Wednesday, March 26, 2008

9 Tip Bagaimana Menjadi Kaya

Bermula hari saya akan senaraikan sembilan (9) tip yang boleh meletakkan diri anda ke landasan Kebebasan Kewangan.
... ..
#1 : Tukar Cara Anda Berfikir Tentang Wang
....
Masyarakat kita umumnya mempunyai hubungan kecintaan / kebencian dengan kekayaan. Mereka iri hati terhadap mereka yang memilikinya tetapi menghabiskan keseluruhan hidup mereka mencuba untuk memperolehinya untuk diri mereka sendiri. Punca sebahagian besar orang ramai tidak pernah mengumpul satu jumlah wang tabungan yang kukuh adalah kerana mereka tidak memahami sifat-sifat umum tentang wang atau bagaimana ia berfungsi.
....
Wang tunai atau duit sebenarnya seperti individu iaitu benda hidup. Apabila anda bangun pagi dan pergi bekerja, anda sebenarnya menjual produk - diri anda sendiri (atau lebih spesifik, usaha anda). Apabila anda menyedari bahawa setiap pagi aset anda bangun dan mempunyai potensi yang sama untuk bekerja seperti yang anda lakukan, anda membebaskan kunci yang berkuasa dalam hidup anda.
...
Maka itu, setiap ringgit yang anda simpan seumpama seperti seorang pekerja. Selepas satu ketika, matlamat utama anda adalah untuk menjadikan ‘pekerja’ anda bekerja kuat dan akhirnya mereka akan menjadikan wang yang mencukupi untuk mengupah lebih ramai pekerja (wang tunai). Apabila anda telah benar-benar berjaya, anda tidak lagi perlu menjual usaha anda sendri tetapi boleh meneruskan kehidupan melalui usaha daripada aset anda. Jadikan wang bekerja untuk anda!

Tuesday, March 25, 2008

Tabiat Seorang Jutawan

Tabiat atau kelakuan seseorang yang bergelar jutawan sebenarnya berbeza dengan orang biasa kerana jika diperhatikan dan hasil kajian yang dibuat, mereka mempunyai beberapa ciri yang jelas.
..
Saya ada membaca beberapa buku yang berkaitan dan antara yang sering disebutkan ialah mereka memikirkan perancangan untuk jangka masa panjang. Perkara yang paling utama tentulah cara bagaimana untuk mengendalikan urusan kewangan dan juga bagaimana jutawan ini menganggap wang adalah perkara yang baik. Wang bagi mereka adalah satu alat bagi mendapatkan apa yang diinginkan.
....
Dengan itu, jutawan mempunyai satu pelan perancangan yang baik dan teratur bagaimana wang yang mereka perolehi akan disimpan, dilaburkan (bagi menghasilkan wang yang lebih banyak) sehinggalah kepada ke mana wang ini akan diagihkan apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini.
....
Saya bersetuju dengan satu pendapat yang mengatakan seorang yang benar-benar jutawan dan mempunyai pemikiran tahap itu telah pun memikirkan tentang aset mereka ini sehingga tiga generasi. Perancangan untuk jangka panjang juga bermaksud, sanggup menangguhkan kepuasan jangka masa pendek / sekarang bagi mendapatkan hasil yang lebih tinggi untuk jangka panjang.
....
Kesimpulannya, bagi mengikut jejak seorang jutawan, kita perlu memikirkan tentang urusan kewangan bagi jangka panjang dan mempunyai rancangan yang teliti bagi merealisasikannya.

Lima Langkah Menjadi Kaya

Memang banyak cara sebenarnya yang boleh dilakukan untuk oleh seseorang yang mempunyai impian menjadi seorang yang kaya tetapi saya petik lima yang paling senang diikuti dan mempunyai bukti kukuh hasil kajian dan pemerhatian seluruh dunia bertahun-tahun lamanya ke atas ramai jutawan bagi mencari jawapannya. Anda bersedia?

Berikut adalah caranya:

Cara Pertama
Anda boleh mewarisinya. Kurang daripada 10 peratus daripada orang biasa yang kaya raya mewarisi wang mereka dan keadaan ini semakin berkurangan setiap tahun.
..
Cara Kedua
Anda boleh mencapainya dengan menjadi seorang profesional ataupun pakar. Anda boleh menjadi doktor atau peguam atau arkitek atau akauntan. Anda boleh menjadi pakar yang terhebat dalam apa jua yang anda lakukan, dibayar dengan upah yang lumayan dan simpan serta laburkan wang tersebut.
....
Cara Ketiga
Anda boleh menjadi eksekutif kanan di sebuah organisasi besar. Anda boleh dibayar gaji yang tinggi, anda boleh memperolehi saham opsyen dan juga bonus tahunan. Dan jika anda kekal berkhidmat dalam tempoh yang mencukupi, anda boleh memperolehi jumlah wang yang cukup untuk menjadi kaya-raya.
..
Cara Keempat
Anda boleh memenanginya! Cuma sebilangan kecil sahaja daripada satu peratus orang-orang kaya di Malaysia dan seluruh dunia memperolehi tuah dengan memenangi wang yang banyak samada dengan satu cara atau sebagainya. Kenyataannya, kemungkinan anda memenangi cabutan loteri ataupun peraduan adalah bersamaan dengan cahaya kilat memancar dua kali pada satu masa. Ia adalah peluang satu dalam sejuta.
....
Cara Terbaik
Cara kelima ialah anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri. Ia akan selalu menjadi jalan utama untuk menjadi kaya bagi sebahagian besar mereka yang telah menjadi jutawan atas usaha sendiri. Bidang keusahawanan di Malaysia pada amnya menawarkan lebih banyak peluang berbanding kesemua kemungkinan -kemungkinan di atas disatukan.
..
Inilah sebabnya dikatakan bahawa jika anda mempunyai kemampuan untuk memulakan perniagaan anda sendiri dan anda tidak melakukannya, anda seorang yang bodoh. Saya ulangi, jika anda mempunyai kemampuan (dari segi sumber dan usaha) untuk memulakan perniagaan dan anda tidak buat, anda memang bodoh.

Di Mana Boleh Anda Mulakan?
Perkara paling utama anda perlu lakukan ialah dengan membuat keputusan untuk mengawal kewangan anda. Beberapa dekad lepas, seorang penulis bernama George Classon menulis sebuah buku bertajuk “The Richest Man In Baylon.” Ia merupakan kisah klasik tentang kejayaan kewangan dana apa yang beliau nyatakan ialah kunci untuk menjadi kaya ialah dengan membayar diri sendiri terlebih dahulu. Ambil sepuluh peratus daripada pendapatan anda dan letakkan ke samping (zaman sekarang simpan di bank). Belajar untuk hidup dengan sembilan puluh peratus atau kurang daripada pendapatan kasar anda. Jadi, perkara pertama yang anda perlu lakukan sekarang, ya sekarang ialah mulakan dengan menyimpan wang anda.
....
Langkah Tindakan Anda
Sekarang, terdapat dua perkara yang anda boleh lakukan untuk meletakkan diriu anda berada di landasan menuju kekayaan.
..
Pertama, tetapkan hari ini juga untuk mulakan tabiat menyimpan wang anda sedikit demi sedikit pada satu masa. Tetapkan matlamat untuk menyimpan 10% daripada pendapatan, kesampingkan ia dan jangan sekali-kali menyentuhnya. Ini yang akan mengubah hidup anda.
..
Kedua, dengan serta-merta daftar perniagaan anda. Buka akaun bank, buat kad perniagaan, kepala surat dan belajar menjual dan melakukan pemasaran serta bina satu entiti korporat yang mana anda boleh mulakan perniagaan untuk masa hadapan anda. Peluang perniagaan anda akan muncul lebih cepat daripada apa yang anda fikitkan. jika anda membinanya, ia akan datang kepada anda. Bak kata pepatah, “Kekayaan amat cenderung kepada fikiran yang bersedia.”

Sunday, March 23, 2008

Bagaimana Bisnes Berkembang

Syarikat selalunya perlu meningkatkan jumlah tunai (atau modal) bagi mengembangkan bisnes mereka. Bisnes boleh dikembangkan melalui pelbagai cara, antaranya ialah dengan membeli premis baru, membina kilang-kilang baru atau mengambil alih syarikat lain.
..
Pilihan yang ada untuk syarikat meningkatkan modal yang diperlukan bagi mengembangkan perniagaan ialah:
  • Meminjam wang tunai daripada bank
  • Menjual sebahagian daripada perniagaan mereka
  • Menjual sebahagian pemilikan di dalam syarikat (menerbitkan saham)
  • Meminjam wang tunai daripada pelabur (menerbitkan bon)
Saham dan bon pada umumnya dipanggil sekuriti. Sekuriti boleh dibeli dan dijual. Kegiatan membeli dan menjual sekuriti ini dipanggil urusniaga.
....
Suasana atau tempat di mana sekuriti dibeli dan dijual adalah dipanggil tempat urusniaga. Di dalam tempat urusniaga, terdapat keadaan dipanggil pasaran saham.

Saturday, March 22, 2008

Definasi Kekayaan

Definasi Kekayaan ialah : Berapa hari yang anda boleh bertahan tanpa bekerja secara fizikal (atau orang lain di dalam rumah anda bekerja secara fizikal) dan masih dapat mengekalkan taraf kehidupan anda.
..
Sebagai contoh : Jika perbelanjaan bulanan anda ialah RM1,000 sebulan dan jika anda mempunyai RM3,000 di dalam akaun simpanan, kekayaan anda ialah dianggarkan 3 bulan atau 90 hari. Kekayaan diukur berdasarkan masa, bukan jumlah ringgit.
..
Kesimpulannya, bukan berapa banyak wang yang anda perolehi diambil kira tetapi berapa banyak wang yang anda simpan dan berapa lama wang tersebut bekerja untuk anda.