Wednesday, March 26, 2008

Matlamat Dan Pelan Tindakan Anda

Langkah pertama yang perlu diambil apabila seseorang ingin mencapai sesuatu ialah dengan menetapkan satu matlamat dan juga mempunyai impian!

Unjurkan diri anda berada 12 bulan ke hadapan. Di mana anda tinggal sekarang? Apa yang anda pakai? Berapa banyak pendapatan yang diperolehi? Berapa banyak wang yang anda ada di dalam bank?

Tuliskan di atas sehelai kertas “Saya perolehi, Saya ada....Tuliskan pelan tindakan dengan perkara-perkara yang perlu anda buat untuk menjadikan matlamat anda menjadi realiti. Putuskan apakah pelan yang paling penting untuk dilaksanakan sekarang dan usahakan kepada perkara tersebut setiap hari sehinggalah berjaya.

Sebagai contoh, matlamat anda memperolehi dan berjaya mengumpulkan RM1,000,000 dan kemudiannya mencapai kebebasan kewangan pada satu masa yang ditetapkan, contohnya lagi 5 tahun (sebenarnya matlamat saya ni).

Begini, kalau saya nak buat rumah banglo dua tingkat dengan kos satu juta, kemudian saya pergi jumpa kontraktor, perkara pertama yang akan ditanya ialah "Boleh saya tengok pelan anda?”

Begitulah perumpamaan pentingnya matlamat dan juga pelan rancangan untuk merealisasikan apa sahaja impian anda dalam hidup. Apabila anda mempunyai rancangan, anda mempunyai arah tuju yang jelas!

Anda tahu ke mana anda tuju dan apa yang yang perlu dibuat untuk mencapainya. Tetapi berhati-hati, ia memerlukan kerja keras dan usaha berterusan serta anda perlu mempunyai keazaman dan keyakinan yang ia berbaloi!

No comments: