Khamis, September 05, 2013

Imaginasi pemandangan dinding

Hasmizan Adham menunjukkan antara corak mural yang ditawarkan.

BERBANDING hiasan kertas dinding yang coraknya lebih statik dan berulang-ulang motifnya, mural lebih kepada hiasan dinding berbentuk lukisan, pemandangan, bunga-bungaan atau apa sahaja yang difikirkan senada dengan emosi dan kehendak penghuni rumah.

Menurut pengusaha mural Syurga Jendela Collection, Norzihan Mohd. Nasir, 37, kaedah itu bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan dinding, namun bertindak sebagai pelengkap yang memberikan kesan lebih menarik kepada ruang berkenaan.

Mural juga kata Norzihan boleh membantu menyerikan ruang dengan menjadikannya lebih luas, menenang dan mendamaikan serta santai.

Ini ditambah lagi dengan gaya susun atur perabot yang menjadikannya seolah-olah satu ruang yang tersendiri yang membolehkan tuan rumah berimaginasi.

"Setakat ini permintaan untuk pemasangan mural di dinding-dinding rumah semakin mendapat sambutan dalam kalangan penggemarnya, ditambah dengan musim perayaan menjadikan kami menerima sekurang-kurangnya 10 tempahan dalam sebulan," jelasnya yang sebelum ini merupakan suri rumah sepenuh masa, Norzihan yang dibantu oleh suaminya, Hasmizan Adham, 39, merupakan usahawan gigih yang bermula dari bawah.

Selain memasarkan mural, ibu kepada tiga anak berusia sembilan dengan 14 tahun itu juga memasarkan langsir pintu dan tingkap, lantai kayu, permaidani dan kertas dinding di bawah jenama Syurgajendela sejak sepuluh tahun dahulu di Pekan Meru, Klang.

Mempunyai enam pekerja tetap untuk pemasangan dan jahitan, pasangan yang berasal dari Klang dan Sekinchan itu juga boleh memberi khidmat nasihat berkaitan hiasan dalaman dan susun atur perabot di kediaman pelanggan.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Produk/20130806/pr_01/Imaginasi-pemandangan-dinding#ixzz2e1PS9ZZH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Peluang bisnes yang tidak harus dilepaskan

STG..?? APA ITU STG..???  😍 😍 Kami team Smart Tycoon Group (STG). Team terbesar yg bernaung di bawah salah satu syarikat yg pa...