionair juga meningkat seramai 10 orang kepada 53 dengan hartawan keluli, Lakshmi Mittal terus berada di tangga teratas selama enam tahun berturut-turut dengan hartanya dianggar berjumlah 22,450 bilion paun (RM110 bilion). - Agensi

Rabu, April 21, 2010

Kisah jutawan-jutawan dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Saya ingin mengajak anda baca dan renungkan kisah jutawan-jutawan di bawah:
.
  • Bill Gates menjadi jutawan kerana mencipta software
  • Michael Dell menjadi jutawan kerana mencipta komputer moden
  • Warren Buffet menjadi jutawan kerana pasaran saham
  • Robert T. Kiyosaki menjadi jutawan kerana hartanah
  • Azizi Ali menjadi jutawan kerana hartanah
  • Robert Kuok menjadi jutawan kerana gula
  • Lim Goh Tong menjadi jutawan kerana Genting Highland
  • Syed Mokhtar Al-Bukhari menjadi jutawan kerana perniagaan
  • Irfan Khairi menjadi jutawan kerana bisnes internet
.
Saya pasti nama-nama jutawan di atas sudah biasa anda dengar sama ada di akhbar, mahupun di internet. Mengapa saya sebutkan nama-nama mereka?Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan ialah.. tidak kira apa jua bidang yang anda ceburi, anda boleh jadi kaya.. boleh jadi jutawan.
.
"Ahh... bohonglah En Nizam!''
.
Mungkin ada yang akan kata sedemikian, tetapi hakikatnya memang betul, anda boleh jadi jutawan atau kaya atau setidak-tidaknya memasuki fasa 'financial freedom' atau dalam bahasa Melayunya 'Kebebasan Kewangan!'
.
Tapi En Nizam... apa yang saya perlu buat?
.
Jawapannya adalah seperti berikut :
.
1. Menuntut ilmu
.
Jika kita mempunyai minat, belajarlah dan kuasainya. Ilmu merupakan pelaburan paling berharga dan bernilai tinggi berbanding yang lain. Peruntukkan sejumlah wang untuk belajar bidang yang anda minati.
.
2. Tindakan
.
Apabila kita sudah mempunyai ilmu, maka buatlah pelan tindakan dan ikuti pelan dan rancangan yang telah kita sediakan.
.
3. Bersungguh-sungguh & Istiqamah
.
Lakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa kenal erti putus asa. InsyaAllah, kejayaan akan datang dengan sendirinya kelak.
.
4. Kegagalan
.
Jika kita gagal, jangan sesekali mudah menyerah. Bangkit semula dan perbaiki kelemahan yang ada sebelum ini. Kegagalan adalah proses meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengalaman.
.
5. Fokus
.
Ramai orang berhenti separuh jalan kerana hilang fokus. Seboleh-bolehnya, fokuskan kepada satu matlamat sehingga matlamat tersebut tercapai sebelum beralih kepada matlamat yang lain.
.
6. Belajar dan terus belajar
.
Ilmu adalah anugerah yang tiada sempadan. Teruslah belajar walaupun anda telah berjaya. Teruskan belajar walaupun anda seorang jutawan kelak!
.
Itulah jawapan yang saya dapat berikan kepada anda. Ianya mudah jika kita benar-benar mahu mencapai 'Kebebasan Kewangan'.
.
FAKTA : Michale Yeoh pelakon terkenal pernah mengalami komplikasi tulang belakang semasa kecil, namun beliau berjaya menjadi pelakon antarabangsa pada hari ini!
.
FAKTA : Robert T.Kiyosaki pula pernah kerugian besar dalam perniagaannya tetapi hari ini beliau telah menjadi jutawan dalam bidang hartanah!

Isnin, April 19, 2010

Cabaran usahawan mi

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED

.

JIKA diberi peluang menjengah ke kilang memproses mi dan kuetiau, anda pastinya akan teruja menyaksikan keunikan produk makanan itu disediakan.

.

Selama ini kita hanya melihat ia dijual di pasar secara mentah selain disediakan dalam bentuk yang telah di masak sama ada goreng atau berkuah.

.

Baru-baru ini, sekumpulan wartawan dan jurugambar dari beberapa organisasi media tempatan telah dibawa oleh Agrobank melawat kilang memproses makanan itu di Kampung Bendang Panjang, Perak.

.

Bercerita dengan pemilik kilang, Norlaile Jalaludin, 40, dia amat bersyukur kerana akhirnya berjaya membangunkan syarikat perniagaan yang diberi nama Bendang Panjang Enterprise setelah melalui pelbagai cabaran.

.

Bermula sebagai peniaga mi dan kuetiau goreng di pasar malam sekitar Kuala Kangsar, Perak, idea untuk menghasilkan bahan mentah sendiri timbul pada tahun 2003.

.

''Ketika saya berniaga di pasar malam, ramai pelanggan yang bertanya tentang dari mana saya memperoleh sumber mi dan kuetiau.

.

''Ini kerana, mereka ingin mendapatkan kepastian supaya makanan yang dibeli datang dari sumber yang baik dan halal.

.

''Bermula dari situ, saya mencadangkan kepada suami untuk cuba memproses sendiri mi dan kuetiau mentah,'' jelas ibu kepada enam anak itu.

.

Nasib menyebelahi Norlaile apabila abang iparnya telah memperkenalkan dia dengan seorang pengusaha kuetiau dari Kelantan.

.

Bagi memenuhi hasratnya, dia tidak melepaskan peluang keemasan itu dengan berkunjung sendiri ke Kelantan dan berjumpa dengan pengusaha tersebut.

.

Selama seminggu, dia menuntut ilmu serta mempelajari teknik yang betul dalam proses membuat mi dan kuetiau.

.

Lanjutan daripada itu, dengan modal RM45,000 hasil duit simpanannya, Norlaile telah membeli lima mesin memproses mi untuk memulakan perusahaan.

.

Pada peringkat awal, dia hanya menyewa di tapak industri kecil dan sederhana (IKS) di Lubuk Merbau, Perak selama tiga tahun.

.

Menjelang tahun 2004, Norlaile telah membuat pinjaman daripada Mara sebanyak RM150,000 untuk membeli beberapa peralatan tambahan termasuk mesin memproses kuetiau.

.

Walaupun sibuk dengan perusahaan berkenaan, namun dia dan suami Sanit Kimi, 49 masih meneruskan perniagaan di pasar malam.

.

Ketika itu, dia memperoleh sumber mi sebanyak 300 kilogram (kg) dan kuetiau (300 kg) dari pengusaha di Pulau Pinang yang dihantar kepadanya setiap dua hari sekali.

.

Tidak semudah yang disangka, selama hampir dua tahun beroperasi , dia berhadapan kesukaran dalam proses pembuatan yang tidak menjadi di samping menanggung kos yang tinggi.

.

''Pada peringkat awal, saya gunakan tujuh guni tepung sehari bagi menyediakan mi dan kuetiau. Bayangkan, lebih sebahagian daripadanya tidak boleh digunakan kerana adunan tidak menjadi.

.

''Keadaan itu memang memeritkan kerana tiada langsung untung ketika itu.

.

''Selain kos bahan mentah seperti tepung dan minyak, saya juga perlu menanggung kos bahan api diesel sebanyak RM250 sebulan untuk tujuan menghidupkan mesin pembakar,'' jelasnya yang ketika ini mempunyai 10 kakitangan untuk membantu proses di kilang.

.

Tahun demi tahun, dia semakin mahir dalam aktiviti tersebut dan hari ini, dianggarkan sebanyak 30 guni tepung bersamaan 1,500 kg diperlukan untuk membuat mee dan 1500 kg lagi untuk kuetiau.

.

Pada tahun 2005 pula, dia telah menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian untuk membina bangunan kilang dan stor simpanan di Kampung Bendang Panjang, Perak.

.

Tahun 2009 pula menyaksikan penerimaan pinjaman oleh pihak Agrobank bernilai RM50,000.

.

''Dana itu saya gunakan untuk membeli beberapa mesin tambahan seperti mesin pembungkus bagi melicinkan lagi operasi di kilang,'' katanya.

.

Melihat daripada sudut pasaran, produk mi dan kuetiau di bawah penjenamaan An-Nur itu kini diedarkan ke beberapa lokasi sekitar Perak.

.

Antaranya seperti Gopeng, Teluk Intan, Gerik, Bagan Serai, Ipoh, Taiping dan Kuala Kangsar.

.

''Selain dijual kepada pemborong, kami juga mengedarkan produk-produk ini ke pasar-pasar utama di sini.

.

''Kami turut menerima permintaan daripada pemborong di Selangor. Di samping itu, kami juga berharap produk ini dapat dijual ke pasar raya besar suatu hari nanti,'' kata Norlaile.

.

Bagi tujuan penghantaran, syarikatnya mempunyai tiga orang pemandu supaya bekalan tiba tepat pada waktu yang dijanjikan.

.

Kesemua produk mi dan kuetiau di pek dalam bungkusan plastik dengan pilihan berat setengah kg, satu kg dan dua kg mengikut permintaan.

.

Berdasarkan harga pula, produk makanan itu dijual pada harga berbeza mengikut lokasi iaitu sekitar RM1 untuk setengah kg dan RM2 untuk satu kg.

.

Ketika ditanya mengenai cabaran lain yang dihadapinya, Norlaile memberitahu, dia perlu bersaing dengan beberapa pengusaha bukan bumiputera dari segi ruang pasaran dan juga harga.

.

Masalah lain yang dihadapi adalah seperti aktiviti penyelenggaraan mesin dan kelengkapan secara berkala.

.

''Jika mesin-mesin ini menghadapi masalah, kita terpaksa mencari jalan alternatif dengan mengambil bekalan daripada pengusaha lain bagi memenuhi permintaan sedia ada,'' jelasnya lagi.

.

Beliau yang menjadikan suami dan adik-beradik sebagai pendorong turut bercadang melengkapkan kilangnya dengan mesin moden dan berteknologi tinggi seperti mesin pembungkus automatik pada masa depan.

.

Ia bertujuan meningkatkan pengeluaran produknya di samping memenuhi kualiti seperti yang diinginkan pengguna.

.

sumber: utusan online

Rabu, April 14, 2010

Cara termudah buat duit di internet

Disini saya senaraikan 5 senarai utama rahsia buat duit online yang menjadi kegemaran saya dan agak mudah untuk sesiapa juga yang baru cuba-cuba untuk buat duit online.
.
#1: Buat Duit Sebagai Pengedar (Affiliate)
.
Teknik ini merupakan cara tercepat untuk buat duit secara online. Anda hanya perlu berdaftar dengan produk yang anda mahu promosikan dan anda boleh menjana komisen lumayan daripada setiap jualan yang dibuat. Jika anda mula membina list, anda boleh memasarkan produk-produk kepada list anda setiap seminggu sekali.
.

#2: Buat Duit Dengan Blog
.
Buat duit dengan blog kini semakin mendapat perhatian kerana banyak cara boleh kita buat duit dengan teknik ini. Antaranya ialah membuat review sesuatu produk dan meletakkan link pengedar dalam review tersebut. Anda juga boleh menjual iklan banner diblog yang mendapat traffik yang bagus setiap bulan. Blog-blog artis dan selebriti kini menjual iklan dengan begitu banyak sehingga ada yang mendapat RM10000 sebulan.
.

#3: Buat Duit Dengan Menjual Ebook

Jangan terperanjat menjual ebook boleh menjadikan sesorang jutawan segera. Jika anda lihat pelbagai topik ebook yang boleh kita lihat apabila anda membuat carian digoogle atau yahoo. Antara topik yang mendapat sambutan hangat ialah cara buat duit, kuruskan badan, dan mencari kerja kerajaan. Cara terbaik untuk
membuat ebook sendiri ialah melihat ebook apa yang mendapat sambutan dan cipta produk yang lebih baik dan berkualiti.
.

#4: Buat Duit Dengan Clickbank
.
Pelbagai topik produk boleh anda temui di clickbank dan anda boleh menjadi pengedar produk-produk tersebut dan menjana komisen lumayan setiap bulan. Cara terbaik ialah dengan membina list terlebih dahulu untuk sesuatu niche dan pasarkan produk mengikut masa tertentu. Beri keutamaan untuk produk yang mempunyai ulangan pembelian setiap bulan (memberships) kerana anda buat
jualan sekali dan mendapat keuntungan setiap bulan.
.

#5: Buat Duit Dengan Produk Offline

Produk offline disini bermaksud produk yang perlu ada dipasaran yang boleh kita poskan kepada pelanggan. Banyak produk yang kini boleh dijual dengan membuat satu blog percuma dan buat ringkasan terbaik tentang sesuatu produk. Antara produk yang mendapat sambutan hangat ialah menjual tudung bawal, baju jenama kanak-kanak, kasut crocs dan banyak lagi. Pastikan produk anda dijamin berkualiti dan bukan tiruan untuk mengelakkan sebarang masalah hakcipta.
.
Saya peribadi, saya memang buat duit dengan cara 2 & 3 di atas semenjak tahun 2007 sehingga sekarang. Jadi apa yang anda tunggu lagi, pilih salah satu daripada 5 teknik diatas untuk buat duit cepat!

Selasa, April 13, 2010

Rezeki melimpah-limpah

Oleh: Irfan Khairi
.
Konsep "abundant" seringkali di paparkan dalam buku-buku motivasi barat. Ertinya, banyak, berlebihan, berlimpah-limpah dan sewaktu dengannya.Ianya amat penting untuk melihat bahawa semua rezeki yang ada di dunia ini adalah banyak dan unlimited.
.
Ramai yang mempunyai konsep yang SALAH iaitu memikirkan rezeki adalah terhad. Di ibaratkan seperti anda mempunyai kek. Dan bila anda makan satu slice kek tu, maka, kurang satu pecahan. Kalau anda bagi kawan anda makan satu lagi slice, makin kurang pecahan. Lagi ramai yang makan kek kita tu, makin kurang sehingga kek tu habis.
.
Maka, tiada siapa, termasuk anda boleh merasa dah kek yang habis...Sebenarnya rezeki adalah berlimpah-limpah di dunia ni dan tak habis (unlimited). Rezeki pula bukan sahaja wang atau harta, tetapi, rezeki termasuk ilmu, pengetahuan, kenalan, kasih sayang, dan macam-macam lagi.
.
Ertinya, kalau ada ilmu, kongsi ilmu dengan orang lain. Kalau ada wang, sedekah dan berikan zakat. Hadis juga menjanjikan bahawa harta TIDAK akan kurang sekiranya bersedekah dan berzakat.
.
Kalau ada pelanggan, kongsikan dengan usahawan-usahawan lain. Rezeki kita tidak akan habis, malah akan bertambah-tambah berpuluh dan beratus kali ganda lagi.
.
Lihat rezeki dunia ini melimpah-limpah, dan rezeki juga akan melimpah-limpah datang kepada kita ;)

Isnin, April 12, 2010

Hasil benih kelah terbaik

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
Gambar MOHD HATIM MAZLAN
.
IKAN kelah bukan sahaja terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata pancing.
.
Justeru, kombinasi semangat juangnya yang tinggi apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air tawar.
.
Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan.
.
Dikenali sebagai 'King of the River', kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Terdapat lebih daripada 19 spesies kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat tiga spesies.
.
Kebanyakan ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah.
Menurut Ketua Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok, Jabatan Perikanan Pahang, Muhamad Hatta Mahmud, habitat semula jadi ikan kelah adalah di hulu sungai yang lebih 500 meter dari paras laut.
.
''Secara logiknya, ikan kelah adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai air yang laju.
.
''Ikan kelah ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50 kilogram (kg) dan dikenali kerana memiliki bibir dan mulut yang besar," katanya ketika ditemui pemberita di pusat tersebut.
.
Selain itu, ikan kelah mempunyai garisan lateral (tengah) yang jelas dilihat di tengah-tengah bahagian badan dan juga mempunyai sisik yang besar dan cantik.
Jumlah sisik di bahagian garisan lateral (tengah) ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping.
.
Ikan kelah juga mempunyai beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal (ekor).
.
Perbezaan ikan kelah dengan ikan lain ialah ia mempunyai lebihan daging di bawah dagunya.
.
Ikan kelah betina bertelur sepanjang tahun dan mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air di sekitar kawasan sungai.
.
Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikit-sedikit mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan telur secara sekali gus.
.
Ujar Mohamad Hatta, induk kelah yang diperoleh kini merupakan generasi kedua (F2) selepas kejayaan pertama pembenihan ikan tersebut.
.
Selain menghasilkan benih kelah PPA Perlok ini juga turut menghasilkan benih ikan lampam sungai, baung, keli dan patin.
.
PPA Perlok turut menerima tempahan daripada orang perseorangan mahu pun mana-mana syarikat untuk melakukan proses pembenihan ikan menurut permintaan.
.
Diwujudkan sejak tahun 1998, PPA Perlok secara rasminya dibuka pada tahun 2000 dan berkeluasan 110 ekar.
.
Kelebihan
.
Apa yang menjadi kelebihan kawasan PPA Perlok ini adalah kerana mudah untuk mendapatkan punca air semulajadi yang bersih.
.
Sehingga kini, PPA Perlok telah menghasilkan ribuan anak benih ikan air tawar untuk menampung keperluan ke seluruh negara.
.
Selain itu, anak benih ikan air tawar tersebut juga telah dilepaskan di sungai-sungai sekitar Pahang bagi tujuan meningkatkan sumber perikanan di negeri itu.
.
Dengan itu, ia mampu mengelakkan sumber ikan di sungai yang amat bernilai, pupus kerana pelbagai faktor antaranya masalah pencemaran, penggunaan tanpa kawalan atau pembiakan semula jadi yang tidak memberangsangkan.
.
sumber: utusan online

Jumaat, April 09, 2010

Betik Piola ke pasaran dunia

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar ZULHAFIZ HANAFIAH

.
.
ISI yang manis, berjus dan boleh dimakan dengan mudah merupakan ciri unik dan istimewa Betik Piola keluaran Malaysian Agrifood Corporation (MAFC).
.

Keistimewaan itu juga menjadikan ia ikon negara kerana pasarannya bukan setakat di Malaysia tetapi telah sampai ke London, United Kingdom.
.

Malah ia turut mengangkat daerah Lanchang di Pahang sebagai Lembah Betik Negara.

.

Malah orang ramai yang membeli betik di tepi-tepi jalan atau di pasaraya mungkin tidak sedar bahawa buah yang sama di eksport ke luar negara.

.

Ia membuktikan sektor pertanian di negara ini berkembang pesat dan mampu menjana pendapatan bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada negara.

.

Satu ketika dahulu betik jenis Subang dan Batu Arang mendapat sambutan. Tetapi saiz kedua-dua jenis itu agak besar.

.

Sebaliknya kini orang ramai lebih suka betik daripada jenis Solo dan Eksotika yang lebih kecil dan mudah dihidangkan.

.

Naib Presiden Kanan, Unit Perniagaan Lanchang, MAFC, Dr. Baharuddin Abdul Ghani berkata, ekoran minat orang ramai terhadap betik bersaiz kecil, pihak mereka telah menjalankan penyelididikan dan pembangunannya (R&D). Hasil mereka berjaya menghasilkan betik sendiri.

.

Betik baru yang dihasilkan daripada jenis Carica frangi itu ditanam di Lanchang dan dipasarkan dengan nama - Piola.

.

Baharuddin memberitahu, MAFC mempunyai ladang betik seluas 200 hektar di Lanchang, Pahang dengan 60 hektar ladang kontrak di sekitarnya.

.

"Pihak kami merancang untuk menambahkan keluasan ladang sehingga 1,000 hektar dengan 30 peratus ladang MAFC manakala selebihnya ladang kontrak," katanya semasa ditemui selepas sesi taklimat kepada peserta Agrochallange Putrajaya Pekan 2010 di Lanchang, Pahang.

.

Betik yang dihasilkan MAFC kebanyakannya bagi memenuhi permintaan antarabangsa seperti Hong Kong, Asia Barat, Eropah dan China.

.

Malah katanya, semasa dipamerkan di Berlin, Jerman, betik Piola mendapat sambutan menggalakkan dan memperoleh antara 10 tempat teratas.

.

Sebab itu kata Baharuddin, lebih 40 peratus betik yang ditanam di ladang MAFC dieksport. Yang selebihnya untuk pasaran tempatan.

.

"Kami menjangka pengeluaran betik yang lebih banyak bagi memenuhi permintaan eksport apabila beberapa syarikat berminat bekerjasama dengan bertindak sebagai ladang kontrak.

.

"Buat masa ini kami bekerjasama dengan beberapa pihak seperti Felda, PSK Vega, usahawan serta pekebun kecil di Taman Pengeluaran Kekal Makanan (TKPM), Lanchang," katanya.

.

MAFC yang mula beroperasi pada tahun 2007 memilih tanaman betik memandangkan ia berpotensi dibangunkan sebagai tanaman tropika. Lagi pun negara ini tidak mempunyai ikon tanaman yang boleh diketengahkan.

.

Justeru MAFC, jelas Baharuddin melihat betik yang mendapat sambutan negara luar berpotensi untuk dikembangkan.

.

"Betik Piola berupaya dimajukan memandangkan MAFC mempunyai rangkaian bekalan dan pengurusan yang sempurna daripada penghasilan benih, penanaman, tuaian sehingga kepada meja makan.

.

"Malah syarikat atau pekebun kecil yang terlibat dalam ladang kontrak akan diberikan biji benih, diajar teknik menanam, diberikan khidmat nasihat teknikal bagi mencapai piawai yang ditetapkan," katanya.

.

Pusat Pengumpulan MAFC di Lanchang pula katanya, berupaya menguruskan sehingga 80 tan betik dalam masa lapan jam.

.

Baharuddin berkata, betik mengambil masa 30 bulan untuk satu kitaran dan akan mula berbuah selepas sembilan bulan dan akan terus dituai selama 21 bulan.

.

Mengenai proses pengendalian betik selepas tuai, katanya, betik yang dituai dan dihantar ke pusat pemprosesan dipilih secara manual sebelum dibersihkan menggunakan air paip yang mengalir.

.

"Ini bagi memastikan tiada bahan kotoran atau bendasing melekat pada permukaan buah," katanya.

.

Selepas itu buah berkenaan dibasuh sekali lagi dengan air yang ditambah dengan larutan klorin pada kepekatan 200 bahagian per sejuta.

.

Kemudian buah disejukkan pada suhu 15 darjah Celsius (C) bagi memastikan ia segar.

.

Buah itu kemudiannya dimasukkan dalam air yang mengandungi racun kulat selama 10 minit bagi membunuh kulat.

.

Kemudian dimasukkan semula ke dalam air biasa sebelum dibungkus dan dihantar kepada pengguna.

.

"Buat masa ini pusat pengumpulan kami berupaya mengendalikan sehingga 80 tan betik sehari bagi tempoh lapan jam.

.

"Kapasiti berkenaan mungkin akan ditingkatkan apabila ladang-ladang kontrak mula mengeluarkan hasil," katanya.

.

Apa menarik, betik Piola boleh telah mendapat pengiktirafan Skim Amalan Ladang Malaysia (SALM) dan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

.

.
sumber: utusan online

Hadiah yang bermakna untuk ibu bapa anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. . Hadiah yg amat bermakna untuk ibu bapa anda!!! 🎁 🎁 . GREAT EASTERN TAKAFUL telah melancarkan...