Tuesday, February 26, 2008

Adakah Anda Berjaya Sebagai Usahawan?

Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan?
..
Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan. Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta karisma untuk menjual idea-idea tersebut.

..
Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya patutlah menjadi seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.

Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggung jawab di dalam segala yang dilakukannya.
....
Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu:
....
1. Dia mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada di sekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.
..
2. Dia berkebolehan untuk mengenal pasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.
..
3. Dia boleh menetapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.
....
Kesimpulannya, seorang usahawan amat peka melihat dan menghidu peluang untuk diciptakan serta diterokai sebagai faktor utama dalam kehidupannya. Justeru itu adakah anda juga memiliki sifat tersebut?

No comments: