Wednesday, June 03, 2009

Agihan 5 dana Public Mutual



KUALA LUMPUR 1 Jun - Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan agihan pendapatan lima dana kendaliannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2009.
..
Public Dana Ittikal mencatatkan pengagihan kasar sebanyak 6.00 sen seunit, Public Dana Islamic Equity (1.75 sen seunit), Public Dana Dividend Select (2.00 sen seunit), Public Dana Balanced (5.00 sen seunit) dan Public Dana Select Bond (2.50 sen seunit).
...
Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya di sini gembira kerana syarikat itu mampu membuat pengagihan untuk lima dana itu di sebalik keadaan pasaran yang mencabar.
....
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 69 dana dengan lebih 2 juta pelabur.
....
Sehingga 8 Mei 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut sebanyak RM27.4 bilion. -Utusan Online

No comments: