Isnin, Jun 15, 2009

Siri jelajah keusahawanan

SEREMBAN 14 Jun – Golongan siswazah yang masih menganggur, para ibu tunggal, usahawan muda dan bakal usahawan dipelawa hadir ke siri jelajah program keusahawanan yang bakal diadakan di setiap daerah di seluruh negeri ini.
..
Program yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) dan Unit Perancang Ekonomi negeri itu akan bermula di Jempol dan dijadualkan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kompleks Rakan Muda Jempol pada pukul 10.45 pagi hari ini.
..
Menurut Ketua Eksekutif PKNNS, Datuk Ibrahim Ahmad, objektif program tersebut adalah memberi penerangan berkenaan peluang-peluang perniagaan dan sumber pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada usahawan dan bakal usahawan.
..
“Oleh itu semua golongan siswazah terutama yang masih menganggur, para ibu tunggal, usahawan dan bakal usahawan dialu-alukan untuk menghadiri program tersebut di setiap daerah bermula di Jempol.
..
‘‘Program ini juga akan memberi fokus dan menekankan aspek bantuan pembiayaan perniagaan seperti modal memulakan perniagaan, geran dan pinjaman yang disediakan oleh kerajaan.
..
“Ini adalah langkah terbaik para usahawan dan bakal usahawan bertemu dengan agensi kerajaan berkaitan seterusnya mendapatkan kemudahan bantuan yang disediakan,” katanya di sini hari ini. - Utusan Online

Tiada ulasan:

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...