Assalamualaikum wbt,
Thursday, May 23, 2013
Cendawan unik untuk dijual
Wednesday, May 15, 2013
Ayam hibrid
Oleh LAUPA JUNUS
Gambar MOHD NAJIB MOHD NOR
Gambar MOHD NAJIB MOHD NOR

Ayam kampung atau nama saintifiknya Gallus gallus domesticus merupakan jenis ayam yang popular dan mempunyai pasaran tersendiri atau niche market yang mendapat sambutan.
Mereka yang sudah biasa makan daging ayam kampung pasti mengetahui rasanya yang berbeza berbanding ayam lain.
Yang pasti lazat ialah daging ayam kampung tradisional.
Keenakan rasa ayam kampung tradisional adalah lebih baik berbanding jenis ayam kampung yang membanjiri pasaran tempatan sekarang iaitu ayam kampung kacukan dan ayam warna.
Badan ayam kampung tradisional tidak terlalu berisi berbanding ayam lain termasuk ayam kampung kacukan yang biasanya lebih berisi dan besar.
Oleh itu ayam kampung tradisional biasanya lebih aktif, lasak dan membuatnya lebih ringan, manakala ototnya kental dan mempunyai nilai nutrisi yang tinggi.
Ciri-ciri lain pada ayam kampung tradisional ialah keting kaki yang tak khusus warnanya dan balung yang tidak khusus bentuknya.
Selain susuk badan yang ramping, memang tidak ada piawaian lain bagi ayam kampung tradisional kerana darahnya mempunyai gabungan pelbagai baka moden termasuk gabungan dengan ayam hutan.
Kini, antara jenis ayam kampung yang popular ialah ayam arab dan ayam leher botak.
Ramai mungkin telah mendengar mengenai baka yang dikategorikan sebagai moden seperti Plymouth Rock , New Hampshire, Brown Leghorn dan Australorp pada era 80an.
Pada masa sama, ayam hutan yang dianggap sebagai baka asal mungkin juga tidak lagi tulen kerana berlaku kacukan dengan ayam kampung yang dibawa ke hutan pada zaman komunis dahulu.
Lebih-lebih lagi adalah menjadi perkara biasa sekarang melihat ayam hutan jantan berkawan dengan ayam kampung betina.
Namun isu yang kini menjadi semakin mendapat perhatian ialah meskipun popular dan mendapat permintaan, bekalan ayam kampung amat terhad.
Dengan sambutan yang semakin menggalakkan itu, sesuatu perlu dilakukan bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah.
"Malangnya pengeluaran ayam kampung tempatan ketika ini hanya empat peratus berbanding keseluruhan lebih sejuta ekor ayam sehari yang dipasarkan dalam industri," kata penyelidik Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr. Azhar Kasim.

Dr. Azhar menunjukkan sangkar yang direka khas untuk penyelidikan yang dijalankan.
Industri ayam kampung sebenarnya berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana jumlahnya di pasaran yang sedikit diancam oleh masalah penyakit seperti penyakit sampar (Newcastle disease) yang boleh membantutkan industri tersebut.
Menurut Dr. Azhar, antara masalah lain ialah ayam kampung tradisional dipelihara lepas bebas tanpa pengurusan sistematik, berskala kecil dan tidak komersial.
Menurut beliau, bagi mengatasi kekurangan bekalan itu, antara langkah yang diambil oleh pengusaha tempatan ialah mengimport ayam warna sebagai alternatif.
Baka tersebut kemudian dikahwinkan dengan ayam kampung tempatan untuk mendapat anak yang memperlihatkan ciri ayam kampung, biasanya pada warna bulu.
Usaha tersebut yang bermula pada 1980an akhirnya berjaya meningkatkan jumlah ayam kampung untuk tujuan komersial selepas 30 tahun tetapi belum memadai bagi menghasilkan baka yang lebih baik atau sempurna.
Ayam kampung tradisional hanya sesuai dijual ketika berumur 16 minggu. Ayam warna pada seawalnya umur lapan minggu dan ayam kampung kacukan pada umur 12 minggu.
"Apa yang kita ada sekarang dalam industri tempatan pada skala yang besar ialah ayam kampung kacukan yang belum dapat menyerupai ayam kampung tradisional.
"Contohnya, bagi ayam kampung kacukan tersebut, saiz badannya yang kurang ramping (banyak berisi) dijual dengan harga borong RM9 sekilogram berat hidup .
"Saiz badan yang ramping sedikit boleh meningkatkan harga kepada RM12 sekilogram," ujar Dr. Azhar.
Katanya, ayam kampung tradisional pula dengan jumlahnya yang terhad boleh melampaui harga RM16 sekilogram atau dikira mudah dengan harga RM25 seekor jika tidak ada alat penimbang.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130513/ag_01/Ayam-hibrid#ixzz2TLD2uHF0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, May 14, 2013
Ikan keli kaya protein
Saturday, May 11, 2013
Manisan penyeri majlis perkahwinan
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Buat masa ini Rohana hanya memiliki dua unit dapur yang dibekalkan oleh MARDI.
Usahawan industri kecil sederhana (IKS) Rohana Md. Noor, 49 menjadikan manisan tersebut sebagai punca pendapatan utamanya.
Bermula daripada suka-suka akhirnya Rohana membuka sebuah bangsal berhampiran rumahnya untuk membuat manisan yang semakin mendapat perhatian masyarakat kampungnya.
Saya tidak memiliki pelajaran yang tinggi, jadi saya cuba-cuba buat gula-gula ini dan jual kepada pelajar sekolah dan orang ramai sekitar kampung," katanya ketika ditemui dalam program lawatan bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.
Jelas Rohana lagi, gula-gula atau manisan tersebut bukanlah produk baru, malah produk makanan tersebut amat dikenali sekitar Kuala Terengganu.
Manisan ini merupakan makanan tradisional orang dulu-dulu, tetapi saya cuba perbaharui dengan menambah pelbagai perisa lain serta kekacang.
Resipinya saya peroleh daripada ibu saya dan daripada dia jugalah saya belajar membuat manisan ini," katanya.
Menerusi kelainan yang dibuat oleh Rohana, manisannya mendapat perhatian sekitar kampung sebelum ada yang datang dari luar untuk menempah.
Sehingga kini, Rohana tidak menang tangan untuk menghasilkan manisan apabila tempahan yang diterima semakin meningkat.
Jika dahulu, proses pembuatan manisan tersebut hanya dilakukan di dalam rumah dan secara kecil-kecilan.
Namun setelah mendapat bantuan daripada MARDI berupa bantuan pembinaan bangsal, peralatan memasak, rak serta kursus rezekinya semakin bertambah.
Menurut Rohana, dia hanya menggunakan gula kabung, kacang serta perisa bagi mendapatkan kelainan.
Sehari saya akan mengacau (masak) tiga buah kuali yang mana setiap kulai mampu menghasilkan hampir 30 bungkus manisan.
Setiap bungkusan mengandungi 10 biji manisan pelbagai perisa," katanya.
Apa yang menjadi kekangan Rohana adalah, bermula proses mengacau adunan manisan yang memerlukan hampir tiga jam, menguli sehingga kepada pembungkusan adalah dilakukan secara manual.
Buat masa ini, Rohana dibantu oleh adik-beradik serta anak-anaknya bagaimanapun manisan yang dihasilkan adalah terhad serta tidak mampu memenuhi permintaan yang ada.
Rohana pernah menerima tempahan sehingga 1,000 bungkus sehari namun terpaksa menolak dengan cara baik kerana tidak mampu menghasilkan manisan sebanyak itu.
Bagaimana pun, dia bercita-cita untuk memiliki sebuah mesin khas yang mampu membantunya mengacau manisan agar masa memasak dapat dipendekkan.
Selain membantu menyediakan kemudahan peralatan memasak serta bangsal khas untuk membuat manisan, MARDI turut membantu Rohana dalam urusan pembungkusan produk.
Ujarnya, pelekat yang digunakan pada bungkusan tersebut juga turut disediakan oleh MARDI bagi membantu mempromosi produknya.
Dia juga menghasilkan produk sampingan yang dikeluarkan mengikut tempahan dan kebiasaannya tempahan diterima apabila menjelangnya musim perayaan.
Produk manisan Rohana turut dipasarkan keluar Terengganu, namun dia lebih menumpukan perhatian dengan menghasilkan manisan untuk dijadikan buah tangan majlis kenduri kahwin.
Untuk tempahan kenduri kahwin pun kadang kala saya tidak menang tangan, tapi syukurlah usaha saya selama ini semakin membuahkan hasil," katanya.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130429/ag_02/Manisan-penyeri-majlis-perkahwinan#ixzz2SzjAuHcr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, May 07, 2013
Ahmad tauke belangkas
Oleh Mohd Sabran Md Sani
Kepakarannya terhadap spesies belangkas yang terdapat di Kuala
Sedili, Kota Tinggi, Johor, tidak boleh dipertikaikan kerana
berpengalaman mengendalikan haiwan eksotik itu hampir 30 tahun.
Ahmad Mustafa, 47, mampu mengenali jantina belangkas dengan mudah,
selain mengetahui usia belangkas yang dijual nelayan kepadanya.
Ketika membelek-belek haiwan itu di pusat pengumpulannya, baru-baru
ini, dia dilihat menekan kulit belangkas dengan tangan bagi menentukan
usianya sebelum menasihatkan agar ia dilepaskan semula ke laut kerana
berkulit lembut.
Usia seperti itu tidak sesuai untuk tujuan urus niaga kerana ia baru menjangkau sembilan tahun, sedangkan tempoh mengawan ketika berusia 10 tahun ke atas.
Usia seperti itu tidak sesuai untuk tujuan urus niaga kerana ia baru menjangkau sembilan tahun, sedangkan tempoh mengawan ketika berusia 10 tahun ke atas.
Selain belangkas muda, dia juga menasihatkan nelayan supaya melepaskan belangkas jantan yang mempunyai saiz lebih kecil supaya haiwan itu dapat mengawan dengan belangkas betina lain.
Bermodalkan RM100,000, Ahmad membangunkan pusat penternakan berkenaan dengan membina sebanyak sembilan kolam bagi menempatkan kira-kira 15,000 ekor belangkas yang dijual nelayan.
Dia juga bernasib baik kerana memperoleh peruntukan berjumlah RM35,000 daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk membangunkan bilik penetasan belangkas yang dibangunkan di dalam bangunan 0.4 hektar.
Ahmad berkata, semua belangkas yang dikumpul di sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang diletakkan dalam penjagaannya dalam tempoh sebulan sebelum dieksport ke luar negara seperti Thailand dan Amerika Syarikat.
“Pasaran belangkas ketika ini agak baik. Belangkas diketahui amat digemari penduduk Thailand yang menggunakan telurnya untuk dijadikan kerabu, selain dijadikan produk farmaseutikal.
“Selain itu, belangkas mendapat permintaan tinggi di Amerika Syarikat kerana telurnya yang ‘separa menjadi’ dan membusuk digunakan sebagai umpan ikan,” katanya.
Berkongsi pengalaman katanya, belangkas banyak diperoleh pada Januari hingga Mac, namun kembali menyusut pada bulan berikutnya.
“Pada Januari hingga Mac, sekurang-kurangnya 15,000 ekor belangkas dapat dikumpulkan daripada nelayan tempatan kerana tempoh berkenaan digunakan pasangan haiwan itu mengawan dan melepaskan telur.
“Belangkas hanya naik ke kawasan pantai berpasir untuk melepaskan telurnya dan akan kembali turun ke laut sebaik semuanya selesai,” katanya yang turut mengakui bilangan belangkas berkurangan sehingga 10,000 ekor pada April hingga Jun.
Dia menggalakkan nelayan supaya menjual terus haiwan laut berkenaan kepada pusat pengumpulan belangkas kerana harga sangat tinggi iaitu sekitar RM7 hingga RM9 seekor.
“Bukan saja kami menjanjikan semua belangkas diambil, tetapi harga yang dibeli daripada nelayan masih tinggi, berbanding pengumpul haram dari Thailand meletakkan harga murah RM4 seekor.
“Malah, ada pengumpul tidak bertanggungjawab membiarkan haiwan itu jika berlaku lambakan di pasaran tempatan,” katanya.
Menyentuh mengenai pusat penetasan belangkas, katanya usaha berkenaan bagi memastikan haiwan eksotik itu tidak pupus di perairan negara.
“Projek LKIM itu bermula pada 2011 dan teknik penetasan mengikut kaedah semulajadi di pesisir pantai.
“Saya menggunakan kaedah pasang surut air laut dua kali sehari dan benih belangkas ditempatkan di bilik khas menggunakan sistem pengairan air laut,” katanya.
Berkaitan perancangan masa depan, beliau berharap sebuah pusat penetasan belangkas dapat diwujudkan di kawasan berkenaan dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan dan LKIM.
Katanya, sebuah bilik sejuk juga akan dibangunkan di pusat pendaratan LKIM Sedili tidak lama lagi bagi memudahkan penghantaran belangkas sejuk beku ke Amerika Syarikat.
sumber: Harian Metro
Subscribe to:
Posts (Atom)


