Saturday, June 28, 2008

Tahap-tahap Memulakan Perniagaan

Usahawan perlu mengetahui tahap-tahap yang perlu diikuti untuk memulakan perniagaan daripada peringkat awal iaitu start-up sehingga peringkat perkembangan (growth) dan pemampanan (sustainability)
..
Tahap 1 Mendapat Dorongan dan Idea Kasar - Memperoleh motivasi, semangat dan komitmen untuk menceburi bidang perniagaan. Memperolehi dan mencetus idea perniagaan daripada pelbagai sumber termasuk francais, lesen, kontrak dan lain-lain.
..
Tahap 2 Mengesahkan Idea - Menguji produk / perkhidmatan dari segi teknikal dan kewangan. Mengenal pasti pasaran dan membuat kajian daya maju projek.
...
Tahap 3 Membentuk skop operasi dan mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan - Mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan, jadual pelaksanaan, pembekal, bahan mentah, sumber bantuan, pelanggan, pembiayaan, mesin dan skala perniagaan.
..
Tahap 4 Merancang untuk memasuki perniagaan - Merangka dan mengaplikasikan pelan perniagaan. Merunding untuk mendapat pembiayaan, premis, kontrak, subkontrak, bantuan perundingan dan sokongan perniagaan / khidmat nasihat.
..
Tahap 5 Kelahiran Perniagaan - Membentuk sistem awal untuk mengoperasikan perniagaan. Memenuhi keperluan perundangan, membentuk hubungan dengan pakar-pakar yang boleh membantu. Mewujudkan hubungan degnan pelanggan, pekerja, pembekal dan lain-lain.
..
Tahap 6 Mengurus perniagaan - Menguruskan syarikat secara sistematik. Mencipta dan melaksanakan sistem-sistem operasi syarikat seperti sistem kewangan, operasi pengeluaran, penyelidikan, pembangunan sumber manusia, pengurusan kualiti dan lain-lain.
...
Tahap 7 Survival - Mempertahankan daya saing perniagaan melalui pengawal-pengawal sistem kewangan, inventori, pembesaran pasaran, mempelbagaikan perniagaan / produk / perkhidmatan dan mengukuhkan kedudukan syarikat dengan para pesaing.
..
Tahap 8 Pertumbuhan - Jika syarkat berdaya saing, ia akan terus berkembang. Mengurus pertumbuhan, memperoleh bantuan kewangan untuk perkembangan, menambah tenaga pekerja dan pengurusan, memantapakan sistem ioperasi, serta mencipta / mempelbagai produk.
...
Tahap 9 Penurunan - Ini akan berlaku jika tidak mampu berdaya saing dan gagal menyesuaikan operasi dengan perubahan pasaran dan persekitaran. Ia dicirikan oleh keadaan teknologi yang sudah lapuk dan produk yang sudah usang. OLeh itu, langkah penyelamatan dan pemulihan perlu dilakukan.

No comments: