Wednesday, August 25, 2010

4 Langkah memulakan perniagaan internet

.
Saya mula menjalankan perniagaan Internet sejak tahun 1999, ketika itu masih lagi di United Kingdom, tahun akhir menghabiskan degree saya. Satu advantage saya berada di sana ketika itu, adalah pendedahan perniagaan Internet yang saya terima. 10 tahun lalu, di UK, perniagaan Internet telah pun menjadi popular dan ramai telah memulakannya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah.
..
Mana taknya, ketika itu pun, orang ramai sudah tidak lagi pergi ke pasar raya atau kedai runcit, tetapi memilih untuk membeli barang-barang runcit secara online. Termasuk saya. Perniagaan Internet adalah gaya hidup.
..
Di Malaysia, perniagaan Internet masih lagi baru. Dan ini memberi satu advantage pula kepada mereka yang memulakan perniagaan Internet sekarang oleh kerana pesaingan yang rendah! Sejak dulu, sehingga kini, untuk memulakan perniagaan Internet, hanya memerlukan 4 langkah yang jelas. Saya akan kongsikan keempat-empat langkah tersebut sekarang...
....
Langkah Pertama: Anda perlu produk!
.
Langkah pertama adalah anda perlu mempunyai produk untuk di jual. Produk tidak semestinya anda cipta sendiri, seperti kraftangan atau lukisan. Tetapi, anda juga boleh mendapatkan produk di pasar borong.
..
Contohnya, sekiranya anda terjumpa produk yang anda minat di kedai seperti ukiran Al-Quran, cuba cari/dapatkan pemborong atau pengeluar produk tersebut. Seringkali maklumat pengeluar/pemborong akan tertera pada packaging sesuatu produk itu. Ataupun, sekiranya tiada, cuba lah tanya pada kedai tersebut. Mana tahu, mereka merupakan pengedar produk itu snediri dan pastinya mahu mencari usahawan-usahawan yang turut menjual dan melebarkan pasaran mereka!
.
Dengan mendapatkan sesuatu produk dari pengeluar atau pemborong, anda akan mendapat produk itu pada harga yang lebih murah untuk anda lakukan mark-up (tambah harga bila anda jual)
.
Ukiran Al-Quran di atas hanyalah sekadar contoh. Anda boleh gantikan dengan apa sahaja produk yang anda fikirkan dan minat!
..
Langkah Kedua: Anda perlu laman web!
.
Apabila telah memiliki produk seperti ukiran Al-Quran di atas, langkah seterusnya adalah anda pelu memiliki laman web.
.
Untuk membina laman web sendiri, anda memerlukan ilmu membina laman web. Selain dari itu anda boleh mengupah web designer untuk membinakan laman web bagi anda (sekiranya anda perlukan webdesigner, boleh hubungi kami).
.
Tetapi, satu lagi cara anda boleh memiliki laman web adalah seperti yang telah disebutkan dalam email yang lepas- menggunakan BLOG. Perkhidmatan percuma seperti www.blogger.com boleh menghasilkan anda sebuah blog dan kini, blog telah pun diterima oleh ramai pihak sebagai medium berniaga di Internet. Dengan hanya memiliki blog, anda boleh meletakkan maklumat produk anda di blog tersebut untuk di niagakan kepada orang ramai.
.
Sebagai contoh, namakan blog anda seusatu yang berkaitan dengan ukiran al Quran seperti "Quran Carves", dan masukkan gambar2 ukiran al Quran anda di blog anda. Maklumat lain produk anda juga patut diberikan bersama harga, cara melakukan bayaran, dan kaedah anda melakukan penghantaran sekiranya sesiapa sahaja membeli ukiran al Quran anda!
..
Langkah Ketiga: Anda perlu menerima bayaran
.
Tentunya laman anda perlu dapat menerima bayaran kad kredit dan juga bank in daripada pelanggan.
.
Untuk menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan, perkhidmatan percuma seperti PayPal.com boleh digunakan. Ya, ianya percuma. Sekiranya anda mempunyai akaun PayPal.com, anda boleh menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan anda tak kira dari serata dunia untuk mendapatkan ukiran al Quran anda!
.
Jangan lupa juga, letakkan kaedah bayaran offline seperti cara membuat bayaran ke bank akaun anda sekiranya pelanggan ingin melakukan bayaran secara bank-in.
.
Dengan dua kaedah terima bayaran ini, anda boleh menjalankan perniagaan di Internet!
..
Langkah keempat: Promosi, Promosi dan Promosi
.
Langkah seterusnya dan langkah yang perlu di lakukan berterusan adalah promosi laman web anda. Tak kira betapa hebat produk, dan laman web anda, tetapi anda tidak lakukan promosi, maka, tiada siapa akan tahu tentang perniagaan Internet anda bukan?
.
Anda perlu melakukan promosi laman web anda untuk menarik pelawat ke laman web/blog anda yang menjual ukiran Al Quran tersebut!

No comments: