Friday, December 19, 2008

Adakah Saya Mempunyai Kebolehan Tersebut?

Tanyakan diri sendiri soalan berikut:
..
Adakah saya mempunyai kebolehan untuk melakukan apa yang perlu saya lakukan?
..
Adakah anda mempunyai pengetahuan dan skil yang diperlukan untuk menjalankan bisnes anda dengan jayanya?
..
Apakah pengetahuan dan skil yang anda miliki?
..
Ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama;
..
1. Skil dan Pengetahuan Teknikal
2. Skil dan Pengetahuan Bisnes.
..
Skil dan pengetahuan teknikal adalah apa yang anda perlukan untuk keluarkan dan hasilkan apa yang anda jual. Jika anda ingin jual jem buah buatan sendiri dari rumah, contohnya, adalah jelas sekali yang anda mesti tahu bagaimana untuk membuat jem sebelum anda boleh menjualnya.
..
Begitu juga, jika anda terfikir untuk menubuhkan sebuah tadika, maka anda perlu tahu sesuatu tentang penjagaan kanak-kanak dan pendidikan kanak-kanak. Skil dan pengetahuan teknikal adalah spesifik kepada bisnes yang anda ingin mulakan.
..
Skil dan pengetahuan bisnes adalah apa yang anda perlu untuk menguruskan satu bisnes dengan baik. Ia diperlukan tidak kira apa sahaja bisnes yang anda jalankan. Contohnya, walaupun anda boleh hasilkan jem yang hebat, ia tidak bermakna jika anda tidak tahu bagaimana untuk memasarkan dan menjualnya kepada seramai mungkin pelanggan dan memperolehi wang yang banyak.
..
Ingat, seorang tukang masak yang hebat tidak semestinya satu jaminan bahawa restoran yang beliau tubuhkan akan mencapai kejayaan. Mengusahakan sebuah restoran memerlukan beliau melakukan lebih banayak perkara lagi dan bukan hanya sekadar memasak makanan yang enak.
..
Memang pun, seseorang yang boleh memasak lebih rendah kualiti daripada beliau tetapi beliau mempunyai lebih banyak lagi pengetahuan bisnes adalah lebih berpeluang besar untuk berjaya dalam usaha niaga tersebut.
..
Adalah mustahak ditekankan di sini bahawa anda perlu mempunyai sebanyak mungkin skil dalam perancangan, pemasaran dan menjual, kewangan, bersosial dan membentuk jaringan. Sudah tentu, sebanyak mana bagi setiap skil-skil ini anda perlukan akan bergantung kepada bisnes yang anda rancang untuk jalankan.
..
Sebagai contoh, seorang konsultan mestilah mempunyai lebih banyak lagi skil networking berbanding seseorang yang ingin memulakan sebuah kedai membaiki kereta.
..
Bagaimana anda boleh perolehi pengetahuan teknikal dan bisnes yang anda perlukan?
..
Banyakkan membaca, hadiri kelas atau kursus latihan, hadiri ekspo dan pameran perdagangan, belajar daripada orang lain dan banyakkan praktis. Jika anda mahu meningkatkan peluang anda untuk berjaya di dalam bisnes anda, anda tiada pilihan lain selain lakukannya.
..
Akhir sekali, saya ingin tekankan untuk anda melihat kepada satu lagi perkara yang sangat penting tetapi sering kali diabaikan oleh kita semua – sokongan daripada ahli keluarga anda.
..
Anda boleh dapatkan kesemua sokongan yang anda perlukan. Perkara akhir yang anda mahukan hadapi dan jika boleh dielakkan ialah menjadi tertekan dek kerana adanya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dan isteri anda mulalah berleter dan beritahu anda yang anda masih lagi berdegil dengan “idea bodoh untuk mahu menjadi bos sendiri.”

No comments: