Monday, February 25, 2008

Pasukan Anda Dalam Perniagaan

Pasukan dalam perniagaan selalu juga disebut dalam banyak artikel dan ceramah tentang perniagan, kejayaan perniagaan anda bergantung kepada keberkesanan pasukan yang anda pimpin. Namun apa sebenarnya yang dikatakan “Pasukan dalam perniagaan?"
.. ..
Di sini saya beri contoh, dalam bisnes, untuk berjaya anda tidak boleh melakukan semua perkara seorang diri, maksudnya, ‘one man show’ sebab adalah mustahil dan amat berisiko sekiranya dilakukan juga kerana memang sifat semula jadi manusia, tiada yang sempurna dan tidak ada sorangpun yang tahu semua perkara.
....
Jadi, pembahagian tugas perlu dilakukan dan anda sebagai pemimpin bisnes anda, tumpukan kepada satu tugas sahaja, yang lain serahkan kepada yang lebih berkelayakan, lantik pakar atau cari partner. Misalnya, jika anda mahir dalam jualan atau pemasaran (kriteria No.1 sebagai seorang usahawan), tumpukan kepada tugas tersebut, cari orang lain untuk uruskan pentadbiran, operasi, kewangan dan lain2 fungsi yang penting.
..
Katalah pada peringkat permulaan, masalah modal yang menjadi persoalan, anda boleh mulakan proses membina pasukan anda secara ‘outsource’ dulu, maknanya bayar sebagai orang luar mengikut masa / tempoh tertentu, bila dah ok sikit, barulah lantik mereka sebagai kakitangan anda. Itupun jika perlu kerana tugas utama usahawan terutama peringkat permulaan ialah meningkatkan modal.
..
Anda akan lihat kesan dan hasilnya apabila bisnes mula berkembang dan perancangan yang teliti dari awal banyak membantu dalam mempastikan bisnes anda berkembang dalam masa lima tahun yang akan datang. Selamat datang ke dunia bisnes dan semoga anda berjaya mendapatkan pasukan impian anda!

No comments: