Showing posts with label Artikel Irfan Khairi. Show all posts
Showing posts with label Artikel Irfan Khairi. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Dua petua apabila berunding



oleh Irfan Khairi

Dalam perniagaan, kita tidak lari dari rundingan, atau negotiation. Tidak kira, dengan pembekal, pelanggan, pengedar, dan sebagainya. Dalam buku The Art of Negotiation, dua petua untuk berunding dengan berjaya. 

Pihak yang ingin perundingan itu untuk berjaya, adalah pihak yang mempunyai kelemahan dalam rundingan tersebut. Ini bermakna, sekiranya anda ingin sesuatu rundingan itu berjaya, cara terbaik adalah, jangan tunjukkan bahawa anda ingin sangat perundingan tersebut berjaya. 

Be neutral… buat muka biasa sahaja. Lebih banyak anda beri sebab kepada pihak satu lagi berminat dengan permintaan anda, lebih baik terma rundingan yang anda akan dapat. 

Ini bermaksud, tunjukkan nilai dan manfaat sebanyak yang mungkin untuk pihak satu lagi menerima rundingan anda. Lain kali bila anda berunding, ingat dua petua ini. Anda akan dapat lihat kekuatan rundingan akan berpihak kepada anda.

Tuesday, July 09, 2013

Kebolehan berunding dalam perniagaan

Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
Kebolehan berunding atau negotiation skill adalah satu lagi kebolehan yang perlu ada dalam menjalankan perniagaan. Dalam menjalankan perniagaan, anda tidak akan dapat lari dari berunding (negotiate) mungkin dengan pelanggan, pembekal, pengilang, rakan kongsi, pekerja, banker dan sebagainya…
Salah tanggap yang paling besar dalam negotiation skill adalah, seseorang yang hebat dalam negotiating adalah yang bijak berbicara dan dapat memaksimakan pulangan diri sendiri- dalam erti kata lain, menang dalam apa jua perundingan.
Sebenarnya, dalam berunding, tujuan anda bukanlah untuk memaksimakan pulangan anda. Tetapi, KUNCINYA adalah untuk mencipta keadaan win-win. Di mana, anda mendapat apa yang anda inginkan, serta, pihak sebelah lagi juga mendapat apa yang mereka inginkan.
Dari mata kasar, sememangnya anda dilihat sebagai “pemenang” sekiranya anda dapat meraih keuntungan bagi pihak anda yang maksima melalui sebarang perundingan. Sebenarnya, keadaan ini amat bahaya oleh kerana untuk kemajuan perniagaan anda, anda perlu mempunyai network yang kuat untuk jangka masa panjang. Sekiranya kemenangan hanya berpihak kepada anda dalam sebarang perundingan, ini akan membuat pihak satu lagi sukar berkerjasama dengan anda pada masa hadapan.
Dengan mencipta keadaan win-win dalam perundingan, pihak satu lagi akan turut bergembira dengan apa jua transaction dan membina satu jambatan kepercayaan dengan anda- satu pelaburan jangka masa panjang untuk perniagaan anda!
Pernah terfikir mengapa media massa & penyiaran sering menghubungi saya? Jawapannya adalah kebolehan berunding- di mana saya amat menghormati permintaan dan kepakaran mereka, dan mereka juga menghormati permintaan dan kepakaran saya. Win-win situation! ;)

Wednesday, August 25, 2010

4 Langkah memulakan perniagaan internet

.
Saya mula menjalankan perniagaan Internet sejak tahun 1999, ketika itu masih lagi di United Kingdom, tahun akhir menghabiskan degree saya. Satu advantage saya berada di sana ketika itu, adalah pendedahan perniagaan Internet yang saya terima. 10 tahun lalu, di UK, perniagaan Internet telah pun menjadi popular dan ramai telah memulakannya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah.
..
Mana taknya, ketika itu pun, orang ramai sudah tidak lagi pergi ke pasar raya atau kedai runcit, tetapi memilih untuk membeli barang-barang runcit secara online. Termasuk saya. Perniagaan Internet adalah gaya hidup.
..
Di Malaysia, perniagaan Internet masih lagi baru. Dan ini memberi satu advantage pula kepada mereka yang memulakan perniagaan Internet sekarang oleh kerana pesaingan yang rendah! Sejak dulu, sehingga kini, untuk memulakan perniagaan Internet, hanya memerlukan 4 langkah yang jelas. Saya akan kongsikan keempat-empat langkah tersebut sekarang...
....
Langkah Pertama: Anda perlu produk!
.
Langkah pertama adalah anda perlu mempunyai produk untuk di jual. Produk tidak semestinya anda cipta sendiri, seperti kraftangan atau lukisan. Tetapi, anda juga boleh mendapatkan produk di pasar borong.
..
Contohnya, sekiranya anda terjumpa produk yang anda minat di kedai seperti ukiran Al-Quran, cuba cari/dapatkan pemborong atau pengeluar produk tersebut. Seringkali maklumat pengeluar/pemborong akan tertera pada packaging sesuatu produk itu. Ataupun, sekiranya tiada, cuba lah tanya pada kedai tersebut. Mana tahu, mereka merupakan pengedar produk itu snediri dan pastinya mahu mencari usahawan-usahawan yang turut menjual dan melebarkan pasaran mereka!
.
Dengan mendapatkan sesuatu produk dari pengeluar atau pemborong, anda akan mendapat produk itu pada harga yang lebih murah untuk anda lakukan mark-up (tambah harga bila anda jual)
.
Ukiran Al-Quran di atas hanyalah sekadar contoh. Anda boleh gantikan dengan apa sahaja produk yang anda fikirkan dan minat!
..
Langkah Kedua: Anda perlu laman web!
.
Apabila telah memiliki produk seperti ukiran Al-Quran di atas, langkah seterusnya adalah anda pelu memiliki laman web.
.
Untuk membina laman web sendiri, anda memerlukan ilmu membina laman web. Selain dari itu anda boleh mengupah web designer untuk membinakan laman web bagi anda (sekiranya anda perlukan webdesigner, boleh hubungi kami).
.
Tetapi, satu lagi cara anda boleh memiliki laman web adalah seperti yang telah disebutkan dalam email yang lepas- menggunakan BLOG. Perkhidmatan percuma seperti www.blogger.com boleh menghasilkan anda sebuah blog dan kini, blog telah pun diterima oleh ramai pihak sebagai medium berniaga di Internet. Dengan hanya memiliki blog, anda boleh meletakkan maklumat produk anda di blog tersebut untuk di niagakan kepada orang ramai.
.
Sebagai contoh, namakan blog anda seusatu yang berkaitan dengan ukiran al Quran seperti "Quran Carves", dan masukkan gambar2 ukiran al Quran anda di blog anda. Maklumat lain produk anda juga patut diberikan bersama harga, cara melakukan bayaran, dan kaedah anda melakukan penghantaran sekiranya sesiapa sahaja membeli ukiran al Quran anda!
..
Langkah Ketiga: Anda perlu menerima bayaran
.
Tentunya laman anda perlu dapat menerima bayaran kad kredit dan juga bank in daripada pelanggan.
.
Untuk menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan, perkhidmatan percuma seperti PayPal.com boleh digunakan. Ya, ianya percuma. Sekiranya anda mempunyai akaun PayPal.com, anda boleh menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan anda tak kira dari serata dunia untuk mendapatkan ukiran al Quran anda!
.
Jangan lupa juga, letakkan kaedah bayaran offline seperti cara membuat bayaran ke bank akaun anda sekiranya pelanggan ingin melakukan bayaran secara bank-in.
.
Dengan dua kaedah terima bayaran ini, anda boleh menjalankan perniagaan di Internet!
..
Langkah keempat: Promosi, Promosi dan Promosi
.
Langkah seterusnya dan langkah yang perlu di lakukan berterusan adalah promosi laman web anda. Tak kira betapa hebat produk, dan laman web anda, tetapi anda tidak lakukan promosi, maka, tiada siapa akan tahu tentang perniagaan Internet anda bukan?
.
Anda perlu melakukan promosi laman web anda untuk menarik pelawat ke laman web/blog anda yang menjual ukiran Al Quran tersebut!

Monday, May 24, 2010

3 Cara tidak melewat-lewatkan kerja

Oleh Irfan Khairi
.
Cara #1: Beri tekanan pada diri sendiri
.
Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin.
.
Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya. Pemimpin melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan.
.
Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi. Sekiranya anda melakukan kerja yang anda ingin siapkan pada kadar segera, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera.
.
Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.
.
Cara #2: Apa akan terjadi sekiranya...
.
Ianya dikatakan, manusia melakukan perkara untuk mendapatkan kebahagiaan atau mengelakkan kesengsaraan. Dalam apa sahaja yang anda lakukan, sudah pasti terdapat elemen menambahkan kebahagiaan anda, atau mengelakkan kesengsaraan dan penderitaan.
.
Dalam mengurus masa anda, fikirkan apa yang akan terjadi, sekiranya anda tidak melakukan tugasan di tangan secepat mungkin. Adakah anda mendapat kebahagiaan, atau kesengsaraan?Beri tumpuan dan fokus kepada perasaan tersebut. Lipatkali gandakan perasaan tersebut, sekiranya kebahagiaan, gandakannya dengan sepuluh!
.
Sekiranya kesengsaraan yang anda akan dapat, gandakannya dengan sepuluh.Manusia melakukan sesuatu oleh kerana emosi di dalam diri. Dengan memainkan emosi anda dengan fokus kepada mendapat kebahagiaan yang berganda dan mengelakkan kesengsaraan yang berganda, emosi anda akan memberi daya tolakan kepada diri anda untuk menyiapkan sesuatu kerja secepat mungkin dengan sempurna. Pertimbangkan apa yang akan terjadi sekiranya apa yang anda ingin lakukan di lewat-lewatkan!
.
Cara #3: Tambahkan ilmu dalam bidang focus anda
.
Manusia adalah insan yang amat hebat dan boleh mencapai apa sahaja matlamat dengan ilmu dan pengalaman yang mencukupi. Lipatkali gandakan ilmu anda dalam bidang anda. Dengan ilmu yang lengkap, segala kerja yang dilakukan adalah lebih mudah.
.
Sering kali kita tidak dapat meneruskan sesuatu kerja apabila kita tidak tahu melakukannya, atau, mempunyai ilmu yang kurang dalam kerja yang perlu ditangani. Ini akan melambatkan sesuatu tugas dan adakalanya akan menurunkan produktiviti dan motivasi. Tekanan mula di rasa apabila ilmu yang dimiliki tidak dapat menangani kerja di tangan.
.
Dedikasikan diri anda untuk menjadi pakar dalam bidang anda. Baca buku, hadiri seminar, minta nasihat dari yang lebih pakar, dan tambahkan kepakaran anda, sama ada yang berkaitan secara langsung dengan kerja anda, atupun yang tidak.
.
Orang di sekeliling anda akan merasa pelik, bagaimana anda mencapai kejayaan dalam waktu yang amat singkat. Jawapannya, lipat kali gandakan ilmu dalam bidang anda!

Tuesday, April 13, 2010

Rezeki melimpah-limpah

Oleh: Irfan Khairi
.
Konsep "abundant" seringkali di paparkan dalam buku-buku motivasi barat. Ertinya, banyak, berlebihan, berlimpah-limpah dan sewaktu dengannya.Ianya amat penting untuk melihat bahawa semua rezeki yang ada di dunia ini adalah banyak dan unlimited.
.
Ramai yang mempunyai konsep yang SALAH iaitu memikirkan rezeki adalah terhad. Di ibaratkan seperti anda mempunyai kek. Dan bila anda makan satu slice kek tu, maka, kurang satu pecahan. Kalau anda bagi kawan anda makan satu lagi slice, makin kurang pecahan. Lagi ramai yang makan kek kita tu, makin kurang sehingga kek tu habis.
.
Maka, tiada siapa, termasuk anda boleh merasa dah kek yang habis...Sebenarnya rezeki adalah berlimpah-limpah di dunia ni dan tak habis (unlimited). Rezeki pula bukan sahaja wang atau harta, tetapi, rezeki termasuk ilmu, pengetahuan, kenalan, kasih sayang, dan macam-macam lagi.
.
Ertinya, kalau ada ilmu, kongsi ilmu dengan orang lain. Kalau ada wang, sedekah dan berikan zakat. Hadis juga menjanjikan bahawa harta TIDAK akan kurang sekiranya bersedekah dan berzakat.
.
Kalau ada pelanggan, kongsikan dengan usahawan-usahawan lain. Rezeki kita tidak akan habis, malah akan bertambah-tambah berpuluh dan beratus kali ganda lagi.
.
Lihat rezeki dunia ini melimpah-limpah, dan rezeki juga akan melimpah-limpah datang kepada kita ;)

Monday, December 14, 2009

Minda Kaya vs Minda Miskin

Oleh: Irfan Khairi

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.
.
Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.
.
Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil
.
Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.
.
Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan
.
Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- "ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!"
.
Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jagka masa yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!
.
Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan
.
Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagian. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.
.
Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.
.
Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.
.
Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci
.
Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.
.
Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik "Eleh... bawak mercedes... mesti songlap duit syarikat" atau "Eleh... dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan"
.
Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri "mahu" menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri "takut" untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!
.
Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!
.
Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain
.
Pepatah Mat Salleh berbunyi "If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys".
.
Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!
.
Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.
.
Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!
.
Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan
.
Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.
.
Kreatif?
Bagaimana kalau kita tak kreatif?
Mudah sahaja... fikirkan bahawa "kreatif" maksudnya "menjadikan lebih baik". Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi "kreatif". Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?
.
Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang
.
Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.
.
Tiada modal?
Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal!
Tidak pandai berbahasa Inggeris?
Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan.
Tak cukup masa?
Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!
.
Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri!