Wednesday, November 11, 2009

Berubah Untuk Mengubah Nasib

Al kisah satu pertandingan lumba lari anjing diadakan di tengah padang pasir Sahara. Semua anjing yng menyertai pertandingan itu tidak mampu sampai ke garisan penamat justeru selain daripada jarak yang sangat jauh, cuacanya pula terlalu panas.
.
Bagaimanapun terdapat seekor daripadanya tidak kelihatan kelibatnya. Puas dicari, akhirnya anjing itu ditemui mati. Sayangnya anjing itu mati hanya tinggal baki 20 meter sahaja dari garisan penamat.
.
Sampai di sini mungkin anda beranggapan anjing itu mati kerana keletihan melampau atau kehausan. Untuk penjelasan anda, di tepi bangkai anjing itu terdapat tompok air yang bersih dan boleh diminum?
.
kebanyakan orang yang diceritakan kisah ini akan mengagak punca anjing itu mati kerana minum terlalu banyak. Persoalannya, adakah terlebih minum boleh menyebabkan anjing itu mati?
.
Selalunya berapa banyak pun air yang diminum biasanya akan dikeluarkan semula melalui pembuangan air kencing.
.
Setelah dibuat 'post mortem' didapati anjing tersebut mati justeru menghadapi komplikasi pundi kencing yang serius. Anjing tersebut yang sepatutnya membuang air kencing setelah meminum air dengan banyaknya, namun menahan daripada kencing.
.
Tahukah anda kenapa?
.
Ya, sebagaimana yang anda sedia maklum, lazimnya anjing akan kencing pada objek-objek seperti pangkal pokok atau batu besar. Sedangkan di padang pasir itu tiada batu besar dan sebatang pokok pun. Oleh itu, anjing berkenaan tidak mahu kencing, bahkan sanggup menahan sakit dan akhirnya menemui ajal.
.
Saudara fikirkan!
.
Adakah anjingi tu tidak boleh kencing di tanah yang rata?
.
Tentu boleh. Namun, anjing tersebut tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahu mengubah cara lama yang, menjadi "amalan nenek moyang nya" itu sahaja sebabbya.
.
Allah berfirman dalam kalamNya. surah Ar-Raad ayat 11 : " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, dan sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya."
.
Saudara, ini adalah hukum yang ditetapkan Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Maka itu, janganlah bergantung hidup kepada nasib. Nasib tidak boleh mengubah kita, sebaliknya kita boleh mengubah nasib.

No comments: