Sabtu, Januari 10, 2009

Bisnes Terbaik Untuk Anda Mulakan

Anda akhirnya telah putuskan yang anda bersedia untuk mengambil langkah besar dan menjadikan impian menjadi kenyataan dengan memulakan satu bisnes sendiri.
...
Sekarang apa yang anda perlu tahu ialah bisnes terbaik untuk dimulakan bagi menjadikan anda seorang jutawan. Apa yang akan anda dengar ini mungkin tidak akan menggembirakan dan juga mungkin juga bukannya jawapan yang anda cari selama ini.
.....
Tiada satu pun bisnes terbaik untuk dimulakan dan sangat sedikit kaitan dan persamaan antara banyak bisnes yang dimiliki oleh para jutawan.
..
Ia Tidak Penting Kerana:
....
Jika ada pun “bisnes terbaik yang boleh dimulakan hari ini,” ia akan berubah. Pasaran baru akan dicipta, pusingan pasaran menaik dan menurun sentiasa muncul dan persaingan akan datang dan pergi.
..
Para jutawan sebenarnya bukanlah jutawan daripada bisnes yang tertentu sahaja. Bisnes mereka hanyalah sebagai alat. Sangat sedikit kaitannya dengan industri dan ia sebenarnya amat berkaitan dengan kebolehan fundamental pemilik bisnes itu untuk menjalankan sebuah syarikat yang boeh menjana keuntungan.
..
Banyak bisnes dengan margin keuntungan yang tinggi wujud, tetapi ini akan menjana lebih banyak persaingan, di mana yang teruk, kotor, kurang menarik serta syarikat-syarikat dengan margin keuntungan yang lebih rendah akan memperolehi landskap persaingan yang rendah dan seterusnya hilang dalam perlumbaan.
..
Para jutawan yang telah membina bisnes yang amat berjaya kebanyakannya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada berjaya. Mereka melaburkan kesemua wang mereka dan dikehendaki menjadikan bisnes berjalan dengan baik untuk meneruskan kelangsungan hidup.
..
Apa Yang Diambil Kira:
..
Kaji selidik ke atas jutawan mendapati bahawa mereka berkongsi satu elemen yang sama – keghairahan. Lakukan apa yang anda sukai dan wang akan secara automatik ikut bersama. Keghairahan (Passion) anda akan membawa anda mengatasi kesukaran, persaingan, waktu kerja yang panjang dan membantu syarikat anda berkembang akhirnya.
..
Ia bergantung kepada situasi dan pilihan anda.
  • Adakah anda bersedia untuk bergerak sentiasa atau anda memerlukan satu bisnes di rumah?
  • Berapa jam seminggu yang anda sanggup luangkan?
  • Di mana pengalaman anda, latar belakang dan kebolehan anda?
  • Berapa banyak wang dan modal yang boleh anda keluarkan untuk pelaburan awal dan berapa lama yang anda boleh bertahan tanpa gaji yang tetap?
  • Apakah bisnes yang boleh dan anda ingin lakukan?
  • Runcit, borong, industri perkhidmatan?
  • Adakah anda perlu satu bentuk francais atau anda ingin memulakannya pada 100% sendirian dan menjadi pemilik tunggal?
  • Adakah anda ingin menjalankannya dengan bekerja di kedai setiap hari atau bekerja di kedai menghadap mesin ataupun hanya di rumah?
    ..

Tabiat Jutawan: Ramai jutawan lahir daripada usaha sendiri berkongsi persamaan iaitu mereka membina banyak bisnes berjaya untuk memperolehi pendapatannya.

Bisnes yang spesifik tidak begitu penting. Ia adalah kebolehan, keinginan dan keghairahan terhadap satu industri atau produk yang menjadikan seseorang itu berjaya menjadi jutawan daripada bisnes yang diciptanya.





3 ulasan:

MIJI berkata...

Salam Nizam,tips yg bagus,tetapi dlm menjalankan perniagaan,kita xboleh terlalu bergantung kepada minat sahaja,sebaliknya kita boleh membina minat terhadap sesuatu perniagaan,betul x?

nizam berkata...

terima kasih MIJI. ya, saya setuju tu. contoh yang paling dekat, boleh tengok bisnes saya di http://www.cendawanglobal.blogspot.com. saya mulakan sebab bisnes ni ada potensi dan minat dengan sendirinya datang terutama bila ada income daripadanya. sebab tu richdad selalu berkata, who you know is more important than what you know.

boboi berkata...

"Manusia yang BIJAK, sentiasa memikirkan untuk bertindak SMART WORK" Web autodownline Inter4web adalah website yang membantu anda merekruit prospek-prospek baru dlm perniagaan anda. Sistem ini membantu anda menguruskan kumpulan anda dan memberi peluang semua ahli dlm kumpulan anda itu untuk sama-sama bekerja mempromosikan website yang sama. ini yang dikatakan SMART WORK. www.inter4web.com

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...