Saturday, September 24, 2011

Tyler Perry raih pendapatan tertinggi RM400 juta

LOS ANGELES 14 Sept. - Pelakon Tyler Perry yang memiliki studio filem dan televisyen menduduki tangga teratas dalam senarai lelaki yang menerima jumlah pendapatan tertinggi di Hollywood.

Perry menduduki kedudukan pertama carta itu selepas memperolehi pendapatan sebanyak AS$130 juta (RM400 juta) dari Mei 2010 hingga Mei 2011, menurut laman web kewanganForbes.com, semalam.

Pelakon, penulis, pengarah dan penerbit itu menjadi artis pujaan Hollywood melalui filem Diary of a Mad Black Woman pada 2005.

Filem itu kemudiannya menyaksikan beberapa filem susulan, dan terbaru Perry berjaya menerbitkan rancangan televisyen Tyler Perry's House of Payne yang disiarkan di TBS.

Kedudukan kedua pula diisi oleh penerbit Jerry Bruckheimer yang memperolehi pendapatan sebanyak AS$113 juta (RM348 juta).

Beliau adalah orang belakang kepada filem francais Pirates of the Caribbean yang memperolehi jualan tiket lebih AS$1 bilion (RM3.08 bilion) di box-office global untuk siri terbarunya yang ditayangkan tahun ini. - REUTERS

1 comment:

band said...

seorang yg serba boleh....gile hardwork...patut la kaya pon...huhu..:D