Wednesday, April 03, 2013

6 Senjata Kejayaan Dari Steve Kaufer, CEO Trip Advisor

Ditulis oleh 
“Dalam setiap masalah yang dihadapi itu pasti ada peluang tersembunyi..”
Memandang masalah yang dihadapi sebagai suatu peluang terbaik memulakan perniagaan, merupakan satu prinsip keusahawanan yang telah menjadikan sesuatu perniagaan itu berjaya.
Ramai usahawan telah membuktikannya termasuklah pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif sebuah laman web perlancongan TripAdvisor.com, Steve Kaufer.
Steve Kaufer yang juga merupakan CEO TripAdvisor.com telah mendapat ilham untuk mengasaskan laman web ini setelah mengalami kesukaran untuk mendapatkan maklumat sebenar dari pengguna lain di internet mengenai tempat-tempat perlancongan yang terbaik semasa mahu pergi melancong bersama isterinya 11 tahun yang lalu.
TripAdvisor.com merupakan sebuah laman web perlancongan yang membantu para pengguna mengumpulkan maklumat perlancongan, memberikan review serta pendangan mengenai perlancongan tersebut dan berkomunikasi secara interaktif melalui forum perlancongan yang disediakan.
Dengan menyelesaikan masalah para pengguna untuk mengetahui tempat yang benar-benar terbaik semasa melancong, TripAdvisor.com yang diasaskan pada Februari 2000 ini mempunyailebih 75 juta review pengguna (menerima lebih 25 review dalam 60 saat) dan telah berjayamencatat rekod lebih 50 juta pelawat dalam masa sebulan.
Ingin tahu rahsia sebenar kejayaan TripAdvisor.com yang berpangkalan di U.S dan mempunyai 1,172 pekerja sejak tahun 2000 sehingga ke hari ini?
Berikut antara 6 rahsia kejayaan TripAdvisor.com yang boleh anda implimentasikan dalam perniagaan anda!
.
#1 Berani Menghadapi Kritikan
TripAdvisor merupakan antara website review terawal yang menggunakan konsep user-generated content, di mana pengguna boleh memasukkan review secara percuma di website TripAdvisor.com.
Pada awal pelancarannya, TripAdvisor dikritik kerana membenarkan orang yang tidak dikenali (anonymous) membuat review mengenai hotel, restoran dan sebagainya.
Ini mendorong kepada pelbagai penipuan termasuklah sesetengah hotel yang bertindak memberi ganjaran kepada pengguna yang membuat ulasan positif mengenai hotel dan servis mereka.
TripAdvisor pernah dipaksa untuk menukar slogan kepada “reviews from our community” di UK, pernah disaman beberapa kali termasuk $80,000 pada tahun lalu serta pernah digelar sebagai laman web yang mempunyai ulasan yang tidak jujur.
Tetapi mereka mengambilnya secara positif dan cuba bangunkan TripAdvisor dengan lebih baik agar dapat meyakinkan para pengguna.

.

#2 Menguasai Pemasaran Melalui Media Sosial

Fenomena kebangkitan media sosial benar-benar telah berjaya mengubah situasi serta pendekatan banyak perniagaan di seluruh dunia termasuklah syarikat-syarikat besar. Kehadiran Facebook, Twitter serta media sosial lain benar-benar mengubah masa depan hampir kesemua perniagaan.
trip advisor review
Di TripAdvisor.com, mereka juga amat mementingkan media sosial dalam perniagaan mereka dan menggunakannya untuk mengembangkan lagi sayap mereka ke peringkat lebih tinggi.
Buktinya, TripAdvisor memudahkan pengguna membuat review dengan menggunakan akaun Facebook masing-masing. Ini terbukti kerana hampir 35% daripada review datangnya dari pengguna Facebook.

.

#3 Bekerjasama dengan Syarikat Besar

TripAdvisor merupakan sebuah laman web fokus untuk membantu pengguna yang mahu melancong, maka secara tidak langsung laman web ini juga merupakan antara laman web terpenting bagi menjana pendapatan kepada setiap syarikat yang terlibat dalam industri perlancongan ini.
Expedia
TripAdvisor telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar serta agensi-agensi perlancongan untuk sama-sama berjaya dalam bidang ini. Antara syarikat yang terlibat ialah syarikat perlancongan online terbesar, Expedia.com dan syarikat yang menawarkan tempahan hotel secara online, Agoda.com.
Selain itu, TripAdvisor turut bekerjasama dengan Factual Inc untuk intergrasikan lebih 1 juta database restoran terpilih dari seluruh dunia ke dalam sistem TripAdvisor. Mereka juga turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat dalam industri yang sama termasuklah hotel-hotel serta restoran-restoran tempatan di seluruh dunia.

.

#4 Menggunakan Teknologi Masa Kini

Pada hari ini, penggunaan telefon pintar serta tablet semakin meluas dikalangan pengguna seluruh dunia. Boleh dikatakan hampir setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon pintar atau tablet untuk mengakses internet dan bekerja dengan lebih mudah.
trip advisor mobile apps
Dalam setiap gajet masa kini, mempunyai aplikasi mobile yang dibangunkan khas untuk membantu kehidupan seharian mereka. Banyak syarikat besar seperti Google, EBay, Groupon dan sebagainya menghasilkan aplikasi mobile untuk memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka.
TripAdvisor juga tidak ketinggalan untuk melaburkan wang mereka bagi menghasilkan aplikasi mobile untuk memudahkan pengguna membaca dan memberikan review serta berinteraksi di laman web mereka.
Pada suku keempat 2012, TripAdvisor mencatatkan peningkatan sebanyak 190% dan menerima lebih 45 juta pelawat sebulan melalui aplikasi mobile mereka.

.

#5 Amat Mementingkan Pengguna

Mengikut statistik terkini, TripAdvisor menerima lebih 25 review dalam satu minit serta mempunyai lebih 75 juta review pengguna dan lebih 8 juta gambar yang menarik daripada pengguna. Tanpa pengguna, tiadalah TripAdvisor.com, jadi mereka sememangnya amat mementing setiap pengguna TripAdvisor.
Selain memudahkan pengguna memberikan review dengan menggunakan akaun Facebook mereka, TripAdvisor juga telah membangunkan satu sistem dari semasa ke semasa di mana mereka mampu untuk mengetahui dan menapis sebarang ulasan yang palsu agar pengguna-pengguna mereka tidak tertipu bila membacanya.

.

#6 Menakluki Pasaran Global

TripAdvisor merupakan laman web perlancongan yang boleh diakses dan digunakan oleh semua orang di serata dunia. Ia dapat membantu pengguna untuk melancong ke satu-satu negara itu tanpa sebarang masalah walaupun pengguna tersebut tidak pernah ke negara itu.
trip advisor 75 million review
Jadi secara berperingkat, TripAdvisor memulakan strategi untuk menakluki pengguna dari satu-satu negara dengan lebih dekat lagi.
Di Malaysia, anda boleh mengakses TripAdvisor di TripAdvisor.com.my, sama juga seperti negara-negara yang lain. Ini bertujuan untuk memudahkan pengguna tempatan melancong dengan lebih yakin dan selamat.
Kesimpulannya, untuk berjaya dalam apa juga perniagaan melalui internet seperti TripAdvisor.com ini, anda perlulah sentiasa mementingkan pengguna serta sentiasa menggunakan teknologi terkini dalam perniagaan anda selain mempunyai team yang mantap.
Dengan strategi yang mantap, tidak mustahil satu hari nanti terlahir satu aplikasi web daripada syarikat tempatan yang mampu pergi jauh sehebat TripAdvisor.com pada masa depan. Apakah pandangan anda pula mengenai rahsia kejayaan TripAdvisor.com ini? ;)

No comments: