Sunday, January 27, 2019

Page Betta Frenzy


Assalam.

Saya baru kembangkan minat baru saya iaitu dalam pemeliharaan dan bisnes ikan laga atau betta. Sebenarnya lebih kepada hobi tetapi pada masa yang sama saya lihat ada potensi untuk dikembangkan secara komersil jadi saya setup satu fb page https://www.facebook.com/bettafrenzypage/ untuk tujuan ini. 

Bolehlah lawati dan like ye?

Terima kasih.

Ahmad Hanizam

https://www.facebook.com/bettafrenzypage/

Wednesday, January 09, 2019

Apa Maksudnya Industri 4.0?


“Kita perlu membangunkan Industri 4.0, “Industri 4.0 disahut baik!” – tetapi apa sebenarnya Industri 4.0? Perbincangan mengenai kemajuan dan perkembangan Industri 4.0 di Malaysia mula diperkatakan, malah ini juga dibincangkan dalam Bajet 2019. Untuk memudahkan pemahaman anda, sila baca untuk mengetahui selanjutnya.

Pemahaman Mengenai Revolusi Industri


Industri 4.0 merupakan jalur revolusi industri yang keempat. Revolusi industri yang pertama membincangkan mengenai mekanisme pada industri perkilangan dan pemprosesan yang menggunakan kuasa air dan stim. Revolusi kedua pula, mempamerkan jalur elektrik dan pemasangan yang membolehkan pengeluaran secara besar-besaran. Ini diikuti dengan revolusi industri yang ketiga, kebangkitan bidang automasi, bagi menyediakan pemprosesan dan perkilangan yang lebih cekap – seperti kebanyakan kilang yang kita perhatikan pada hari ini.
Apa yang Dimaksudkan dengan Industri 4.0?
Sekarang kita mula beralih ke arah revolusi industri yang ketiga dan memasuki dalam kemajuan era Industri 4.0. Bertentang dengan perubahan ketara yang berlaku dari revolusi yang sebelumnya, namun ini bukanlah perubahan yang ketara. Industri 4.0 sekadar mengambil pemesinan automatis dari revolusi industri ketiga dan membaharuinya supaya berjalan dengan lebih baik. Bagaimana? Melalui sistem pintar menggunakan data dan pembelajaran mesin; Objek Rangkaian Internet (ioT) dan Kecerdasa Buatan (AI).
Revolusi industri yang ketiga sudah pun mengambi kesempatan dari penggunaan komputer dan automasi, mewujudkan kecekapan yang lebih berkesan di kebanyakan industri. Industri 4.0 muncul sebagai pengenalan tentang kesinambungan di antara mesin-mesin ini. Ini akan memberi manfaat pada automasi yang lebih canggih, di mana kilang-kilang boleh berjalan secara lancar tanpa sumber manusia – secara asas, menggunakan kilang pintar. Tidak, kita masih tidak sampai ke tahap Skynet dari siri Terminator.

Ada cara mudah untuk memahami industi ini?


Boleh, sudah pasti! Secara ringkasnya, Industri 4.0 merupakan industri “pintar” yang beroperasi secara efektif dengan menggunakan keralatan-manusia yang kurang melalui rangkaian sambungan. Cuba bayangkan sekiranya sebuah kilang yang berjalan secara kawalan jauh dengan hanya beberapa orang (perkara ini mungkin ini terlalu dibesar-besarkan)
Untuk memahami secara terperinci mengenai kilang ‘pintar’, sila lihat pada dua kilang sebagai contoh: Satu kilang pintar dan satu lagi kilang konvensional.
Dalam kilang konventional, terdapat faktor manusia yang mempunyai peranan dalam setiap proses. Dari pengurusan bahan sampai ke produk akhir di tangan pelanggan. Kita tidak boleh memansuhkan penglibatan manusia sepenhunya buat masa ini. Akan tetapi penglibatan ini boleh mengurangkan kadar keberkesanan kerana keralatan manusia.
Contohnya, seorang pekerja mungkin tersilap meneliti bekalan bahan kilang, menyebabkan kekurangan bahan mentah di kilang. Ini akan mengakibatkan kelembapan pada jumlah produk pengeluaran. Dalam jalur pemasangan tersendiri, kebanyakan kilang sudah pun mempunyai kakitangan yang akan mengumpul dan memasang produk. Walau bagaimanapun, ini meningkatan kebarangkalian risiko terhadap kecederaan manusia dan pemasangan barangan yang tidak betul.
Dengan kilang ‘pintar’ yang mengutarakan isu yang sama dalam kilang koventional, keralatan manusia yang sering berlaku boleh dikurangkan. Penyediaan suatu sistem boleh mengukur bahan pengeluaran; sekiranya bahan boleh jatuh ke satu tahap, di mana pemesanan yang lebih secara automatic boleh di buat atau memaklumkan kepada pengurusan operasi tentang kejatuhan bahan pengeluaran.
Dalam jalur pemasangan automatik menggunakan robot atau automasi yang lain, risiko kecederaan manusia boleh dimansuhkan dan mengurangkan peratusan produk yang tidak betul hampir boleh dihapuskan. Loji perkilangan yang berhubung sepenuhnya boleh mengurus dan melaraskan jalur pengeluaran kepada situasi sekarang, berpotensi untuk menjimatkan masa dan wang.
Cuba anda bayangkan sekiranya kilang pintar yang diuruskan oleh beberapa orang sahaja, secara sistem fizikal siber dan juga Objek Rangkaian Internet. Penggunaan data dan kesinambungan yang besar secara industri automatik ini, mampu mencapai kecekapan yang unggul dan pembaziran yang rendah – itulah yang dikatakan Industri 4.0.

Adakah Industri 4.0 sudah diperkenalkan?


Ya! Industri 4.0 telah tercapai di beberapa buah negara. Negara seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan juga negara jiran kita, Singapura yang sudah pun maju kehadapan dan mencapai dalam Industri 4.0 seperti “Perkilangan Pintar”, “Buatan China 2025”, “Initiatif Nilai Perindustrian Rantai” dan “Program Negara Pintar”, masing-masing.
Sebenarnya, Amazon sudah lama menghayati Industri 4.0 melalui penggunaan robot dalam gudang mereka. Sila tonton video di bawah:
In fact, everyone’s favourite building-brick toy, LEGO, was already producing their plastic bricks in complete automation for years! You can read about it here: Gizmodo’s Exclusive Look-Inside of LEGO’s Factory. Everything from the raw plastic granules to the final product into its packaging is completely automated.

Industry 4.0 Malaysia


Bukan itu sahaja, LEGO, jenama permainan kanak-kanak dalam pembinaan bata plastik kesukaan ramai, sudah pun mengeluarkan bata plastik dalam automatis yang lengkap sejak betahun-tahun lamanya. Sila baca mengenainya di : Gizmodo’s Exclusive Look-Inside of LEGO’s Factory. Dari butiran bahan plastik mentah ke produk akhir ke pembungkusan yang dijalankan secara automatic, sepenuhnya.

Industri 4.0 di Malaysia


Secara perlahan-lahan kita sedang memajukan negara ke arah Industri 4.0. Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (KIPA) sudah pun membentangkan Industri 4.0 dalam Polisi Negara bagi membantu membangunkan kilang dan perniagaan negara. Ini secara idealnya, boleh membantu industri tempatan untuk meningkatkan produktiviti, keberkesanan, kualiti dan juga membangunkan kemahiran dan bakat baru manusia.
Berdasarkan pada KIPA, Malaysia berada dalam lingkungan Industri 2.0, iaitu dalam pengeluaran barang besar-besaran, dan Industri 3.0 dalam bidang automasi. Ia merupakan proses yang perlahan yang menghadapi cabaran seperti kesedaran dan pengetauhuan yang kurang mengenai Industi 4.0 dan juga kekurangan piawaian dan kemahiran.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Polisi Negara KIPA dalam 4.0, sila baca Industri 4WRD
Apa pendapat anda mengenai Industri 4.0? Adakah Malaysia mampu melaksanakannya dan bolehkah ini membantu untuk memajukan negara kita? Beritahu kami!

Apa Itu Industri 4.0?

Industri 4.0 menurut Forbes, adalah “kilang pintar,” di mana sebuah sistem gabungan siber dan fizikal berkemampuan memantau proses fizikal kilang serta membuat keputusan sendiri (bersifat autonomi). Sistem fizikal ini mampu berkomunikasi dan bekerjasama antara semua sistem dan manusia secara ‘live’ melalui laman web.
Revolusi industri pertama hingga kini
Revolusi industri pertama adalah ketika terciptanya enjin wap dan mesin-mesin terawal yang memudahkan kerja-kerja nenek moyang kita (sebagai contoh pemprosesan kapas dan laluan kereta api). Industri 2.0 pula adalah ketika wujudnya kemudahan elektrik, barisan pemasangan (assembly line) serta bermulanya proses pengeluaran secara besar-besaran. Seterusnya, Industri 3.0 muncul bersama kewujudan komputer dan automasi, ketika robot dan mesin mula menggantikan pekerja manusia di barisan pemasangan tersebut.
Kini kita memasuki Revolusi Industri Keempat, di mana komputer dan sistem automatik bekerja bersama-sama dalam sebuah cara yang baru. Di mana robot dihubungkan secara wireless ke sistem komputer yang boleh belajar sendiri serta mampu mengawal robot-robot dengan campur tangan yang sangat sedikit dari pihak manusia.
Ciri-ciri kilang atau sistem tergolong di bawah Industri 4.0
  • Interoperability – Hal ini bermaksud mesin, peranti, sensor dan individu yang boleh berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain.
  • Ketelusan maklumat – Sistem-sistem ini mampu mencipta satu salinan maya dunia fizikal melalui data yang dikesan menerusi sensor untuk pemprosesan maklumat.
  • Bantuan teknikal – Sistem tersebut boleh menyokong manusia dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta ia berupaya untuk membantu individu dalam tugas yang terlalu sukar atau tidak selamat bagi seorang manusia.
  • Membuat keputusan sendiri- Sistem siber-fizikal ini mampu membuat keputusan –keputusan mudah dengan sendiri dan boleh bertindak secara autonomi yang mungkin.
Industri 4.0 dalam sektor komoditi
Industri 4.0  mempunyai peranan yang penting dalam sektor komoditi.  Sebagai contoh komoditi kelapa sawit. Sistem pengesan yang dihubungkan dengan sistem pengkomputeran menerusi rangkaian komunikasi membolehkan kita menjejaki produktiviti sebatang pokok kelapa sawit dan bukannya menjejaki produktiviti plot atau ladang lapor akhbar The Star.
Kita dapat mengetahui tahap tekanan setiap pokok yang disebabkan oleh cuaca kering dan basah yang berpanjangan serta campur tangan yang diperlukan seperti pengairan, pembajaan dan penggunaan racun perosak. Ini memberi impak langsung kepada, penghasilan kumpulan buah segar (fresh fruit bunch yield, FFB).
Berkenaan penuaian dan pemindahan, adalah ideal untuk mempunyai mesin bersepadu yang dapat mengenal pasti dengan tepat FFB yang telah masak dengan sempurna, memotong mereka dari pokok, mengumpul keseluruhan tandan tanpa buah-buahan yang longgar jatuh ke tanah dan menghantarnya terus ke kilang, secara autonomi.
Hasil minyak akan meningkat secara dramatik melalui gabungan FFB yang masak secara sempurna  dan tidak lebam disebabkan pengendalian yang sedikit dan kehilangan buah  yang minimum. Malah, anda boleh membayangkan pengurusan ladang yang dijalankan dari pusat kawalan dengan penglibatan manusia yang paling sedikit.
Dengan permintaan yang semakin meningkat dalam teknologi penjejakan, aplikasi Industri 4.0 boleh membantu pengguna menentukan asal-usul minyak sawit yang terkandung  di dalam sebuah produk, menggunakan sistem pengenalan frekuensi radio atau kod visual, untuk mengetahui sama ada ramuan itu dihasilkan secara lestari.
Industri 4.0  juga boleh diaplikasi dalam proses pengilangan, penapisan dan pemprosesan oleokimia serta pengangkutan seterusnya meningkatkan produktiviti, keselamatan dan kualiti minyak kelapa sawit.