Tuesday, March 25, 2008

Tabiat Seorang Jutawan

Tabiat atau kelakuan seseorang yang bergelar jutawan sebenarnya berbeza dengan orang biasa kerana jika diperhatikan dan hasil kajian yang dibuat, mereka mempunyai beberapa ciri yang jelas.
..
Saya ada membaca beberapa buku yang berkaitan dan antara yang sering disebutkan ialah mereka memikirkan perancangan untuk jangka masa panjang. Perkara yang paling utama tentulah cara bagaimana untuk mengendalikan urusan kewangan dan juga bagaimana jutawan ini menganggap wang adalah perkara yang baik. Wang bagi mereka adalah satu alat bagi mendapatkan apa yang diinginkan.
....
Dengan itu, jutawan mempunyai satu pelan perancangan yang baik dan teratur bagaimana wang yang mereka perolehi akan disimpan, dilaburkan (bagi menghasilkan wang yang lebih banyak) sehinggalah kepada ke mana wang ini akan diagihkan apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini.
....
Saya bersetuju dengan satu pendapat yang mengatakan seorang yang benar-benar jutawan dan mempunyai pemikiran tahap itu telah pun memikirkan tentang aset mereka ini sehingga tiga generasi. Perancangan untuk jangka panjang juga bermaksud, sanggup menangguhkan kepuasan jangka masa pendek / sekarang bagi mendapatkan hasil yang lebih tinggi untuk jangka panjang.
....
Kesimpulannya, bagi mengikut jejak seorang jutawan, kita perlu memikirkan tentang urusan kewangan bagi jangka panjang dan mempunyai rancangan yang teliti bagi merealisasikannya.

No comments: