Showing posts with label Petikan akhbar. Show all posts
Showing posts with label Petikan akhbar. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

Harga cecah RM10,000 sekilogram

Oleh SYED AZWAN SYED ALI
Di sebalik kerancakan industri sarang burung walit yang kini mencecah RM1 bilion ringgit setahun, beberapa isu berbangkit dilihat akan mempengaruhi pembangunan industri tersebut di Malaysia.
.
..
MASALAH pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar dilihat mampu menggugat perkembangan industri tersebut. Kekangan itu dibuat berikutan burung walit didakwa menggugat populasi penduduk di sekitarnya, terutama dari aspek risiko penyakit yang dikaitkan dengan haiwan tersebut.
.
Masalah pengurusan dan pemantauan juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terlibat. Justeru, ia menimbulkan dilema di kalangan pedagang sarang burung walit.
.
Masalah itu amat ketara di Sarawak, lokasi di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar. Sedangkan pada masa yang sama, negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung 'haram' yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berkuasa.
.
Persoalannya, sejauh manakah benarnya andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri burung walit tidak berkubur di tengah jalan?
.
Isu pelesenan
.
Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian? Atau isu itu merupakan masalah yang harus ditangani secara holistik melalui kerjasama dan persefahaman yang seiring antara agensi berkaitan dengan kerajaan negeri terbabit?
.
Isu pelesenan rumah burung bermula apabila pihak berwajib melakukan operasi membersihkan premis burung walit di Mukah, Sarawak pada Oktober tahun lalu. Ia dilihat membuka mata umum mengenai kewujudan industri sarang burung walit.
.
Turut dipersoal, cara operasi itu dilakukan. Anak burung walit iaitu spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972, dibiarkan mati dari sarang yang dirampas seperti disiarkan di laman youtube.com.
.
Rentetan daripada operasi itu, isu tersebut mula dibangkitkan oleh Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Mukah, diikuti Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Sibu dan Sarikei. Mereka meminta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
.
Pemilik premis burung walit dikatakan mahu terus beroperasi di premis sedia ada. Kebanyakannya adalah lot rumah kedai terbengkalai yang kemudian membawa hasil yang sangat lumayan kepada pedagang burung walit.
.
Dibangunkan secara terkawal
.
Sarang burung walit di negara ini dikatakan berkualiti tinggi. Ia mendapat sambutan menggalakkan di pasaran China dan Arab. Harganya dilaporkan mencecah RM10,000 sekilogram.
.
Namun di sebalik potensi itu, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan spesies itu diternak di kawasan bandar, kecuali habitat asalnya seperti gua. Ini menyukarkan keadaan bagi industri burung walit.
.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa kerajaan negeri mahu industri sarang burung walit dibangunkan secara terkawal mengikut undang-undang yang ada.
Len Talif berkata, kira-kira 100 lesen diluluskan daripada antara 600 hingga 700 permohonan yang diterima sejak Mei lalu.
.
"Kebanyakan lesen diluluskan itu melibatkan old-player (pengusaha lama) yang memenuhi syarat. Selebihnya ditolak kerana premis burung itu terletak di kawasan bandar," kata Len Talif kepada Bernama ketika dihubungi di pejabatnya di Kuching baru-baru ini.
.
Beliau berkata, penguatkuasaan akan tetap diteruskan sehinggalah isu itu selesai sepenuhnya.
.
BURUNG ini mampu memberi pulangan yang sangat lumayan kepada pengusahanya.
.
Sumber industri melihat pemberian lesen sebagai perkembangan yang positif. Jika dibandingkan dengan keadaan sebelum Mei lalu, hanya dua daripada lebih 1,500 premis burung walit di negeri itu mempunyai lesen.
.
Pemberian lesen oleh Jabatan Hutan dan Kontroler Hidupan Liar Sarawak melibatkan pedagang sarang burung dari Mukah, Bintulu, Kuching, Kota Samarahan dan Sarikei. Ia meliputi kawasan pertanian yang telah dikenal pasti.
Pengusaha juga perlu mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta pihak berkuasa tempatan.
.
Satu berita baik adalah kerajaan negeri juga akan membina tiga taman eko (eco-park) burung walit di Mukah, Sarikei dan Bintulu untuk dijual atau disewakan kepada pihak yang berminat.
.
Kelonggaran untuk beroperasi
.
Namun kesangsian terhadap jaminan burung akan singgah dan bersarang di taman eko yang dibina, selain faktor birokrasi, menyebabkan sebilangan besar pemilik rumah burung mahu kerajaan negeri memberi kelonggaran beroperasi di premis sedia ada.
.
Mereka juga berharap kerajaan negeri mengguna pakai garis panduan penternakan seperti Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) Burung Walit, yang membolehkan pedagang sarang burung walit di Semenanjung membina premis burung di kawasan bandar.
.
SARANG burung walit yang telah dikumpul perlu diproses sebelum boleh dijual.
"Kami akan ikut garis panduan ini," kata pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Sarikei, Wong Hua Ting.
.
'Permintaan' itu nyata menimbulkan situasi bertentangan antara pihak kerajaan negeri yang bertegas premis burung walit hanya boleh dibina di tanah pertanian atau taman eko yang disediakan.
.
Keadaan itu pasti akan menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat. Terutama apabila terdapat hujah mengenai ancaman penyakit yang melibatkan spesies burung itu.
.
Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan daripada lebih daripada 5,000 ujian dilakukan, spesies burung walit didapati bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam.
.
PELESENAN yang sistematik perlu bagi memangkin pembangunan industri ini.
.
Pendaftaran dengan JPV
.
JPV adalah agensi peneraju industri burung walit negara sejak status itu diputuskan oleh Kabinet pada April lalu. JPV sedang menyiapkan garis panduan penternakan burung walit yang akan dibawa ke perhatian Jawatankuasa Pemandu Mengenai Industri Walit Negara pada 14 Disember ini.
.
Garis panduan yang dikenali sebagai 1GP itu mewajibkan setiap premis burung walit didaftarkan dengan JPV. Namun sebelum garis panduan itu diterima pakai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini, ia akan dibawa ke perhatian Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka pada Mac depan.
.
"Garis panduan ini akan menjadi standard untuk semua PBT. Ia akan membantu para pedagang dan pemilik rumah burung untuk menceburi bidang ini dengan lebih teratur," kata Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung walit, Datuk Beh Heng Seong.
.
Tiada lagi rampasan
.
Mengenai garis panduan itu, Len Talif berkata kerajaan negeri Sarawak akan menerima garis panduan tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan ordinan negeri yang akan terus dikuatkuasakan.
.
Difahamkan juga bahawa operasi penguatkuasaan di Sarawak tidak lagi akan merampas sarang burung. Sebaliknya, kompaun dikenakan manakala peralatan berkaitan akan dirampas. Ia bagi mengelakkan berlakunya populasi burung bersarang di bangunan berdekatan.
.
Perkembangan itu dilihat sebagai indikasi positif dalam cara penguatkuasaan dilakukan. Namun ia bukanlah lesen untuk semua pihak terus membina premis burung tanpa kelulusan sah.
.
Apa yang pasti, hasrat kerajaan untuk mempunyai 100,000 ladang burung walit dengan pengeluaran 500 tan sarang burung setahun bernilai RM5 bilion menjelang 2020 tidak akan menjadi kenyataan, selagi isu pelesenan tidak diselesaikan segera.
.
Kerjasama semua pihak termasuk agensi berkaitan, kerajaan negeri dan pedagang sarang burung perlu untuk menjayakannya. Itu pun jika negara mahu menjadi pengeluar utama sarang burung walit, setanding dengan Indonesia dan Thailand. -Kosmo online

Friday, November 27, 2009

Ketagih duit lama

Oleh Hafizah Iszahanid
.
.
Tawaran RM1.2 juta untuk sekeping wang keluaran 1911 yang memiliki nombor siri A000001 sangat berbaloi.
.
BERAPAKAH jumlah yang anda sanggup bayar untuk memiliki sekeping wang tinggalan zaman pentadbiran Negeri-Negeri Selat? RM10 atau RM100?
.
Bagaimana kalau harganya mencecah RM1.2 juta? Bagi kebanyakan kita, nilai sebegitu tinggi tidak munasabah. Bagaimanapun, bagi pengumpul wang lama, kepuasan melengkapkan koleksi lebih diutamakan. Justeru, RM1.2 juta untuk sekeping wang keluaran 1911 yang memiliki nombor siri A000001 sangat berbaloi.
.
Minat mengumpul wang kertas dan duit syiling lama semakin subur di Malaysia berbanding sekitar 1990an atau 1980an. Disebabkan sudah ramai pengumpul, mendapatkan koleksi wang juga semakin sukar. Harganya juga meningkat setanding nilai mata wang semasa.
.
Bagi pengumpul di Malaysia melengkapkan koleksi wang tempatan, termasuk Brunei dan Borneo ketika zaman penjajahan Inggeris hingga kini adalah satu kemestian. Dari situ, mereka akan melebarkan koleksi kepada wang negara lain, misalnya mata wang Eropah zaman sebelum pengenalan Euro.
.
Tidak kurang juga yang mengumpul wang negara bermasalah seperti Afghanistan dan Iraq selain negara miskin seperti Uganda atau Brazil kerana kos untuk memilikinya sangat murah. Pengumpul mata wang, Lawrence de Souza, berkata sebelum merdeka, Malaysia atau Tanah Melayu menggunakan mata wang Dolar dan ia turut digunakan di British Borneo merangkumi Sabah, Brunei dan Sarawak.
.
Justeru, kata de Souza, melengkapkan koleksi mata wang dolar bermula 1901 hingga 1967 adalah antara impian besar pengumpul mata wang.
.
Pada 1901 hingga 1910, Tanah Melayu menggunakan mata wang dengan imej Raja Edward Ketujuh. Ia kemudian bertukar kepada dolar dengan gambar George V (1910-1936), George VI (1936-1952) dan Ratu Elizabeth (1952-1967).
.
“Pada 1967 Malaysia memperkenalkan mata wang dikenali sebagai Siri Parlimen dan ia kekal hingga 1988. Ketika itu, Malaysia memiliki wang kertas bernilai RM1,000 yang ditulis sebagai “saribu”,” katanya. Kata de Souza, nilai sekeping wang saribu yang berkeadaan baik dan nombor siri menarik boleh mencecah hingga RM50,000.
.
Bagaimanapun, dalam koleksi wang kertas lama Malaysia, wang dengan nilai saribu itu paling susah ditemui. Jika adapun, pemiliknya tidak akan menjualkannya kerana nilai sentimental yang ada pada wang itu.
.
Sebenarnya, dalam menilai kegilaan mengumpul wang lama, nilai muka tidak penting. Harga ditawar berdasarkan keadaan atau kualiti duit, tahun dikeluarkan dan nombor siri duit berkenaan. Wang kertas RM2 yang berkeadaan baik, misalnya boleh mencecah hingga ratusan ringgit. Apatah lagi jika ia edisi khas, misalnya 10 keping RM2 yang tidak dipotong.
.
Selain wang era Siri Parlimen, wang zaman Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu juga adalah antara yang popular. Duit syiling dan syiling peringatan juga mendapat permintaan tinggi. Duit syiling suku sen yang digunakan di Negeri-Negeri Selat, misalnya boleh mencecah hingga RM150,000.
.
Selain keunikannya, syiling ini bersepuh emas. Duit syiling setengah sen dan satu sen keluaran 1891 juga boleh mencecah nilai sama. “Ada banyak sebab orang mengumpul wang lama. Mungkin keasyikan melengkapkan koleksi atau mungkin bermula dengan suka-suka tetapi akhirnya ketagih,” katanya.
.
Bagi de Souza, dia mula mengumpul wang lama sejak remaja tetapi minatnya semakin bertambah apabila bertugas di bank komersial. Hari ini sebagai pesara bank, dia memiliki banyak koleksi wang lama terutama pada era pemerintahan Inggeris.
.
“Mengumpulkan wang lama pada hari ini tidak lagi seperti dulu kerana dulu jumlah pengumpul sedikit, manakala wang lama yang ada di pasaran banyak. Hari ini sebaliknya,” katanya. Selain membeli di kedai menjual mata wang lama, de Souza melengkapkan koleksinya dengan menghadiri lelong wang lama yang dianjurkan Persatuan Numismatik Malaysia.
.
Ada kala, jika acara lelongan itu tidak menemukannya dengan mata wang yang dicari, de Souza seperti pengumpul wang lama akan mencarinya pada acara lelongan mata wang lama di luar negara seperti di Hong Kong. Pengumpul mata wang dengan modal besar pula boleh mendapatkan mata wang yang dikehendaki dengan membelinya melalui ejen mata wang yang berkhidmat secara bebas. Mereka biasanya warga asing yang mahir dalam selok belok urusan mata wang.
.
Walaupun dianggap sebagai hobi yang mahal bagi sesetengah orang, hobi mengumpul mata wang lama sebenarnya banyak bergantung kepada keadaan kewangan individu. Ini kerana walaupun ada wang lama yang boleh mencecah nilai hingga ratusan dan jutaan ringgit, ada juga wang yang boleh dibeli pada harga RM3 saja. Lebih istimewa, seni pembuatan wang itu sendiri berbeza walaupun datang dari negara sama selaras dengan perkembangan budaya dan kemajuan negara berkenaan.
.
Sesebuah negara, misalnya menukar mata wang yang digunakan lebih daripada sekali dalam masa 10 tahun. Semua ini dilakukan bagi memantapkan lagi mekanisme keselamatannya, selain perkembangan semasa yang menuntutnya berbuat demikian. Banjir naikkan nilai syiling 10 sen APA yang membuatkan sekeping wang lama boleh mencecah hingga ratusan ringgit?
.
Pengumpul dan pekerja kedai menjual mata wang lama, Tan Meng Fong, berkata antara faktor yang membuatkan wang lama bernilai tinggi ialah keadaannya yang masih baik, tidak berlipat, jauh sekali terkoyak.
.
“Ada juga wang lama sedikit terjejas, misalnya berlipat tetapi hanya satu lipatan. Dengan satu lipatan pun, ia berupaya menurunkan nilainya,” katanya. Kata Tan, satu lipatan pada wang boleh menjejaskan sehingga 50 peratus nilainya. Justeru, harganya akan terus menurun jika wang itu memiliki dua atau tiga lipatan.
.
“Pengumpul jarang memilih wang yang dilipat lebih dari sekali melainkan ia benar-benar sukar diperoleh. Namun, harganya tidak semahal harga wang sama tetapi masih elok,” katanya. Selain kualiti, wang yang dihasilkan dalam jumlah yang terhad juga melonjakkan harga.
.
Misalnya, duit syiling keluaran 1971 memiliki nilai tinggi di kalangan pengumpul kerana ditempa di Jerman Barat. Duit syiling itu adalah duit syiling Malaysia yang terakhir ditempa di luar negara. Pada tahun sama, sebahagian duit syiling ditempa di kilang wang Bank Negara Malaysia di Shah Alam. Bagaimanapun, penempaannya terhad kepada syiling 10 sen saja.
.
Banjir besar yang melanda Selangor dan Kuala Lumpur menjejaskan operasi penempaan apabila limpahan banjir masuk ke dalam mesin pencetak. Kejadian itu menyebabkan hanya 32,000 keping sempat ditempa. Jumlah yang sedikit melonjakkan permintaannya. Kata Tan, sekeping duit syiling 10 sen yang dikeluarkan pada 1971 boleh mencecah harga RM2,500.
.
“Syiling peringatan juga memiliki peminat tersendiri. Lebih ramai peminat, lebih tinggi nilainya. Wang syiling peringatan RM5 boleh bernilai RM1,800,” katanya. Faktor sukar diperoleh juga meningkatkan nilai wang berkenaan. Bagi wang kertas Malaysia atau Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat, keluaran terhad menyumbang kepada nilainya.
.
Adakala edisi wang terhad disebabkan perkhidmatan Gabenor Bank Negara yang singkat melonjakkan harga wang lama. Misalnya, untuk 1981 hingga 1984, Bank Negara Malaysia diterajui Tan Sri Aziz Taha. Dalam tempoh tiga tahun menjadi Gabenor Bank Negara, Aziz menandatangani dua siri wang kertas Malaysia (siri 4 dan siri 5).
.
Faktor ini menjadikan nilai wang kertas pada era Aziz sangat mahal. Apatah lagi jika wang itu memiliki nombor siri berturutan atau berlaku kesilapan pencetakan pada permukaannya. Wang dengan nombor siri yang tersusun cantik juga sangat mahal. Untuk sekeping wang kertas RM50 era Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Don misalnya, ia boleh mencecah hingga RM1,000.
.
Wang dengan nombor siri bersusun, tiga, lapan dan sembilan mencecah RM1,000 sekeping, manakala wang dengan nombor siri BB888888 boleh mencecah 10,000. Namun, urutan siri nombor empat tidak popular di kalangan pengumpul bangsa Cina. Ia hanya dibeli pengumpul Melayu atau India. Nilainya pula berlegar sekitar RM400 saja.
.
Nilai wang lama juga dipengaruhi oleh nilai mata wang semasa negara berkenaan. Sebagai contoh, wang kertas lama negara seperti Britain dan New Zealand serta wang negara Eropah sangat tinggi nilainya berbanding wang kertas dari Iraq atau Afghanistan.
.
Satu set wang Jerman sebelum pengenalan Euro boleh mencecah hingga RM12,000, manakala wang kertas era Saddam Hussein atau wang kertas era Taliban boleh dibeli pada harga RM3 saja. Termasuk dalam kategori wang murah ini ialah wang kertas Kemboja keluaran 1972, wang Brazil keluaran 1980 dan mata wang Guyana dari 1966-1992. -Berita Harian Online

Friday, October 23, 2009

Vermikompos tingkat kesuburan tanah

Sumber : Jabatan Pertanian
.
VERMIKOMPOS merupakan baja kompos yang terbentuk hasil daripada pemeliharaan cacing dalam kompos.
.
Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput, dan lain-lain sisa bahan tanaman.
.
Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrien yang sangat sesuai untuk tanaman.
.
Selain itu, ia juga membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.
.
Cara membuat vermikompos
.
a. Bahan-bahan
.
i. Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput.
ii. Najis haiwan (tahi lembut) atau tahi ayam)
iii. Cacing merah (cacing kompos)
.
b. Cara membuat
.
i. Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas.
.
ii. Masukkan 300 kilogram (kg) jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam tapak kompos dan gaulkan.
.
iii. Masukkan empat kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni
.
iv. Lakukan penyiraman setiap dua hari sekali supaya campuran sentiasa dalam keadaan lembap.
.
v. Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah dilakukan bagi memastikan cacing berada dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti tikus, semut dan burung.
.
vi. Hasil vermikompos boleh diambil dalam masa sebulan.
.
Pengutipan hasil
.
Vermikompos boleh dituai selepas tiga atau mepat bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman bari ditempatkan di sebelahnya.
.
Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.
.
Kebaikan vermikompos
.
i. Memperbaiki struktur tanah
ii. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.
iii. Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.
vi. Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.

Monday, October 05, 2009

Penanam roselle intai kejayaan

Oleh LAUPA JUNUS
.
MUNGKIN terlalu awal untuk menjangka keputusannya untuk menceburkan diri dalam pertanian, khususnya penanaman roselle menjanjikan kejayaan.
.
Namun bagi anak muda berasal dari Kuala Perlis ini, sejumlah 2, 000 pokok roselle yang ditanam di kawasan seluas 0.8 hektar bagaikan menjanjikan harapan baru kepadanya.
.
Abdul Kadir Abdul Halim, 38, menerusi syarikatnya Impian Serasi mahu membuktikan bahawa tapak penanaman roselle di Kundang, Serendah, Selangor itu bakal sebagai titik tolak kepada usahanya mencebur bidang pertanian.
.
Menurut Abdul Kadir, Jabatan Pertanian pada mulanya memberikan dia pilihan sama ada mahu menanam roselle, bunga kantan, limau nipis atau ulam tetapi roselle dipilih.
.
Berbekalkan modal sebanyak RM30,000 dan tanah yang disewa itu, menuntut beliau memerah keringat dan memaksa tulang empat keratnya dikerah bagi membuktikan minatnya boleh membawa keuntungan berbaloi.
.
Abdul Kadir memilih kawasan tersebut kerana ia sesuai dengan tanaman roselle yang memerlukan tanah berpasir.
.
''Saya menjangka lapan tan buah roselle dapat dihasilkan daripada 2,000 pokok yang ditanam ini," katanya semasa ditemui di ladangnya yang baru berusia setahun jagung itu.
.
Beliau menganggarkan satu pokok mampu menghasilkan empat kilogram (kg) buah roselle yang boleh dipetik selepas tiga bulan ditanam.
.
Empat pekerja membantunya melakukan kerja-kerja termasuk menyiram dan memetik hasil.
.
''Bagi roselle, air amat penting," ujarnya sambil menambah kawasan di tepi tasik itu banyak membantunya.
.
Pokok roselle, katanya, mampu mengeluarkan hasil tanpa putus selama enam bulan selepas ditanam dan rosak selepas dua tahun.
.
Ketika ini, beliau mampu mengeluarkan 100 kilogram buah roselle yang dijual kepada Sabdariffa Enterprise, salah sebuah syarikat yang mengeluarkan banyak produk roselle.
.
Syarikat terbabit membeli antara 50 dan 100 kg buah telah diproses atau dibuang biji pada harga RM3.50.
.
Dengan sokongan kerajaan, Abdul Kadir bernasib baik kerana tanaman roselle disenaraikan dalam Kumpulan Produk baru dan Industri Masa Hadapan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3). -Utusan online

Wednesday, September 16, 2009

Remaja dan keusahawanan

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS
.
LIMPAHAN kemakmuran ekonomi negara berhasil meningkatkan taraf hidup serta kuasa beli rakyat. Hal ini seterusnya mewujudkan banyak peluang perniagaan dan keusahawanan ke arah memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
.
Namun persoalannya sejauh mana keterlibatan umat Islam dalam kegiatan ekonomi negara mahupun global dalam penghasilan produk atau perkhidmatan serta rangkaian pengedarannya?
.
Kini, umat Islam masih lagi menjadi umat pengguna terhadap barangan yang dikeluarkan oleh orang lain atau negara luar, terutamanya dari Barat.
.
Justeru, umat Islam khasnya remaja Muslim seharusnya mengorak langkah untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan agar barangan keperluan umat Islam dapat dihasilkan sendiri di samping hak pengguna Islam akan sentiasa terbela.
.
Keusahawanan menurut perspektif Islam
.
Hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: “Sembilan daripada 10 rezeki datang daripada perniagaan”.
.
Hadis ini menunjukkan bahawa bidang keusahawanan dan perniagaan sememangnya merupakan pintu rezeki yang utama.
.
Keusahawanan dan perniagaan dalam Islam mengambil kira tujuan hidup seorang Muslim iaitu berusaha ke arah mendapat keredaan Allah melalui kegiatan perniagaan yang berpandukan kepada syariah dan etika perniagaan yang digariskan.
.
Seseorang usahawan Muslim itu tidak hanya bermatlamat untuk mendapat keuntungan semata-mata. Sebaliknya, perusahaan atau perniagaannya itu merupakan alat baginya ke arah menambah amal kebaikannya secara individu, membawa kesejahteraan kepada umat secara keseluruhannya, serta menjadi medium usaha dakwah melalui muamalah seharian yang dijalankan.
.
Keusahawanan dalam bidang khusus membantu memenuhi tuntutan fardu kifayah di kalangan masyarakat, contohnya mereka yang mengusahakan ladang penternakan dapat memenuhi keperluan sumber makanan masyarakat setempat.
.
Keusahawanan dalam industri asas tani serta pemprosesan makanan halal juga menjadi semakin penting dalam usaha negara mendepani krisis bekalan makanan global yang kian meruncing.
.
Takrif kejayaan usahawan Muslim
.
Takrif kejayaan bagi seseorang usahawan Muslim tidak hanya diukur daripada keuntungan bersih atau aliran tunai yang dimiliki, tetapi juga meliputi nilai takwa dan ihsan yang dimiliki.
.
Sifat takwa seseorang usahawan Muslim itu menjadikannya berhati-hati dalam menjalankan perniagaannya agar tidak melanggari batas syarak yang ditetapkan. Perkara halal haram dipatuhi manakala perkara syubhah pula dirujukkan kepada ulama yang arif demi mendapatkan panduan.
.
Takwa yang dimiliki juga melahirkan sifat jujur dan amanah serta tidak melakukan penipuan demi mendapatkan keuntungan. Apatah lagi riba dan rasuah amat dijauhi kerana amat jelas bahawa perkara-perkara tersebut dilarang oleh Islam.
.
Sifat ihsan seseorang usahawan Muslim itu pula menjadikannya rasa belas kasihan terhadap golongan yang kurang berkemampuan seperti fakir miskin. Amalan bersedekah terhadap golongan tersebut dimanifestasikan dalam pelbagai cara yang mampu dilaksanakan, seperti menambahkan timbangan, mengurangkan harga dan sebagainya.
.
Sifat ihsan juga menjadikan seseorang Muslim itu tidak berasa kikir dengan kekayaan yang dimiliki. Sebahagian harta yang dimiliki dikembalikan semula kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk seperti zakat, sedekah dan lain-lain.
.
Usahawan Muslim yang sejati juga mampu bersaing secara sihat serta menjauhi perasaan hasad dengki atau dendam. Kegiatan sabotaj terhadap pesaing seperti penyebaran fitnah, penggunaan ilmu hitam atau pengupahan samseng perlulah dijauhi kerana ia adalah amat tidak adil terhadap pesaing dan mengakibatkan penzaliman terhadap mereka.
.
Penganiayaan yang dilakukan boleh menyebabkan hilangnya keberkatan dalam rezeki yang diperoleh. Secara luarannya mungkin kita berjaya mengumpul harta kekayaan, namun secara dalamannya mungkin hidup kita sentiasa dalam keadaan tertekan dan sulit walaupun dengan harta yang melimpah ruah.
.
Justeru usahawan Muslim perlu memastikan bahawa mereka sentiasa mematuhi etika perniagaan yang berlandaskan hukum syarak agar rezeki kekayaan yang dicapai mempunyai keberkatannya serta membawa diri semakin dekat dengan Allah Yang Maha Pengasih.
.
Keusahawanan sebagai kerjayaSememangnya tidak ramai di kalangan remaja yang baru menamatkan pengajian memilih untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan. Kekurangan modal, minat, pengalaman mahupun sumber merupakan antara faktor utama remaja cenderung untuk bekerja makan gaji berbanding menjadi seorang usahawan atau peniaga.
.
Namun dalam jangka panjang, bidang keusahawanan dan perniagaan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan andainya dijalankan secara gigih dan bijaksana.
.
Rezeki Allah ada di mana-mana dan tugas kita sebagai hamba Allah adalah dengan berusaha secara gigih tanpa mengenal putus asa di samping sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki yang halal lagi berkat.
.
Kini pihak kerajaan dan swasta giat menawarkan bantuan modal, kepakaran, latihan dan subsidi kepada mereka yang berminat untuk bergiat secara serius dalam bidang usahawan atau perniagaan yang ingin diterokai.
.
Apabila keusahawanan dan perniagaan dijadikan salah satu kerjaya pilihan di kalangan remaja, maka hal ini turut membantu mengurangkan kebergantungan graduan terhadap pasaran kerjaya yang semakin mencabar.
.
Malahan melalui organisasi keusahawanan yang ditubuhkan, remaja juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk insan lain dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat.
.
Kekayaan yang diperoleh melalui aktiviti keusahawanan dan perniagaan tersebut seterusnya dapat disumbangkan ke arah kebajikan dan sosial masyarakat sama ada dalam bentuk zakat, sedekah, biasiswa pengajian atau wakaf.
.
Justeru remaja perlu didedahkan dengan ilmu serta pengalaman kegiatan keusahawanan sejak usia persekolahan agar timbul minat serta keberanian untuk meneroka bidang keusahawanan setelah tamat pengajian kelak.
.
Kesimpulan
.
Remaja sebagai golongan muda yang mempunyai upaya fizikal dan mental yang hebat, seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan.
.
Dengan usaha yang gigih serta etika perniagaan yang berlandaskan Islam, remaja mampu muncul sebagai usahawan Muslim berjaya yang dapat meningkatkan taraf ekonomi umat secara keseluruhannya.
.
Keusahawanan dan perniagaan bukan hanya berperanan sebagai alat dalam mendapatkan keuntungan dunia semata-mata tetapi juga dalam menyediakan bekalan amal soleh di akhirat kelak. -Utusan online

Thursday, September 10, 2009

Blog niaga suri rumah

Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN
.

.
Menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga.
.
TANGGUNGJAWAB sebagai seorang isteri dan ibu memerlukan kebijaksanaan dalam pembahagian masa dan komitmen, terutamanya bagi golongan yang bekerja.
.
Jika dahulu, ibu yang tidak bekerja digelar suri rumah sepenuh masa dan lazimnya bergantung pada sumber kewangan suami. Tetapi kini, menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga. Terima kasih kepada dunia Internet yang penuh dengan 1001 peluang untuk menambah pendapatan.
.
Bagi Sabariah Mohd Norahim, 31, meninggalkan profesion sebagai jurutera rangkaian komputer di sebuah syarikat multinasional terkemuka di tanah air bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat.
.
Namun keutamaan terhadap keluarga dan keinginan untuk melihat anak membesar di hadapan mata sendiri membuatkan Sabariah tekad meninggalkan dunia pekerjaan itu.
.
"Sebelum saya buat keputusan untuk berhenti kerja, pelbagai kajian telah saya jalankan tentang wanita yang bekerja dari rumah. Ini termasuklah produk-produk dan perkhidmatan yang lazim ditawarkan dan cara mereka menjalankan perniagaan," jelas Sabariah.
.
Menggunakan perkhidmatan blog percuma daripada Blogspot.com sebagai platform perniagaan, Sabariah mula membangunkan blog niaga itu sejak Januari 2008 secara sambilan ketika masih lagi bekerja. Blog yang diberi nama Pikoshop ini boleh diakses melalui http://pikoshop.blogspot.com/.
.
Antara produk yang ditawarkan adalah tudung De Zahra dan produk penjagaan badan Victoria Secret. Jelas Sabariah lagi, menjelang musim perayaan, permintaan terhadap produk jualannya meningkat berbanding dengan hari-hari biasa.
.
Selain itu katanya, permintaan turut bertambah pada musim cuti sekolah kerana ramai yang mahukan produk itu untuk dijadikan hantaran perkahwinan.

Seorang lagi ibu, Salha Md. Zain, 28, turut menjalankan perniagaan secara dalam talian dari rumah. Blog niaga miliknya, Salhazain.com telah beroperasi sejak tahun lalu. Dibangunkan hasil bantuan suaminya yang bertugas di sebuah agensi kerajaan, Salhazain.com menggunakan WordPress sebagai enjin blognya.
.
Produk utama yang ditawarkan ialah korset wanita keluaran Hai-O Marketing. Blog niaga itu turut menawarkan aneka kuih raya bersempena ketibaan Syawal tidak berapa lama lagi. Namun, bukan hanya pada Hari Raya Aidilfitri, kuih raya Salha turut mendapat permintaan sewaktu perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baru Cina dan Deepavali.
.
Jualan kuih raya menerusi Salhazain.com itu secara tidak langsung membantu ibunya yang sudah lebih 20 tahun berniaga kuih raya di Johor Bahru.
.
Menggunakan kaedah Online Banking sebagai kaedah pembayaran, Salha berpendapat kaedah itu sebenarnya memerlukan kredibiliti penjual, selain kepercayaan antara kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.
.
Menurut Salha lagi, pendapatan hasil jualan kuih rayanya boleh mencecah sehingga RM4,000 sebulan berdasarkan jualan tahun lalu. Jualan korsetnya pula mampu mencecah sehingga RM7,000.
.
Wan Rohani Wan Ismail, 30, berkongsi sebab yang sama dengan Sabariah kenapa dia bekerja dari rumah secara sepenuh masa. Sebenarnya, dia pernah bertugas sebagai pegawai teknologi maklumat di salah sebuah badan berkanun dan pernah menjadi jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi.
.
"Anak-anak menjadi punca utama mengapa saya tekad untuk berhenti kerja sebagai jurutera pada April 2008 dan memulakan karier sendiri sebagai perunding insurans Takaful.
.
"Saya berjinak-jinak dengan perniagaan online sekadar untuk memenuhi masa terluang ketika berada di rumah. Akhirnya ia bertukar menjadi serius apabila saya mendapat permintaan daripada pelanggan. Pendapatannya juga agak memberangsangkan," ujarnya.
.
Blog niaga itu dibangunkan secara rasmi pada tahun 2009 semasa dia sedang sarat mengandung anak ketiga. Pada ketika itu, Wan Rohani banyak menghabiskan masa di rumah. Dia kemudiannya terfikir untuk meraih pendapatan sampingan, selain menjadi perunding insurans Takaful.
.
Blog milik Wan Rohani yang beralamat di http://comellotecollection.blogspot.com/ itu menawarkan pelbagai jenis pakaian kanak-kanak termasuk kasut.
.
Sungguhpun masih baru dalam dunia perniagaan Internet, dia mampu meraih lebih RM1,000 sebulan.
.
Bagi pemilik blog niaga Dechaqner, Liyana Zainal, 28, biarpun perniagaan itu baru dibangunkan beberapa bulan yang lalu secara sambilan, ia terbukti mampu menjana pendapatan tambahan. Menjadikan coklat sebagai produk jualan utama, Liyana mengusahakan pembuatan coklat itu bersendirian. -Kosmo Online

Wednesday, September 09, 2009

Closely Watched Buffett Recalculating His Bets

by Graham Bowley
Tuesday, September 8, 2009
.
Warren E. Buffett has two cardinal rules of investing.
.
Rule No. 1: Never lose money.
Rule No. 2: Never forget Rule No. 1.
.
Well, a lot of old rules got trashed when the financial crisis struck -- even for the Oracle of Omaha.

At 79, Mr. Buffett is coming off the worst year of his long, storied career. On paper, he personally lost an estimated $25 billion in the financial panic of 2008, enough to cost him his title as the world's richest man. (His friend and sometime bridge partner, Bill Gates, now holds that honor, according to Forbes.)
.
And yet few people on or off Wall Street have capitalized on this crisis as deftly as Mr. Buffett. After counseling Washington to rescue the nation's financial industry and publicly urging Americans to buy stocks as the markets reeled, in he swooped.
.
Mr. Buffett positioned himself to profit from the market mayhem -- as well as all those taxpayer-financed bailouts -- and thus secure his legacy as one of the greatest investors of all time.
.
When so many others were running scared last autumn, Mr. Buffett invested billions in Goldman Sachs -- and got a far better deal than Washington. He then staked billions more on General Electric. While taxpayers never bailed out Mr. Buffett, they did bail out some of his stock picks. Goldman, American Express, Bank of America, Wells Fargo, U.S. Bancorp -- all of them got public bailouts that ultimately benefited private shareholders like Mr. Buffett.
.
If Mr. Buffett picked well -- and, so far, it looks as if he did -- his payoff could be enormous. But now, only a year after the crisis struck, he seems to be worrying that the broader stock market might falter again. After boldly buying when so many were selling assets, his conglomerate, Berkshire Hathaway, is pulling back, buying fewer stocks while investing in corporate and government debt. And Mr. Buffett is warning that the economy, though on the mend, remains deeply troubled.
.
"We are not out of problems yet," Mr. Buffett said last week in an interview, in which he reflected on the lessons of the last 12 months. "We have got to get the sputtering economy back so it is functioning as it should be."
.
Still, Mr. Buffett hardly sounded shellshocked in the wake of what he once called the financial equivalent of Pearl Harbor. (An estimated net worth of $37 billion would be a balm to anyone's psyche.)
.
"It has been an incredibly interesting period in the last year and a half. Just the drama," Mr. Buffett said. "Watching the movie has been fun, and occasionally participating has been fun too, though not in what it has done to people's lives."
.
Investors big and small hang on Mr. Buffett's pronouncements, and with good reason: if you had invested $1,000 in the stock of Berkshire in 1965, you would have amassed millions of dollars by 2007.
.
Despite that formidable record, the financial crisis dealt him a stinging blow. While he has not changed his value-oriented approach to investing -- he says he likes to buy quality merchandise, whether socks or stocks, at bargain prices -- Buffettologists wonder what will define the final chapters of his celebrated career.
.
In doubt, too, is the future of a post-Buffett Berkshire. The sprawling company, whose primary business is insurance, lost about a fifth of its market value during the last year, roughly as much as the broader stock market. While Berkshire remains a corporate bastion, it lost $1.53 billion during the first quarter, then its top-flight credit rating. It returned to profit during the second quarter.
.
Time is short. While he has no immediate plans to retire, Mr. Buffett is believed to be grooming several possible successors, notably David L. Sokol, chairman of MidAmerican Energy Holdings at Berkshire and also chairman of NetJets, the private jet company owned by Berkshire.
.
After searching in vain for good investments during the bull market years, Mr. Buffett used last year's rout to make investments that could sow the seeds of future profits.
.
Justin Fuller, author of the blog Buffettologist and a partner at Midway Capital Research and Management, said the events of the last year, while painful for many, provided Mr. Buffett with the opportunity he had been waiting for.
.
"He put a ton of capital to work," Mr. Fuller said. "The crisis gave him the ability to put one last and lasting impression on Berkshire Hathaway."
.
For the moment, however, Mr. Buffett seems to be retrenching a bit. Like so many people, he was blindsided by the blowup in the housing market and the recession that followed, which hammered his holdings of financial and consumer-related companies. He readily concedes he made his share of mistakes.
.
Among his blunders: investing in an energy company around the time oil prices peaked, and in two Irish banks even as that country's financial system trembled.
Mr. Buffett declined to predict the short-run course of the stock market. But corporate data from Berkshire shows his company was selling more stocks than it was buying by the end of the second quarter, according to Bloomberg News.
.
Its spending on stocks fell to the lowest level in more than five years, although the company is still deftly picking up shares in some companies and buying corporate and government debt.
.
Among the stocks Mr. Buffett has been selling lately is Moody's, the granddaddy of the much-maligned credit ratings industry. Berkshire, Moody's largest shareholder, said last week that it had reduced its stake by 2 percent.
.
The shift in Berkshire's investments suggests Mr. Buffett is starting to worry, said Alice Schroeder, the author of "The Snowball," a biography of Mr. Buffett.
.
But Ms. Schroeder said Mr. Buffett was also growing anxious about how he would be remembered. He wants to remain relevant in the twilight of his career, she said, and is taking a more prominent role on the public stage. That shift means ordinary investors are getting a chance to hear more of his sage advice, but it also carries some risk.
.
"Before, he always made sure to dole out the wisdom with an eyedropper," Ms. Schroeder said. In the past, Mr. Buffett "said it was a mistake to believe that if you are an expert in one area that people will listen to you in others," she said.
.
Whatever his recent missteps, many people, from President Obama down, listen to what Mr. Buffett has to say. He is important in his own right as a billionaire businessman but also because millions of ordinary investors follow his homespun aphorisms, copy his investing strategies and await his pronouncements on the markets.
.
Mr. Buffett refused to be drawn out on where stocks are headed, but he warned about the dangers of investing with borrowed money, or leverage, which proved disastrous when the crisis hit.
.
As for regrets, he has a few. His timing was bad, he concedes. He should have sold stocks sooner, before the markets tumbled. Then he served up a Buffettism that any investor might heed:
.
Asked if anything was keeping him awake at night, he said there was not. "If it's going to keep me awake at night," Mr. Buffett said, "I am not going to go there." - The New York Times

Tuesday, September 08, 2009

Aristokrat ke dunia MLM

Oleh TENGKU KHALIDAH BIDIN
ent_editor@kosmo.com.my
.

JIWA diinspirasikan oleh Tengku Intan untuk mendekati masyarakat.


.
MELALUI zaman kecil, membesar dan dewasa sebagai anakanda kepada Pemerintah negeri, sedikit pun tidak pernah melekakan lelaki yang satu ini.
Sebaliknya setiap masa dan ketika, beliau cuba untuk terus mendekati masyarakat, meladeni kehidupan mereka tanpa sedikitpun rasa janggal dan terasing.
.
Kehidupan di istana besar yang serba mewah, terjaga dengan protokol tidak pernah dijadikan sebagai benteng yang menyekat untuk beliau terus akrab dengan
rakyat biasa.
.
"Selalulah melihat dunia dari mata burung, bukan dari bawah tempurung. Percayalah, hanya dengan itu, kita akan sentiasa memahami apa masalah dan penderitaan orang lain," demikian tutur lelaki segak berkulit kuning langsat dan tinggi lampai itu memulakan bicara.
.
Dalam nada penuh sopan, lembut dan menghargai lawan bicaranya, beliau bercakap dengan penuh yakin dan mendorong.
.
Bicaranya terus mereneh dan bersambung: "Kemewahan atau kehebatan individu tidak akan bermakna kalau kita melupakan golongan yang memerlukan.
.
"Perlu ada keseimbangan dalam kehidupan dan saya tidak pernah melihat status bangsawan sebagai benteng yang memisahkan kehidupan saya dengan masyarakat luar yang lain," jelas Tengku Datuk Sri Kamarul Zaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar.
.
Beliau merupakan putera kepada Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Sultan yang pernah mentadbir negeri Pahang Darul Makmur. Adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Sir Abu Bakar yang mesra dengan panggilan Tengku Intan itu berkongsi cerita terbarunya dengan Kosmo!.
.
Beliau baru sahaja menubuhkan satu bisnes yang barangkali tidak pernah terfikir untuk diceburi oleh golongan aristokrat lain.
.
Bisnes untuk orang susah
.
Dari pandangan mata kasar, dunia bisnes Multi Level Marketing (MLM) adalah dunia untuk orang-orang susah, rakyat miskin yang mahu mencari duit lebih buat menampung kehidupan harian.
.
Malah, MLM juga dilabel sebagai satu bisnes yang dicemari dengan pelbagai agenda korup, menabur janji-janji palsu yang pada akhirnya hanya akan menguntungkan pemimpin atasan yang mendaftar awal.
.
Sebaliknya, Tengku Intan tidak pernah malu untuk sama-sama mewarnai dunia bisnes MLM dan nekad untuk merobah stigma buruk terhadapnya. Menubuhkan syarikat Jiwa Realiti Sdn. Bhd., maka lahirlah produk jenama Jiwa di bawah pelaksanaan bisnes secara rangkaian yang sudah terbukti mampu mengubah kehidupan manusia biasa-biasa menjadi luar biasa.
.
Jiwa akan menjadi satu syarikat MLM bersih yang tidak berselindung di sebalik janji-janji palsu, sebaliknya berikrar untuk memberikan pendapatan yang selumayan mungkin kepada ahlinya melalui pelan pemasaran berperikemanusiaan.
.
"Jiwa adalah inspirasi saya sendiri untuk bersama-sama, erat dan dekat dengan masyarakat. Di Jiwa, keutamaan kami adalah memberi khidmat terbaik kepada masyarakat melalui bisnes rangkaian, bukan wang semata-mata.
..
"Justeru, kelahiran Jiwa bukan untuk bersaing dengan syarikat MLM mapan yang telah sedia ada, sebaliknya kami menawarkan sesuatu yang jauh lebih bagus daripada mereka kepada ahli-ahli kami.
.
"Walaupun baru setengah tahun didaftarkan, kita sudah berjaya menarik perhatian hampir 5,000 ahli untuk bersama Jiwa. Ini satu rekod yang cukup memberangsangkan," kata graduan Universiti North Wales, United Kingdom itu.
.
Dorongan
.
Apakah yang mendorong Tengku Intan menceburkan diri dalam bisnes MLM? Semuanya bertitik tolak daripada perasaan ingin membantu golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk meraih sukses dalam hidup.
.
Melalui pelbagai kajian dan penilaian yang begitu lama, beliau akhirnya akur bahawa bisnes rangkaian adalah cara terbaik untuk berkongsi ilmu bisnes yang sedikit sebanyak dipunyai sebelum ini.
.
"Saya tahu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mudah hendak memulakan bisnes. Ini kerana bisnes memerlukan modal yang besar. Jadi, satu-satunya bisnes yang tidak memerlukan modal yang besar ialah MLM.
.
"Lagi pun, saya teringat kepada kata-kata Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998 ketika negara dilanda kegawatan ekonomi. Antara bidang yang digalakkan Tun untuk diceburi oleh rakyat pada ketika itu adalah bidang MLM. Sehubungan itu, saya melihat bidang ini mempunyai satu tarikan yang tersendiri," ujar beliau.
.
Hari ini Jiwa semakin diterima ramai dan telah mula membuahkan hasil. Kemunculan beberapa kelompok pemimpin yang menjadi perintis di Jiwa membuktikannya adalah satu bisnes yang 'boleh buat duit'.
.
"Saya seronok apabila sebahagian pemimpin Jiwa sudah ada yang merasa bonus berpuluh ribu ringgit setiap bulan. Ada juga di antara mereka yang sudah mencecah ratusan ribu pendapatannya.
.
"Melihat orang seperti mereka inilah yang menguatkan lagi semangat saya untuk memberikan yang terbaik kepada ahli-ahli dan bakal ahli Jiwa," kata Tengku Intan.
.
Produk dagangan utama syarikat berkenaan adalah berteraskan kesihatan dan kecantikan. Antara yang terhangat adalah Trophic Puree, Aivonda Revitalising Cream dan Moor Airvonda Facial Bar.
.
Ke pasaran OIC
Buat masa ini, Jiwa Realiti Sdn. Bhd. (Jiwa Realiti) baru sahaja mengembangkan perniagaan ke semua negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Majlis menandatangani perjanjian antara Jiwa Realiti dan OIC World Trade (OWT) telah pun ditandatangani pada 20 April 2009 di Seri Kembangan, Selangor.
.
Jika segala-galanya menjadi kenyataan, setiap produk yang bernaung di bawah Jiwa akan dipasarkan di 57 buah negara-negara yang berpayung di bawah OIC.
.
"Sejumlah 90 peratus produk kecantikan keluaran Jiwa Realiti adalah berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan manakala 10 peratus lagi diimport dari luar negara termasuk dari Brazil.
.
"Jadi, sesuai benar kalau kita bekerjasama dengan pihak OWT bagi memasarkan produk-produk kami ke seluruh negara Islam di seluruh dunia.
.
"Inilah ko mitmen syarikat kami kepada ahli-ahli dalam mengukuhkan lagi jenama Jiwa ke pasaran dalam dan luar negara," kata Tengku Intan lagi sambil mereka yang berminat untuk berkongsi strategi terhebat yang disediakan di Jiwa.

Sunday, September 06, 2009

Rancang persediaan hari tua

Kebanyakan kawan yang sebaya dengan saya sudah empat lima tahun bersara daripada pekerjaan mereka. Ada yang telah meneruskan kehidupan dengan membuka perniagaan dan ada juga yang bergantung kepada wang pencen daripada perkhidmatan kerajaan mereka..

Tidak kurang juga yang kurang sihat menghidap kencing manis, darah tinggi, gout dan macam-macam lagi. Bagi mereka yang bekerja dengan syarikat swasta wang KWSP menjadi penyambung hidup. Ada juga yang bergantung semata-mata dengan pendapatan isteri mereka.

Walau apa pun kesimpulannya adalah dua perkara. Pertama seseorang itu memerlukan sejumlah wang yang agak banyak juga untuk meneruskan kehidupan selepas bersara.

Kedua sudah menjadi lumrah dunia apabila mencapai paras umur yang meningkat seperti 50 ke atas, seseorang itu boleh menghidap pelbagai jenis penyakit.

Sekiranya dia seorang bekas pegawai kerajaan, rawatan untuk penyakit dibiayai oleh kerajaan tetapi bagi mereka yang bukan pegawai kerajaan, kos rawatan penyakit mungkin tinggi kalau keluar masuk hospital. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang bertanggungjawab, legalah sedikit kehidupan mereka.

Menurut suatu kajian bagi penduduk Malaysia lelaki purata berumur sehingga 74 tahun tetapi 14 tahun terakhir selalunya mengalami pelbagai jenis penyakit.

Contohnya kencing manis. Penyumbang utama ialah minum berkarbonat seperti Pepsi, Coca-Cola, Root Beer dan sebagainya. Tidak kurang juga sumbangan daripada teh tarik yang hanya teh dengan gula sebenarnya. Tetapi memanglah sedap dan tidak boleh berpisah bagi sesetengah orang.

Kalau dibincangkan, berapakah jumlah wang yang cukup untuk menampung kehidupan kita selepas bersara?

Kalau hidup selama 10 tahun selepas bersara, jika ada RM1 juta sekalipun, ia bukan bernilai RM1 juta selama 10 tahun.

Kita harus ingat nilai mata wang akan merosot tahun demi tahun dan mungkin RM1 sekarang akan bernilai hanya 10 sen 10 tahun lagi. Bererti kalau seseorang itu sudah biasa dengan sesuatu taraf kehidupan mungkin kerana jawatan tingginya sebelum bersara, RM1juta kalau dibahagikan 10 tahun tidak lagi bernilai RM100 ribu setahun.

Berapa ramai di antara kita yang mempunyai simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM1 juta apabila kita bersara?

Ertinya kalau simpan di bawah daripada RM1 juta sudah tentu tidak mencukupi. Tambahan pula kalau ada anak-anak yang masih belajar di kolej atau di universiti. Kalau anak belajar di luar negara dan tidak ada biasiswa tentulah bertambah tertekan.

Oleh itu apakah yang harus dilakukan?

Bagi seseorang yang ingin bersedia akan masa tuanya, dia perlu membuat persiapan beberapa tahun sebelum bersara. Itulah sebabnya kita semua perlu membuat perancangan diri sendiri.

Kita bertungkus lumus kadang-kadang membuat perancangan untuk syarikat atau organisasi kita tetapi kita jarang sekali merancang untuk diri kita sendiri. Misalnya bila sampai umur 40 hendak jadi apa? 50 ada di mana?

Kitalah yang menentukan nasib kita.

Kalau kita tidak membuat perancangan hidup kita, nescaya kehidupan kita ibarat sepotong kayu yang hanyut di lautan, singgah di pantai di mana dipukul ombak.

Tidak ganjil kalau kita bertukar kerja lepas beberapa tahun berkhidmat dengan sesuatu badan atau syarikat demi masa depan kita dan keluarga kita. Kebanyakan anak muda yang baru bekerja tidak terfikir untuk membuat perancangan tentang masa depan mereka kerana masih seronok dengan kehidupan orang bujang.

Seseorang yang merancang masa depannya tahu apa yang hendak dicapainya. Mungkin dia tidak dapat mencapai setinggi yang dikehendakinya tetapi dia akan berusaha ke arah itu. Ertinya dia mempunyai hala tuju kehidupan. Dia juga melihat apa yang diperlukan dari segi pengalaman dan kemahiran untuk mencapai sesuatu matlamat.

Misalnya ingin menjadi usahawan bila sampai umur 40 tahun. Dia harus membuat keputusan bidang apa dan dari mana dia boleh mendapatkan maklumat tentang idamannya sama ada daripada kajiannya atau daripada berinteraksi dengan mereka yang berpengalaman.

Dia juga harus menilai kelemahan dan kekuatan dirinya. Misalnya nak jadi usahawan tapi tak tahu akaun atau menyimpan buku. Kenalah cari jalan belajar. Kalau bahasa Inggeris tak lancar kenalah belajar bahasa Inggeris. Atau ada baiknya tahu bahasa Cina, eloklah belajar bahasa Cina.

Menilai kelemahan dan kekuatan diri seseorang itu penting untuk melengkapkan persiapan mencapai sesuatu hajat itu.

Begitu juga jenis pengalaman yang diperlukan. Mestilah sanggup melabur masa untuk sesuatu jangka masa yang panjang untuk mendapatkan pengalaman. Misalnya nak jadi kontraktor elektrik yang bertauliah, tentulah perlukan pengalaman beberapa tahun.

Kemudian kita juga kena mengakui halangan-halangan atau batasan-batasan dalaman dan luaran diri kita. Mengenal pasti halangan-halangan penting untuk mencari jalan mengatasi mereka.

Kita mestilah mempunyai kehendak yang kuat untuk berjaya dalam hidup, tidak semestinya hendak kaya saja. Kalau hendak jadi ahli sufi sekalipun kena belajar bertahun-tahun. Kenalah tahu syariat, tarikat, hakikat makrifat, zat, sifat, ismak ef’el dan iman, tawakal, ilmu, akhlak. Kenalah berguru barulah boleh sampai.

Saya syorkan semua keluarga menubuhkan sebuah syarikat supaya segala perbelanjaan boleh diserapkan ke dalam syarikat tersebut. Kenalah kenal pasti sesuatu jenis perniagaan seperti ubat kampung turun menurun yang boleh dikomersilkan.

Kalau isteri pandai menjahit boleh terima tempahan untuk menjahit atau pandai melakukan landskap, juga suatu perniagaan. Di Internet pun macam-macam jenis perniagaan yang ada tetapi hati-hati jangan sampai tertipu bila minta duit dulu dan menceritakan orang ini dan itu boleh dapat pendapatan beratus ribu sebulan, sedangkan barang yang dijual hanya RM40/RM50 saja.

Kita mesti buat siasatan dulu sebelum menceburkan diri supaya jangan sampai wang simpanan kita tergadai.

Hanya dengan ada suatu perniagaan saja masa depan kita boleh terjamin. Tak percaya?

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) -Utusan online

Friday, August 28, 2009

Perhebatkan penyelidikan khasiat lintah

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
..


KETIKA penternak lintah berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ramai juga yang ragu-ragu dengan bidang penternakan haiwan eksotik yang semakin popular itu.
..
Ada yang mendakwa sukar untuk dipasarkan dan tidak mempunyai kilang untuk memproses lintah sebagai produk hiliran.
..
Semua ini tidak mematikan semangat sekumpulan penternak lintah untuk mewujudkan Persatuan Usahawan Industri Lintah Malaysia (Pelintah) bagi memajukan industri lintah negara.
..
Pelintah yang ditubuhkan pada November tahun lalu telah mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada Mac tahun ini.
..
Yang Dipertuanya, Mahadzir Md Zin berkata, buat masa ini Pelintah mempunyai lebih 350 orang ahli yang terdiri daripada penternak, pemborong, pengusaha dan peruncit.
.
"Buat masa ini, Pelintah menyasarkan mempunyai ahli sehingga 10,000 penternak.
.
"Pelintah juga merupakan persatuan yang diiktiraf di bawah Jabatan Perikanan Malaysia," katanya.
.
Beliau menerangkan terdapat lebih 600 spesies lintah di seluruh dunia tetapi antara tiga yang terbaik terdapat di negara ini.
.
Terdapat dua spesies lintah tempatan yang mendapat pasaran dunia iaitu lintah hijau dan lintah perang. Bagi menghasilkan pelbagai produk berasaskan lintah, Pelintah sedang cuba mendapatkan dana bagi tujuan penyelidikan.
.
Ini bagi memastikan produk yang dihasilkan menepati dan diiktiraf oleh semua masyarakat tempatan dan secara global.
.
Sehingga kini lintah banyak digunakan dalam perkhidmatan terapi, produk kecantikan, bahan anti-penuaan dan rawatan alternatif seperti bekam.
.
Mahadzir berkata, bekam dan terapi lintah telah lama digunakan di luar negara dan buat masa ini Pelintah telah mula membuat penghantaran lintah ke luar negara bagi tujuan terapi.
.
Buat masa ini, Pelintah dalam perancangan menjalankan kajian dengan institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bagi terapi perubatan serta klinikal.
.
Misalnya kajian mengenai lintah untuk menyembuhkan luka selepas pembedahan kecil, kosmetik serta dalam bidang pertanian.
.
"Kajian menunjukkan lintah mempunyai banyak hormon berguna serta 16 jenis enzim yang berguna," katanya.
.
Bagi penternak persendirian yang berminat mendapatkan maklumat mengenai Pelintah, boleh melayari laman web www.pelintah.ws atau e-mel kepada admin@pelintah.ws -Utusan online

Friday, May 29, 2009

Kekayaan orang terkaya Malaysia susut 22 peratus

KUALA LUMPUR 28 Mei – Jumlah kekayaan terkumpul milik 40 orang terkaya Malaysia, menyusut kepada 22 peratus kepada AS$36 bilion (RM126.36 bilion) berbanding AS$46 bilion (RM161.46 bilion) pada tahun lalu.
.
Menurut kenyataan Forbes Asia Malaysia Rich List, jumlah itu menyusut selari dengan kejatuhan sebanyak 21 peratus dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL).
..
"Kejatuhan itu bukan merupakan sesuatu yang buruk kerana ringgit Malaysia adalah 10 peratus lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang yang digunakan untuk mengukur jumlah kekayaan tersebut.
..
"Raja gula, Tan Sri Robert Kuok kekal berada di tangga pertama dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$9 bilion (RM31.59 bilion) berbanding AS$10 bilion (RM35.1 bilion) pada tahun lalu," kata kenyataan itu.
..
Katanya, Kuok kekal berada di kedudukan teratas sejak Forbes Asia memperkenalkan senarai 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.
..
"Ananda Krishnan berada di tangga kedua dengan jumlah kekayaan bersih sebanyak AS$7 bilion (RM24.57 bilion) berbanding AS$7.2 bilion (RM25.27 bilion) tahun lalu untuk terus mengekalkan kedudukan tersebut.
..
"Secara bersama, kekayaan Kuok dan Krishnan bernilai AS$16 bilion (RM56.16 bilion) yang merupakan 44 peratus daripada jumlah keseluruhan senarai 40 itu. Mereka juga merupakan dua orang terkaya di Asia Tenggara," jelas kenyataan itu.
..
Manakala, di kedudukan tempat ketiga adalah Tan Sri Lee Shin Cheng daripada IOI Group, iaitu peneraju perladangan kelapa sawit dengan nilai kekayaan bersih AS$3.2 bilion (RM11.23 bilion) berbanding AS$5.5 bilion (RM19.30 bilion) pada tahun lalu.
..
Malaysia mempunyai sembilan orang terkaya yang mempunyai harta terkumpul bernilai AS$30 bilion (RM105.3 bilion) atau 84 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan dalam senarai 40 tersebut. - Utusan Online

Ruminan lubuk emas pelatih Skill-Tech

RUMINAN adalah penternakan haiwan seperti kambing, lembu, unta dan kerbau. Bagi penternakan haiwan berkenaan, hasil ternakan yang pelbagai dan memberi nilai komersial yang tinggi disebut sebagai nilai emas.
..
Emas yang diumpamakan bukanlah perhiasan wanita tetapi hasil produk ternakan iaitu apa yang disebut emas putih yang merujuk kepada susu.
..
Manakala emas hitam pula merujuk kepada najis yang boleh dibuat baja serta emas merah pula yang merujuk kepada daging.

Nordin Abd. Malek ingin berkongsi keseronokan dengan peserta supaya melibatkan diri dalam ternakan ruminan.

Menurut Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek, menyedari nilai komersial yang tinggi terhadap penternakan kambing, Skill-Tech memperkenalkan kursus baru yang dikenali sebagai kursus kemahiran ruminan.
Ternyata permintaan yang tinggi menggembirakan beliau.
..
''Ambilan pertama baru-baru ini membuktikan generasi muda mampu menjadi tenaga kerja dan usahawan ruminan secara terlatih dan profesional,'' kata Nordin.
Sepanjang tempoh setahun, semua pelatih ruminan, setiap pelatih akan mempelajari aspek-aspek berikut:
..
1. Kebersihan dan Penyelenggaraan Ternakan
2. Pengasingan dan Kekangan
3. Pemberian Makanan
4. Pemerahan Susu
5. Penjagaan Anak Ruminan
6. Pengesanan Biang
7. Penyediaan Peralatan dan Penjagaan Kesihatan
8. Pengurusan Pastur, Proses Rumput dan Makanan
9. Pemagaran dan Makhluk Perosak
10. Pengendalian Baja Organik
11. Pelupusan Bangkai
12. Penyelenggaraan Stor.
..
Selain syarat wajib pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)di atas, Skill-Tech menekankan aspek pemasaran dan pengeluaran ternakan makanan halal. Bagi memastikan kemahiran yang mencukupi, semua pelatih akan ditempatkan di pusat penternakan komersial setiap semester.
..
Peringkat pertama Latihan Industri (LI) akan menumpukan kepada proses penternakan manakala kemahiran kedua LI menumpukan kepada pemasaran dan perniagaan.
..
Tidak ketinggalan juga, satu bisnes baru sebagai sumber hiliran ruminan ialah pelancongan pertanian. Memandangkan Skill-Tech adalah pusat latihan pertanian berintegrasi, sudah ramai pelancong yang berminat berkongsi pengetahuan dan pengalaman ruminan.
..
Oleh itu penternakan ruminan telah dijadikan sebahagian produk pelancongan di Skill-Tech. Setelah tamat latihan, Skill-Tech merancang untuk meletakkan mereka dalam skim inkubator yang sudah dikenalpasti mentor terbabit.
..
Antaranya, Skill-tech akan bekerjasama dengan beberapa buah syarikat yang berpengalaman terutama sebuah syarikat penternakan kambing terbesar di Marang, Terengganu.
..
Justeru, golongan muda yang berusia 16 hingga 35 tahun adalah dipelawa mengisi kekosongan terhad yang masih ada dengan menghubungi 06-5531416/18. -Utusan Online