Tuesday, March 17, 2015

Rahsia kekayaan: ingat 5 rahsia ini sampai bila-bila!

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.

Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah. Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.

Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah
liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada...

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda
tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.

Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit, tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.


~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai
peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.

Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.


Tuesday, March 10, 2015

Kursus Affiliate



PERHATIAN!

Mahukah Anda Jika Saya Tunjukkan Bagaimana Menjana Income Lumayan Di Internet Tanpa Perlu Menjual Produk Sendiri? 

Inilah teknik sama yang telah saya gunakan sehingga berjaya menjana lebih RM14,508 di internet tanpa menjual produk saya sendiri!

Monday, March 09, 2015

Bisnes sempoi


Prospek: Saya berminat nak join tapi saya tak minat/tak pandai cari orang.
Anda: Tuan / Puan, sepanjang saya berniaga belum pernah saya berniaga dengan makhluk selain dari manusia. Lagi pun saya bersyukur perniagaan seumpama ini memerlukan manusia untuk join. Kalau perniagaan ini perlu cari HANTU, confirm takde sesiapa pun nak buat. 
wink emoticon
So U fikirlah betul-betul.


Ahmad Hanizam

Sunday, March 08, 2015

Acar Mak Rose


Memperkenalkan Acar Mak Rose

  • Resepi asli negeri Johor
  • Jeruk segar menggunakan jeruk pak ali dari negeri pulau pinang
  • Menggunakan hampir 10 jenis buah-buahan
  • Dan yang paling penting, ia home made :)
Sebotol RM13
Setengah kilo RM20
Sekilo RM40 dan promosi sehingga hari raya.

Boleh cod di kawasan kota tinggi-ulu tiram-pasir gudang. Pos ke seluruh malaysia.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 019-7589774 (Nizam)

Friday, March 06, 2015

Maksud usahawan dan keusahawanan



Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”

Peter F. Drucker
Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre” yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.

Keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:

1) Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.
2) Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan.
3) Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.
4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

Siapakah Usahawan?

Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru (innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free enterprise”.

Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

(entrepreneurial = dgn pengusaha, tetapi aku terjemahkan kepada perniagaan)

Hari ini, usahawan adalah seorang invator (penemu cara baru) atau seorang ahli perniagaan yang mencari(mengenal pasti) dan meraih peluang yang ada; menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat dilaksanakan atau dapat dijual; menambah nilai; usaha; duit, kecekapan; mengambil risiko dengan terhadap persaingan di pasaran apabila melaksanakan idea tersebut dan menyedari ganjaran yang akan diperolehi hasil dari usaha tersebut.

Kepentingan Keusahawanan

Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

Mitos (dongeng) Mengenai Keusahawanan

Terdapat banyak mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini terjadi kerana kurangnya kajian yang dilakukan terhadap keusahawanan. Kuratko dan Hodgetts (2004) telah membicarakan 10 mitos keusahawanan.

Mitos (dongeng) Fakta

Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan seorang pemikir 

Walaupun usahawan lebih kepada aksi, mereka juga merupakan seorang pemikir. Mereka selalunya merancang sesuatu dengan teliti. Malah selalunya menyediakan pelan alternatif sekiranya pelan yang asal mengalami kegagalan. Ini menunjukkan usahawan adalah seorang pemikir dan pelaksana (doers)

Usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta 

Kebanyakkan usahawan dan bukan usahawan mengatakan ciri-ciri usahawan tidak boleh diajar dan dipelajari. Mereka mengatakan siri usahawan adalah secara semula jadi. Tetapi kajian telah membuktikan usahawan boleh diajar dan dipelajari. Keusahawanan mempunyai model, proses dan terdapat kajian kes yang membolehkan topik tersebut dipelajari.

Usahawan selalunya seorang pencipta 

Walaupun banyak pencipta adalah juga usahawan, namun terdapat banyak usahawan yang berjaya bukannya pencipta. Sebagai contoh Ray Kroc bukan pencipta francise untuk makanan segera, tetapi idea inovatif beliau telah menjadikan McDonald sebuah syarikat makanan segera terbesar di dunia. Kejayaan usahawan bergantung kepada idea kreatif dan inovatif di dalam kerja yang dilakukan dan ciri-ciri ini boleh dipelajari.

Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri (anti sosial) 

Kepercayaan ini timbul kerana adanya peniaga yang menjadi usahawan berjaya setelah berhenti dari sekolah atau berhenti dari kerja. Menurut sejarah, pendidikan dan organisasi sosial tidak mengesahkan (recognise) usahawan. Hari ini, usahawan tidak lagi dianggap sebagai seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri. Usahawan kini dilihat sebagai seorang profesional.

Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile” 

Terdapat banyak buku dan artikel yang menyenaraikan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Senarai ini sama ada tidak disahkan ataupun tidak lengkap; ia hanya berdasarkan kepada kajian kes yang dilakukan ke atas orang yang telah berjaya. Hari ini, kita sedar untuk mencapai profil 100% seorang usahawan adalah perkara mustahil. Kebanyakkan usahawan yang berjaya hari ini tidak mempunyai kesemua ciri-ciri profil apabila memulakan perniagaan.

Kesemua usahawan memerlukan wang 

Ia adalah benar, semua peniagaan memerlukan kapital untuk hidup. Ia juga adalah benar, kebanyakkan punca kegagalan perniagaan adalah ketidak cukupan pembiayaan. Untuk usahawan, wang adalah sumber tetapi bukan semuanya bergantung kepada wang
Semua usahawan bergantung kepada nasib “berada pada tempat yang betul pada masa yang betul” merupakan suatu kelebihan. Walau bagaimanapun “Keuntungan terjadi apabila persediaan menjumpai peluang”. Apa yang penting, seorang usahawan mestilah membuat rancangan, persediaan, tekad(kepastian), keinginan, pengetahuan dan inovatif.

Ke*****an (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan

“Terlalu banyak perancangan dan penilaian berperanan memberikan masalah yang berpanjangan”. Kenyataan ini tidak benar untuk pasaran yang bersifat persaingan. Kunci utama untuk kejayaan adalah perancangan yang teliti dan persediaaan yang mencukupi. Usahawan perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, tetapkan masa serta sediakan rancangan untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul dan cuba kekurangkan masalah ini dengan melalui perancangan yang teliti.

Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi. Memang benar, kebanyakkan usahawan mengalami beberapa kegagalan sebelum mereka memperolehi kejayaan. Usahawan belajar dari kegagalan sendiri serta kegagalan orang lain sebagai rujukan dan panduan mereka dimasa akan datang.

Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim 

Risiko merupakan elemen utama di dalam proses keusahawanan. Pada pandangan orang awam, kebanyakkan usahawan adalah penanggung risiko yang tinggi. Tetapi pada dasarnya, usahawan selalunya mencari informasi dan membuat perancangan sebelum melakukan sebagai aktiviti. Ini bermaksud, usahawan selalu melakukan kerja secara moderat dan mengira risiko yang akan berlaku.