Wednesday, February 27, 2008

Sebelum Anda Melabur...

Langkah Pertama sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda iaitu matlamat dan objektif kewangan anda. Matlamat kewangan anda mungkin untuk :
....
- Membeli kereta
- Membeli rumah
- Menghantar anak-anak anda untuk pengajian tinggi
- Pergi bercuti
- Merancang persaraan yang selesa untuk masa hadapan

Objektif pelaburan anda adalah sama ada untuk:

- Mengekal atau memelihara kuasa beli bagi amaun pokok yang dilaburkan
- Mendapat pendapatan daripada pelaburan anda
- Meningkatkan nilai asset bersih anda
- Gabungan mana-mana daripada yang di atas
....
Anda boleh mencapai matlamat anda dengan melabur simpanan anda berdasarkan jangka masa apabila matlamat kewangan anda boleh dicapai. Selain itu, adalah penting bagi rancangan pelaburan anda bersesuaian dengan objektif perancangan kewangan keseluruhan anda bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk mencapai matlamat anda.

Langkah Dua : Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur
....
Memandangkan pelaburan ialah komitmen jangka panjang, anda perlu mengambil kira kemampuan dan keupayaan anda untuk melabur sebelum anda membuat pelaburan. Antara isu utama yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:
....
- Berapa banyakkah wang yang anda punyai untuk komitmen jangka sederhana dan panjang?
- Adakah anda benar-benar memahami produk yang anda hendal laburkan?
- Adakah pelaburan yang dirancang besesuaian dengan portfolio keseluruhan anda?
- Sudahkah anda membandingkan pulangan bagi pelaburan lain yang sama?
- Adakah anda memahami risiko yang terbabit dan adakah annda tahu tahap kerugian yang boleh anda tanggung? (iaitu berapa banyakkah perubahan harga/nilai pelaburan yang anda boleh tanggung)
- Apakah jangkaan anda terhadap pulangan daripada pelaburan anda? (iaitu berapa banyakkah pulangan yang akan memuaskan anda)
- Berapa lamakah tempoh pelaburan anda?
(sebagai contoh, 5 tahun, 1 tahun, dsbnya)
- Adakah anda mempunyai fleksibiliti untuk mencairkanpelaburan yang berkenaan ketika anda terdesak?
- Bagaimanakah anda boleh memantau prestasi pelaburan anda secara berterusan berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah?
Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda.

Langkan 3 – Tahu strategi dan konsep melabur
..
Pempelbagaian
Strategi yang sudah terbukti berjaya dalam pelaburan ialah pempelbagaian – iaitu mempelbagaikan pelaburan anda. Pempelbagaian merupakan cara yang berkesan untuk meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatility dalam sesuatu kelas asset atau industry. Jenis pleaburan yang berbeza terdedah kepada tahap risiko yang berbeza dan dengan pempelbagaian, kerugian dalam sesetengah pelaburan boleh diimbani oleh perolehan pelaburan lain.
..
Nilai masa wang
Masa ialah asset yang terbesar bagi sesiapa yang hendak melabur. Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda. Ini disebakan oleh prinsip faedah kompaun di mana anda memperolehi faedah atas pelaburan asal anda dan atas faedah yang telah anda perolehi daripada pelaburan anda. Walaupun dengan perbezaan satu mata peratusan, kesan dalam jangka panjang boleh menjadi ketara.
..
Impak Inflasi dan Cukai
Perancangan yang baik serta memastikan kadar pulangan purata yang minimum bagi pelaburan dalam jangka panjang juga penting kerana wang yang anda punyai pada hari ini berkemungkinan tidak lagi mempunyai nilai yang akan membolehkan anda membeli jumlah barangan yang sama pada masaa hadapan. Ini disebabkan inflasi menyusutkan nilai wang. Walaupun anda memperolehi pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan anda mungkin berkurangan disebabkan oleh kesan inflasi.
..
Matlamat pelaburan adalah untuk menambah wang anda melebihi kadar inflasi. Cukai juga akan mengurangkan pulangan pelaburan melainkan pelaburan anda mendapat pengecualian cukai. Oleh itu, anda perlu melabur dalam aset yang membolehkan anda mendapat pulangan terbaik sesudah mengambil kira kesan pencukaian dan inflasi dalam jangka panjang.

No comments: