Selasa, Oktober 07, 2014

Dua beradik tunjuk kebolehan


Abdulla h sering berbincang dengan Asmah dalam hal berkaitan pengurusan ladang ternakan.

Tiada erti kata gagal dan malu dalam kamus perniagaan yang cuba diterokainya meskipun semuanya serba baharu dan mencabar.

Menternak lembu dan kambing bukan mudah. Apatah lagi jika tiada ilmu. Tetapi berkat kesabaran, Abdullah Sulaiman, 23, dan adiknya Asmah, 22, boleh berbangga dengan pencapaian mereka ketika ini.

Dalam usia yang masih muda, perniagaan yang mereka uruskan berisiko tinggi tetapi pasarannya memang ada.

Apatah lagi musim Hari Raya Aidiladha sekarang, permintaan lembu dan kambing untuk tujuan ibadah korban agak tinggi.

Permintaan yang tinggi dan jualan yang meyakinkan menjadi pendorong kepada Asmah dan abangnya untuk sentiasa berusaha mengurus projek tersebut - legasi daripada ibu bapa mereka.

Beroperasi dengan syarikat SS Jaya Trading di Umbai Melaka, kedua-dua mereka mula serius dalam projek itu sejak 2009 selepas bapa mereka, Sulaiman Abdullah menyerahkan sepenuhnya kerja-kerja mengurus projek tersebut.

Menurut Asmah, bapanya memulakan projek tersebut sejak 1990 di sekitar Umbai dengan menjalankan perniagaan jualan ternakan.

Kandang pertama katanya, dibina di belakang rumah mereka di Bukit Tembakau di Umbai selepas meraih sedikit pengalaman menjalankan perniagaan yang sama pada 1980-an di Kuantan Pahang dan di Pulau Besar, Melaka.

“Bapa ketika itu membekalkan lembu kepada Felda," ujarnya.
Berkongsi dengan lebih lanjut, Asmah berkata, pada 1999, usaha penternakan dipergiatkan ekoran kejayaan perniagaan jualan sebelum itu dan kawasan tanah seluas 14 ekar telah dikenal pasti untuk tujuan itu.

Pada 2009 di tapak yang diusahakan di Kampung Bukit Tembakau itu dimulakan dengan pembinaan kandang pertama seluas 30 kali 50 kaki dengan modal awal sebanyak RM30,000 yang mampu memuatkan antara 70 dan 80 ekor lembu pada satu satu masa.

Abdullah menambah, dua tahun kemudian, dia dan adiknya berasakan mereka perlu meluaskan perniagaan dengan membina kadang lembu seluas 30 kali 100 kaki dengan modal RM60,000 yang mampu memuatkan 140 ekor ternakan.
Kandang lembu tersebut dibina dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Selepas usaha tersebut menampakkan hasil, Asmah berkata, dia tidak menoleh ke belakang lagi.

Apatah lagi, dia telah nampak ada sinar kejayaan di sebalik semua itu dan sebagai menghargai legasi usaha ibunya Salha Sipan yang telah memulakannya sejak 20 tahun lalu.

“Kami menyahut cabaran penduduk sekitar selain ibu bapa yang mahu ia diteruskan. Keadaan bapa yang uzur ketika kami ambil alih perniagaan menguatkan semangat saya meskipun tidak sempat mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," ujarnya.

Sambil memberitahu bahawa kemudahan di tapak yang ada sekarang dikembangkan dengan pembinaan beberapa lagi kandang lembu dan kambing, Asmah berkata, sejak terlibat dalam industri ternakan, dia sedaya upaya mempelajari cara mengurus termasuk membantu pekerja melakukan kerja-kerja rutin harian.

Selaku pemilik, dia tidak semestinya mengarahkan sahaja pekerja, sebaliknya melakukan sendiri kerja membersihkan kandang dan memberi makan ternakan.
Malah katanya, ladang tersebut ibarat universiti ternakan tempat dia belajar segala-galanya yang berkaitan.

“Saya perlu belajar dan bimbang dengan persaingan," ujar Asmah lagi.
Sementara itu menurut Abdullah, dia berasa cabaran mula muncul sedikit demi sedikit berkaitan modal pusingan.

Pada 2009, dia hanya menggunakan modal sebanyak RM50,000 dan berjaya mengembangkan projek tersebut dengan dibantu enam pekerja.
Ini kerana dalam usia yang terlalu muda ketika itu, agak sukar memperoleh pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan.

“Saya kena beli sedikit demi sedikit dan memperoleh bekalan (ternakan) daripada rakan," tambahnya yang memberi makan pelet dan rumput untuk ternakan.

Abdullah bertuah kerana sepanjang empat lima tahun lepas dia belum pernah berdepan masalah penyakit yang serius.

Mengenai petua yang dikongsi daripada ibu bapa, Abdullah berkata, mereka berpesan supaya memastikan ternakan sentiasa sihat dan jaga nama baik keluarga. Perkembangan syarikat terbabit juga banyak dibantu oleh sebuah syarikat lain, Ternakan N&A Wawasan yang menjadi pembekal.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140929/ag_01/Dua-beradik-tunjuk-kebolehan#ixzz3FQaXwjra
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 ulasan:

Asa Loan Savings LENDING LTD berkata...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Hadiah yang bermakna untuk ibu bapa anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. . Hadiah yg amat bermakna untuk ibu bapa anda!!! 🎁 🎁 . GREAT EASTERN TAKAFUL telah melancarkan...