Thursday, December 31, 2009

Formula untuk berjaya tahun 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 saya ucapkan buat semua pelawat blog Usahawan Bistari dan usahawan online serta offline di Malaysia.
.
Sempena tahun baru ini ingin saya kongsikan satu formula untuk anda lebih berjaya pada tahun 2010 dalam apa jua bidang yang anda ceburi.
.
Formulanya ialah: M + T + T = K
.
M: Mewakili mindset. Anda perlu memiliki mindset seperti mana orang yang berjaya barulah anda akan berjaya. Percaya atau tidak, mindset orang biasa adalah lain dengan mindset seorang jutawan. Untuk memiliki mindset sebagai orang yang berjaya, anda perlu banyak membaca buku berkaitan orang yang berjaya.
.
T: Mewakili tindakan. Mindset yang bagus sahaja tidak akan menjamin kejayaan anda tanpa disusuli dengan tindakan yang konsisten. Anda juga perlu bertindak menuju cita-cita dan matlamat yang telah anda tetapkan. Bertepatanlah dengan satu kata-kata Inggeris yang berbunyi:
.
"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do."
.
T: T yang kedua pula mewakili tawakal. Bagi yang beragama Islam pula, untuk berjaya kita juga perlu bertawakal setelah berusaha bersungguh-sungguh kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.
.
S: Mewakili kejayaan. Hasil bagi formula M + T + T adalah kejayaan yang bakal anda kecapi.

No comments: