Rabu, Februari 22, 2012

Dana khas RM50 juta untuk usahawan kecil dinamik


KUALA TERENGGANU 22 Feb. - Kerajaan menyediakan dana khas berjumlah RM50 juta bagi melaksanakan program usahawan kecil (UK) dinamik yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 1,000 usahawan dan penjaja kecil di seluruh negara.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, penyaluran dana khas tersebut diyakini dapat melahirkan usahawan dan penjaja kecil berwibawa dan berjaya.

"UK Dinamik merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penjaja dan peniaga kecil,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian seminar UK Dinamik Mara Terengganu hari ini.

Turut hadir Pengarah Mara negeri Abdullah Mohamad.

Idris berkata, program UK Dinamik juga adalah salah satu mekanisme Mara untuk mencipta kekayaan Bumiputera dan golongan usahawan kecil perlu mempunyai iltizam untuk memajukan perniagaan mereka sendiri. - BERNAMA

1 ulasan:

HooToh TuDia berkata...

Usahawan, perniaga itu adalah Fardhu Kifayah dan prosesnya mengamalkan sistem muamalat iaitu sistem memberi. Namun setiap usahawan wajib berlandaskan dan rujuk dengan hukum syarak. Islam pandang tinggi pada peniaga dan usahawan. Sentiasa berdoa dan bersedekah, insyaallah. Semoga segalanya dipermudahkan.

Siri Panduan dan Tip-tip Usahawan Kecil
Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan
Usahawan Kecil Hati Bakal Muflis
Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil

Penjagaan kesihatan dengan kos yang optimum

. Dengan kemajuan penjagaan kesihatan dan rawatan yang semakin meningkat, kos penjagaan kesihatan juga turut meningkat.  . Tujuan pelan pe...