Friday, May 08, 2009

Bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya

S.Anuar Abduh 08 May, 2009
..
Apakah punca utama sesebuah perniagaan itu gagal? Keuntungan diperlukan bagi menampung perbelanjaan syarikat. Keuntungan yang diperolehi jika ianya tidak mampu untuk menampung perbelanjaan seharian syarikat (gaji, sewa pejabat, bil elektrik dan lain-lain) maka syarikat akan mengalami masalah aliran tunai.
..
Jika masalah aliran tunai ini berpanjangan sehingga 3 bulan maka syarikat tersebut berkemungkinan besar akan tutup. Kebiasaanya, syarikat-syarikat yang mempunyai masalah aliran tunai akan memohon pinjaman dari pihak bank ataupun mendapatkan geran-geran yang disediakan oleh pihak kerajaan.
..
Adakah pinjaman dari pihak bank akan menyelesaikan masalah aliran tunai anda?
..
Jawapannya tidak, jika anda masih belum lagi dapat meningkatkan jualan atau keuntungan syarikat anda. Kita lihat ramai usahawan terpaksa gulung tikar selepas beberapa bulan atau tahun disebabkan masalah jualan yang tidak mencukupi WALAUPUN mendapat pinjaman dari pihak bank.
..
Anda mesti ingat apabila anda membuat pinjaman bank, anda perlu membayar pinjaman yang dibuat dan ini akan meningkatkan ‘overhead’ anda. Anda mungkin dapat menyelesaikan aliran tunai anda untuk beberapa bulan dengan wang pinjaman tersebut.
..
Jika kita lihat kembali kepada punca utama masalah aliran tunai ialah KEUNTUNGAN YANG TIDAK MENCUKUPI UNTUK MENAMPUNG PERBELANJAAN SYARIKAT. Keuntungan diperolehi melalui JUALAN. Tanpa ada jualan maka tidak adalah keuntungan!.
..
Dari peringkat penubuhan syarikat lagi, usahawan perlu tumpukan kepada bagaimana untuk menjual produk/perkhidmatan mereka dan kaedah-kaedah bagi meningkatkan jualan produk/perkhidmatan mereka. Pinjaman sepatutnya hanya digunakan untuk meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan atau jualan yang semakin meningkat.
..
Fokus terpenting bagi usahawan adalah untuk meningkatkan jualan produk / perkhidmatan. Untuk itu seorang usahawan yang berjaya tidak akan berada di pejabat, sebaliknya beliau akan senantiasa bersama bakal pelanggan bagi meningkatkan jualan disamping mempelajari dua ilmu yang wajib diketahui oleh mana-mana usahawan iaitu Ilmu pemasaran (Marketing) dan ilmu jualan (Sales) Formula:
..
Berniaga adalah untuk MENINGKATKAN Jualan bagi MENINGKATKAN keuntungan.
..
Nizamsky
Ahmad Hanizam Abdullah
Pengurus
BIGFISH ENTERPRISE

1 comment:

RahsiaJualan said...

ya cara pemasaran dan sale amatlah penting dlm sesuatu bisnes. tiada 2 benda ni memang susah la nk berjaya