Wednesday, April 21, 2010

Kisah jutawan-jutawan dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Saya ingin mengajak anda baca dan renungkan kisah jutawan-jutawan di bawah:
.
  • Bill Gates menjadi jutawan kerana mencipta software
  • Michael Dell menjadi jutawan kerana mencipta komputer moden
  • Warren Buffet menjadi jutawan kerana pasaran saham
  • Robert T. Kiyosaki menjadi jutawan kerana hartanah
  • Azizi Ali menjadi jutawan kerana hartanah
  • Robert Kuok menjadi jutawan kerana gula
  • Lim Goh Tong menjadi jutawan kerana Genting Highland
  • Syed Mokhtar Al-Bukhari menjadi jutawan kerana perniagaan
  • Irfan Khairi menjadi jutawan kerana bisnes internet
.
Saya pasti nama-nama jutawan di atas sudah biasa anda dengar sama ada di akhbar, mahupun di internet. Mengapa saya sebutkan nama-nama mereka?Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan ialah.. tidak kira apa jua bidang yang anda ceburi, anda boleh jadi kaya.. boleh jadi jutawan.
.
"Ahh... bohonglah En Nizam!''
.
Mungkin ada yang akan kata sedemikian, tetapi hakikatnya memang betul, anda boleh jadi jutawan atau kaya atau setidak-tidaknya memasuki fasa 'financial freedom' atau dalam bahasa Melayunya 'Kebebasan Kewangan!'
.
Tapi En Nizam... apa yang saya perlu buat?
.
Jawapannya adalah seperti berikut :
.
1. Menuntut ilmu
.
Jika kita mempunyai minat, belajarlah dan kuasainya. Ilmu merupakan pelaburan paling berharga dan bernilai tinggi berbanding yang lain. Peruntukkan sejumlah wang untuk belajar bidang yang anda minati.
.
2. Tindakan
.
Apabila kita sudah mempunyai ilmu, maka buatlah pelan tindakan dan ikuti pelan dan rancangan yang telah kita sediakan.
.
3. Bersungguh-sungguh & Istiqamah
.
Lakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa kenal erti putus asa. InsyaAllah, kejayaan akan datang dengan sendirinya kelak.
.
4. Kegagalan
.
Jika kita gagal, jangan sesekali mudah menyerah. Bangkit semula dan perbaiki kelemahan yang ada sebelum ini. Kegagalan adalah proses meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengalaman.
.
5. Fokus
.
Ramai orang berhenti separuh jalan kerana hilang fokus. Seboleh-bolehnya, fokuskan kepada satu matlamat sehingga matlamat tersebut tercapai sebelum beralih kepada matlamat yang lain.
.
6. Belajar dan terus belajar
.
Ilmu adalah anugerah yang tiada sempadan. Teruslah belajar walaupun anda telah berjaya. Teruskan belajar walaupun anda seorang jutawan kelak!
.
Itulah jawapan yang saya dapat berikan kepada anda. Ianya mudah jika kita benar-benar mahu mencapai 'Kebebasan Kewangan'.
.
FAKTA : Michale Yeoh pelakon terkenal pernah mengalami komplikasi tulang belakang semasa kecil, namun beliau berjaya menjadi pelakon antarabangsa pada hari ini!
.
FAKTA : Robert T.Kiyosaki pula pernah kerugian besar dalam perniagaannya tetapi hari ini beliau telah menjadi jutawan dalam bidang hartanah!

No comments: