Selasa, November 17, 2009

Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz

KEHIDUPAN harian yang disulami dengan ketakwaan dan amalan yang memenuhi fitrah manusia akan mendapat keberkatan dan merupakan asas yang kukuh untuk menikmati kesihatan diri dan kerjaya yang berterusan."
.
Inilah pegangan hidup pasangan suami isteri, Aziz Sarif dan Norliza Idris, dalam mengemudi hidup seharian di samping mengembangkan kerjaya bersama syarikat jualan langsung terkenal, CNI, sehingga berjaya menyandang pangkat Pengurus Agensi Intan Jutawan.
.
"Untuk bertahan dalam kerjaya CNI, kita perlu kekalkan prestasi diri, berdikari dan dapatkan sokongan organisasi. Rahsia kejayaan saya ringkas. Kita perlu kembali kepada fitrah, kenang jasa upline, kawal kelemahan diri dan insaf dengan keperitan hidup lampau," ujar Aziz memulakan bicara.
.
Anak jati Kedah yang berusia 37 tahun ini mula berjinak dengan kerjaya CNI ketika isteri beliau kerap diserang migrain dan mengamalkan minum CNI Café bagi mengurangkan kesakitannya.
.
Pada mulanya Aziz agak kekok memasarkan produk CNI tetapi lambat laun jiwanya mula sebati dengan skim jualan langsung sehingga memenangi Tabung Kereta Pertama berupa sebuah Toyota Camry 2.0 pada 2006.
.
"Zaman silam saya serba kekurangan dan penuh pengorbanan. Ibu saya seorang ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras untuk menampung hidup saya dan adik-beradik. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya bertekad untuk membantu ibu dan terus berhijrah ke Johor untuk mencari kerja.
.
"Akhirnya saya diterima untuk bekerja di limbungan kapal di Singapura. Pengalaman hidup telah mengajar saya untuk mengusahakan kerjaya CNI dengan bersungguh-sungguh agar keluarga saya dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
.
"Saya percaya sebuah organisasi perlu mempunyai satu matlamat dan tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan hakiki.
.
"Kami layan setiap ahli organisasi seperti ahli keluarga sendiri, namun ketegasan dan saling menghormati diamalkan dalam setiap perjumpaan dan mesyuarat rasmi," katanya.
.
Beliau juga bersyukur kerana berjaya memupuk sebuah organisasi yang positif dan memberi sokongan padu kepada saya dan isteri.
.
"Bagi memastikan motivasi setiap ahli tetap tinggi, saya memberi bimbingan peribadi secara rutin kepada ahli baru setiap minggu dan bagi ahli yang lebih berpengalaman, saya adakan mesyuarat rutin yang berasingan bersama mereka.
.
"Selain itu, kami juga mengambil inisiatif untuk kerap mengadakan majlis kecil-kecilan untuk meraikan ahli-ahli organisasi yang mencapai kejayaan.
.
"Kami lakukan ini semua kerana kami yakin musyawarah penting walau setinggi mana pangkat seseorang dan sebuah pasukan yang bermuafakat dapat memberi impak yang berkesan," katanya.
.
Aziz dan isterinya masih mengadakan jualan dan penajaan hingga ke hari ini bersama-sama downline mereka.
.
Ini kerana bagi pasangan ini, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
.
"Saya dan isteri bercita-cita untuk membimbing lebih ramai ahli-ahli organisasi kami untuk layak memenangi Insentif Umrah dan insentif-insentif lain di samping memupuk pemimpin-pemimpin berpotensi menjadi Intan Jutawan di kalangan organisasi kami," kata Aziz menamatkan wawancara dengan penuh bersemangat. -Utusan Online

Tiada ulasan:

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...