Isnin, Mei 05, 2014

12 Idea Pemasaran Dr. Azizan Osman yang Praktikal & Berkesan

Semakin hari semakin ramai orang yang telah berani untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan, baik perniagaan online mahupun offline. Ada juga peniaga yang hanya menjalankan perniagaan dari rumah sahaja dan mampu menjana pendapatan atau jualan sehingga ratusan ribu sebulan! 
Walaupun kedengaran agak keterlaluan, namun ianya bukan cakap kosong kerana semakin banyak cerita-cerita kejayaan dan bukti-bukti ditunjukkan kepada umum mengenai kisah kejayaan insan-insan seperti ini.
Siapa yang tidak kenal jenama susu kambing Hi-Goat, Anis Moist Chocolate Cake, Sri Munawwarah, Kaki Printing dan banyak lagi? Mereka ini ialah testimoni sebenar kisah kejayaan yang dicipta setelah mengamalkan ilmu-ilmu pemasaran Dr Azizan Osman, pakar pemasaran nombor 1 Asia secara betul dan konsisten. 
Mari kita ikuti di bawah ini antara ilmu-ilmu pemasaran yang telah atau mungkin digunakan oleh jutawan-jutawan ini dalam mencipta nama dan ‘menjerat’ pelanggan menerusi strategi-strategi yang betul. 
1)      Berikan Jaminan Wang Dikembalikan
Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka. 
2)    Minta dan Gunakan Testimonial Pelanggan
Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Adalah lebih baik sekiranya anda dapatkan testimoni bergambar, selalunya untuk produk-produk kecantikan di mana akan terdapat perbezaan antara sebelum dan selepas menggunakan produk tersebut. 
3)    Maksimakan Penggunaan Kad Perniagaan Anda
Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Aminah binti Abu, pengurus, Syarikat Aminah Bersaudara…?” Tetapi adakah anda tahu apakah perniagaan Aminah binti Abu? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Biasakan meberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda. 
4)    Blog
Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma! 
5)   Lancarkan Pertandingan atau Cabutan Bertuah
Cara ini ialah yang paling mudah untuk anda menjana database pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa hadapan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, Facebook atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. 
6)   Berikan Kad Diskaun atau Voucher Percuma
Ini adalah cara yang juga mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali cucian percuma! Ini juga adalah cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka. 
7)    Kongsikan Apa yang Anda Tahu Kepada Orang Lain
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, hanya maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman social anda seperti Facebook, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya jika anda di dalam bidang graphic design atau teknologi maklumat. Kongsikan kepada orang lain tentang cirri-ciri sesuatu design yang menarik, kesilapan ramai orang dalam memilih design dan bagaimana teknologi boleh membantu anda dalam mendapatkan design yang berkualiti dan menarik. Jangan risau jika ada orang lain meniru anda, ana ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama. 
8)    Emel
Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda. 
9)    Tulis dan Kongsikan Profil atau Kisah Anda
Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih Berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang Berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana. 
10)   Sokong Badan Kebajikan
Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta  sediakan tabung derma untuk pelanggan anda turut serta membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah. 
11)   SMS Pelanggan Anda
Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan SMS 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat hari jadi serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti www.ETSI.com.my  dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar SMS dengan lebih efektif. 
12)   Iklan Banner atau Bunting
Tahukah anda cara paling cepat untuk menguasai wilayah perniagaan anda adalah melalui pengiklanan banner. Pasang sekurang-kurangnya 30 unit banner disekitar kawasan yang strategik di kawasan daerah atau bandar berhampiran. Anda pasti akan di huru harakan oleh panggilan dari pelanggan nanti. Masalah iklan banner adalah kosnya yang agak mahal disamping kos lesen untuk gantung banner dari pihak berkuasa majlis. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menempah banner di tempat yang betul, kos lebih murah pada kualiti terbaik. Anda boleh dapatkan Panduan Ebook Rahsia Cetak Banner (RCB) di rahsiacetakbanner.com , penjimatan kos sebanyak 500%!

7 ulasan:

Pemborong Tshirt Ensaz berkata...

Terima kasih tuan kongsikan artikel ini.. banyak lagi tips bisnes yg saya perlu belajar..huhu

Tanpa Nama berkata...

saya mempunyai produk makanan..dn kini telah masuk kekedai runcit dn rastoran di sekita lembah kelang ...persoalan nya saya ingin pergi lebih jauh lagi dalam pasaran iaitu dgn melantik egan..bagaimana untuk mendapat kan egen? dn cara pasaran yg menguntungkan jika saya memakai egen.

Engine Nyiur berkata...

Terbaik

Kamarul Baharom berkata...

Bagaimana nk dapatkn usd mat salleh dgn ,produk bru launching kt sini ,blajarlh dgn lejen ,tentu xmenyesal,ade jaminan blk duit lagii,cer tgkk >>>ape cer
j.mp/buatduitusdwarior

Kamarul Baharom berkata...

Bagaimana nk dapatkn usd mat salleh dgn ,produk bru launching kt sini ,blajarlh dgn lejen ,tentu xmenyesal,ade jaminan blk duit lagii,cer tgkk >>>ape cer
j.mp/buatduitusdwarior

Tanpa Nama berkata...

Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

Asa Loan Savings LENDING LTD berkata...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails