Jumaat, Mei 15, 2009

Teknik fertigasi semakin popular

Walaupun teknik tanaman secara fertigasi telah agak lama diketahui tetapi masih ramai petani yang belum lagi mencubanya dalam skala komersial.
..
Ramai yang mendakwa fertigasi memerlukan kos yang besar dan memerlukan penjagaan yang optimum.
..
Justeru Mega Utusan Malaysia dengan kerjasama Agro Bank dan Mayconsult akan mengadakan Seminar Sehari Usahawan Fertigasi pada 17 Mei ini.
..
Bengkel sehari akan diadakan di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM).
..
Penceramahnya yang juga Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mahamud Shahid telah menjalankan penyelidikan mengenai sistem fertigasi iaitu pengeluaran tanaman tanpa tanah yang menggabungkan pengairan dan baja dalam satu sistem.
..
Biasanya sistem fertigasi diletakkan di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi dan berkualiti serta menjadi alternatif terhadap sistem konvensional.
..
Biasanya hanya beberapa jenis sayur-sayuran dan buah yang mempunyai nilai pasaran tinggi seperti cili merah, tomato, timun, zukini, terung, melon dan strawberi.
..
Tujuan asal fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman daripada jangkitan penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya bawaan tanah.
..
Walaupun ramai yang mengatakan kaedah fertigasi melibatkan kos yang tinggi tetapi sebenarnya kos permulaan dapat diatasi selepas satu musim selain mengurangkan penggunaan air dan baja.
..
Sementara itu penggunaan tenaga kerja yang minimum dengan penggunaan alat pengatur masa automatik mengurangkan kos.
..
Biasanya selepas satu pusingan, medium akan dirawat racun kulat sebelum digunakan semula pada pusingan akan datang. Sehingga kini sejak fertigasi dimulakan terdapat ramai petani yang menggunakan teknik tersebut dalam tanaman mereka.
..
Fertigasi jika dilakukan dengan teliti dapat menjana pendapatan lumayan kepada petani. Sejak akhir-akhir ini kajian yang dijalankan mendapati halia sesuai ditanam secara fertigasi kerana boleh ditanam di tempat yang sama tanpa risiko dijangkiti dengan penyakit akar.
..
Kini ramai pengusaha fertigasi semakin berjaya seperti Ammar Abdul Aziz dan Harun Ismail yang mengusahakan tanaman cili merah dan cili padi.
..
Walaupun berbeza latar belakang Ammar yang mempunyai ijazah sarjana dalam bidang ekonomi manakala Harun hanya pekerja kampung tetapi matlamat mereka sama untuk membangunkan pertanian.
..
Kini usaha mereka telah mula menampakkan hasil yang memberangsangkan. -utusan

Tiada ulasan:

Hadiah yang bermakna untuk ibu bapa anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. . Hadiah yg amat bermakna untuk ibu bapa anda!!! 🎁 🎁 . GREAT EASTERN TAKAFUL telah melancarkan...