Showing posts with label Takaful Ammetlife. Show all posts
Showing posts with label Takaful Ammetlife. Show all posts

Friday, June 03, 2016

Universalnya Takaful

Takaful telah menjadi pilihan perlindungan kewangan yang sesuai untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama, terutama kepada mereka yang cenderung terhadap pengamalan shariah.
Takaful yang bersifat universal ini dapat dilihat melalui aspek bagaimana Islam memberikan kemudahan kepada umatnya untuk bertransaksi sesame manusia walaupun berlainan agama.
Jika kita selusuri sejarah, Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah melakukan transaksi dengan orang Yahudi seperti membeli makanan secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda.
Dalil ini jelas menunjukkan bahawa tiada larangan untuk bertransaksi dengan orang bukan Islam asalkan perkara yang ditransaksikan tersebut tidak mempunyai elemen yang diharamkan seperti pemipuan, judi, riba dan sebagainya.
Aspek universal dapat dilihat daripada konsep takaful itu sendiri.
Takaful direka berdasarkan konsep Ta’awun iaitu peserta akan membantu antara satu sama lain ketika ditimpa kesusahan. Konsep ini merentas agama dan bangsa dengan fitrah manusia untuk melakukan kebaikan terhadap orang lain.
Maka tidak timbul persoalan bolehkah orang bukan Islam menyertai takaful walaupun ia adalah satu produk patuh syariah.
Melalui knsep ini juga, semangat harmoni dapat dilahirkan dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam kerana mereka telah berjanji untuk menyumbang sejumlah wang bagi meringankan beban sesama mereka.
Perkara seperti ini merupakan salah satu tuntutan agama dalam menjaga hak sesame manusia seperti firman  Allah s.w.t. dalam surah Al-Maidah ayat 2, Allah telah berfirman kepada orang yang berfirman yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa.”
Bolehkah orang bukan Islam memasarkan produk takaful?
Aspek universal ini juga menggalakkan takaful dipasarkan oleh ejen takaful dari kalangan mereka yang bukan Islam. Kita mungkin berasa pelik dan berfikir dan berfikir, mampukah ejen-ejen ini menjelaskan segala istilah-istilah dan aplikasi syariah dalam produk takaful tersebut?
Hal ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana seseorang tidak mengira agama akan menjalani proses yang sama untuk bergelar ejen takaful iaitu lulus ujian dan keperluan menghadiri latihan yang ditetapkan.
Dari sudut syariah pula, orang bukan Islam juga dibenarkan untuk memasarkan takaful, asalkan mengikut lunas-lunas syarak. Dalam satu riwayat yang masyhur, Umar al-khatab r.a. pernah berkata, “Janganlah seseorang berdagang di pasar kami kecuali mereka yang faham selok-belok riba.”
Maka, selagi mana seseorang itu mampu memahami perbezaan antara insurans konvensional dan takaful, terma-terma yang wujud dan konsep istilah-istilah yang diguna pakai, dia sudah dikira layak untuk memasarkan produk takaful. Ini dibantu pula dengan takaful yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.
Dari sudut manfaat takaful itu sendiri, aspek universal juga amat jelas. Manfaat takaful akan dibahagikan mengikut penama yang telah dilantik oleh peserta. Jika penamaan tidak dibuat, maka bagi peserta Muslim, manfaat takaful akan dibahagikan mengikut faraid manakala peserta bukan Islam, manfaat tersebut dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.
Takaful merupakan satu mekanisma dakwah yang boleh digunakan untuk mempromosikan pengurusan kewangan Islam. Keterlibatan orang bukan Islam dalam takaful sedikit sebanyak memberikan lebih pemahaman terhadap ajaran Islam yang sentiasa memastikan ketelusan dan keadilan dalam setiap transaksi yang dilakukan,
Ini memperlihatkan kelebihan system kewangan Islam dan takaful itu sendiri. Wallahu’alam.
Sumber: Sinar Harian

Tuesday, January 12, 2016

Adakah anda telah memiliki perlindungan pendapatan mencukupi?


Saya boleh senaraikan dengan panjang kenapa setiap seorang daripada kita perlu miliki plan takaful yang lengkap. Jika disenaraikan mungkin mencecah 101 sebabnya tetapi dalam banyak-banyak tu, satu sahaja yang saya ingin tekankan iaitu:

Anda tidak boleh membeli plan takaful semasa anda benar-benar perlukan!

Ahmad Hanizam bin Abdullah
019-7589774


Wednesday, December 30, 2015

Cerita Akaun Kecil dan Akaun Besar


Apakah perbezaan terbesar takaful dan simpanan biasa?
Katakan Ali menyimpan RM50 setiap bulan, bermula umur 20 tahun, dengan harapan 30 tahun lagi dia akan dapat jumlah yang besar. Maka setiap bulan dia tidak pernah gagal menyimpan wang ke dalam akaun simpanan untuk mencapai hasrat murni beliau.
.
Abu, pada usia yang sama, menyimpan jumlah yang sama, tetapi beliau telah menetapkan untuk memperolehi RM50,000 apabila matang kelak. Abu yakin akan mencapai jumlah tersebut, walaupun hayatnya mungkin tidak lama? Mampukah beliau berbuat demikian?
.
Suatu hari, Ali dan Abu bertolak ke Kuala Lumpur dari kampung mereka dengan menaiki bas ekspres. Malang tidak berbau, pemandu bas gagal mengawal bas dengan baik sewaktu melalui selekoh tajam, menyebabkan bas terbabas dan terhumban ke dalam gaung, menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia, ketika usia mereka baru 25 tahun!
.
Keluarga masing-masing menuntut duit mereka, yang mana keluarga Allahyarham Ali mendapat lebih kurang RM2500, manakala keluarga Allahyarham Abu mendapat RM50,000.
.
Satu perbezaan yang besar bukan?
.
Di sinilah takaful berperanan membuka akaun besar untuk anda, sebaik sahaja polisi anda diluluskan. Keluarga Ali mendapat sekadar jumlah yang sempat di simpan daripada usia 20 hingga 25 tahun, sedangkan keluarga Abu mendapat RM50,000, termasuk sebahagian daripada jumlah caruman dalam tempoh tersebut.
.
Anda sudah mempunyai akaun besar?
.
Tahniah jika anda telah mengambil perlindungan takaful, namun jika anda hanya mempunyai akaun kecil, hubungi saya segera sebelum terlambat untuk mendapatkan polisi akaun besar anda!
.
Ahmad Hanizam bin Abdullah
Ammetlife Takaful
019-7589774
www.hanizamagency.wordpress.com

Saturday, December 19, 2015

Konsep Takaful


Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah.

Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Ini adalah contoh mudah untuk menerangkan konsep takaful. Anda pernah dengar tentang khairat kematian?

Program ini selalu dianjurkan oleh jawatankuasa surau/masjid. Jika anda menyertai program ini, anda dikehendaki membayar ‘bayaran tetap’ bulanan sebanyak RM5 (contoh). Jika ada ahli keluarga anda meninggal dunia, duit dari dana khairat kematian ini akan digunakan untuk belanja pengurusan kematian.

Apa akan terjadi jika anda tidak menyertai program khairat kematian ini?

Anda tidak akan dapat dana khairat kematian ini. Ini tidak adil bagi orang lain yang menyertai program tersebut jika anda tetap menerima sumbangan dari khairat kematian. Takaful adalah seperti begitu. Cuma konsepnya lebih luas lagi.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang hampir sama. Bezanya takaful patuh syariah. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan.

Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

Satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama.

Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Hari ini, mereka mendapat musibah. Maka mereka akan terlebih dahulu mendapat pampasan dari tabung ini. Mana tahu hari lain hari kita?