Isnin, November 30, 2015

Flashcard – Permainan Interaktif Sambil Belajar Untuk Kanak-Kanak



Flashcard adalah merupakan sejenis permainan interaktif yang direka khas untuk memudahkan kanak-kanak belajar A-B-C dan Alif-Ba-Ta sambil mengenal jenis-jenis haiwan serta jenis-jenis pekerjaan. Ia didatangkan dalam TIGA set iaitu :
  • Animal 4D+ : Belajar A-B-C sambil mengenal jenis-jenis haiwan.
  • Octaland 4D+ : Belajar A-B-C sambil mengenal jenis-jenis pekerjaan.
  • Hijaiyah 4D : Belajar Alif-Ba-Ta sambil mengenal jenis-jenis haiwan.
Setiap huruf disertakan dengan jenis haiwan/jenis pekerjaan yang bersesuaian. Ini bertujuan untuk memudahkan kanak-kanak mengenal dan mengingat huruf yang dipelajari dengan lebih mudah.

Cara Penggunaan

Terdapat dua komponen yang diperlukan untuk menggunakan/memainkan Flashcard iaitu aplikasi khas (percuma) dan kad (ada dijual di web ini). Aplikasi tersebut boleh di download secara percuma di App Store dan juga Google Play Store yang terdapat di smartphone (android/iphone) anda.

Kelebihan Flashcard Dalam Pengajaran Kanak-Kanak

Terdapat banyak kelebihan menggunakan Flashcard dalam proses pengajaran. Di antaranya adalah :
  • Ianya menyeronokkan. Kanak-kanak terasa seperti sedang bermain.
  • Image yang muncul adalah dalam bentuk 4D yang mana ianya menghampiri keadaan sebenar haiwan. Ini mampu menambah pemahaman kanak-kanak tentang bentuk-bentuk haiwan yang mereka lihat.
  • Ianya bersaiz kecil sahaja. Jadi ia mudah dibawa ke mana-mana.
  • Dapat mengurangkan kecenderungan kanak-kanak untuk bermain game apabila menggunakan smartphone. Kecenderungan tersebut dapat digantikan dengan bermain Flashcard yang lebih berfaedah.
  • Dengan adanya bunyi, muzik serta grafik, ia mampu merangsang minda kanak-kanak untuk lebih cepat memahami apa yang dilihat serta didengari oleh mereka.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, pastikan anda telah cuba install aplikasi yang berkenaan di smartphone anda terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah di kemudian hari
Maklumat lanjut di sini.

Tiada ulasan:

Peluang bisnes yang tidak harus dilepaskan

STG..?? APA ITU STG..???  😍 😍 Kami team Smart Tycoon Group (STG). Team terbesar yg bernaung di bawah salah satu syarikat yg pa...