Wednesday, February 18, 2009

Bagaimana ingin menjana wang di internet dengan hobi

Sudah ramai yang berjaya setelah menukarkan hobi kepada sesuatu yang menjana wang. Ini bermakna mereka melakukan perkara yang betul-betul mereka minat tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir yang kurang sihat seperti hendak menjadi kaya dalam masa yang singkat, duit yang banyak dijadikan sumber motivasi dan sebagainya.
..
Baiklah, contohnya anda ni jenis yang sangat suka mononton movie dan ini memberikan kelebihan untuk anda menonton lebih banyak movie bagi setiap bulan. Selain itu, anda juga mempunyai pendapat tersendiri mengenai movie yang anda telah tengok sama ada filem tersebut bagus atau sebaliknya.
..
Ini merupakan kelebihan yang sepatutnya anda gunakan untuk menjana wang :
..
Apa yang boleh anda lakukan sekarang ialah buat blog tentang ulasan filem yang telah anda saksikan dan anda boleh letakkan pelbagai benda untuk menjana wang di blog anda tersebut seperti iklan, link affiliate, adsense dan sebagainya.
..
Pada masa yang sama juga anda boleh kumpul list dan anda hantar newsletter tentang review movie terbaru kepada mereka. Dalam newsletter tersebut anda boleh juga selitkan link affiliate untuk membeli DVD terbaru tentang movie tersebut.
..
Contoh kedua ialah anda merupakan seorang peminat kelab bola sepak terkemuka iaitu Arsenal. Anda boleh buat blog, website ataupun forum bagi mengulas tentang perlawanan yang berlangsung setiap minggu. Anda juga telah masukkan gambar-gambar dan video bagi setiap perlawanan. Saya pasti blog anda akan menjadi sangat menarik.
..
Seperti biasa di blog tersebut anda boleh letakkan iklan, linkaffiliate, adsense dan sebagainya. Setelah beberapa bulan anda sentiasa update blog anda, sudah tentu pelawat bagi blog anda semakin meningkat tinggi. Pada masa inilah anda boleh wujudkan satu kedai online bagi menjual jersey-jersey Arsenal, cenderamata Arsenal dan banyak lagi.
..
Baiklah saya berikan contoh ketiga agar anda lebih jelas dengan konsep buat duit di Internet. Andai kata anda ni seorang yang minat mengubah bunga. Sudah pasti tiap-tiap minggu banyak gubahan yang menarik dan menawan telah anda hasilkan.
..
Anda boleh menjual hasil gubahan anda tersebut di ebay luar negara. Orang asing biasanya sangat minat dengan benda-benda hiasan macam ni. Selain itu, anda juga boleh buat ebook ataupun video tutorial bagaimana untuk menggubah bunga untuk dijual kepada pengguna Internet. Saya pasti ramai kaum hawa di luar sana yang ingin belajarteknik gubahan yang cantik dan terkini.
..
Itulah tiga contoh simple yang dapat saya berikan kepada anda. Sebenarnya sangat banyak lagi cara untuk anda buat duit dengan hobi di Internet. Saya baru sahaja lancarkan blog tentang catur di planet catur. Apa yang penting sekarang ialah anda belajar bagaimana ingin menjadikan segala idea yang diberikan oleh saya ini satu kenyataan. Apa lagi, jana wang di Internet dengan hobi anda sekarang!

No comments: