Isnin, Ogos 19, 2013

Bagaimana nak mula bisnes?


Salam ceria sahabat :)

Hari ni sudah masuk 12 Syawal.
Ada yg dah mula bekerja, ada yg dah mula hantar anak ke sekolah.

Hari ni saya nak share tips mulakan bisnes.
Ramai yang PM saya di Facebook.

Bertanya:

Bagaimana nak mula bisnes?
Bagaimana nak dapatkan loan untuk mulakan bisnes?

Dan macam-macam perkara lain yang berkaitan
dengan bisnes...

Saranan saya...

Jangan ambil sebarang loan untuk MULAKAN bisnes.
Ambil loan bila nak BESARKAN bisnes.

So mcm mana nak mula kalau tiada modal?

Sahabat,

Sebenarnya kita boleh mulakan bisnes dengan
modal yang rendah...sekitar kurang RM500.

Kalau RM500 pun anda takde sekarang ni...
i mean...rm500 pun takde dalam simpanan.

Anda sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat
bahaya. Anda sebenarnya bergantung hidup pada
gaji anda. Hilang kerja, hilang gaji...hilang
wang perbelanjaan untuk hidup.

Disarankan anda asingkan sedikit wang gaji anda
even rm50 sebulan pun sudah cukup. Cari altenatif
untuk berniaga dari rumah.

Sekarang sudah tidak pelik jika anda berniaga
dari rumah. Berniaga dari opis tempat anda
bekerja pun bukanlah masalah besar.

Waktu mula-mula bisnes, saya juga buat secara
part time. Buat dari opis. Gunakan internet
opis secara curi-curi.

Memang tak bagus, tetapi TERPAKSA. Sebab saya
yakin, dengan hanya bekerja, ianya tidak
mampu menampung kos kehidupan saya kelak.

Lebih tepat lagi...MATLAMAT HIDUP saya!

So saya buat bisnes, secara part time.
Dengan modal USAHA dan TENAGA. Wang ringgit
tolak ke tepi dulu.

Saya gunakan pengalaman, kemahiran yang saya
ada. Jika anda ada kemahiran tertentu, jadikan
ianya sumber permulaan untuk anda 'berbisnes'.

Cth:

Menjahit - ambil umpah menjahit
Belajar akaun - ambil upah buat akaun syarikat
Pandai english - ambil upah translate

Pendek kata...tukar segala pengetahuan
dan pengalaman serta kemahiran jadi sumber
duit anda.

Hopefully anda dapat seikit sebanyak idea
untuk anda mulakan bisnes :)

Sepanjang bulan 8, 9, 10, 11 dan 12 ni...saya
akan aktif membantu anda memulakan bisnes :)

So, kepada mana-mana syarikat, badan kerajaan
atau sesiapa sahaja yang nak panggil saya
untuk berikan 'TALK' mengenai:

- Bisnes
- Internet Marketing
- Sales & Marketing

Bolehlah hubungi saya di emel haszoor@gmail.com

Hanya perlu hantar emel kepada saya mengenai
program anda. In sha Allah boleh berdiskusi
dengan lebih lanjut nanti.

Sehingga itu, nantikan emel saya lagi mengenai
tips-tips bisnes :)

Jumpa lagi!

Selamat Hari Raya!

Ikhlas,

Haszoor Muaidi

1 ulasan:

Rocket Seller No 1 (Rocket Malay) berkata...

Terima kasih atas perkongsian dari Usahawan ni. Mohonn dikongsikan formula ini di luar sana

.Di sini saya kongsikan juga link untuk belajar
bisnes start up oleh Haryzat Zulzahary:

bit.ly/senibisnesstartupmeletup

Peluang bisnes yang tidak harus dilepaskan

STG..?? APA ITU STG..???  😍 😍 Kami team Smart Tycoon Group (STG). Team terbesar yg bernaung di bawah salah satu syarikat yg pa...