Rabu, September 03, 2008

Apakah Harga Untuk Menjadi Kaya

Memang banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjadi kaya tetapi kebanyakannya mempunyai harga yang perlu anda bayar. Berikut disenaraikan pilihan yang ada:
....
1 Anda boleh menjadi kaya dengan mengahwini seseorang demi wang dan hartanya. Anda secara automatik menjadi kaya tetapi sanggupkah anda untuk hidup dengan pasangan yang tidak anda cintai?
...
Selalunya hubungan ini hanya kekal beberapa tahun sahaja dan itupun sudah cukup lama. Kita selalu melihat dan mendengar di media massa bagaimana pasangan orang kaya bergaduh dalam pembahagian hak ke atas harta termasuk anak-anak dan proses ini berlarutan bertahun-tahun lamanya.
....
2 Anda boleh menjadi kaya dengan menjadi penjenayah, penipu ataupun seorang yang melanggar undang-undang negara. Memang anda akan menikmati hidup yang serba mewah dengan harta yang banyak tetapi biasanya hidup anda tidak tenteram, akhirnya jika tersilap langkah boleh meringkuk dalam penjara.
...


3 Anda boleh menjadi kaya dengan mewarisi harta kekayaan keluarga. Anda sememangnyabertuah jika tergolong dalam kategori ini. Masalahnya ialah peratusannya amatlah kecil dan jika adapun selalunya anda akan berhadapan dengan bermacam tuntutan daripada waris lain yang inginkan bahagian daripada harta pusaka tersebut.

....
4 Anda boleh menjadi kaya dengan memenangi loteri. Ya, semakin ramai orang sekarang mengharapkan dirinya bernasib baik dan boleh memenangi hadiah berjuta-juta ringgit. Tetapi tahukah anda, peluangnya amatlah tipis, satu dalam sejuta. Kerap kali banyak wang dan masa terbuang begitu sahaja.

...
5 Anda boleh menjadi kaya dengan menjadi bintang filem terkenal, bintang rock, bintang sukan ataupun seseorang yang hebat di dalam satu bidang dan sebagainya. Untuk menjadi seperti Tiger Woods misalnya, selain bakat semula jadi, beliau mula membuat hayunan golf seawal usia 3 tahun. Sanggupkah anda berlatih setiap hari untuk mencapai tahap beliau dan mempunyai kekuatan mental yang tinggi?

...
Juga, tidak ramai yang mermpunyai rupa dan bakat lakonan seperti Tom Cruise untuk melayakkan anda memperolehi bayaran berpuluh juta hanya nelalui satu filem.

..
6 Anda boleh menjadi kaya degan menjadi seorang yang tamak. Dengan cara merampas hak orang lain, anda akan menjadi seorang yang kaya-raya melalui aktiviti monopoli anda. Sanggpukah anda dikutuk sepanjang hayat atas perbuatan anda ini?

....
7 Anda boleh menjadi kaya dengan menjadi seorang yang kedekut / “tangkai jering” / “Haji Bakhil”. Memang anda akan menjadi seorang yang berharta dengan cara ini tetapi sanggupkah anda untuk tidak menikmati kemewahan tersebut hanya kerana terlalu berkira dan berjimat cermat?

...
8 Anda boleh menjadi kaya dengan menjadi seorang yang bijak kewangan. Contonya, Ada orang yang membeli tiket untuk menonton perlawanan dan ada orang yang menjual tiket untuk perlawanan tersebut. Anda tentunya ingin menjadi orang yang berada di pihak yang menjual tiket tersebut.

...
Nizamsurf komited untuk menunjukkan jalan kepada anda bagaimana untuk menjadi seorang yang bijak kewangan dan seterusnya mencapai matlamat kewangan dalam hidup. Hanya dengan menjadi seorang yang bijak kewangan, anda tidak perlu memilih cara yang telah disebutkan di atas (1-7) kerana setiap cara tersebut anda perlu membayar harga yang terlalu mahal.

...
Bijak kewangan bermula dengan menaik taraf diri sendiri melalui pengetahuan dan pengalaman terutama dalam bidang bisnes dan pengurusan kewangan. Di samping itu, anda perlulah melaburkan masa dan wang bagi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

1 ulasan:

malaysiancareer berkata...

satu info yang menarik,, tapi kenapa bila menulis tentang kekayaan kita kurang nampak ke arah spiritual? bagi saya keredhaan Allah adalah pertama,, contohnya langkah menjadi kaya ialah dengan bersedekah

Hadiah yang bermakna untuk ibu bapa anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. . Hadiah yg amat bermakna untuk ibu bapa anda!!! 🎁 🎁 . GREAT EASTERN TAKAFUL telah melancarkan...