Tuesday, November 24, 2009

Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah

Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha menambah pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah sesukar mana.
.
Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk meningkatkan pendapatan ialah mengenalpasti dengan tepat apakah yang anda suka buat dan anda boleh melakukan perkara tersebut dengan baik.
.
Setiap orang mempuinyai kebolehan, biasanya mereka ada satu atau dua kebolehan utama atau lebih lagi dan beberapa (bakat) kecil. Kebolehan menzahirkan bakat ini penting untuk memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan anda.
.
Jika anda mampu menzahirkannya dalam persekitaran perniagaan, sudah tentu ia boleh mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan.
.
Banyak contoh yang boleh diberikan. Contohnya jika anda bagus menggunakan tangan, cuba anda fikrikan membuat kerja sambilan dengan membaiki sesuatu.
.
Anda juga boleh melakukan kerja plumbing atau berkenaan paip, jam, radio atau computer.
.
Sekiranya anda minat berkebun, cuba manfaatkan hobi anda dengan menawarkan khidmat kepada orang lain, seperti membuat landskap, menjual sayur-sayuran kepada orang lain, buah-buahan, benih apa yang penting anda perlu mendapatkan keuntungan darinya.
.
Sekiranya anda suka bercakap dan berjumpa dengan orang ramai, anda mungkin boleh menjual sesuatu.
.
Anda boleh melibatkan diri dalam jualan langsung, mengajar atau menjual insuran.
.
Apa sahaja minat atau kemahiran, jika anda mahir anda boleh mengajarnya kepada orang lain tidak kiralah sama ada ianya dilakukan secara bebas atau secara formal.
.
Jika anda tidak minat untuk menjadi usahawan, anda boleh mencari kerja 'part time' Syarikat-syarikat yang berkait dengan hobi dan minat anda. Asasnya, anda hanya akan berjaya pada jika melakukan kerja-kerja yang anda suka, di mana ia menggunakan bakat semulajadi anda dan membolehkan anda menyalurkan kearah yang menguntungkan.
.
Ramai orang yang berfikir bahawa hanya sesetengah industri atau sektor sahaja yang akan memberikan keuntungan tetapi yang sebenarnya anda boleh berjaya walau dalam apa sahaja bidang.
.
Ini telah dibuktikan oleh jutawan-jutawan yang berlainan bidang dan juga dari sektor yang tidak popular.
.
Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan idea atau peluang lebih baik cari dua rakan dan duduk bersama, ambil kertas kosong dan catitkan semua idea yang difikirkan. Tidak kira walau bagaimana pun idea itu.
.
Jangan dikritik semua idea yang diberi, selepas itu barulah idea itu ditapis dan dikaji serta dianalisis sehingga satu penyelesaian dapat diwujudkan. Tidak kira berapa lama pun masa yang anda ambil, mungkin satu atau dua hari, seminggu dua atau sebulan dua, asalkan sahaja ianya tidak diperam begitu sahaja.
.
Ini biasa berlaku, kerana bila kita ada idea tetapi tidak membuat sebarang tindakan akhirnya selepas bertahun-tahun kita tetap berada ditakuk lama.
.
Yang malang pula ialah apabila ada orang lain yang telah melaksanakan idea yang pernah kita fikirkan dahulu.
.
Anda juga boleh melakukannya seorang diri, cari tempat sunyi atau anda bangun diawal pagi selepas solat subuh, anda janganlah tidur. Ia boleh dilakukan dihujung minggu atau hari cuti.
.
Lupakan masalah seharian dan tenangkan fikiran, adalah lebih baik bagi anda untuk sembahyang tahajud ditengah malam. InsyaAllah anda mudah mendapat ilham dan membuka minda separuh sedar anda sebelum ini.
.
Demikianlah mengenai rahsia mencari banyak wang, ianya dalah satu usaha yang bersepadu atau bergabung. Satu usaha akan menguatkan usaha yang lain.
.
Penulis juga ingin menambah bahawa perkara-perkara diatas perlu disokong dan ditambah dengan perkara-perkara yang digalakkan oleh agama seperti berdoa, sedekah, zakat, menolong orang, bersolat dan sebagainya.
.
Ini perlu kerana setiap kebaikkan akan dibalas dengan kebaikan dan semua usaha hanyalah datang dengan berkat dan rahmat dari Allah. Kita juga harus bertawakkal, dan sebagai orang beriman kita harus sentiasa redha dan mengkaji setiap kebaikan dan keburukan.
.
Mudah-mudahan Allah akan memberi rezeki yang melimpah kepada kita. Bila ada banyak wang banyak pula kebaikan yang boleh dilakukan.

No comments: