Tuesday, March 25, 2008

Lima Langkah Menjadi Kaya

Memang banyak cara sebenarnya yang boleh dilakukan untuk oleh seseorang yang mempunyai impian menjadi seorang yang kaya tetapi saya petik lima yang paling senang diikuti dan mempunyai bukti kukuh hasil kajian dan pemerhatian seluruh dunia bertahun-tahun lamanya ke atas ramai jutawan bagi mencari jawapannya. Anda bersedia?

Berikut adalah caranya:

Cara Pertama
Anda boleh mewarisinya. Kurang daripada 10 peratus daripada orang biasa yang kaya raya mewarisi wang mereka dan keadaan ini semakin berkurangan setiap tahun.
..
Cara Kedua
Anda boleh mencapainya dengan menjadi seorang profesional ataupun pakar. Anda boleh menjadi doktor atau peguam atau arkitek atau akauntan. Anda boleh menjadi pakar yang terhebat dalam apa jua yang anda lakukan, dibayar dengan upah yang lumayan dan simpan serta laburkan wang tersebut.
....
Cara Ketiga
Anda boleh menjadi eksekutif kanan di sebuah organisasi besar. Anda boleh dibayar gaji yang tinggi, anda boleh memperolehi saham opsyen dan juga bonus tahunan. Dan jika anda kekal berkhidmat dalam tempoh yang mencukupi, anda boleh memperolehi jumlah wang yang cukup untuk menjadi kaya-raya.
..
Cara Keempat
Anda boleh memenanginya! Cuma sebilangan kecil sahaja daripada satu peratus orang-orang kaya di Malaysia dan seluruh dunia memperolehi tuah dengan memenangi wang yang banyak samada dengan satu cara atau sebagainya. Kenyataannya, kemungkinan anda memenangi cabutan loteri ataupun peraduan adalah bersamaan dengan cahaya kilat memancar dua kali pada satu masa. Ia adalah peluang satu dalam sejuta.
....
Cara Terbaik
Cara kelima ialah anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri. Ia akan selalu menjadi jalan utama untuk menjadi kaya bagi sebahagian besar mereka yang telah menjadi jutawan atas usaha sendiri. Bidang keusahawanan di Malaysia pada amnya menawarkan lebih banyak peluang berbanding kesemua kemungkinan -kemungkinan di atas disatukan.
..
Inilah sebabnya dikatakan bahawa jika anda mempunyai kemampuan untuk memulakan perniagaan anda sendiri dan anda tidak melakukannya, anda seorang yang bodoh. Saya ulangi, jika anda mempunyai kemampuan (dari segi sumber dan usaha) untuk memulakan perniagaan dan anda tidak buat, anda memang bodoh.

Di Mana Boleh Anda Mulakan?
Perkara paling utama anda perlu lakukan ialah dengan membuat keputusan untuk mengawal kewangan anda. Beberapa dekad lepas, seorang penulis bernama George Classon menulis sebuah buku bertajuk “The Richest Man In Baylon.” Ia merupakan kisah klasik tentang kejayaan kewangan dana apa yang beliau nyatakan ialah kunci untuk menjadi kaya ialah dengan membayar diri sendiri terlebih dahulu. Ambil sepuluh peratus daripada pendapatan anda dan letakkan ke samping (zaman sekarang simpan di bank). Belajar untuk hidup dengan sembilan puluh peratus atau kurang daripada pendapatan kasar anda. Jadi, perkara pertama yang anda perlu lakukan sekarang, ya sekarang ialah mulakan dengan menyimpan wang anda.
....
Langkah Tindakan Anda
Sekarang, terdapat dua perkara yang anda boleh lakukan untuk meletakkan diriu anda berada di landasan menuju kekayaan.
..
Pertama, tetapkan hari ini juga untuk mulakan tabiat menyimpan wang anda sedikit demi sedikit pada satu masa. Tetapkan matlamat untuk menyimpan 10% daripada pendapatan, kesampingkan ia dan jangan sekali-kali menyentuhnya. Ini yang akan mengubah hidup anda.
..
Kedua, dengan serta-merta daftar perniagaan anda. Buka akaun bank, buat kad perniagaan, kepala surat dan belajar menjual dan melakukan pemasaran serta bina satu entiti korporat yang mana anda boleh mulakan perniagaan untuk masa hadapan anda. Peluang perniagaan anda akan muncul lebih cepat daripada apa yang anda fikitkan. jika anda membinanya, ia akan datang kepada anda. Bak kata pepatah, “Kekayaan amat cenderung kepada fikiran yang bersedia.”

No comments: