Monday, November 11, 2013

Mesin buat cendol



PELBAGAI resipi menarik dapat diolah dengan menggunakan cendol. Sebagai contoh agar-agar berperisa buah-buahan boleh juga diolah menjadi agar-agar cendol.

Penggunaan cendol ini bukan sahaja dalam bentuk makanan, tetapi juga dalam bentuk minuman seperti air cendol dan juga ais batu campur.

Ia membuktikan bahawa pasaran cendol boleh memberi satu peluang yang baru bagi peniaga-peniaga untuk memulakan perniagaan mereka.

Namun begitu, pembuatan cendol dikatakan sangat mudah tetapi agak leceh.

Hal ini kerana cendol perlu dilenyek di atas tapis bagi mendapatkan bentuk yang sesuai. Kerja melenyek perlu dilakukan dengan segera bagi menghalang doh daripada menjadi keras dan seterusnya mengubah rupa dan rasa asal cendol.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Zull Design Autotronic (ZDA) tampil dengan idea baru bagi membantu para peniaga untuk mengurangkan tenaga kerja mereka.

Penghasilan mesin membuat cendol ini bukan sahaja memudahkan pengguna dalam menghasilkan cendol, bahkan juga amat membantu dalam menjimatkan masa.

Konsep perniagaan ZDA adalah berdasarkan tempahan atau permintaan pelanggan.

Oleh itu, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada. Ia bergantung kepada tempahan pelanggan.

Pengguna juga boleh mereka cipta mesin tersebut mengikut keperluan dan kehendak mereka sendiri.

Ini dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.

Oleh itu, harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan ia bergantung kepada pelanggan dan keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.

Pengunaan bahan yang sesuai untuk membuat mesin juga kini memenuhi kehendak semasa yang lebih bersih dan selamat untuk makanan.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Produk/20131111/pr_01/Mesin-buat-cendol#ixzz2kKp8urwA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: