Ahad, Februari 01, 2009

Definasi Pendapatan Pasif

Penasihat kewangan dan ramai jurulatih serta tokoh terkenal akan memberitahu anda yang untuk benar-benar mencapai kebebasan kewangan, anda mesti mempunyai pendapatan pasif yang cukup dan melebihi perbelanjaan anda. Bagus bunyinya, kan?...

Persoalannya sekarang ialah apakah dia pendapatan pasif dan bagaimana anda boleh memperolehinya?..

Bagi memudahkan, pendapatan boleh dibahagikan kepada empat kategori (walaupun ada yang kata lebih): pendapatan portfolio, pendapatan dituaskan, pendapatan aktif dan pendapatan pasif.

1 Pendapatan Aktif, seperti yang boleh anda bayangkan, adalah pendapatan yang memerlukan anda untuk muncul bagi mendapatkan upah, wang yang diperolehi hasil daripada tenaga dan masa individu itu sendiri. Inilah cara bagaimana kebanyakan orang menjalani kehidupan mereka – sebagai pekerja.

2 Pendapatan Portfolio merupakan faedah, dividend dan keuntungan modal yang datangnya daripada pemilikan saham, bon dan saham amanah.

3 Pendapatan dituaskan adalah dihasilkan apabila satu aktiviti daripadanya mampu menjana lebih banyak wang dengan menarik bilangan penonton yang disasarkan. Seorang penceramah di satu kursus atau persidangan sebagai contoh, mungkin sebolehnya berusaha untuk mengatur dan memberi ucapan kepada 20 orang seperti 1,000 orang tetapi boleh memperolehi lebih banyak wang dengan kumpulan yang lebih besar.

4 Pendapatan pasif ialah pendapatan yang memerlukan pelaburan awal terlebih dahulu dan kemudiannya terus mendapat pendapatan berterusan lagi dan lagi manakala penglibatan secara terus daripada pemilik bisnes makin berkurangan. Usaha awal ini seakan-akan anda mencipta mesin duit yang membawa masuk wang secara berterusan dengan penglibatan secara fizikal semakin berkurangan.

Seperti yang anda lihat, pendapatan aktif menghendaki dan memerlukan masa anda, walaupun anda boleh memperolehi kenaikan gaji dan juga kenaikan pangkat, pendapatan anda terhad kerana hanya terdapat anda seorang sahaja.

Dengan pendapatan pasif, bagaimanapun, anda boleh mencipta pendapatan dari pelbagai sumber dan terus untuk menambah lagi dan lagi mesin yang menjana wang.

Cuba kita lihat beberapa contoh yang boleh kita mulakan dalam usaha menghasilkan beberapa bentuk pendapatan pasif ini.

  • Aliran Tunai Positif Daripada Hartanah: Hartanah adalah apa yang kebanyakan orang fikirkan apabila bercerita tentang pendapatan pasif. Tetapi, ia hanya dianggap pendapatan pasif apabila sewa yang anda terima adalah lebih tinggi daripada pinjaman perumahan, cukai, kos penyelenggaraan dan perbelanjaan yang terlibat. Jika tidak, sewa hartanah anda hanyalah merupakan liabiliti. Anda juga boleh membuat wang dengan spekulasi terhadap kenaikan harga asset tersebut. Pendapatan pasif boleh dijana daripada hartanah kediaman ataupun komersil.
  • Menjadi Seorang Penulis: Daftar hakcipta bahan-bahan yang menghasilkan royalty, seperti buku atau e-book, muzik atau lirik, foto dan gambar merupakan satu lagi cara ramai usahawan mencipta pendapatan pasif.
  • Lesenkan Paten: Memiliki satu idea yang hebat ataupun sebuah ciptaan. Lesenkan ia dan perolehi bayaran bila-bila masa apabila seseorang menggunakan paten yang anda lesenkan.
  • Produk Bayar Untuk Guna: Mesin vendor, dobi menggunakan syiling, kedai permainan video dan unit stor boleh menghasilkan pendapatan pasif.
  • Bina Satu Laman Web Tempahan Pembelian Automatik: Bina satu laman e-dagang yang boleh secara efektif proses dan memenuhi pesanan dengan penglibatan yang sedikit daripada anda bagi menghasilkan beberapa pendapatan pasif.
  • Bina Satu Bisnes Yang Berjaya: Istilah ini bermaksud satu bisnes yang boleh dijalankankan dengan atau tanpa penglibatan yang banyak daripada anda. Berapa kerap, contohnya anda melihat pemilik francais McDonalds di lokasi? Satu francais yang menghasilkan satu aliran tunai yang yang positif dan mempunyai satu kumpulan untuk menjalankan bisnes adalah contoh menghasilkan pendapatan positif kepada pemiliknya.

Ingat bahawa pendapatan pasif tidak semestinya bermaksud tiada langsung penglibatan daripada anda. Banyak kali ia melibatkan satu pelaburan awal yang besar, tetapi ia menghasilkan lebih minimum penglibatan fizikal pemilik diperlukan selepas mesin wang anda telah stabil.

Juga, hanya kerana anda membuat pendapatan aktif v pendapatan sekarang tidak bermakna anda patut terus berhenti kerja dan mula memasang mesin vendor seluruh tempat.

Untuk memulakan pelbagai sumber pendapatan pasif anda perlu untuk teruskan memperolehi pendapatan aktif dengan niat untuk menukarkan pendapatan tersebut kepada pendapatan pasif dengan membeli hartanah yang boleh disewa dan lain-lain.

Apabila, bagaimanapun, pendapatan pasif anda lebih besar daripada perbelanjaan anda, barulah anda boleh membuat keputusan untuk berhenti memperolehi pendapatan aktif dan menghabiskan seluruh hidup anda dengan menikmati kebebasan kewangan.

Tiada ulasan:

Penjagaan kesihatan dengan kos yang optimum

. Dengan kemajuan penjagaan kesihatan dan rawatan yang semakin meningkat, kos penjagaan kesihatan juga turut meningkat.  . Tujuan pelan pe...