Thursday, September 30, 2010

15 Idea “Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!”


Perniagaan anda boleh hidup atau “mati” bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?

Anda mungkin mempunyai produk
atau perkhidmatan terbaik paling “power” di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan
dan pendapatan anda hanya “nyawa-nyawa” ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.
Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya
membantu ramai usahawan untuk merubah senario perniagaan mereka
dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada “biasa-biasa’ kepada “luar biasa” dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah.

Idea yang saya berikan ini adalah sebagai “PERMULAAN”
kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan kepada anda, ia adalah benar!
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai
gila” pelanggan “berkejaran” untuk menggunakan produk atau perkhidmatan
anda juga, ia adalah benar!

Itulah
yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau
individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran saya.
Apatah lagi bila anda akan belajar “live” daripada saya di dalam Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.
Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?
Ini adalah senarai 15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-
15) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat
bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat
rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain.
Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana
untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
14) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa:
Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda.
Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepala seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!
13) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.
12) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan.
Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di
dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan
anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

11)
Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah:
Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.

10) Tambah maklumat baru di laman
web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation)
untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.
9) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah
untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda.
Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

8) Maksimakan
penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad,
pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?”
Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.
7) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda: Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain
tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.

6) Rakamkan video anda di YouTube: Steve
Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

5) Melaburlah
untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga
: Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya.
Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.
4) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.
3) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda
contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka
mandi “bersama-sama” anda setiap hari?
2) Minta dan gunakan
testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
1) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka.
Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
.

Tuesday, September 28, 2010

Usahawan kerapu sangkar



ANAK-ANAK ikan siakap turut dijual Johari kepada penternak lain pada harga RM1.20 seekor.


SEBELUM bergiat aktif sebagai pengusaha ternakan ikan marin dalam sangkar, Johari Awang Besar langsung tidak dapat membezakan rupa di antara ikan kerapu dan siakap.

Namun, 20 tahun kemudian, beliau layak digelar jutawan kerapu kerana ternakan ikan air payau itu berjaya mengubah kehidupannya dengan meletakkan beliau sebagai usahawan akuakultur bumiputera yang berjaya.

Hari ini, Johari, 50, anak tempatan berasal dari Jertih, Besut, Terengganu memiliki 85 sangkar ikan yang mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.

Bagaimanapun, apa yang dikecapi Johari hari ini bukan diperoleh dengan mudah.

Bermula dari bawah


JOHARI kini antara pembekal ikan kerapu dan siakap utama di Terengganu.


Beliau yang sebelum itu bekerja dengan sebuah syarikat tempatan terpaksa beralih arah mencari rezeki di tempat lain setelah syarikat itu tidak mampu lagi bertahan apabila negara dilanda kegawatan ekonomi.

Johari bagaimanapun berkata, beliau percaya sektor perikanan dan penternakan ikan sangkar yang masih belum banyak diceburi usahawan tempatan pada masa itu, bakal memberi pulangan lumayan.

Bagaimanapun, sebelum mula membuka ternakan sendiri dia terlebih dahulu bekerja dengan pengusaha lain.

Menurut Johari, lewat tahun 1980-an beliau mula bekerja dengan penternak ikan sangkar yang lain.

"Saya diberi gaji sebanyak RM300 sebulan. Memang jumlahnya kecil tetapi daripada situlah saya mula kenal jenis-jenis ikan dan belajar selok-belok penternakan ikan siakap dan aspek pasarannya," katanya.

Setelah mengumpul ilmu dan pengalaman, dalam masa dua tahun Johari membuka kolam ternakan ikan sangkar pertamanya di Kampung Gong Batu, Setiu, Terengganu.

IKAN kerapu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dalam dan luar negara.


Pembekal kerapu dan siakap

Bertitik-tolak daripada situ, beliau mengusahakan kolam sendiri dan usahanya mula menampakkan hasil dengan sekurang-kurangnya lapan kolam ternakan baru dibuka setiap tahun.

Selain kerapu, beliau turut menternak spesies siakap putih. Benih kerapu juga diasuh di lapan kolam miliknya bagi menjamin bekalan berterusan.

Aktiviti itu melibatkan anak-anak ikan bersaiz satu inci yang dibeli pada harga 22 sen seekor daripada penduduk tempatan yang menjualnya sebagai pendapatan tambahan.

"Dalam tempoh sebulan, anak-anak ikan ini akan mencapai saiz lima inci dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sangkar. Selain kegunaan sendiri, benih bersaiz lima inci akan dijual kepada penternak lain pada harga RM1.20 seekor," katanya.

TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom (tiga dari kiri) turut melawat kawasan penternakan ikan siakap dan kerapu milik Johari.


Beliau mampu mengeluarkan 28,000 ekor benih dalam tempoh sebulan dan boleh dianggap sebagai pembekal utama benih siakap di Terengganu.

Dibantu lima pekerja, beliau kini mempunyai 13 kolam asuhan dan 85 petak sangkar ternakan ikan siakap berkeluasan 2,000 meter persegi. Kesemuanya dibina dengan modal sendiri yang mencecah RM1 juta.

Bagaimanapun beliau juga menghadapi cabaran dan pernah kerugian ratusan ribu ringgit setelah ikan peliharaannya mati akibat kawasan ternakan dicemari air banjir.

"Ikan jenis ini amat sensitif dan mudah mati jika terdedah kepada air tawar. Ia juga perlu dijaga dengan teliti kerana mudah terkena penyakit," katanya.

Ternakan diberi makanan rumusan dan ikan baja berkualiti bagi menjamin tumbesaran yang baik.

"Sekurang-kurangnya tempoh lapan hingga sembilan bulan diperlukan untuk membolehkan ternakan dipasarkan sekitar berat antara 500 dan 600 gram seekor.

"Saya menjualnya kepada pemborong tetap, restoran dan pasar di sekitar Terengganu dan Kelantan pada harga RM14 sekilogram. Selain itu, saya juga mula memasuki pasaran Pantai Barat," katanya.

Johari juga menjadi pemborong utama hasil laut tangkapan penduduk setempat yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan.

Usaha keras dan komitmennya turut diiktiraf oleh kerajaan apabila beliau dianugerahkan Usahawan Ikan Jaya Kategori Air Payau dalam sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2009 sebelum ini.

- Bernama


Friday, September 24, 2010

Facebook's Mark Zuckerberg is valued at $6.9bn in Forbes rich list, jumping above Steve Jobs and Rupert Murdoch

By DANIEL BATES

Millions across the world will be thinking the same thing – if only I had thought of that.


But it is 26-year-old Mark Zuckerberg who is reaping the rewards after starting social networking phenomenon Facebook.


The Harvard graduate shot up the list of wealthiest people in America yesterday with an estimated personal wealth of £4.4billion.


Facebook founder Mark Zuckerberg is at No35 in the Forbes list and is worth $6.9b
Apple founder and CEO Steve Jobs has been overtaken in the Forbes richlist by Facebook co-founder Mark Zuckerberg

$6.9bn fortune: Facebook co-founder Mark Zuckerberg (left) has jumped above rival and Apple CEO Steve Jobs in the latest Forbes magazine rich list


After starting the website as a computing student in 2004, Mr Zuckerberg now ranks 35th above well-known, and much older, heavyweights such as Rupert Murdoch, Apple chief executive Steve Jobs and film director George Lucas.

But while they have been at the top of the annual Forbes 400 list for years, Mr Zuckerberg is the star earner this year after his worth went up by 245 per cent – the biggest gain of anyone on the list.


Like last year, Bill Gates is the richest with a personal fortune of £34.4billion.

Since taking a back seat from the company he has also become one of the most generous people in America, donating more than £17.2billion to charity through his own foundations.


Bill Gates is the richest man in America, for the 17th year in a row
Warren Buffett is the second richest man in America, with a fortune of $45 billion

With a fortune of $54bn, Bill Gates (left) is the richest man in America for the 17th year in a row while investor Warren Buffett is at number two with $45bn


And Mr Zuckerberg has followed the Microsoft founder’s relatively modest approach to life, as Facebook has grown to more than 500 million users, knocking Google off its perch as the top website.


The 26-year-old lives in a humble rented home in Paolo Alto, California and drives a £13,000 car.


Luisa Kroll, Forbes global wealth editor said Facebook was the success story of this year which is still suffering from the fallout of the global recession.


No3: Oracle CEO Larry Ellison is valued at $27 billion
Facebook co-founder Dustin Moskovitz is the youngest dollar billionaire in America

Third in the Forbes list is Oracle CEO Larry Ellison (left) with $27bn, while Facebook co-founder Dustin Moskovitz (right) is the youngest dollar billionaire, worth $1.4bn


‘At a time where there are a lot of the same people on the list and not a lot of new things being created, you do have Facebook,’ she said.


But despite the economic downturn, anyone wanting to get on the list this year must have a personal fortune of at least £638million for the first time since 2008.


The total worth of those on the Forbes 400 rose to £874billion in 2010, up 8 per cent from last year.


AMERICAN TOP 10 RICHEST

  1. Bill Gates, Microsoft, $54billion
  2. Warren Buffett, Berkshire Hathaway, $45billion
  3. Larry Ellison, Oracle Corp, $27billion
  4. Christy Walton and family, Wal-Mart, $24billion
  5. Charles Koch, Koch Industries, $21.5 billion
  6. David Koch, Koch Industries, $21.5 billion
  7. Jim Walton, Wal-Mart, $20.1billion
  8. Alice Walton, Wal-Mart, $20billion
  9. S. Robson Walton, $19.7billion
  10. Michael Bloomberg, Bloomberg LP, $18billion

Figures are according to Forbes magazine

Second wealthiest is investor Warren Buffett with a fortune of £28.7billion and in third is Larry Ellison, the founder of computer software company Oracle, with a net worth of £17.2billion.


Mr Zuckerberg followed up the unveiling of the Forbes rich list last night by revealing that he is set to make a £66million donation to help turn around some of America’s worst schools in New Jersey.


He plans to announce the huge gift on The Oprah Winfrey Show today.


But critics say the announcement comes a week before the much-anticipated opening of The Social Network a Hollywood film which reportedly portrays him in an unfavourable light.


The film details the creation of the hugely popular social networking site that has made him one of the youngest billionaires in America.


Much of the Forbes list is made up of technology moguls and investors including George Soros, who is ranked at number 14 with a fortune of £9billion.


The list is also overwhelmingly male with just a sprinkling of women including Walmart heiress Christy Walton who is fourth richest with £15.3billion.


Representing the world of entertainment were Steven Spielberg at number 110 with £1.9billion, and Hollywood’s richest man, media mogul David Geffen who came in at 54 with a net worth of £3.2billion.


Forbes also highlighted a number of ‘billionaires in the making’ including rapper Jay-Z who has a personal fortune of £287million with a spread of business interests and entrepreneurial projects.


A measure of his success is that in 2007 he tied with Elvis Presley for the most number one albums in the U.S. by a solo performer, only to break the record last year.


Now only The Beatles have more number one records with 19 to Jay-Z’s 11.

According to Forbes the list is compiled by research throughout the year involving employees, rivals, attorneys, ex-spouses and securities analysts.


‘We keep track of their moves: the deals they negotiate, the land they’re selling, the paintings they’re buying, the causes they give to,’ said Miss Kroll.


The full Forbes 400 list can be seen at www.forbes.com/Forbes400


Read more:
http://www.dailymail.co.uk/news/article-1314532/Facebooks-Mark-Zuckerberg-valued-6-9bn-Forbes-rich-list.html#ixzz10QZKjACM