Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Biomanis daripada pemanis semula jadi

TIDAK ramai yang mengetahui apakah pokok stevia, apatah lagi maklum akan khasiatnya. Namun segelintir daripada kita yang sukakan kemanisan tetapi bencikan kemudaratan mungkin memilih pokok ini sebagai pemanis. .
Ini kerana stevia sudah mula dikenali sebagai alternatif kepada gula untuk pemanis dalam minuman. .
Ada yang melabelkan 'gula sebagai racun', 'gula lebih bahaya daripada dadah', 'gula pembunuh senyap' dan macam-macam lagi. .
Di sinilah stevia memainkan peranan kerana bahaya gula telah menampakkan impak dan kesan sangat positif kepada masyarakat. .
Pengambilan makanan manis yang mengandungi tinggi kalori tanpa khasiat dan serat dalam jangka panjang mampu menyingkirkan beberapa vitamin dan zat galian dari dalam badan. .
Melihatkan betapa seriusnya peningkatan pesakit diabetes ini, Perintis Dagangan Sdn. Bhd. (Perintis), sebuah syarikat yang telah lama terlibat dalam kajian dan pembangunan hasil pertanian ini telah mengeluarkan produk Biomanis iaitu sejenis pemanis …

Teknologi biogas hasil teh serai

Imej
Oleh LAUPA JUNUS
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI
.
USAHLAH bertanya kepada sesiapa apakah khasiat dan manfaat Cymbopogon citratus kerana ramai akan terpinga-pinga? Namun menyebut sahaja serai, ramai akan tersenyum kerana telah maklum bahawa herba tersebut sudah diketahui khasiatnya sejak turun temurun. Serai biasanya digunakan dalam masakan bukan sahaja kerana khasiatnya tetapi juga aroma yang membuka selera. Sebab itu, banyak syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) memanfaatkan serai sama ada untuk dijadikan masakan atau rempah yang telah ditumbuk untuk kegunaan masakan. Pada masa sama, penyelidikan untuk mencari khasiat serai terus dijalankan, bagi mencari kemungkinan sebatian aktif dalam serai boleh bertindak dalam melawan penyakit tertentu. Manfaat serai Menyedari serai mempunyai pelbagai kegunaan, sebuah syarikat tempatan, Rapat Nusantara Sdn. Bhd. memanfaatkan tanaman herba tersebut untuk menghasilkan minuman herba berkhasiat. Produk yang mereka hasilkan ialah teh serai berjenam…

Industri Halal Boleh Beralih Daripada Pasaran Khusus Utk Peroleh Manfaat Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Industri Halal boleh beralih daripada pasaran khusus dan menjadi tarikan besar di seluruh dunia, memandangkan nilainya berasaskan integriti, kualiti dan menyeluruh, kata pengasas dan pengarah urusan KasehDia Sdn Bhd dan Forum Halal Dunia, Jumaatun Azmi. . Bagi menjayakannya, beliau berkata industri itu mesti memiliki syarikat yang cemerlang, yang berjaya mengharungi gelombang, untuk menghasilkan jenama yang diperakui bukan sahaja oleh industri, malah oleh ekonomi utama. . "Menerusi usaha berterusan, kita akan dapat bergerak daripada jenama serantau kepada multinasional," katanya pada Anugerah Jurnal Halal Kelima yang diadakan sempena Forum Halal Dunia, di sini Isnin malam.Jumaatun berkata peserta pasaran mesti diberikan motivasi berasaskan hakikat bahawa mereka bukan sekadar menjual produk dan perkhidmatan, malah menjual gaya hidup berasaskan nilai bahawa ia memberi manfaat kepada semua. . Anugerah Jurnal Halal 2010 diberikan kepada tujuh syarikat…

70 Peratus Pengusaha Rumah Burung Walit Di Terengganu Berakhir Kegagalan

KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mendapati lebih 70 peratus pengusaha rumah burung walit di negeri ini berakhir dengan kegagalan. . Pengarah JPV negeri Dr Azizol Mohd Sharun berkata di Terengganu terdapat kira-kira 300 buah rumah burung walit yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. . "Rumah burung walit yang gagal kebanyakannya disebabkan kelemahan dari segi pengurusan," katanya kepada Bernama selepas melawat salah satu projek rumah walit yang gagal di Kampung Mengabang Telipot, Batu Rakit Rabu. . Katanya kos paling rendah untuk membina rumah burung walit ialah RM100,000 dan kebanyakannya dimiliki orang perseorangan. Kos bangunan setinggi empat tingkat yang dilawati hari ini menelan belanja lebih kurang RM500,000, yang dibina kira-kira tiga tahun lalu. . Dr Azizol berkata projek itu dikira gagal kerana burung tidak masuk sejak ia dibina hingga kini memandangkan bangunan itu tidak mempunyai kemudahan sebagai rumah burung walit s…

Produk hiliran nanas

Buah nanas mengandungi vitamin, zat galian, serat dan enzim yang baik untuk sistem penghadaman dan membantu dalam memberikan zat pemakanan yang seimbang. .
Nanas juga merupakan sumber utama Vitamin C manakala kandungan lemak dan natriumnya amat sedikit. .
Jus nanas dan jus buah-buahan campuran dalam kotak tetrapak adalah antara minuman yang popular di pasaran. .
Jus itu juga boleh digunakan bagi menghasilkan jus jernih, kordial, cuka dan wain manakala jus yang diperam boleh dijadikan agar pejal atau nata de coco. .
Isi nanas yang dikisar halus yang dipanggil pulpa boleh digunakan terus atau dipekatkan dan dibungkus dalam tin atau beg plastik aseptik untuk digunakan sebagai bahan mentah bagi pemprosesan produk lain. .
Gegelung nanas pula merupakan sejenis snek pejal yang dihasilkan daripada daripada pulpa nanas bersama-sama ramuan lain dan berbentuk sekeping agar nipis yang digulung. .
Serbuk nanas boleh dihasilkan daripada pulpa nanas melalui proses pengeringan sembur selain kepingan flake …

Mengatur Strategi Pemasaran Berkesan

Apakah itu pemasaran? .
Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan. .
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut: Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati. Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan. Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan. Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu. Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal p…

Industri Burung Walit Jana Pendapatan Rakyat

Oleh Syed Azwan Syed Ali . KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Industri burung walit yang semakin pesat berkembang di negara ini mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada ekonomi negara sekaligus menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. . Ini kerana industri dengan nilai eksport mencecah RM1.5 bilion setahun itu mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha dalam jangka masa singkat berbanding bidang pertanian lain.Modal dilaburkan tidak tinggi selain masa menuai "hasil" juga tidak lama. . Pelaburan antara RM10,000 hingga RM30,000 diperlukan untuk membina sebuah rumah burung di atas tanah seluas 10 kaki lebar dan 15 kaki panjang, tidak termasuk kos membeli atau menyewa tanah terbabit. Manakala RM250,000 hingga RM600,000 diperlukan untuk membina sebuah premis burung yang berskala besar atau apa yang dikenali sebagai "hotel burung" di kalangan pemain industri. . DANA PINJAMAN . Kebanyakan negeri termasuk di Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak, lot-lot…

"Usahawan Muslim perlu rebut peluang perniagaan Internet"

Temubual bersama Irfan Khairi di majalah Islamik I. .
Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan internet. . Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka, kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.
. Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet, sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. . Sejak munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, pern…

Kisah usahawan beras Faiza

Oleh NASRI JAMALUDIN mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my . "SAYA ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini." Itulah azam, pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad ketika ditemui Kosmo! di Sri Gading, Batu Pahat, Johor. .
Wanita kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. .
Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, Faiza, 58 dan nenek kepada 32 cucu sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. .
Faiza yang juga Pengarah Urusan Syarikat Faiza, sedang bertungkus-lumus mengeluarkan beberapa produk baru yang dijangka masuk ke pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini. .
Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. .
Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, Faiza…

Felda Akan Menjadi Pengeluar Daging, Susu Terbesar, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan Felda akan menjadi pengeluar daging dan susu terbesar di Malaysia melalui satu perkongsian perniagaan yang baharu dengan rakan strategiknya bagi melaksanakan pembangunan projek ternakan lembu bersepadu di negara ini. . Perdana Menteri berkata perkongsian strategik itu adalah satu mercu tanda penting bagi Felda untuk menjadi peserta antarabangsa utama di dalam bidang perniagaan pertanian. . "Hari ini merupakan titik permulaan bagi Felda menjadi tauke daging dan susu. Bukan sebarang tauke tetapi tauke yang besar. Kalau sebelum ini Felda membeli ladang tebu dan menjadi "Raja Gula", dan sekarang ini menjadi "Raja Daging dan Susu," katanya. . Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian antara Felda Global Ventures Livestock Sdn Bhd, Middle East Oil and Grains Ltd dan Felda Iffco Sdn Bhd di sini hari ini. . Najib berkata satu projek ternakan lembu bersepadu yang dilaksanakan oleh kump…

Perniagaan Internet, Perniagaan Masa Depan

Oleh Nor Diana Othman . KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Hari ini perniagaan Internet di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi. Perniagaan seumpama ini semakin digemari lantaran keberkesanan Internet sebagai medium komunikasi dan pemasaran.Sehubungan itu, peningkatan jumlah pengguna Internet juga dilihat sebagai tanda positif untuk berkecimpung dalam perniagaan seumpama itu. . Bagi usahawan internet, Mohd Suhaimy Abu Bakar, 30, atau lebih dikenali sebagai Shuth, perniagaan Internet merupakan satu bentuk perniagaan untuk masa hadapan kerana kebanyakan perniagaan dan kedai-kedai baru akan dibuka dalam bentuk perniagaan Internet berbanding perniagaan kovensional. . "Kedai buku terbesar di dunia bukanlah terletak di Amerika, China atau Jepun tetapi di Internet iaitu amazon.com manakala pasar raya terbesar di dunia pula ialah eBay. Tidak mustahil suatu hari nanti semua orang akan lebih gemar membeli-belah di Internet berbanding pasar raya," katanya kepada Bernama. . MENCEBURI BIDANG …

Tip bisnes yang berjaya

Sasaran pencapaian di dalam menceburi bidang perniagaan harus ada bagi menaikkan semangat anda untuk berjaya dalam apa jua bisnes yang diceburi. Sasaran tersebut mungkin tercapai dan juga mungkin sebaliknya. Tetapi kalau anda tidak cukup cekal untuk berjaya ia adalah mustahil untuk dicapai. . Seringkali kita dengar cerita tentang orang yang kecundang di dalam pernigaan mereka. Kenapa ini berlaku? . Salah satu puncanya adalah mereka tidak mengenal produk tersebut dengan lebih mendalam akan produk yang ingin disampaikan kepada pembeli. Pemilihan bisnes yang mudah mendapatkan client juga penting. Biar produk tersebut mudah dijual kepada pembeli. Sukar bagi pembeli untuk menolaknya. Ibarat"pisang goreng panas". . Dari segi harga pula, mungkin ramai yang merungut jika harga produk mahal.Ya, saya sendiri pun macam tu juga. Tapi tak semestinya harga yang murah akan ada ramai pembeli sebab mereka pasti memikirkan unsur lain pula seperti produk tersebut rendah kualitinya. . Jika ada pesaing …

Fake It Till You Make It

1. Be real, be transparent, be authentic and be yourself… . I mean your REAL self. Too often people spend incredible amounts of energy trying to project themselves as something they’re not. Most of their conversation is spent trying to impress and they think they have everyone snookered. .
Here is the reality: no one is fooled. People are always transparent… even when they think they aren’t. I’m sure you meet people all the time who say all the right things, look the part, but you just know, in your gut, even if you can’t put your intellectual finger on it, that they are full of hooey. .
We are all intuitive and sensitive beings. We can feel the truth. We can sense authenticity and we can sense when it isn’t present. Projecting pretense only pushes people away from you—quickly and regularly. Your real self—the one that isn’t king of the hill, has fears, is concerned about family and has a genuine passion for a product, service or helping other people succeed—is far more attractive to people…

Kaftan - Koleksi Eksklusif

Imej
Kepada anda yang berminat, boleh sms saya di 019-7589774 (Nizam). Harga RM40 ini adalah termasuk kos penghantaran.