Rabu, Ogos 08, 2012

Dana untuk industri sarang burung walet



KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta menyalurkan dana tambahan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi menggalakkan pertumbuhan perusahaan sarang burung walet di negara ini.
Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu (PERDASAMA), Datuk Sohaimi Shahdan berkata, industri itu dilihat mampu memberi impak besar kepada ekonomi negara dengan penyertaan lebih ramai pengusaha sarang burung walet secara serius.
"Menerusi dana sebanyak RM3 hingga RM5 bilion itu, kita dapat mengadakan siri promosi secara eksklusif di seluruh negara bagi memberi informasi yang tepat berkaitan industri sarang burung walet.
"Dengan adanya dana tambahan itu, kita dapat menjayakan banyak aktiviti promosi dan pada masa sama dapat menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam industri itu,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Peluang Niaga Dalam Industri Sarang Burung Walet di sini, semalam.
Menurut Sohaimi, dana itu juga dapat dimanfaat bagi menubuhkan unit khas serta inkubator supaya JPV dapat mencapai matlamat menarik lebih banyak penyertaan Bumiputera dalam industri berkenaan.
"Ini penting bagi memberi pengetahuan selain daripada teknik mengusahakan industri tersebut malah pengusaha perlu didedahkan tentang bagaimana mengimport sarang burung walet ke negara yang berpotensi seperti China,” katanya. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Hadiah yang bermakna untuk ibu bapa anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. . Hadiah yg amat bermakna untuk ibu bapa anda!!! 🎁 🎁 . GREAT EASTERN TAKAFUL telah melancarkan...