Wednesday, December 09, 2009

Mulakan Perniagaan Kerusi Di Internet

.
Hari ini saya ingin berkongsi kisah seorang remaja menjual kerusi secara online dari bilik tidur dan kini syarikat beliau telah bernilai RM84 juta ringgit.
.
Remaja yang dimaksudkan tadi ialah Sean Belnick. Beliau telah mula menjual kerusi di Internet ketika berusia 14 tahun dengan hanya bermodalkan $500 (RM1750). Paling menarik, beliau hanya menjalankan perniagaan ini dari bilik tidur sahaja!
.
Kisahnya bermula ketika beliau melawat kedai ayah tirinya yang menjual perabot. Ketika bersiar-siar melihat gelagat pembeli yang membanjiri kedai ayah tirinya tersebut, Belnick mendapat satu idea yang menarik.
.
Beliau mula berfikir, kenapa tak bina sahaja satu kedai online yang dapat menjimatkan masa dan tanpa perlu sakit kepala para pelanggan untuk berurusan dengan salesman semata-mata untuk mendapatkan sebuah kerusi?
.
Sejak detik itu, beliau bertekad untuk membina sebuah kedai online menjual kerusi di Internet dan terhasil lah sebuah kedai online bernama http://www.bizchair.com/
.
Ketika itu beliau telah mengambil gambar sekitar 50-100 jenis kerusi untuk dimasukkan ke dalam laman web tersebut dan beliau menggunakan sedikit modal untuk melakukan pemasaran.
.
6 tahun berlalu, BizChair.com mempunyai 75 orang pekerja dengan 25 ribu jenis kerusi yang diambil daripada 200 pengilang. Pelaburan bernilai RM1750 itu kini bertukar menjadi RM84 juta! Google dan American Idol antara yang menjadi pelanggan syarikat beliau.
.
Anda sendiri boleh melihat bagaimana idea yang simple begitu boleh menjadi satu perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.

No comments: