Tuesday, October 15, 2019

Seni Perbualan – Tindakan Yang Perlu

Seni perbualan dengan orang ramai tidaklah sesukar seperti yang dijangkakan asalkan latihan yang kerap dan sentiasa dapat di lakukan selalu. Keyakinan diri yang terbina dalam berhubung dengan orang ramai terutamanya apabila berbual dengan prospek atau pelanggan amat di perlukan bagi menarik minat si pendengar nanti.

Memiliki ilmu yang tinggi, ketenangan dan kesabaran yang baik akan membina peribadi seseorang dalam berinteraksi dan di hormati oleh orang lain.


Menjadikan jualan sebagai satu karier yang diamanahkan memerlukan seni perbualan yang sempurna untuk memberikan satu impak yang baik, berkesan dan professional di hadapan mata prospek/pelanggan.

Perbualan yang mesra dan menarik perhatian orang yang lebih memudahkan tugasan kita bagi melakukan penawaran produk kita dengan mudah dan berkesan.

Antara tip-tip yang perlu di amalkan adalah:


  • Melakukan tanggapan permulaan yang baik. Sentiasa senyum
  • Dengar dengan teliti
  • Cari apa minat prospek/pelanggan terlebih dahulu sebelum kita berbicara dengan lebih mendalam lagi
  • Tanyakan soalan
  • Lupakan seketika kepentingan kita
  • Lakukan latihan sentiasa mendengar
  • Tanyakan soalan yang mengesahkan
  • Dapatkan pengesahan dengan mengadunkan ayat yang kita fahami pula
  • Timbangkan terlebih dahulu sebelum tidak bersetuj.


Jika perbezaan tentang kemanusiaan dan tentang perbualannya maka lakukan lah secara yang menarik perhatiannya supaya perbalahan dapat dielakkan·

Bersetuju sahaja ambil jalan yang mudah supaya semuanya boleh di hentikan topik yang di bincangkan, begitu juga kalau bantahan terjadi maka ia juga boleh menamatkan perbualan tapi akan meninggalkan kesan hati yang sakit akan berlaku pula.·

Sememangnya akan ada pelanggan yang ingin menunjukkan kepandaiannya sahaja tanpa mengetahui ilmu yang ada padanya tidaklah sebaik kita yang bercerita, sebaik-baiknya biarkanlah bangkangan dari beliau dahulu. 

Beralah dahulu bukannya bermakna kita telah mengaku kalah seterusnya.
Puaskan hati prospek/pelanggan dahulu kerana kita kena perlu ingat bahawa kita yang mencari mereka bukan mereka yang mencari kita.

Elakkan dari menggunakan perkataan “TETAPI” terlalu kerap kerana ia nya boleh mengakibatkan pelanggan akan membantah mempertahankan apa yang telah dia perkatakan. Sebaik-baiknya selalu gunakan perkataan “DAN” bagi meredakan perbualan kita menjadi sesuatu yang hangat dan panas


  • Bersabar dan tenang
  • Jangan panik
  • Mengetahui bila perbualan akan di tamatkan

Itulah antara tip-tip yang di rasakan perlu untuk semua orang mengamalkan seni perbualan yang baik semasa berhadapan dengan prospek/pelanggan nanti.
Beradab dan penuh beretika akan menyebabkan kita mudah di hormati dan di damping oleh orang ramai.

Sentiasa merendah diri dan berbudi bahasa menjadi amalan kita dalam melakukan jualan tidak kira siapa pun juga di hadapan kita.

Apabila kita mudah bersembang dengan seseorang dan mudah mendapat kawan menjalinkan perhubungan yang baik, kepercayaan prospek/pelanggan telah timbul maka mudah bagi kita melakukan penawaran produk terhadap mereka. 

Berita baik! Saya baru sahaja setup satu blog untuk berkongsi tips bisnes DI SINI.

Wednesday, October 09, 2019

Apa Dia Pengiklanan?


Pengiklanan adalah slogan. Pengiklanan juga boleh di ibaratkan seperti menari dan menyanyi di televisyen. 

Selain itu, ia juga boleh di ibaratkan seperti memberitahu sesuatu kepada masyarakat mengenai produk anda.
Jika anda berfikir seperti di atas, anda salah.
Pengiklanan bermaksud menjual.
Apabila anda melakukan pengiklanan, anda sedang menjual. Ketika anda beriklan di televisyen, anda sedang menjual kepada penonton iklan tersebut. Begitu juga ketika anda beriklan di surat khabar, anda sedang menjual kepada pembaca surat khabar tersebut.

Jika kita hendak menjual sesuatu secara berhadapan, sudah tentu kita perlu tahu apa yang kita perlu cakap untuk memikat pelanggan. Namun, jika kita ingin menjual melalui pengiklanan, kita perlu tahu apa yang perlu di tulis.

Jadi, matlamat kita di dalam pengiklanan adalah mencari ayat jualan yang benar-benar berkesan. Memandangan ayat jualan adalah seseuatu yang tidak ada jaminan, kita perlu sentiasa mencuba, mencuba dan terus mencuba.

Katakan teknik A menghasilkan 2 jualan dari 100 pelanggan manakala teknik B menghasilkan 3 jualan dari 100 pelanggan. Apabila kita kira dalam skala yang besar, teknik B akan menghasilkan lebih jualan dari teknik A. Namun, jika anda perhatikan, teknik A juga ada hasilkan jualan.

Di sini, anda ada dua pilhan sama ada untuk memperkembangkan teknik A dan dalam masa yang sama membelanjakan lebih wang untuk teknik B atau mematikan teknik A dan menumpu perhatian penuh pada teknik B semata-mata.

Tetapi, dalam masa yang sama anda perlu menghasilkan teknik C dan D untuk mencari ayat jualan yang benar-benar berkesan. Satu yang anda perlu tahu mengenai promosi adalah ia tidak pernah berakhir kerana manusia berubah-ubah. 

Maka, anda perlu sentiasa mengikut perkembangan semasa untuk menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.

Jika anda ingin bermula dari bawah untuk mencari ayat-ayat jualan yang benar-benar berkesan, saya rasa ia hanya akan membazirkan masa anda. 

Untuk jimatkan masa, saya rasa lebih baik untuk kita ikut sahaja teknik promosi yang telah terbukti berjaya.
Jika anda nak tau bagaimana seorang pemuda ini melakukan iklan berkesan secara online hanya dari rumah? 

Anda KLIK DI SINI

Mula-mula jual air tepi jalan, tak lama lepas tu beliau jual produk Affiliate secara online hanya dari rumah dengan hanya menumpu 1 teknik marketing yang efektif.

Apa dia teknik Efektif yang beliau guna? Semuanya beliau cerita di sini KLIK DI SINI

Jumpa lagi.


AHMAD HANIZAM

Saturday, October 05, 2019

Pendapatan aktif atau pasif: yang mana pilihan anda?


Kebanyakan daripada kita hanya mendengar tentang istilah ini tetapi mungkin kurang mengetahui maksudnya yang sebenar. Para jutawan yang berjaya selalu menekankan serta begitu berminat bercakap tentang jenis pendapatan ini.
..
Berikut adalah penerangan ringkas mengenainya.
..
Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja. (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)
..
Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!).

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki..:)

Mereka bebas untuk:

– menonton wayang & ‘menginternet’ di Starbucks
– sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
– bersantai dipantai tanpa gangguan!
– shopping tanpa perlu beratur!
– melihat anak-anak membesar!
..
Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif, mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.
..
Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka!
..
Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya dikategorikan sebagai aktif.
..
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakan daripada kita.
..
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif?
..
Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan.
..
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!
..
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda pertimbangkan :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
..

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:
...
Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?

Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokan harinya dan mula sibukkan diri anda.
..
Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan di atas tadi. 
.
Anda tentu akan berterima kasih kepada saya nanti. :)

Anda berminat untuk tahu lebih lanjut cara untuk dapatkan pendapatan pasif?
Boleh klik di sini.

Ahmad Hanizam
Solopreneur

Friday, October 04, 2019

5 tip jualan terbaik



Mark Hunter, seorang speaker jualan dan motivasi dari Amerika Syarikat telah mengemukakan 5 tip terbaik untuk melakukan jualan seperti mana yang diingini oleh kita.

Ia adalah berdasarkan tip-tip yang diberikan semasa beliau melakukan ceramah beliau di hadapan sekumpulan pelajar universiti yang meminta kepada beliau tip-tip melakukan jualan yang  mana akhirnya sekumpulan pelajar tersebut mengatakan tip-tip tersebut adalah tip-tip yang terbaik pernah mereka dengari.

Lima tip-tip yang dimaksudkan itu adalah:

Ia  bukan yang kita perkatakan tetapi apa yang pelanggan yakini

Sebaik mana kita lakukan presentasi kalau pelanggan masih enggan untuk menerima segala usul yang diutarakan pasti bermakna peluang kita semakin malap untuk mendapatkan penutupan jualan. Sebaik-baiknya luangkan masa untuk merapatkan lagi hubungan dengan pelanggan. Kemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahuan dan kehendak mereka.

Ada kalanya mereka tidak mengetahui apa yang mereka perlukan dan sinilah tugasan kita untuk membantu mereka secara membimbing apa manfaatnya produk kita kepada mereka.  Tapi jika pelanggan masih enggan untuk mempercayai dan menerimanya bermakna kita tiada mempunyai peluang langsung

Jangan lakukan panggilan jualan jika pelanggan tidak mengetahui yang kita ingin melakukan penutupan jualan

Jika kita tidak mengetahuinya ke mana harus kita pergi, bagaimana kita boleh sampai ke destinasinya. Perkara yang biasa dilakukan selepas presentasi adalah untuk mendapatkan penutupan jualan.

Rancanglah dengan awal agar segala tindakan dapat dipertingkatkan lagi dengan lebih berstrategi untuk mendapatkannya. Jangan mengharapkan hanya kepada satu teknik sahaja bagi mendapatkan penutupan jualan tetapi pelbagaikanlah segala teknik yang ada berdasarkan apa yang pelanggan telah maklumkan kepada kita.

Dedikasikan masa anda secara mingguan atau bulanan bagi mendapatkan senarai prospek

Didapati terlalu ramai sangat yang melakukan jualan menghabiskan masa mereka melakukan pelbagai tugasan selain daripada mengali dan menyelongkar senarai-senarai prospek untuk ditemui.

Jika kita mendisiplinkan diri  dan merasa satu tanggungjawab bebanan yang turut diutamakan mendapatkan pangkalan data prospek atau pelanggan, sampai bila-bila pasti kita tidak akan melakukannya.

Percaya dan yakin pada diri kita sendiri dan lakukan pertolongan kepada pelanggan

Kita sendiri pun tidak yakin pada produk yang ditawarkan bagaimana pelanggan hendak turut mempercayainya untuk membeli dan menerimanya? 

Inilah antara sebabnya orang yang berjaya melakukan jualan mencapai kejayaan hanya kerana beliau percaya dan yakin sangat-sangat atas manfaat dan kelebihan produk yang ditawarkan kepada orang lain.

Bila dah yakin dan percaya pada produk yang ditawarkan, penceritaan dan menangani bangkangan sudah pasti mudah dan senang untuk dilakukan.

Tampilkan diri tepat pada waktunya

Mudahnya jualan hilang hanya kerana kegagalan menghadirkan diri dengan tepat ataupun gagal melakukan susulan. Amat menyedihkan hanya disebabkan satu perkara yang asas dan mudah untuk dilakukan, jualan akan hilang begitu sahaja hanya disebabkan gagal menunaikan janji yang tidak ditepati.

Disiplin amat memainkan peranan yang terpenting sekali dalam hal yang sebegini bagi menunjukkan dan membuktikan kepada pelanggan tersebut yang kita amat menghargai dan menghormati tentang mereka dan keperluan mereka.

Mengapa Mark Hunter merasakan yang beliau begitu yakin dengan lima tip yang diberikan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman beliau bekerja di dalam bidang jualan ini dan telah mengajar beribu-ribu kakitangan jualan.

Beliau turut menjelaskan bahawa kebarangkalian bagi mereka yang menggunakan tip-tip yang dinyatakan ini bagi mencapai kejayaan seperti yang diidamkan adalah tinggi dan memuaskan hati mereka semua.

Ilmu kalau yang telah didapati tetapi hanya sebagai bahan bacaan dan untuk dijadikan bahan simpanan dan koleksi sahaja tanpa mempraktikkannya akan merugikan sahaja apa sahaja ilmu yang kita perolehi.

Mana yang dirasakan baik pastikan kita gunakan manakala jika ia nya didapati tidak bersesuaian tinggalkan sahaja. Ambil yang jernih buang yang keruh. 

Sentiasa amalkan agar ilmu yang ada dipertingkatkan lagi sentiasa mengikut peredaran masa dan ketikanya di waktu kita sedang rancak menghadapi rentak persaingan yang tinggi yang perlu kita hadapi bersama.

Anda berminat tak untuk mengetahui tips dan pengalaman seorang usahawan internet berjaya?

Beliau berkongsi kisah kejayaannya di sini.

Ahmad Hanizam
Solopreneur

 iDevAffiliate

Thursday, October 03, 2019

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur


Ini adalah ebook Irfan Khairi yang ke-8

Namun, ianya adalah ebook "in the making" sejak lebih 20 tahun yang lalu di mana Irfan Khairi kongsikan ribuan pengalaman, tips dan strategi dalam mengembangkan EMPAYAR Bisnes beliau...

Bagaimana Irfan Khairi memulakan perniagaan seorang diri dengan hanya sebuah laptop sebagai seorang SOLOpreneur dan menjana pendapatan sejuta yang pertama, kemudian mengembangkan jenama perniagaan serata Malaysia sebagai ENTREPRENUER multi-million dan kini melebarkan sayap perniagaan
ke peringkat antarabangsa sebagai GLOBALpreneur...

Dan kesemuanya dilakukan pada 
modal yang minima!

Ini adalah ebook beliau yang terbaik yang pernah ditulis.

Banyak strategi yang dikongsikan "behind the scenes" yang ramai tidak tahu bagaimana beliau menjenamakan dan membina perniagaan di internet dan juga offline yang kini bernilai multi-million di Malaysia dan di peringkat antarabangsa
walaupun beliau mempunyai staff kurang dari 10 orang sahaja.

Terlalu banyak strategi yang dikongsikan dalam ebook 250 muka surat ini (padat dan penuh dengan strategi, dan tidak bergambar untuk membazir ruang) kesemua strategi ini telah digunakan dan amalkan sejak 20 tahun yang lalu dalam mengembangkan perniagaan beliau.

Ingin tahu apakah antara isi kandungan strategi yang beliau sampaikan?

Maklumat lanjut buku ini ada
DI SINI.


Anda tak akan menyesal memiliki ebook ini. InsyaAllah


Dapatkan ebook "9/10 dari Solopreneur


Semoga bermanfaat.


Ikhlas,
Ahmad Hanizam

Solopreneur

Wednesday, October 02, 2019

Berbisnes adalah bersahabat


Ada orang menyangka, cogan kata ‘berbisnes adalah bersahabat’ bermakna bisnes yang mudah adalah menjual produk kepada kawan-kawan sendiri, dan saudara-mara sendiri.

Tidak. Jangan jual apa-apa kepada kawan-kawan dan saudara-mara sendiri sebab perbuatan seperti itu bukan cara menjalankan bisnes yang betul.

Kalau kawan-kawan dan saudara-mara kita mahu membeli produk kita, itu bonus, kalau tidak, tidak jadi apa-apa sebab bisnes kita tidak memerlukan pembelian mereka bagi survival kerana kita mempunyai kelompok pelanggan yang lebih daripada cukup.

Berbisnes adalah bersahabat bermakna kita pandai menjalin dan mengekalkan hubungan persahabatan dengan semua pihak yang kait-mengait dengan kepentingan bisnes kita.

Pada masa ini kita dapat menjalin persahabatan baru dengan bantuan internet. 

Sebagai contoh, kita perlu belajar seni memancing rakan-rakan yang hanya kita kenal dalam FaceBook supaya mahu menjadi pendukung bisnes kita.

Sebagai pendukung, mereka dapat menceritakan kepada kelompok rakan masing-masing akan perihal siapa kita, apa bisnes kita dan senarai produk-produk kita.

#tipsbisnesnizam

Tuesday, October 01, 2019

Kepentingan perancangan kewangan


Ramai orang menganggap perancangan kewangan sebagai sesuatu yang membebankan serta menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan. Kalau sentiasa hidup berjimat, sudah tentu anda perlu mengorbankan aktiviti-aktiviti keseronokan sekarang, bukankah begitu?
Cuba fikirkan, jika anda perlu berjimat, anda masih boleh memperuntukkan wang dengan sedemikian supaya anda mempunyai wang untuk keluar dengan rakan-rakan dan bersuka ria. Jika anda dapat mengaturkan tabiat perancangan kewangan yang baik, anda boleh memastikan anda mempunyai cukup wang untuk lebih berseronok pada masa hadapan!
Dengan merancang kewangan, anda berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau kebergantungan kepada orang lain. anda juga dapat mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang sekeliling anda, seperti keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan kepada orang lain.
Selain itu, anda juga akan bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan, menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup dan mampu menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hayat, bukan bagi diri anda malah bagi mereka yang tersayang.
Dengan erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, anda lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Anda juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segalanya. Hebat?
Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perancangan kewangan?
Kalau mengikut definisi buku, ia adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh.
Secara praktikal, perancangan kewangan adalah segala yang berkaitan dengan mengurus kedudukan ekonomi atau kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara-perkara yang ingin dilakukan seperti berkahwin, membeli asset seperti kereta atau rumah, merancang untuk mendapatkan anak serta perancangan pendidikan anak kita. Melalui perancangan kewangan, kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Selain itu juga, ia adalah panduan untuk membantu anda mencapai sesuatu matlamat pada masa hadapan.
Tapi lazimnya, rakyat Malaysia masih belum diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini. Kita harus akui bahawa dalam pendidikan formal di Malaysia, subjek tentang kewangan peribadi masih belum dilaksanakan secara menyeluruh. Natijahnya ramai rakyat Malaysia yang telah bekerja mengalami masalah kewangan terutamanya berkaitan tentang perbelanjaan dan hutang sedangkan separuh daripada manusia terkaya di dunia adalah perancang kewangan. Nama-nama seperti Warren Buffet (pemilik AIG Group) orang kedua terkaya di dunia dan keluarga Waltons (asasnya pemilik Wal-Mart) di mana 4 orang ahli keluarganya adalah antara 10 terkaya di dunia pada amnya adalah perancang kewangan yang boleh dijadikan contoh.
Merancang kewangan adalah satu proses dan strategi perancangan yang dirangka dengan baik yang menggunakan sumber kewangan anda untuk mencapai matlamat jangka masa sederhana dan panjang. Menerusi perancangan kewangan ini anda dapat melihat di manakah kedudukan kewangan anda pada masa kini, arahnya pada masa depan, bagaimana untuk mencapainya dan bila sepatutnya bermula.
Amat penting bagi setiap individu untuk membuat perancangan kewangan secepat mungkin terutama bagi mereka yang mula memasuki alam pekerjaan. Jika yang sudah lama bekerja, tetapi masih lagi belum membuat sebarang perancangan, masih lagi belum terlambat. Tidak kira di titik mana anda berada tetap tidak terlewat untuk membuat sebarang perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Merancang perbelanjaan dengan bijak dapat menyelamatkan kita daripada mengalami krisis kewangan. Tanpa perancangan yang rapi banyak perkara yang tidak dapat kita melakukannya dengan baik.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin bersara awal dengan harga barang keperluan seharian semakin meningkat. Jika kita tak menyimpan duit sekarang, mana datangnya duit itu esok hari? Kemudian ada yang beranggapan akan mati awal selepas bersara. Tiada siapa yang mampu meramal ajal dan maut bukan?. Jika masih tak bersedia untuk buat persediaan untuk orang yang akan terus hidup selepas kita tiada, bagaimana mereka meneruskan kehidupan jika hari esok tak ada simpanan? Bayangkan, jika anak-anak yang di tinggalkan masih kecil? Jika keadaan terdesak, adakah mereka akan membuat pinjaman daripada individu yang tak bertauliah? Selalunya kita beranggapan, bila hari itu tiba, pandai-pandai lah mereka teruskan kehidupan.
Itulah contoh betapa pentingnya merancang kewangan dalam kehidupan.
Belum jelas lagi? Baiklah, mari kita singkap satu persatu kepentingan merancang kewangan:
1. Asas Pengurusan Wang
Ia melibatkan pengurusan akaun simpanan dan cek. Dalam menguruskan aset kewangan, ini merupakan langkah pertama terhadap pengurusan aset kewangan yang lebih rumit seperti pelaburan dan akaun bersara. Anda mestilah bijak memilih akaun cek di bank/institusi kewangan yang tepat. Menguruskan akaun simpanan melibatkan pemahaman pentingnya simpanan, menetapkan tujuan simpanan, dan memilih pilihan terbaik simpanan.
2. Pengurusan Kredit
Kredit adalah bidang kewangan peribadi yang menyebabkan ramai orang terjebak dalam masalah kewangan. Kredit membolehkan seseorang untuk menerima wang, barang, atau perkhidmatan dalam bentuk pinjaman dengan bersetuju untuk membayar pinjaman pada jangka waktu dan kadar bunga kredit tertentu. Pengurusan kredit yang betul adalah tentang kefahaman tentang pinjaman wang bagi mendapat tawaran yang baik; dan bagaimana untuk mengira beban kewangan dan bayaran bulanan. Ia juga melibatkan bagaimana untuk memperbaiki catatan kredit yang buruk dan tempat untuk mendapatkan bantuan jika anda mendapat kesulitan.
3. Pengurusan Cukai
Membayar cukai adalah aspek yang penting dalam perancangan kewangan diri. Tujuan pengurusan cukai adalah untuk menimbang pendapatan semasa dan akan datang seseorang serta membangunkan langkah yang berlainan dan/atau mengurangkan pembayaran cukai. Terdapat salah anggapan yang biasa dibuat iaitu hanya yang berpendapatan tinggi sahaja yang perlu terlibat dengan perancangan cukai. Semua pengguna harus merancang cukai mereka.
4. Perbelanjaan Berkesan
Dalam lingkungan had belanjawan diri sendiri, setiap individu melatih diri atau hak sebagai pengguna untuk memilih atau menolak pelbagai kebanjiran produk dan perkhidmatan yang sedia ada. Seperti anda membeli tanah dan kereta, wang anda dapat digandakan atau diboroskan. Jangan mensia-siakan pendapatan anda dan simpan lah untuk tujuan kesihatan diri.
5. Insurans
Walaupun betapa berhati-hatinya anda dalam menjalani kehidupan, anda tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan kemalangan. Insurans telah direncanakan untuk melindungi harta anda daripada kemalangan, kesakitan, kecacatan, dan kematian. Matlamat anda adalah untuk mendapatkan insurans yang sesuai bagi setiap perkara insurans utama (hidup, kesihatan, kecacatan, kekayaan dan tanggungan).
6. Pengurusan Pelaburan
Pelaburan adalah proses yang membolehkan wang diperoleh melalui kerja, warisan/peninggalan, atau sumber yang lain. Pengurusan pelaburan yang baik adalah komponen penting bagi perancangan kewangan dan boleh membuatkan ia mudah untuk mencapai matlamat utama lain seperti membeli rumah, menghantar anak ke universiti, memulakan perniagaan, atau bersara dengan selesa. Amat sukar pada masa sekarang ini untuk menggandakan kekayaan tanpa melabur.
7. Perancangan Kewangan Untuk Masa Depan
Merancang untuk pembelajaran anak, tahun persaraan, dan mengenal pasti cara yang terbaik mewariskan harta kepada bakal pewaris anda. Terdapat dua pelan gaji persaraan iaitu persaraan ditaja majikan dan pelan persaraan individu. Selain itu, perancangan kewangan untuk masa depan ialah perancangan tanah (real estate). Untuk semua perancangan diri, perancangan tanah adalah relevan untuk anda.

Sudah jelas? Baiklah mari kita sama-sama belajar tentang sebahagian elemen dalam perancangan kewangan yang anda rasa ‘sukar’ ini:
1. Pengurusan Aliran Tunai
Berfungsi untuk menilai nilai bersih kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang sedia ada). Secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan.
2. Perancangan Pelaburan
Setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.
3. Perancangan Insurans
Pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh insurans secukupnya.
4. Perancangan Cukai
Perancangan cukai membabitkan semua orang yang mempunyai pendapatan, namun ini yang selalu tidak diambil berat atau dilupakan oleh kebanyakan orang. Oleh itu, perancangan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki, bawah sistem cukai tempatan.
5. Perancangan Persaraan
Anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan.
6. Perancangan Harta
Mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.
Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, pengumpulan harta, pengurusan harta, perlindungan harta dan pengagihan harta.
Proses Perancangan Kewangan Peribadi anda melibatkan enam elemen ini iaitu:
  • Menilai kedudukan kewangan semasa anda
  • Menetapkan matlamat kewangan peribadi anda
  • Menentukan tindakan yang perlu diambil
  • Menilai alternatif yang akan memenuhi matlamat kewangan anda
  • Mewujudkan pelan kewangan anda dan melaksanakannya
  • Mengkaji semula dan menyemak pelan kewangan anda

Memandangkan keperluan anda adalah berbeza-beza mengikut umur dan keutamaan, keutamaan kewangan anda akan diselaraskan untuk memenuhi keperluan tersebut pada waktu yang berlainan dalam hidup anda.
Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda. Walau bagaimanapun, adalah penting dan berfaedah untuk ditekankan di sini bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, anda perlu membuat simpanan dan menabung mulai sekarang. Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan!